Anda di halaman 1dari 5

Laporan Perniagaan 2

Rancangan Perniagaan
a)Ringkasan Eksekutif
Secara ringkasnya perniagaan yang ini telah berrlangsung senjak dari awal lagi.Saya sebagai
rakan kongsi bagi perniagaan Hammas Group juga terlibat sama dalam menjalankan perniagaan
ini.Perniagaan yang sebelum ini hanya beroperasi di Asrama Pancor kini mula beroperasi di
Asrama Tanjung Chat yang didiami oleh Mahasiswi Kolej Teknologi Dadulnaim(KTD).Secara
tidak langsung skop perniagaan dapat di luaskan.Selain itu unuk memenuhi keperluan bagi
subjek Keusahawanan(MGT2223),dapat membantu mengenali produk yang di niagakan.Antara
produk yang di tawarkan ialah keperluan air minuman dan makanan ringan seperti Mamie Maggi
dan keropok Super Ring.
Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut lagi,saya akan mengenalkan rakan perkongsian
Perniagaan Hammas Group ini,mereka ialah Lajunardi bin Lajahidi sebagai pengerusi
Perniagaan ini, dan di ikuti Norbayah binti Asgali dan Nurfadilah binti Asgali sebagai membantu
dari segi fizikal dan idea.
Seterusnya,apa yang penting bagi perniagaan ini ialah bijak dalam memasarkan perniagaan
kepada orang ramai.
b)Tujuan Perniagaan
- Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk mendapat memenuhi keperluan mahasiswa/I
yang berada di asrama masing-masing.Bagi tujuan tersebut,perniagaan yang akan dijalankan
adalah menjual Air minuman dan makanan ringan yang sentiasa mendapat sambutan daripada
pelajar untuk memenuhi kehedak mereka yang memerlukan makanan ringan dalam membuat
sesuatu perkara.
Jumlah pembiayaan yang diperlukan adalah sejumlah RM50.00 sahaja dan pecahan keperluan
adalah seperti yang dinyatakan dibawah:
i)RM20.00 bagi pembelian barang-barang jualan di Asrama Tanjung Chat
ii)RM30.00 bagi pembelian barang-barang jualan di Asrama Pancor.
a) Produk
Makanan ringan yang dibeli dalam pek yang lebih besar,kemudian dibungkus dalam pek yang
kecil dengan sukatan empat ratus gram.
• Penggunaan Teknologi serta Kepakaran dalam Perniagaan
-Dalam proses membungkus keropok kami meggunakan lilin untuk membakar bahagian tepi
pembungkus tersebut.Oleh itu,hanya yang mempunyai kepakaran sahaja yang dapat
melakukannya,kerana apabila kepakaran tiada,makanan tersebut akan cepat rosak.
• Antara produk yang dijual ialah:
1.
Air minuman jenama
Sokmo
RM0.60
2.
Makanan Ringan Keropok
Ring
RM0.30
3.
Mamie Maggi
RM0.60
c)Pasaran
• Pelanggan
-Sebagaimana perjanjian antara saya sendiri dengan rakan kongsi,pasaran di tetapkan di asrama
kediaman masing-masing.Pelanggan utama adalah mahasiswa/i Kolej Teknologi
Darulnaim(KTD).
• Pesaing
-Oleh kerana perniagaan yang dijalankan berbeza dan secara tuidak langsung dari segi persaing
pun berbeza.Antaranya seperti berikut:
i)Asrama Tanjung Chat
-Perniagaan yang membuat mahasiswa/i membuat kos lepas samaada membeli barang jualan
kami atau mereka ini kerana mereka menjual produk yang sama,contohnya Perniagaan Ukhwah
Trading dan Perniagaan Hanya Pada Allah(HPA) yang menjual minuman dan makanan.
ii)Asrama Pancor(Istana Pancor)
pesaing
-dari segi persaingan di kolej kediaman di asrama seri panchor tidak ber laku memandangkan
barang yang dijual tidak ada dijual di asrama seri panchor selain dari syarikat kami yang
berdagang di asrama kediaman seri panchor.
• Faktor kekuatan Perniagaan dan Produk
-Air mineral jenama Sokmo yang lama dikenali di Kelantan dan baharu dikenali oleh Mahasiwa/i
daripada Sabah dan Sarawak member peluang kepada kami untuk mengenalkan air minuman
tersebut kepada mereka
-Selain itu,bekalan air minuman dan makanan ringan yang berdekatan.Ini membolehkan
perniagaan mengurangkan kos pengangkutan.Ini kerana,kami masih tidak mempunyai asset tetap
seperti kenderaan.Oleh itu,kami memyewa sebuah kereta jenama Kancil dengan kadar RM5.00
untuk sejam dan kos minyak dapat dikurangkan.
-Sering mendapat khimat nasihat daripada Pensyarah bagi subjek Keusahawanan(MGT 2223)
iaitu En.Ilyasak bin Ahmad.Apabila mengikuti kelas beliau,sedikit sebanyak membantu dari segi
ketabahan dalam perniagaaan dan sering menyarankan agar tidak berputus asa sebelum
melakukan sesuatu perkara.
-Makanan ringan yang sememangnya di minati ramai iaitu jenama Ring dan Mamie Maggi dan
dapat di beli pada harga yang lebih murah.
-Asrama yang agak jauh dari kedai untuk membeli makanan dan minuman.
• Faktor Kelemahan Perniagaan dan Produk
-Perniagaan hanya bergantung kepada satu produk sahaja
Sebagai sumber pendapatan.
-Pesaing yang lebih berkaliber dalam memikat hati mahasiswa/i agar membeli produk mereka.
- Kekurangan sumber modal dalam menghasilkan produk baru.
d)Pemasaran
i. Promosi dan Pengiklanan
-Perniagaan Hammas Group melaksanakan sepenuhnya dalam mempromosi barang yang
diniagakan melalui juala lansung atau di kenali sebagai face to face kepada pelanggan serta
dalam media cetak.
ii. Polisi Jualan dan Pengedaran
-Harga jualan ditetapkan mengikut kos yang terlibat.Dinyatakan seperti dibawah:
• RM0.60 sebotol Air minuman
• RM0.30 sebungkus keropok Ring
• RM0.60 sebungkus Mamie Maggi
-Masing-masing menjalankan tugas seperti yang telah di
bincangkan seperi memasarkan adalah tugas semua rakan kongsi.
e)0perasi dan Pengeluaran Produk
• Lokasi
-Asrama Tanjung Chat- bilik A11
-Istana Pancor-bilik A8
• Kapasiti Penjualan/Pengeluaran
-Perniagaan Hammas Group berupaya menghasilkan dalam 60 unit keropok dalam
sebulan,Mamie Maggi dua kotak dalam sebulan,kerana permintaan yang tinggi dan bagi air
minuman sebanyak 10 kotak sebulan.

Penyata Alir Tunai


Selasiah binti Amir
-Penyata Alir Tunai yang bermula dari 27/07/2009-28/09/2009
RM RM
Wang keluar:
Lajunardi 30.00
Selasiah r10.00
Norbayah10.00
Nurfadilah 10.00
Jumlah Wang Keluar rm 60.00
_________
(-)Belian:
Air minuman Sokmo (6.80 X 5 ) 34.00
Keropok Ring ( 30 BUNGKUS) 7.80
Mamie Maggi (30 BUNGKUS) 15.50
Jumlah Belian 58.30 (58.30)
__________ _________
(+)Jualan:
Air minuman (0.50 X 120) 60.00
Keropok Ring (0.30 X 30) 9.00
Mamie Maggi (0.60 X 30) 18.30
Jumlah Jualan 87.30 87.30
___________ _________
Rm 29.00
RM RM
(-)Kos Perbelanjaan:
Sewa kereta(2kali) 5.00
Minyak(petrol) 5.00
Lilin 0.80
Macis 0.20
Plastik Pembungkus 2.50
Percetakan 0.80
Jumlah Kos 14.30 (14.30)
_________ _________
Lebihan/Kurangn RM 9.70
Kesimpulan:
-pada masa ini perniagaan kami masi dalam keadaan yang terkawal dan masih boleh
memberikan keuntungan kepada kami,dan perancangan kami adalah akan meningkatkan dan
memajukan perniagaan kami kepada peringkat yang maju dan menguntunkan kepada kami.
Altenatif dan usaha Penyelesaian
-Seperti yang di jelaskan atau yang telah paparkan sebentar tadi,kami menghadapi masalah
kekurangan modal dalam pembentukan bagi perniagaan lain.Oleh itu,usaha yang dibuat ialah
mengekalkan barangan yang di jual terlebih dahulu dan memastikan kehendak dan keperluan
mahasiswa/i dipelihara.
-Kedua,pesaing yang berkaliber dapat memberi inspirasi untuk lebih kukuh dalam persaingan di
lakukan secara sihat.

Rumusan
Rancangan Perniagaan merupakan perancangan bertulis sesebuah perniagaan yang telah kami
jalankan.Rancangan Perniagaan berfungsi segagai garis panduan serta alat untuk mendapatkan
modal(Jika inginkan).Segala yang berkaitan dengan perniagan ini telah kami terangkan dalam
Perancangan Perniagaan ini,ia termasuk isi kandungan,ringkasan eksekutif,penerangan berkaitan
perniagaan,penerangan mengenai produk,proses pengeluaran operasi serta lampiran-lampiran
yang terlibat.