Anda di halaman 1dari 7

Sokongan Kerjaya Untuk Golongan

OKU
DISEDIAKAN OLEH:
BENGKEL MENJANA EKONOMI ORANG KURANG
UPAYA
• Bengkel ini dirangka khas untuk golongan Orang Kurang Upaya, OKU fizikal. Kekangan
dan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai terutamanya OKU yang
mengalami kecederaan spinal yang mana mereka menggunakan kerusi roda untuk
bergerak telah menghadkan penyertaan mereka dalam sektor pekerjaan semasa.
• Dalam program ini, pihak pengusaha akan bertindak sebagai mentor yang bukan
sahaja memberikan latihan vokasional kepada peserta bengkel, tetapi memberikan
tunjuk ajar dan bahan mentah untuk menghasilkan produk yang mana produk siap ini
akan dibeli balik oleh pengusaha untuk dipasarkan.
• Dalam jangkamasa panjang, peserta boleh menghasilkan produk mereka sendiri hasil
daripada kemahiran yang telah diperolehi menerusi bengkel dan program ini.
BENGKEL MENJANA EKONOMI ORANG KURANG
UPAYA
• Selain itu, bengkel ini juga sebahagian daripada usaha kerajaan dalam
membantu menjana pendapatan golongan OKU sasaran ini dan secara
tidak langsung menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi
setempat dan negara.
• Di pihak pengusaha atau swasta pula, ini merupakan salah satu
program CSR yang baik yang mana mereka dapat memberikan bantuan
kepada masyarakat secara tidak langsung. Di pihak OKU pula, bengkel
ini seterusnya akan memberikan mereka peluang untuk menceburi
bidang perniagaan dalam jangkamasa panjang.
OBJEKTIF BENGKEL:
• Memberikan latihan vokasional yang mana kemahiran ini boleh digunakan untuk
menjalankan perusahaan yang menjana ekonomi golongan OKU sasaran dari rumah.
• Mewujudkan perusahaan atau peluang pekerjaan daripada rumah untuk golongan
OKU sasaran.
• Meningkatkan kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta dalam usaha
membangunkan ekonomi golongan OKU di Negara ini.
SEMINAR ADVOKASI MEMUPUK KESEDARAN
PELUANG KERJAYA OKU
• Seminar ini dirangka khas untuk memupuk kesedaran kepada
masyarakat umum mengenai kepentingan kerjaya OKU dalam
usaha membantu meningkatkan peluang-peluang pekerjaan
kepada golongan ini agar mereka turut sama menyumbang
kepada pembangunan ekonomi
• Selain itu, seminar ini juga merupakan sebahagian daripada
inisiatif kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan sektor
swasta bagi menggalakkan dan meningkatkan penyertaan para
majikan dalam memberi peluang- peluang pekerjaan kepada
golongan OKU.
Objektif seminar

• Memahami dan menjelaskan isu- isu berkaitan penempatan pekerjaan


OKU

• Memahami dan menjelaskan peranan, tugas dan tanggungjawab Job


Coach atau Pegawai Penempatan Pekerjaan OKU

• Menjelaskan kepentingan sistem sokongan dalam penempatan pekerjaan


OKU

• Memberi kesedaran kepada pihak majikan untuk pengambilan pekerja


OKU
Kepentingan seminar
• Seminar ini merupakan usaha keperihatinan kerajaan Negeri Johor terhadap keperluan
OKU dan golongan ini tidak pernah dipinggirkan dalam konteks pembangunan Negara.

• Secara umumnya, OKU menghadapi masalah mendapat pekerjaan produktif dan


pendapatan bagi menyara hidup. Bilangan OKU yang berjaya mendapat pekerjaan di
sektor awam dan sektor swasta kurang memberangsangkan.

• Susulan daripada itu, seminar ini turut memberi pendedahan kepada


peserta kepentingan penubuhan Unit Penempatan Pekerjaan Orang Kurang
Upaya bagi merealisasikan objektif utama program iaitu bagi memastikan peningkatan
bilangan OKU di dalam sektor pekerjaan di Johor.

Anda mungkin juga menyukai