Anda di halaman 1dari 1

PIDATO 1

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI


Yang saya hormati, tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya meneruskan pidato saya, izinkan saya mendefinisikan
tajuk saya pada hari ini. ‘Disiplin Asas Kecemerlangan Diri’ bermaksud
kepatuhan kepada peraturan yang membawa kejayaan.
Hadirin sekalian,
Faktor pertama adalah mendisiplinkan diri ketika di rumah. Sebagai
anak yang baik, kita mesti menyediakan jadual  pengurusan diri dan
mematuhi jadual berkenaan dengan tekun dan gigih. Sebagai contoh, kita
memperuntukkan masa belajar dan bermain dengan sesuai mengikut masa
yang ditetapkan ketika berada di rumah.

Faktor yang kedua ialah mengikut segala peraturan sekolah iaitu


menjadi pelajar baik. Ini penting untuk melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran dan tidak terlibat dengan sebarang salah laku. Contohnya
kita mengulang kaji dengan rakan ketika menunggu guru masuk ke kelas
dan membaca pelbagai bahan bacaan di perpurtakaan.

Sidang dewan yang saya hormati sekalian,


Faktor terakhir ialah mendisiplinkan diri ketika bersama rakan –
rakan. Kita seharusnya menjaga pergaulan dan membataskan diri agar
tidak terlibat dengan gejala negatif. Kita mesti bijak menggunakan akal
fikiran dan menjauhi rakan-rakan yang membawa pengaruh buruk seperti
merokok, lepak, ponteng sekolah dan sebagainya.

Hadirin sekalian,
Resepi kejayaan telah saya suapkan, ambil, kunyah dan telan dalam
diri. Akhir kata sebelum mengundurkan diri saya tegaskan sekali lagi,
disiplin diri yang jitu mampu membawa seorang individu ke gerbang
kejayaan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata !
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai