Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

PERKARA
BORANG AKUAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENGENALAN TUGASAN
3.0 KERTAS CADANGAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN DAN
MINUMAN

MUKA
SURAT
i
ii
2
3
4

3.1 PENGENALAN

3.2 DEFINISI PEMBUNGKUSAN

3.3 PENYATAAN MASALAH

3.4 RASIONAL

3.5 PERKEMBANGAN

3.6 IMPLIMENTASI

10

3.7 IMPLIKASI

11

3.8 CADANGAN

11

3.9 RUMUSAN
4.0 REFLEKSI INDIVIDU
5.0 RUJUKAN

14
18

1.0

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah yang telah memberi kesempatan dan
peluang kepada kami untuk menyempurnakan tugasan bagi mata pelajaran Literasi
Nombor (WAJ 3052).
Justeru, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak-pihak yang telah
banyak membantu dan membimbing kami untuk melaksanakan tugasan ini.
Pertama sekali, ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing,
En Ab. Razak b Salleh yang telah memberi panduan kepada kami sama ada dari
segi isi kandungan dan format tugasan.
Seterusnya, ucapan terima kasih kami tujukan kepada kedua-dua ibu bapa
yang tidak henti memberi semangat, dorongan dan bantuan kepada kami untuk
mencari sumber rujukan semasa melaksanakan tugasan ini.
Akhir sekali, tidak lupa kepada rakan-rakan yang saling membantu supaya
tugasan ini dapat dihantar pada waktunya.

2.0 PENGENALAN TUGASAN


Tugasan bagi subjek Literasi Nombor (WAJ 3052), kami dikendaki
menyediakan satu kertas cadangan bersempena peraduan mereka cipta
pembungkus makanan dan minuman yang dianjurkan oleh syarikat makanan dan
minuman. Bersama kertas cadangan tersebut, kami perlu sertakan model lukisan
pembungkus makanan dan minuman yang menarik kepada syarikat dan memenuhi
kriteria yang teklah diperuntukkan.
Seterusnya, kami juga perlu melakukan makanan pembentangan mengenai
produk yang telah dihasilkan. Semasa pembentangan berlangsung, model 3D perlu
dibawa bersama sebagai bukti kepada tugasan ini.
Setelah melakukan beberapa kajian dan pemerhatian, kami telah memilih
untuk mmebuat pembungkus makanan kek dan minuman bersusu. Hal ini
merupakan kesinambungan kepada pemerhatian yang dilakukan terhadap
pembungkus makanan yang digunakan bagi kek dan minuman bersusu kurang
sesuai dan perlu untuk dilakukan penambahbaikkan. Kebanyakan industry makanan
segera menggunakan plastik sebagai pembungkus makanan. Hal ini mendorong
kami untuk melakukan perubahan kepada pembnungkusan tersebut dan
menggunakan bahan yang lebih mesra alam dan kondusif.
Tugasan ini juga menuntut kepada beberapa objektif yang utama. Antaranya
ialah untuk menguasai kemahiran asas dalam literasi nombor dalam menyiapkan
tugasan. Pada masa yang sama, melalui tugasan ini, kami mampu mengaplikasikan
pengetahaun yang dipelajari berkaitan literasi nombor dengan menghasilkan bahan
yang baru. Selain itu, kami juga diminta untuk melakukan pembentangan
beradsarkan hasil tugasan ini.akhir sekali, tuagsan ini melatih diri kami untuk
meulis sebuah refleksi yang baik terutama setelah melakukan sendiri tugasan ini.

3.0 KERTAS CADANGAN PEMBUNGKUS MAKANAN DAN MINUMAN


3.1 PENGENALAN
Sejak 1970,pelbagai jenis dan bentuk bekas atau bahan pembungkus telah
dihasilkan termasuk pelbagai bentuk beg, bekas(tray),karton aseptik
,pembalutan(shrink wrap),plastik boleh picit dengan rekabentuk yang
menarik.Pembangunan peralatan pembungkusan telah dapat memenuhi kehendak
pengeluar makanan untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak dalam
pelbagai bentuk sistem pembungkusan. Operasi yang terlibat termasuklah
penyediaan bahan pembungkus,pengukuran dan pengisian produk,penutupan
bekas,pelabelan ,pemeriksaan dan penyediaan sistem pembungkusan.
Pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang
dipasarkan dalam pasaran dan menjamin keselamatan produk. Pengguna pula
memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi
produk.Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu
dititik beratkandalam merancang pengeluaran sesuatu produk. Terutamanya
kaedah pembungkusan bagi produk makanan. Ini kerana, produk makanan
merupakan produk yang menjadikeperluan harian kepada pengguna.
Selain itu, kaedah pembungkusan juga menggambarkan kualiti produk dan
identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.Kaedah pembungkusan produk
merangkumi bagaimana produk dibungkus, bahan yangdigunakan dalam
pembungkusan, ciri-ciri dan spesifikasi pembungkusan. Proses pemilihan kaedah
pembungkusan yang terbaik perlu dilakukan agar produk yangdikeluarkan mudah
mendapat tempat di pasaran dan dapat dipasarkan dengan baik.Kaedah
pembungkusan produk yang terbaik adalah pembungkusan yang
memenuhikehendak pengguna dan dapat menarik pengguna untuk membeli produk
yangdipasarkan.

3.2 DEFINISI PEMBUNGKUSAN


Pembungkusan bermaksud satu proses atau operasi membalut, membungkus
atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan untuk
melindungi produk daripada sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh
mengubah atau merosakkan produk sama ada kerosakan fizikal atau kerosakan
biologikal.
Pembungkusan dapat dihuraikan sebagai satu bekas yang mempunyai hubungan
langsung dengan produk itu sendiri, ianya memegang, melindungi, menyimpan dan
mengenal pasti produk selain untuk memudahkan proses pengurusan dan
mengkomersialkan produk (Vidales Giovannetti, 1995). Secara spesifik, terdapat
tiga kategori pembungkusan.
i.
ii.

Kategori pertama ialah pembungkusan yang berhubung terus dengan produk.


Kategori kedua pula merupakan pembungkusan yang mempunyai fungsi atau
hubungan untuk menjaga kualiti produk. Ianya mengandungi satu atau lebih

iii.

pembungkusan kategori pertama.


Kategori ketiga merupakan pembungkusan yang mengandungi pembungkus
kategori pertama dan kategori kedua.

Fungsi pembungkus kategori ketiga adalah untuk proses pengedaran, penyelarasan


dan melindungi semasa proses mengkomersialkan produk.
Disamping itu, gambar atau maklumat yang dipaparkan bertujuan untuk
memberi gambaran yang lebih jelas kepada pengguna berkenaan produk yang
dipasarkan. Pendapat ini disokong oleh Olson dan Jacoby (1972) yang
menghuraikan mengenai perkaitan antara produk dan bungkusan. Pada pendapat
beliau, pembungkusan adalah elemen luaran bagi suatu produk. Elemen yang
dimaksudkan adalah elemen yang bertujuan untuk mengakui atau menggambarkan
produk. Akan tetapi,tidak mempunyai hubungan fizikal dengan produk itu
sendiri.Dengan kata lain, pembungkusan juga merujuk kepada operasi membalut
dan membungkus bertujuan untuk melindungi sesuatu barangan. Ia juga
merupakan satu seni dan teknologi dimana ia memerlukan kepakaran seni reka
bentuk.

Oleh hal yang demikian, segala perincian yang perlu ada dalam setiap proses
pembungkusan makanan dan minuman telah kami spesifikasikan dalam kertas
cadangan ini agar pengeluar makanan dan minuman tahu kelebihan pembungkusan
makanan yang telah diinovasikan dan berteknologi tinggi yang dicadangkan oleh
kami. Kami berharap teknik pembungkusan makanan dan minuman yang
diutarakan kami diterima oleh kesemua pengeluar makanan.
3.3 PENYATAAN MASALAH
Industri makanan dan minuman di negara Malaysia semakin berkembang
pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Itulah perumpaan yang amat sesaui
bagi menjelaskan dan menggambarkan lambakan industri makanan dan minuman.
Namun, hanya 30% sahaja industi makanan yang mampu untuk bertahan lama di
dalam pasaran dan yang selebihnya kebanyakan hanya bertahan untuk tempoh 2
hingga 3 tahun sahaja. Kenapa hal sedemikian boleh berlaku?
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.
Antara yang paling utama ialah dari segi isu pembungkusan makanan itu sendiri.
Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara
penting yang perlu diberi perhatian. Malah aspek Pembungkusan (packging) ini
dianggap sebagai P yang ke-5 dalam Marketing Mix selepas 4P iaitu Product, Price,
Place and Promotion yang lazim dipraktik sebagai strategi pemasaran.
Jika diperhatikan definasi ringkas pemasaran itu sendiri, iaitu SENI MENJUAL
PRODUK, kita boleh apply maksud yang tersirat daripada definasi tersebut ke
dalam aspek pembungkusan. Di sini, ianya memerlukan inisiatif usahawan untuk
melaksanakan inovasi tertentu bagi mencapai tahap kesempurnaan produk yang
hendak dijual. Sekali pun produk mempunyai kualiti yang baik, namun sekiranya
aspek pembungkusannya tidak setanding, produk mungkin sukar bersaing, apa lagi
di peringkat internasional yang lebih luas persaingannya.
Isu isu pembungkusan produk yang biasa terjadi adalah berkait rapat
dengan persaingan di kalangan pengeluar produk makanan yang semakin sengit
(Stewart-Knoxand Mitchell, 2003; Bogue, 2001; Harmsen, 1994). Dalam situasi ini,
sehingga 71 hingga88 peratus daripada pengeluar gagal mempertahankan
kedudukan produk keluaranmereka dalam pasaran (Bogue, 2001; Lord, 1999;
6

Buisson, 1995; Fuller, 1994; Rudolph,1995). Bagi mengatasi masalah ini, didapati
penambahbaikan bungkusan dan kualiti produk perlu dilakukan bagi memastikan
produk yang dikeluarkan dapat bersaing dengan lebih baik.
Selaras dengan itu, kesedaran tentang kepentingan pembungkusan
telahmeningkat (Silayoi and Speece, 2004; Nancarrow et al., 1998; Bloch, 1995).
Selain itu, persepsi pengguna juga perlu diambil kira dalam menentukan bungkusan
yang digunakan bagi memastikan keberkesanan strategi pemasaran produk
(Ampuero dan Vila, 2006).
Bagi mengatasi masalah berkaitan pembungkusan makanan dalam kalangan
bumiputera terutamnya, kumpulan kami telah menyediakan satu kertas cadangan
untuk melakukan penambahbaikkan terhadap pembungkusan makanan yang sedia
ada. Untuk mengelakkan persaingan yang sengit dengan pengeluar produk
makanan di luar sana, kami telah menghasilkan pembungkus makanan yang lebih
mesra alam dan reka bentuk yang sangat menarik dan mampu menjadi persaingan
kepada pumbungkus makanan yang sedia ada.
Kami telah menyediakan kertas cadangan untuk melakukan penambah
baikkan terhadap pembungkus kek dan bungkusan minuman susu. Keadah
pembungkusan yang dicadangkan adalah bersifat inovasi yang sangat
mementingkan keselamatan kepada pengguna dan juga mesra alam. Selain itu,
pembungkus ini juga mampu untuk mengekalkan rasa dan keaslian kek itu sendiri
dan dijamin keselamatannya. Selain itu, pembungkus makanan dan minuman ini
juga telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan diiktiraf dan dijamin
keselamatannya.
Kami juga menghasilkan pembungkus produk makanan dan minuman
bertujuan untuk menjimatkan masa para pengguna. Oleh itu, pengguna tidak perlu
untuk beratur panjang mangambil giliran untuk mendapatkan produk makanan dan
minuman. Sebaliknya, mereka hanya mengambil makanan yang sudah siap
dibungkus dan membayarnya.

3.4 RASIONAL

keselama
tan

senang
dibawa

RASION
AL

menjimat
kan masa

kesihatan

Pembungkus makanan dan minuman ini direka khas sesuai dengan keperluan
yang dikehendaki para pengguna. Kami memilih untuk membuat pembungkus kek
dan minuman bersusu berdasarkan beberapa faktor utama. Antaranya ialah dari
segi keselamatan makanan, kesihatan, mudah dibawa, keselamatan makana dan
sesuai kepada kanak-kanak dan remaja.
Tujuan kami membuat penambah baikkan bagi pembungkus kek dan
minuman bersusu adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan produk itu
sendiri. Dengan menggunakan bahan yang sesuai dengan keadaan fizikal produk, ia
mampu memberikan keselmatan yang tinggi dari segi kualiti dan rase produk
tersebut. Hal ini menyebabkan produk makanan dan minuman dapat tahan dalam
jangka masa yang lebih lama.
Selain itu, dengan mewujudkan rekaan yang baru bagi produk tersebut, ia
dapat menjimatkan masa bagi pembeli itu sendiri. Pembeli hanya perlu mangambil
produk yang sudaj sedai dibungkus dan terus membayar untuk mendaptkan produk
tersebut. Seperti yang kita sedia mklum, semua orang masa kini sangat
mementingkan kualiti waktu. Dengan adanya khidmat pembungkusan yang cepat,

semsetinya akan memberi keselesaan kepada pembeli untuk terus


mendapatkannya lagi pada masa yang akan datang.
Pembungkusan produk yang senang di bawa dan menarik menjadi salah satu
rasional kepada kami untuk menterjemahkan kertas pembungkusan yang baru. Jika
sebelum ini, kita sukar untuk membawa kotak kek yang besar dan tidak mesra
pembeli, menjadikan kek pilihan terakhir kepada pembeli. Tetapi, dengan adanya
inovasi terhadap pembungkus kes ini, menjadikan para pembeli tidak ragu-ragu
untuk membeli kek sebagai pilihan pertama mereka.

3.4 PERKEMBANGAN
Kami memilih untuk membuat pembungkus kek dan kota pembungkus air susu. Kek
tersebut terdiri daripada aneka jenis yang dikeluarkan daripada syarikat yang sama. Minuman
pula terdiri daripada minuman susu segar. Bagi penggemar susu, ia boleh didapati dalam
pelbagai perisa antaranya coklat, strawberi dan jagung.
3.4.1 KANDUNGAN NUTRIEN, LOGO SYARIKAT DAN KOS
Kami telah mencari maklumat pemakanan tentang kek sebelum memulakan mereka
cipta kotak pembungkus kek tersebut. Kami juga telah mencari maklumat pemakanan bagi
minuman tenusu. Lampiran 1 dan lampiran 2 merupakan maklumat pemakanan bagi kedua-dua
makanan dan minuman tersebut.
Kami seterusnya memilih warna merah jambu sebagai warna tema kotak kek kerana
warna ini dapat menarik minat pembeli wanita dan kanak-kanak terutamannya. Manakala, bagi
kotak minuman tenusu, kami memilih warna putih dan coklat yang melambangkan kesegaran
susu sebagai warna utama kotak pembungkusan. Pembungkus makanan dan minuman yang
menggunakan warna terang akan dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli produk
makanan ini.
Pertamanya, kami membuat reka bentuk untuk minuman. Kami menggunakan
hamparan kotak berisipadu 325 ml. Bekas ini mempunyai ukuran tinggi 9 cm dan berbentuk
kuboid. Setiap grafik dicetak gambar produk, ramuan, tarikh luput,maklumat pemakanan,
arahan, kod bar, logo halal, logo syarikat pengeluar, logo amalan perkilangan yang baik oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia dan alamat pengilang. Bentangan bagi pembungkus minuman
adalah seperti dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4.
Seterusnya kami membuat reka bentuk untuk bungkusan kotak kek. Untuk rekaan ini,
kami menggunakan kertas kotak yang sedikit keras. Ia mempunyai ketinggian 29.6 cm dan
lebar 91.2 cm. Kotak ini boleh memuatkan sebiji kek yang berbentuk bulat atau empat segi
yang. Bentangan pembungkus kek ini adalah seperti dalam Lampiran 5, Lampiran 6 dan
Lampiran 7.
Akhir sekali, kami membuat bungkusan utama yang boleh memuatkan sebuah kek dan
satu kotak susu. Kotak ini menggunakan latar warna tema tersendiri bersesuain dengan produk
dan mempunyai maklumat lengkap tentang makanan dan minuman di dalamnya.

3.5 IMPLIMENTASI
Setelah melakukan kajian dan pemerhatian, kami telah memilih bahan yang
sesuai untuk membuat bungkusan makanan yang sesuai. Kami menggunkan kertas
yang diperbuat daripada bahan kitar semula yang bebas daripada sebarang
penggunaan bahan kimia yang berbahaya. Kami menggunakan kertas yang dikitar
semula bagi mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini yang mementingkan
penghasilan produk dengan menggunakan bahan semula jadi yang bersifat inovasi.
Hal ini dilakukan oleh pihak kami bagi menjamin rasa yang semulajadi kek tersebut
tanpa dipengerahu oleh faktor luar seperti bahan kimia.
Selain itu, pembungkusan produk minuman, kami menggunakan kertas yang
dikitar semula dan dijadikan dalam bentuk kotak. Bentuk dan rekaan sebegini
sangat sesuai kepada semula lapisan masyarakat dan mudah dibawa ke mana
sahaja.
Terdapat pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang kami tekankan dalam pemilihan
setiap bahan untuk menghasilkan produk ini.
3.5.1 FUNGSI DAN PERANAN PEMBUNGKUS MAKANAN DAN MINUMAN
i.
ii.

Mengekalkan kesegraan dan rasa sesuatu produk


Melindungi produk daripada faktor luaran

10

iii.

Untuk menarik perhatian pembeli dengan warna dan reka bentuk yang

iv.
v.

menarik
Strategi pemasaran yang berkesan
Memudahkan untuk membawa produk kemana sahaja

3.5.2 CIRI-CIRI PEMBUNGKUSAN MAKANAN DAN MINUMAN


i.
ii.
iii.
iv.

Mesra alam dan mudah dibiodegrasi


Mempunyai maklumat yang mencukupi berkaitan produk
Mengekalkan suhu yang sesuai untuk produk
Menjadikan produk tahan lebih lama

3.6 MODEL LUKISAN


i.

Lakaran
Lakaran
Lakaran
Lakaran

model pembungkus kek


bentangan (Rujuk Lampiran 5)
bentangan dan saiz (Rujuk Lampiran 7)
akhir (Rujuk Lampiran 3)

ii.

Lakaran
Lakaran
Lakaran
Lakaran

model pembungkus minuman bersusu


bentangan (Rujuk Lampiran 8)
bentangan dan saiz (Rujuk Lampiran 9)
akhir (Rujuk Lampiran 4)

3.7 IMPLIKASI
Terdapat beberapa implikasi yang positif dan negatif daripada penggunaan
pembungkus makanan yang direka khas ini. Pertamanya, pembungkus makanan
yang digunakan ini diperbuat daripada kertas yang diperbuat daripada bahan
organik yang bersifat semulajadi dan semestinya ia tidak mempunyai bahan kimia
terlarang. Justeru, ia akan memberikan implikasi positif kepada pengguna di mana
mereka tidak terdedah kepada bahan kimia berbahaya daripada pembungkus
makanan seterusnya mereka dapat mengekalkan kesihatan diri masing-masing.
Mereka juga dapat menikmati makanan dengan selesa tanpa sebarang keraguan.
Keduanya, warna yang menarik dapat menarik minat pelanggan terutama
golongan remaja dan pelajar kerana warna yang terang dapat meyakinkan kredibiliti

11

sesuatu produk Tarikan warna secara tidak langsung menarik minat mereka untuk
membeli, merasa seterusnya akan membeli lagi pada masa hadapan.
Akhir sekali, bungkusan produk ini dijamin diperbuat daripada bahan yang
halal dan mengandungi makanan yang halal sahaja sebagaimana yang telah
ditetapkan dalam piawaian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Implikasinya,
pengguna Muslim tidak perlu ragu dan menolak bungkusan produk ini.

3.8 CADANGAN
Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, beberapa cadangan dapat
dibuat dalam membantu dalam penambahbaikan pada bungkusan yang sedia ada
selain meningkatkan prestasi syarikatsyarikat di Malaysia yang terlibat dalam
pembungkusan produk. Selain usahawanusahawan di Malaysia, cadangan ini juga
boleh digunakan sebagai rujukan oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Cadangan
yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
i.

Pihak syarikat hendaklah mengekalkan identiti produk makanan mereka dan


membuat inovasi bagi tujuan penambahbaikkan kerana pembeli sudah
mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah pembungkusan yang
sudah sedia ada.

ii.

Dalam merancang untuk memilih bungkusan, lima elemen utama


pembungkusan hendaklah dikaji terlebih dahulu agar bungkusan yang terbaik
dapat dihasilkan. Setiap elemen yang digunakan hendaklah diaplikasikan
dengan baik pada bungkusan agar fungsi setiap elemen tersebut mencapai
matlamatnya

iii.

Pihak syarikat hendaklah mmebuat pembaharuan dengan mempelbagaikan


bahan untuk membungkus produk seperti tin dan baling untuk mmeberi
pilihan kepada pengguna untuk membuat pilihan.

iv.

Selain bahan yang digunakan, reka bentuk bungkusan juga boleh diubah
mengikut satu kadar waktu tertentu agar ianya bersesuaian dengan trend

12

semasa. Reka bentuk bungkusan yang menarik dapat menarik pengguna


untuk melihat dan seterusnya membeli produk keluaran syarikat.
v.

Maklumat pemakanan yang dipaparkan pada pembungkus hendaklah


bertepatan dengan nilai yang sebenar sesuatu produk dan perlu disemak
oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa dan mestilah memudahkan para
pengguna untuk memahaminya.

3.9 RUMUSAN
Kesimpulan daripada tugasan ini, setiap penghasilan produk, pembungkus
makanan merupakan antara elemen yang perlu dititikberatkan oleh pihak syarikat.
Dengan reka bentuk dan pemilihan warna yang sesuai menjadikan satu tarikan
kepada para pembeli untuk mendapatkannya. Setiap pengguna akan mempunyai
pelbagai persepsi terhadap setiap pembungkusan produk. Jadi wajarlah syarikat
makanan dan minuman untuk mmebuat penambahbaikkan secara berkala bagi
meningkatkan kualiti dan nilai tambah bagi produk mereka.
Selain itu, pihak syarikat tidak perlu menukar bungkusan yang sedia ada
kerana pengguna mempunyai tahap penerimaan yang baik terhadap bungkusan
tersebut. Pihak syarikat hanya perlu membuat penambahbaikan kecil pada
bungkusan sedia ada. Penambahbaikan yang dimaksudkan adalah pengolahan
warna pada bungkusan agar kelihatan lebih menarik, sesuai dengan bungkusan dan
menonjolkan produk di pasaran. Ini adalah berdasarkan nilai min yang rendah bagi
elemen warna pada bungkusan yang menunjukkan kekurangan pada warna yang
Melalui bungkusan yang menarik, berkualiti dan terbaik, pihak syarikat mempunyai
kemampuan menjual produk mereka dengan mudah di pasaran. Manakala para
pengguna pula dapat membeli produk yang berkualiti dengan bungkusan yang
menarik dan terjamin digunakan.

13

4.0 REFLEKSI
SITI SYAIRAH BT ZULKEFLE
940529035466
Alhamdulillah, akhirnya kumpulan kami yang terdiri daripada saya dan
Heryani Mohamed Mukhair. Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, kami membuat
kajian dan mencari info berkiatan dengan tugasan yang diberikan. Kami turut
melakukan perbincangan bersemuka bersama untuk sama-sama mencurahkan idea
masing dan setiap idea dibincangkan bersama dan ditambahbaik.
14

Melalui tugasan ini, saya berupaya untuk mengaplikasikan segala


pengetahuan yang dipelajari sepanjang kelas Literasi Bahasa. Dengan adanya
tugasan sebegini, saya mampu untuk membuktikan bahawa pembelajaran amali
merupakan rentetan daripada pembelajarn teori. Jika sebelum ini, saya banyak
melakukan proses pembeljaran di dalam kelas, namun kali ini, saya diberikan projek
untuk membuktikan kefahaman saya tentang topik yang dipelajari. Saya secara
langsung perlu menggabungjalin pembelajaran yang dipelajari dengan
pengetahuan sedia ada saya. Kemudiannya saya mengakodomasi pembelajaran
mengikut kesesuaian masa.
Dengan tugasan yang memerlukan saya untuk mencipta pembungkusan
makanan. Ia secara tidak langsung dapat menjadikan saya seorang yang inovatif.
Inovatif disini apabila saya mempu untuk menambahbaik pembungkusan makanan
yang sedia ada dengan satu rekaan pembungkus makanan yang menarik dan
mampu untuk bersaing dengan syarikat lain. Selain itu, saya juga dapat
menambahkan kemahiran dalam mencipta sesuatu yang baharu. Jika sebelum ini,
saya merupakan pengkritik yang baik, tetapi sekarang saya juga mmapu untuk
menjadi penerima kritikan yang baik.Kritikan yang saya luahkan sebelum ini, saya
positifkannya ke dalam satu konteks yang berbeza.
Di samping itu, saya juga perlu untuk membentangkan hasil kerja yang
dilakukan. Dengan melakukan pembentangan, ia secara tidak langsung akan
meningkatkan tahap keyakinan saya dalam sesuatu aspek terutama aspek
komunikasi. Saya dapat meningkatkan tahap keyakinan saya dalam menyampaikan
maklumat dan hujah saya berkaitan tugasan yang berikan. Dan pada masa yang
sama, ia dapat meningkatkan tahap keberanian saya untuk berdiri di hadapan kelas
dan menyampaikan maklumat. Komunikasi yang baik sangat penting terutama
kepada seorang bakal guru seperti saya. Keupayaan untuk menarik perhatian
penonton untuk mendengar pembentangan saya merupakan nilai tambah yang
sangat penting dan perlu ada dalam diri seorang guru.
Tugasan kali ini dapat menambahkan pelbagai kemahiran kepada saya
terutamnya dalam menggunakan perisian dalam komputer. Saya mendapatkan
khidmat bantuan daripada ahli kumpulan saya untuk membantu saya dalam
menggunakan perisian komputer. Berkat pertolongannya, saya dapat menggunakan
perisian komputer dengan baik sehingga dapat menjayakan tugasan ini. sebagai
seorang bakal guru, kemahiran dalam penggunaan teknologi sangat penting.
15

Kerana untuk mendidik murid tentang penggunaan teknologi maklumat, saya


terlebih dahulu perlu menguasai penggunaan teknologi terlebih dahulu.
Kesimpulannya, tugasan ini telah membantu saya dari pelbagai aspek
terutamanya dalam penggunaan perisian komputer dan menguji daya kreativiti
saya. Tugasan ini sangat bagus dan menjadikan saya seorang guru yang kompeten
dan mampu berdaya saing dengan guru yang lain.

RUJUKAN
(2011.May.14). Retrieved April 14, 2015, from
http://www.slideshare.net/asifyahya/prinsip-rekaan-pembungkusan-makanan
(2010, November 29). Retrieved April 14, 2015, from
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bungkusanmesticantik/Article/i
ndex_html
(2012, June 7). Retrieved 4 14, 2015, from
http://ermacaharlie.blogspot.com/2012/06/pembungkusan-packaging.html
(2012, July 19). Retrieved April 14, 2015, from
http://ermacaharlie.blogspot.com/2012/06/pembungkusan-packaging.html
Jalil, M. K. (2002). Proses dan Kaedah Reka Bentuk. Kuala Lumpur: Muapakat Jaya
Percitakan Sdn Bhd.
Mohamed, Z. A. (2007). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Sharifah Akmam Syed Zakaria Hardiman MUhammad Yatim. (2007). Rancanagn
Perniagaan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

16

Taib, Jamluddin Mohd Khairul Anwar Hanafiah Mohd Fadzil Daud. (2006). Reka
Bentuk Berbantu Komputer Asas Permodelan. Johor Baru: Cetak Ratu Sdn
Bhd.
Wan Mohd Nazif Fazilah Ibrahim. (2007). Formula Menjadi Usahawan Berjaya. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing.

17

Anda mungkin juga menyukai