Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM MINI TUNAS

MEKAR 2011
UiTM (TERENGGANU)

LAPORAN PESERTA

ANALISIS
SWOT
Nama Peserta: Syuhada Mohd Anuar
Nama Majikan
: Pn. Maznah Zakariah

Alamat
: No 2, Taman Permint
Indah, Jalan
Paka, 23000, Dungun,
Terengganu

PROFIL PERNIAGAAN

1. Nama Perniagaan

: MM Bake & Bakery Ingredient

2. Alamat Perniagaan

: No 2, Taman Permint Indah, Jalan Paka,


23000, Dungun, Terengganu
09 845 8440
012 900 6440

3. Bidang perniagaan

: Peruncitan dan Pembuatan

4. Bentuk syarikat

: Persendirian

5. Tahun Memulakan

: 2009

Perniagaan
6. Senaraikan perkhidmatan : Menjual kelengkapan membuat kek, biskut dan pastri,
/ barang keluaran / jualan

menyediakan kelas memasak serta menerima


tempahan kek untuk pelbagai majlis
dan keramaian.

7. Jumlah pekerja

: 1 orang sahaja

8. Objektif perniagaan

: Menjadi alternatif kepada para penduduk sekitar Dungun


untuk membeli barangan kek dan roti yang halal. Lebih
jauh dari itu, semoga usaha fardhu kifayah kami
sekeluarga dan sahabat-sahabat terdekat ini mendapat
berkat dan rahmatNya.

MM Bake & Bakery Ingredient Shop

MM Bake and Bakery Ingredient Shop dikelola oleh sepasang suami isteri
daripada Paka, Dungun iaitu Haji Manaf bin Mohamad Hashim dan Hajah Maznah
binti Zakariah. Encik Manaf merupakan salah seorang staff di Petronas Cari Gali dan
Puan Maznah pula suri rumah sepenuh masa sebelum bergiat dalam aktiviti
perniagaan barangan bakeri ini. Selain mempunyai kepakaran dalam pembuatan kek
dan pastri, Puan Maznah juga dianugerahi dengan bakat menjahit seperti baju dan
cadar.

Sebelum ditukar kepada nama MM Bake & Bakery Ingredient Shop, kedai ini
kepunyaan salah seorang rakan kerja Encik Mazlan di Petronas CariGali dan
menggunakan nama Eriqa Sweet Ingredient Shop. Kedai ini diambil alih oleh
pasangan suami isteri ini pada akhir tahun 2009 dan diberi nama MM Bake & Bakery
Ingredient Shop hasil gabungan nama mereka. Mereka mula beroperasi pada 15
Disember 2009.
Kedai ini terkenal di mukim Sura dan juga mukim Paka. Merupakan kedai
yang lengkap dengan kelengkapan membuat kek dan menjadi fokus utama kepada
pembuat kek dan kuih-muih di sekitar daerah Dungun dan juga Paka. Kedainya yang
stategik menghimpunkan ramai pelanggan terutama yang bekerja sebagai
pensyarah di UiTM dan juga Politeknik serta para ibu yang gemar dalam bidang ini.

Mempunyai seorang pembantu kedai iaitu Puan Azlina Hasan berasal dari
Johor. Beliau merupakan graduan daripada Institut Teknologi Mara pada tahun 1997
dengan Certificate in Food Servicing and Baking dari ITM Shah Alam. Beliau
mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang pembuatan dan mendekorasikan kek
hasil dari pengalaman bekerja dengan aneka restoran dan hotel yang ternama.
Setelah berkahwin, beliau sedia menetap di Dungun dan mempunyai 2 orang putera.

ANALISIS SWOT

Apakah KEKUATAN (Strengths) dalaman di dalam organisasi ini yang boleh


digunakan untuk membantu kepada pencapaian objektif?
Dalam perniagaan, memenuhi permintaan pelanggan antara perkara yang
terpenting dan harus dititikberatkan agar pelanggan sentiasa tidak putus datang ke
kedai seterusnya menjayakan lagi perniagaan ini. Contohnya, barangan yang jarang
ditemui seperti keju Philadelphia, barangan Anchor, kotak coklat dan pelbagai lagi
barangan ada dijual di kedai MM Bakery and Ingredient Shop. Di sini, pelanggan
tidak perlu risau kerana kesemua barang kelengkapan untuk membuat kek, biskut,
kuih muih dan sebagainya sudah lengkap dan tidak menyusahkan pelanggan. Dari
kertas minyak hingga ke kotak serta papan kek juga ada dijual di sini.
Puan Maznah mempunyai satu komuniti yang besar terletak di kawasan Paka.
Beliau sudah dikenali ramai di sana. Hasil dari hobi beliau iaitu menjalinkan
silratilrahim sesama insan secara tidak langsung dapat menjayakan perniagaan ini.
Kenalan sama ada jauh atau rapat amat penting dalam menjayakan perniagaan yang
diceburi. Walaupun kita dalam apa jua bidang perniagaan, kenalan juga harus
dititikberatkan kerana dalam masa yang panjang atau singkat, rakan-rakan pasti
akan mencari kita.
Kepelbagaian cara untuk mempromosikan serta mengiklankan perniagaan
juga menjadi antara kekuatan dalaman yang terdapat meningkatkan serta
menjayakan perniagaan yang diceburi. Iklan melalui surat khabar, mengdarkan
flyers, pengiklanan dari mulut ke mulut, internet dan sebagainya menjadi pemangkin
kepada kejayaan perniagaan. Dengan dara pengiklanan yang pelbagai, secara tidak
langsung, pelanggan akan kenal dan tertarik dengan barangan yang dijual. Selain
itu, majalah juga menjadi medium yang penting sebagai tapak untuk penduduk
Malaysia mula mengenali tempat dan jenis perniagaan yang kita ceburi. Contohnya
seperti MM Bake & Bakery Ingredient pernah dicoretkan di dalam salah sebuah
majalah keluaran KarangKraf Sdn Bhd iaitu Saji.

Kemahiran berkomunikasi harus dikuasai apabila mula melangkah masuk ke


dalam dunia perniagaan. Pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam dan banyak
senario yang perlu kita ketahui dalam perniagaan. Kita perlu menerapkan pelbagai
elemen sewaktu berkomunikasi serta mengetahui cara-cara untuk berkomunikasi
dengan pelanggan seperti mengeluarkan kata yang sopan, nada yang lemah lembut
dan pelbagai lagi. Contohnya, ragam pelanggan yang cerewet, kita harus layan
mereka dengan cara yang terbaik dan harus bersikap profesional dan beretika.
Walaupun mempunyai pelanggan sebegitu, jadikan ia sebagai satu cabaran dan
mendidik kita untuk lebih pakar dalam berkomunikasi.
Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya asyik memikirkan perkara yang
negatif dan menjatuhkan. Jadi, berfikiran positif perlu di dalam diri seorang
usahawan walaupun dari pelbagai bentuk perniagaan. Pelbagai cabaran yang
datang ditempuhi dengan penuh kesabaran dan menjadikan cabaran itu sebagai titik
kejayaan dalam perniagaan.

Apakah KELEMAHAN (Weaknesses) dalaman di dalam organisasi ini yang memberi


kemudaratan/kekangan kepada pencapaian objektif?
Antara kelemahan atau kekangan yang utama yang memberi impak ke atas
organisasi ialah masalah kewangan. Modal yang nipis menjadikan barangan yang
dibeli untuk dijual tidak dapat menjadi stok dalam masa yang lama. Pembelian
secara runcit merumitkan lagi perniagaan. Barangan yang dibeli terpaksa dijual
dengan harga yang agak mahal agar berbaloi dengan kuderat yang dipikul. Selain itu
juga, kekurangan modal untuk membeli peti sejuk untuk tujuan penyimpanan
pelbagai tepung, kekacang, buah-buahan campur, keju, krim putar dan sebagainya
agar tahan lama dan tidak dimasuki bendasing.
Stuktur kedai yang agak sempit juga menjadi kelemahan kepada perniagaan
ini. Disebabkan struktur kedai yang tidak bersesuaian, keadaan barangan yang dijual
agak tidak teratur dan menyukarkan pelanggan untuk memilih barang. Selain itu, rak
yang digunakan untuk menggantung barang seperti lilin, roller, fondant cutter dan
sebagainya terletak di tengah-tengah jalan dan menyusahkan pergerakan pelanggan
yang datang membeli loyang dan bekas meletakkan kek.

Apakah PELUANG (Opportunities) luaran yang boleh membantu dan memberikan


kesan positif kepada pencapaian objektif organisasi?
Antara peluang yang boleh membantu dan memberikan kesan positif kepada
pencapaian objektif organisasi dan perniagaan ialah pinjaman modal daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membantu para peniaga yang berdaftar
di bawah naungan SSM untuk menambahkan modal perniagaan selain
memperbesarkan perniagaan secara langsung. Dengan faedah yang rendah,
kerajaan ingin membantu para peniaga terutama bumiputera untuk meningkatkan
kualiti hidup mereka. Dengan pinjaman modal ini, secara tidak langsung, perniagaan
ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan modal yang dihadapi.
Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan sijil bagi
menerima tender dan projek daripada premis kerajaan seperti menjadi pembekal
untuk Hotel UiTM contohnya. Seperti kita sedia maklum, Hotel UiTM juga ada
menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut. Apa salahnya jika MM Bake & Bakery
Ingredients untuk mencuba nasib untuk menjadi pembekal. Dengan itu, perniagaan
ini akan lebih berkembang dan maju serta mendapat pendapatan sampingan
daripada membekal barangan.
Pembukaan pusat perniagaan yang baru di Jalan Lapangan Terbang juga
menjadi satu peluang yang besar dan dapat menyelesaikan masalah ketisaksuaian
struktur kedai. Walaupun ianya masih dalam perbincangan antara pemilik tanah dan
juga kontraktor, ini boleh dijadikan titik untuk mengubah dan mentransformasikan
perniagaan ini ke tahap yang lebih baik dan teratur.

Apakah ANCAMAN (Threats) luaran yang boleh membantutkan dan memberikan


kesan negatif kepada pencapaian objektif organisasi?
Persaingan merupakan ancaman walau kita menceburi apa jua perniagaan.
Persaingan yang dihadapi oleh MM Bake & Bakery Ingredients ialah kedai barang
bakeri NB Enterprise yang terletak dalam 4 kilometer dari Taman Permint Indah.
Kedai yang sudah lama bertapak tetapi mempunyai barangan bakeri yang tidak
lengkap selain masih tidak mempunyai signboard. Walaupun barangan yang dijual
tidak lengkap, harga barangan yang yang dijual agak rendah berbanding di sini.
Ianya menjadi ancaman kerana kebanyakan pelanggan di sini merupakan pembuat
kuih muih dan kek di sekitar Dungun.
Pengeluar juga antara menjadi ancaman dalam perniagaan ini. Mereka
sewenang-wenangnya menaikkan harga barang tanpa notis dan pemberitahuan
kepada peniaga. Walaupun kenaikan harga, terpaksa juga peniaga untuk membeli
barangan daripada pengeluar walaupun untungnya hanya sedikit. Ini menjadi
ancaman dalam diam kerana kadang kala mereka tidak memaklumkan kenaikan
harga, tetapi di dalam invoice harga yang dinyatakan berlainan dan lebih mahal.
Kebanyakan pengeluar barangan bakeri daripada belah pantai barat
contohnya di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Keadaan kawasan Dungun yang
agak terposok menjadi ancaman kepada peniaga untuk membekalkan barangan
kepada pelanggan. Berulang-alik dari Dungun ke Kuala Lumpur sudah menjadi
lumrah demi memenuhi kehendak pelanggan.

DALAMAN
(Melibatkan situasi
dipersekitaran
dalaman organisasi)

LUARAN
(Melibatkan keadaan
persekitaran luaran
organisasi)

MEMBANTU KEPADA
PENCAPAIAN OBJEKTIF

KEKANGAN KEPADA
PENCAPAIAN OBJEKTIF

Strengths (Kekuatan)
1. barangan yang dijual
memenuhi permintaan
pelanggan
2. hasil daripada hobi iaitu
mengikatkan silratulrahim
mengukuhkan lagi pencapaian
3. pengiklanan yang dibuat
melalui pelbagai cara
4. kemahiran berkomunikasi
yang tinggi
5. berfikiran positif pelbagai
sudut

Weaknesses (Kelemahan)
1. kewangan yang kurang
kukuh dengan modal yang
nipis
2. keadaan kedai yang
sempit

Opportunities (Peluang)
1.pinjaman modal melalui
SSM.
2. menjadi pembekal ke
premis kerajaan seperti Hotel
UiTM.

Threats (Ancaman)
1. persaingan dengan
kedai bakery yang lain
2. pengeluar yang
sewenang-wenangnya
menaikkan harga barang
3. kesukaran mencari
barangan yang diperlukan

RUMUSAN
Sebagai rumusan, cadangan dari saya ialah menambahkan modal yang sedia
ada walaupun pemulangan modalnya dalam masa yang agak panjang. Memenuhi
prenis dengan barangan keperluan bakeri serta tersusun atur menarik minat ramai
pelanggan untuk terus membeli belah di premis ini.
Disebabkan masalah utamanya ialah kekurangan modal, harus peniaga untuk
berfikir dan mencari penyelesaianya kepada kekangan itu. Peluang yang dimiliki
seperti pinjaman daripada SSM memberi sinar yang terang kepada peniaga dalam
pengusahaan ini. Dengan pinjaman yang sepenuhnya dari kerajaan selain kadar
faedah yang rendah dijanjikan, ianya juga secara tidak langsung dapat meningkatkan
taraf kehidupan.
Memohon pengiktirafan daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk
menerima pelbagai projek yang berkaitan dengan membekal barang-barangan
kepada premis kerajaan. Secara tidak langsung, ianya dapat menarik minat para
pekerja dari premis itu untuk datang membeli peralatan bakeri terutamanya pekerja
wanita. Selain dapat menambah pendapatan melalui tender dari kerajaan, dapat juga
menambahkan pelanggan di premis perniagaan dan seterusnya menjana lebih
pendapatan.
Secara tidak tergesa-gesa, pengusaha perlu mencari penyelesaian bagi
masalah kesempitan ruang di premis. Contohnya dengan mencari idea yang lebih
kretif untuk menyusun peralatan serta barangan demi menjimatkan ruang yang sedia
ada. Penggunaan rak yang praktikal dan menjimatkan ruang sangat diperlukan untuk
memperlihatkan keadaan kedai yang lebih menarik.

Anda mungkin juga menyukai