Anda di halaman 1dari 8

Kawalan Kelas?

Ini Cara Rahsianya Yang Cikgu


Perlu Tahu
By Tuan Naufal Tuan Khaled

kawalan-kelas

Kawalan Kelas? Ini Caranya. Kaedah Bermain Dalam Mengawal Kelas semasa Pengajaran
dan Pembelajaran (pdpc) sangat penting dikuasai oleh guru-guru. Semua guru akan
mengalami masalah yang sama iaitu masalah dalam mengawal kelas. Masalah ini biasa
dihadapi guru-guru yang mengajar sekolah rendah terutama tahap 1.
Murid yang ramai akan mengeluarkan pelbagai perangai ketika proses pdpc di dalam kelas.
Ada murid yang akan tidur dalam kelas, mengacau kawan yang sedang belajar, ada yang
bersembang dan ada yang bermain. Ini merupakan cabaran kepada guru yang perlu ditangani
dengan bijak.

Guru tidak boleh bertindak diluar batasan untuk mengawal kelas ketika prosen pdpc. Seperti
cerita yang telah SGO keluarkan iaitu guru membaling kerusi kepada murid. Hal ini berlaku
mungkin guru ini tidak tahan dengan perangai murid yang tidak dapat dikawal di dalam kelas.

Disini admin ingin kongsikan kaedah permainan yang boleh digunakan oleh guru semasa
pdpc. Kaedah permainan ini telah dikongsikan oleh SISC+ Heryyan Shah bersama rakan-
rakan guru.

Kaedah Permainan Dalam Mengawal pdpc di Dalam Kelas

1. Traffic Light Cards


Penggunaan traffic light cards sebagai penalty cards. Hijau untuk BAIK, Kuning untuk
AMARAN PERTAMA dan Merah untuk DENDA. Pilih denda yang berpatutan. Guru jangan
menggunakan denda yang boleh memudaratkan murid seperti berdiri di tengah panas.
Perkara ini akan menyusahkan guru jika berlaku perkara yang tidak diingini. Contoh denda
yang boleh digunakan seperti membuat kerja rumah yang lebih daripada murid yang lain.
Traffic light sumber cikguhailmi

Trafic light untuk menguji kefahaman murid ini boleh digunakan untuk penalty card. Pelbagai
cara guru boleh gunakan trafic light ini.

2. Good Behaviour Badges/Tags


Berikan button badges atau tags bertulis good behaviour untuk membina harga diri
murid.Apabila seorang murid dapat murid yang lain juga turut akan berusaha untuk
mendapatkan badges. Guru perlu kreatif dalam membuat behaviour badges untuk menarik
perhatian murid.

Contoh badges
3. Noise O Meter
Satu spinner meter dibuat. Ada indikator tahap suara mereka yang dibenarkan mengikut
tugas. Pada permulaan mungkin murid tidak begitu mengikuti peraturan ini. Namun setelah
beberapa kali digunakan mereka akan faham mengenai peraturan ini.

Noise O Meter

4. Attention Grabbers
Guru menggunakan chants yang menarik dan berirama. Murid perlu respon secara lisan
menyebabkan mereka alert.
Attention Grabber

5. Blurt Beans
Setiap murid dapat beberapa biji kacang. Murid berusaha menjaga biji kacang mereka agar
dapat mereka masukkan ke dalam botol dengan ganjaran mengikut aras. Jika perbuatan tidak
baik berlaku, guru mengambil beberapa biji kacang and dengan itu melambatkan proses
memenuhkan botol tersebut. Boleh juga guna guli atau yang bersesuaian.
Blurt Beans

6. Suasana Kelas
Suasana kelas merujuk kepada banyak aspek. Jika kelas mempunyai tone warna pastel, murid
mudah menjadi bosan. Warna vibrant menjadikan murid lebih fokus. Warna/corak dominan
pada bahagian depan kelas memudahkan murid memberi perhatian. Pada waktu tengah hari,
murid lebih penat dan tidak selesa, jadi guru perlu pilih aktiviti yang lebih ceria, pergerakan
fizikal dan penuh dengan media.

Suasana Kelas

Di atas merupakan beberapa contoh yang menarik admin untuk berkongsi kepada semua.
Sekiranya berguna boleh dipraktikkan di dalam kelas. Terdapat banyak lagi cara lain yang
boleh digunakan yang dikongsikan oleh cikgu share yang boleh guru rujuk.

Teknik Mengawal Kelas


Selain daripada permainan di atas terdapat pelbagai cara lagi yang guru boleh gunakan untuk
mengawal kelas di dalam kelas. Disini admin akn berkongsikan beberapa cara lain yang boleh
digunakan untuk mengawal kelas yang lebih kepada peranan guru. Admin telah merujuk blog
pakreatif dalam mengambil bahan.

1. Berfokus
Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran
guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik
senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 10 saat selepas semua pelajar telah
senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa. Guru yang
menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap
berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk
dengan tertib untuk mendengar pengajaran guru. [Pastikan anda memiliki perhatian semua
pelajar sebelum memulakan pengajaran & jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar
yang berbual-bual.

2. Pemantauan
Kunci utama di sini ialah guru bergerak [elakkan daripada duduk sahaja] semasa murid
melaksanakan tugasan. Sambil berjalan, guru harus memantau kerja pelajar. Seboleh-
bolehnya, elakkan daripada membuat gangguan [membuat pengumuman dll] semasa pelajar
menyiapkan tugasan. Guru yang berkesan akan bergerak di seluruh bilik darjah selepas 3
minit pelajar diberi tugasan bertulis [bertujuan menyemak dan memberi bimbingan bersifat
individu.]
3. Teladan
Values are caught, not taught. ini bererti nilai-nilai diamalkan dan dicontohi oleh pelajar
dan bukan diajar secara langsung. Guru yang bersopan, tekun, bersemangat, bersabar dan
dapat mengawal diri, menjadi contoh yang baik untuk pelajar. Kepimpinan melalui tauladan,
berikan contoh peribadi yang baik kepada pelajar.

4. Interversi Berprofail Rendah


Guru yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak dijadikan
fokus perhatian. Pendekatannya terhadap pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk
yang tidak mudah dilihat atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa
terganggu. Sebagai contoh, Semasa memberi penerangan, guru boleh teknik name-
dropping. Sekiranya ia dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang
disuruh, ia akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara yang
natural. Ia dapat mengurangkan sikap memberontak dalam kalangan pelajar kerana
dimalukan di depan rakan-rakannya.

5. Kawalan Persekitaran
Karenah pelajar juga dapat dikawal jika guru berupaya mewujudkan kelas menjadi tempat
yang menarik, mesra pelajar dan ceria. Pelajar akan rasa lebih seronok jika persekitarannya
bertukar wajah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ia harus diupdate sentiasa. Sudut
pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan sesuatu mata
pelajaran. Walau bagaimanapun, sediakan juga sudut yang kurang bahan / hiasan. Ini penting
bagi pelajar yang mudah hilang tumpuan [hiasan mudah mengalihkan perhatian pelajar
sebegini].

Diharapkan dengan perkongsian daripada admin ini dapat membantu guru dalam
menyelesaikan masalah dalam mengawal murid di dalam kelas ketika pdpc. Semua bahan
yang dikongsikan ini adalah hasil perkongsian daripada guru-guru di luar sana melalui blog
mereka.

Sekiranya guru-guru di luar sana ada bahan lain yang menarik boleh kongsikan kepada kami.
Kami akan siarkan untuk kepentingan semua guru. SGO mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang menyokong kami.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Anda mungkin juga menyukai