Anda di halaman 1dari 1

guru merupakan antara individu paling dekat dengan murid-murid selain daripada ibu bapa .

setiap perbuatan guru mudah untuk diikuti oleh murid-murid. Justeru, guru perlu menunjukkan
etika yang baik supaya dapat diikuti oleh murid-murid.

Antara amalan yang sepatutnya setiap guru laksanakan untuk meningkatkan etika tersebut
ialah sentiasa berdisiplin dalam melakukan setiap pekerjaan. Sebagai contoh, guru haruslah
sentiasa mematuhi peraturan serta tidak melakukan perkara-perkara negatif. Selain itu, guru juga
perlu menunjukkan sikap-sikap yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, seperti
tidak menggunakan kata-kata kesat terhadap murid-murid. Hal ini akan menyebabkan murid-
murid akan menghormati guru tersebut dan secara tidak langsung mengikuti perbuatan guru.

Selain itu, Guru perlu mewujudkan satu sifat yg harmoni dan ceria supaya pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar . Sebelum memulakan pengajaran guru mestilah
memerhati suasana dalam bilik darjah . Ketika hendak memulakan aktiviti ,guru perlu kreatif merancang
sesuatu aktiviti supaya murid murid tertarik dan memberi perhatian semasa dalam sesi pdpc.

Di samping itu, guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Hal
ini demikian kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyelit sedikit
pengetahuan-pengetahuan am terhadap murid-murid dan mudah untuk membalas setiap
pertanyaan murid-murid. Oleh itu, murid-murid akan menjadi kagum terhadap guru serta akan
menghormati guru tersebut dan mengikuti arahannya.

Kesimpulannya, sebagai role model guru-guru perlu mempunyai sikap-sikap atau nilai-nilai yang
baik untuk diikuti oleh murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai