Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-

guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya
ucapkan. Selaku wakil murid tahun enam, saya mengucapkan ribuan terima kasih
kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Sebagaimana yang kita ketahui, minggu ini adalah minggu terakhir kami menjadi
murid Sekolah Kebangsaan Nanga Balingiau. Selepas ini, kami akan melangkah ke
alam persekolahan menengah pula. Selama enam tahun di sekolah ini, banyak
kenangan suka dan duka yang tidak akan kami lupakan.

Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yang
baik di sekolah ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalam
memberi didikan dan tunjuk ajar sejak mula kami tahu membaca, menulis dan
mengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan. Budi yang guru-guru
taburkan tidak mampu kami balas.

Hadirin sekalian,

Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari
sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini,
sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dan
nasihat guru-guru pasti akan kami sematkan di dada.

Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabila
berada di sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus
mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami. Jika ada kelapangan, pasti kami akan
datang lagi menziarahi guru-guru di sini.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai