Anda di halaman 1dari 4

Cara guru memanfaatkan model disiplin Kounin dalam P&P

Model pengurusan kelompok Kounin fokus kepada pencegahan masalah disiplin di


dalam bilik darjah. Kounin menyatakan bahawa gelakkan masalah disiplin haruslah
dilakukan pada peringkat permulaan. Oleh itu, pengurusan kelas yang berkesan
adalah penting untuk mengawal disiplin murid dan gurulah yang berperanan penting
dalam disiplin murid.
Untuk melaksanakan model Kounin ini dalam bilik darjah, guru haruslah
mempunyai kemahiran withiness, iaitu kemahiran kesedaran dan kepekaan dalam
mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. Withiness ini penting supaya guru dapat
memerhatikan kelakuan pelajar dan dapat menghalang pelajar melakukan sesuatu
yang tidak diinginkan dengan segera. Oleh itu, guru haruslah sentiasa menyedari
apa yang berlaku di sekitar kelas seperti gerak-geli murid dalam kelas.Sebagai
contoh, semasa mengadakan aktviti perbincangan kumpulan, guru harus mengawasi
keadaan kelas supaya tidak terlalu bising dan pada masa yang sama dapat
berinteraksi dengan semua kumpulan dengan baik.
Withiness ini bukan sahaja untuk mengawasi pergerakan murid dalam bilik darjah
semasa waktu P&P ,ia juga merupakan kepekaan guru kepada sikap murid.Oleh itu,
guru dapat memanfaatkan kemahiran ini dengan mengetahui perkara asas
berkenaan dengan murid seperti nama, minat, kelebihan dan kelemahan.
Dengan mengetahui perkara asas ini, guru dapat menggunakan teknik yang berbeza
untuk menguruskan bilik darjah dan dapat mengelakkan berlakunya masalah
disiplin. Secara tidak langsung, bilik darjah dapat diurus dan dikawal dengan baik.
Kepekaan ini haruslah lebih berfokus kepada murid yang terlibat dalam masalah
disiplin. Guru haruslah selalu melakukan pengawasan dan akuntabilitas

terhadap murid-murid tersebut supaya dapat memastikan mereka selalu


bertingkah laku baik,
Selain daripada mempunyai kemahiran withiness, guru juga perlu mempunyai
kemahiran overlapping supaya bilik darjah dapat dikawal dengan lebih berkesan.
Guru perlulah mempunyai kemahiran tersebut supaya dapat menangani 2 situasi
yang berbeza dalam satu masa. Sebagai contoh, semasa murid menjalani
pembentangan, guru dapat mendengar kepada pembentangan murid dan pada
masa yang sama dapat menghalang murid yang sedang bersembang, Aminah
teruskan pembentangan kamu dan Jahil berhenti bercakap dan dengar kepada
rakan kamu yang berbentang.
Apabila murid telah melakukan salah laku, guru haruslah menegur dan
menghalang perlakuan mereka dengan segera. Guru harulah menerangkan
kesalahan yang telah dilakukan oleh murid tanpa perasaan marah dan terus
kembali pengajaran dengan cepat. Sebagai contoh, Amin, jangan makan dalam
kelas, peraturan telah menetapkan bahawa tidak boleh makan dalam kelas,simpan
makanan kamu dan tengok depan
Selain itu, guru perlulah memberi teguran dengan jelas dan menyata dengan
spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan supaya murid akan jelas kepada
arahan guru dan tidak berasa keliru. Sebagai contoh, Siti, jangan bermain dengan
Anita, buka muka surat 26 dan menjawab soalan A. Guru juga dapat memberi
teguran dengan menyatakan tindakan bersama. Sebagai contoh Ron, menyiapkan
kerja rumah anda, jika tidak, anda perlu berada di dalam kelas untuk menyiapkan
kerja rumah kamu pada waktu rehat.

Selain daripada teguran, apabila memberi arahan, mimik muka guru perlulah
serius dan nada suara juga serius dan tegas. Sebagai contoh, Saya mahukan
awak lakukan sekarang!. Dengan memberi arahan dengan tegas, malah murid akan
mengetahui bahawa guru serius dalam mendisiplinkan murid,secara tidak langsung,
bilik darjah dapat dikawal dan disiplin murid dapat menambahbaik.
Untuk mengaplikasikan model kounin, guru haruslah menunjukkan keadaan
momentum. Guru haruslah memulakan pengajaran dengan menarik perhatian
dan minat murid. Oleh itu, sebelum menjalani pengajaran, guru haruslah
merancang dan menyediakan apa yang ingin diajar.Aktiviti yang dirancangkan
haruslah mengambil kira pelbagai aspek seperti minat, kesesuaian, kebolehan dan
perkembangan murid supaya aktiviti yang dilaksanakan sesuai dan dapat menarik
minat murid.
Guru haruslah selalu memastikan aktiviti yang dijalankan adalah mencabar
dan menyeronokkan. Ini kerana aktiviti yang dapat menarik minat murid dapat
menyumbang kepada pengurusan disiplin murid dalam bilik darjah. Aktiviti yang
mencabar ini akan menarik perhatian murid dan secara tidak langsung dapat
memupuk minat belajar murid dan mengurangkan masalah disiplin di kalangan
murid.
Selain itu, guru haruslah memastikan semua murid memberi tumpuan kepada
guru sebelum memberi arahan atau memberi penerangan. Guru haruslah
memastikan penerangan yang diberi adalah jelas dan tidak meleret dan fragmentasi.
Jika guru sentiasa mengulang perkara-perkara yang telah lama difahami oleh murid,
murid akan berasa bosan dan tumpuan murid akan beralih kepada benda yang lain.

Semasa melaksanakan aktiviti, guru haruslah memastikan semua murid terlibat


dalam aktiviti dengan aktif. Sebagai contoh, apabila guru menjalani pertandingan
quiz, guru haruslah memastikan semua murid diberi peluang untuk menjawab
soalan.
Semasa melaksanakan aktiviti, guru perlu menggunakan pelbagai jenis strategi
atau teknik untuk mengekalkan perhatian murid. Sebagai contoh, guru dapat
memanggil murid untuk memberi respon, menjawab soalan, mengadakan
demonstrasi dan cara yang lain untuk mendapat perhatian murid.
Selain itu, guru juga haruslah memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti di
dalam bilik darjah. Aktiviti yang dijalankan dengan lancar dan aktif dapat menarik
perhatian murid dan dapat mengurus bilik darjah dengan lebih berkesan. Untuk
menjalani aktiviti dengan lancar, guru haruslah membuat perancangan awal agar
mempunyai persediaan dan dapat mengawal berlakunya perkara-perkara yang
tidak berkaitan. Semasa memberi penyampaian, guru haruslah mengelakkan diri
daripada tersekat-sekat atau meleret-leret yang tidak berkaitan dengan sukatan.
Guru perlulah terus kepada isi utama supaya tidak keluar daripada sukatan sebenar.
Kesimpulannya, guru haruslah mengaplikasikan model kounin dengan cara yang
betuk supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang aktif dan persekitaran
yang kondusif.

Anda mungkin juga menyukai