Anda di halaman 1dari 2

Disiplin bermaksud kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan untuk melatih

seseorang menjadi baik.

Di sekolah, Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada


arahan gurunya.

Di rumah, Anak yang soleh merupakan anak yang menuruti perintah agama dan
mendengar arahan ibu bapanya.

Dan di jalan raya pengguna jalan raya yang berhemat adalah pengguna yang
akur dengan arahan dan peraturan jalan rayanya.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang cemerlang ialah individu yang akur dan
patuh t dengan arahan.

Contohnya, guru menyuruh pelajar mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan


kerja sekolah tetapi pelajar ini bukan seorang yang patuh pada arahan dan pasti
tidak diendahkan kata-kata guru tersebut.
Bagaimana ingin cemerlang jika berlaku sedimikan rupa?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin penting bagi seseorang pelajar
dan disiplin juga merupakan tulang belakang untuk mencapai kejayaan . Disiplin
dalam diri perlu dipraktikkan sepanjang masa.

 Di sekolah , setiap pelajar perlu mengikut segala peraturan sekolah untuk


menjadi pelajar baik. Sebagai contoh jika kita mengikut peraturan dan
arahan tentunya proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan
berjalan lancer.

 Selain tu kita juga dapat mengikut segala pengajaran guru dengan penuh
tumpuan dan penelitian serta lebih fokus di dalam kelas. Selain itu pelajar
yang berdisiplin juga merupakan pelajar yang sangat menjaga ketrampilan
diri mereka. Mereka akan sentiasa berpakaian kemas, bersih. Rambut
dipastikan sentiasa rapi. Berpakain mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.

 Bagaimana pula caranya untuk Mendisiplinkan diri ketika di rumah – yang


pertama kita perlu menyediakan jadual belajar yang munasabah dan cuba
untuk mematuhi jadual berkenaan dengan tekun dan gigih serta
menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru dalam jangka masa
yang diberi . selain itu kita juga boleh menyediakan nota dan mengulang
kaji . Jangan mengamalkan sikap membuat kerja di saat – saat akhir – dan
elakkan menangguh sesuatu tugas
 Dalam pergaulan juga perlu ada sikap berdisiplin. Mendisiplinkan diri ketika
bersama rakan - rakan adalah dengan cara menjaga batas pergaulan
antara lelaki dan perempuan.

 Menjaga adab ketika berbicara dengan orang lain terutamanya dengan
orang yang lebih tua. membataskan diri agar tidak terlibat dengan gejala
negative atau tidak sihat seperti merokok, lepak, ponteng sekolah dan
sebagainya. Selain itu kita juga perlu bijak menggunakan akal fikiran dan
jauhi rakan-rakan yang boleh bawa pengaruh buruk

 Bagi memebntuk disiplin dalam diri seseorang itu perlu Mengawal diri dan
tingkah laku secara keseluruhan, mengikut segala ajaran agama, patuh dan
taat pada nasihat ibu bapa & guru serta belajarlah menghargai diri sendir.i

Penutup:
Disiplin membolehkan seseorang pelajar menuju ke arah kecemerlangan dan
menjadi seorang insan yang sempurna. Pilihan terletak dalam tangan anda sendiri.
sudah terbukti hanya dengan disiplin yang tinggi sesebuah kejayaan akan dapat
dicapai.

‘Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan’. ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih’.

Anda mungkin juga menyukai