Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin. Assolatuwassalamu ala asyrafil anbiyai wal mursalin. Waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Terima kasih saudara pengacara majlis. Yang Berusaha , Encik Ahmad Rosidi b. Md Sirat, Guru Besar SK Methodist, Telok Datok. Penolong Kanan Pentadbiran, En. Paranthaman a/l Thangavelu, Penolong Kanan Kokurikulum serta memangku Penolong Kanan HEM, En. Abu Bakar bin Rajimin. Guru-guru Cemerlang, rakan-raan guru, seterusnya murid SK Methodist, Telok Datok yang dikasihi sekalian. Apa Khabar semua? hebat. Saya hebat Baiklah. Saya, Cikgu Fadzilah binti Mohd Yunus ialah guru bertugas sepanjang minggu ini, mulai dari 15 April hingga 19 April 2013; bersamaan4 Jamadilakhir hingga 8 Jamadilakhir 1434H. Seperti biasa, murid-murid boleh merujuk saya jika terdapat perkara yang perlu dibantu. Pesanan saya, Sebagai guru bertugas, izinkan saya menyampaikan nilai yang perlu saya kongsikan pada hari ini iaitu Kasih Sayang Kepada Keluarga Apakah maksud Kasih Sayang Kepada Keluarga Definisi : Perasaan cinta,kasih, dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Kata Kunci : -Cinta,kasih, dan sayang -Mendalam dan berkekalan -Terhadap keluarga

1. Cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa kita. a. Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah. b. Meraikan hari-hari istimewa keluarga seperti harijadi, c. Mengambil berat terhadap perasaan dan keperluan mereka. d. Sentiasa berada di samping mereka terutama apabila ibu bapa sudah uzur dan tua. 2. Sebab-sebab perlu mengasihi dan menyayangi ibu bapa. a. Untuk membalas jasa dan budi mereka yang membesarkan dan mendidik kita. b. Untuk menghargai pengorbanan mereka yang telah melahirkan kita ke dunia. c. Memupuk sikap saling memerlukan antara satu sama lain. d. Untuk mewujudkan keluarga yag harmoni dan bahagia. Meraikan hari-hari istimewa keluarga.

2. Kepentingan / kebaikan meraikan hari istimewa keluarga.

a. Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan b. Menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa. c. Mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan. 3. Cara-cara meraikan hari istimewa keluarga.

a. Mengadakan jamuan makan. b. Memberikan hadiah c. Menulis kad ucapan d. Keluar berkelah / melancong. e. Mengucapkan secara lisan

Contoh kasih saying terhadap keluarga: - Aisyah membuat kek hari jadi untuk ibunya sempena sambutan hari jadi ibunya.

- Salim membawa ayahnya ke hospital kerana ayahnya demam panas.Dia berharap ayahnya akan cepat sembuh dengan mengambil ubat doktor. - Pang Chin Joo selalu meluangkan masanya di rumah selepas waktu pejabat untuk beramah mesra dengan anak-anaknya. - Keluarga Ali sangat mementingkan keputusan semua ahli keluarganya.

Guru-guru dan murid-murid sekalian. Tujuan program ini dijalankan ialah supaya guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat merapatkan lagi hubungan guru, dengan murid, ibu bapa , komuniti dan masyarakat di sekeliling. Duduk sekawan gadis jeita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan. Bagi meneruskan majlis ini saya menjemput Encik Abu Bakar bin Rajimin Selaku memangku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk memberikan sepatah dua kata. *****************************************************

Untuk pengetahuna murid-murid, - Kerajaan Malaysia mengisytiharkan tarikh 1 Oktober pada setiap tahun sebagai Hari Warga Tua.Ini membolehkan setiap masyarakat Malaysia dipupuk untuk memberikan kasih sayang mendalam terhadap warga tua yang selama ini diabaikan.

#Murid-murid, Kasih saying bukan sahaja untuk keluarga tapi yang paling utama ialah untuk diri sendiri dan orang di sekeliling kita kalau di rumah kita sayang keluarga, di sekolah kita mestilah sayangi guru kita guru itu umpama ibu bapa kita bila kita berada di sekolah Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datan, Awal bismillah pembuka bicara.

Terima kasih atas ucapan yang diberikan oleh Encik Abu Bakar itu tadi. Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami.

# bertepatan dengan nilai kasih sayang yang telah saya kongsikan bersama tadi, hari ini adalah hari yang paling istimewa kerana Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling peringkat sekolah akan melaksanakan Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang/ Mentor Mentee Peringkat Sekolah 2013

Murid-murid yang dikasihi sekalian, Kini tibalah saat yang dinanti Majlis dengan segala hormatnya menjemput tuan guru besar, selaku Penasihat Program Guru Penyayang / mentor Mentee 2013, untuk menyampaikan ucapan dan harapan beliau bagi program ini

seterusnya menyempurnakan perasmian PROGRAM GURU PENYAYANG/MENTOR MENTEE PERINGKAT SEKOLAH 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Maka terasmilah sudah PROGRAM GURU PENYAYANG/MENTOR MENTEE PERINGKAT SEKOLAH 2013 Majlis setulus hati merakamkan aprisiasi dan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar. Bagi menyempurnakan acara seterusnya, saya menyerahkan majlis kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling, Cik Aslizah binti Asari .

Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapat melihat bulan dan matahari Ahai Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapat melihat bulan dan matahari Ahai Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai Ayah dan ibu Ayah dan ibulah mesti dihormati Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai Ayah dan ibu Ayah dan ibulah mesti dihormati Ayah dan ibu Ayah dan ibu Wali-wali keramat Pada mereka kita beri hormat Ahai Pakailah tunjuk ajar dan nasihat Supaya hidup Supaya hidup kita akan selamat

Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta

Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG/MENTOR MENTEE 2013. Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah subhanahu wataala dan yan g serba kekurang itu datangnya daripada saya sendiri. Sekian, terima kasih.