Anda di halaman 1dari 30

Solat

Solat dari perspektif sains


1.Solat dapat mengurangkan lemak
dalam badan
tabiat rukuk yang sempurna dalam
melambatkan proses penuaan dan
melancarkan fungsi buah pinggang.

2.Tabiat membengkokkan jari kaki ketika


sujud, duduk di antara dua sujud dan
tahiyat akhir meningkatkan kadar
pembakaran lemak dalam badan dan
merendahkan risiko penyakit jantung.
Kajian menunjukkan posisi sujud
adalah yang terbaik untuk kesihatan
jantung. Seseorang yang mengalami
masalah tekanan darah tinggi amat
digalakkan untuk sujud dengan lebih
kerap dan lebih lama agar dapat
mengurangkan kadar denyutan
jantung dan menurunkan tekanan.
Secara amnya ibadat solat
dapat menghasilkan keadaan
yang tenang pada otak
manusia dan dapat
meningkatkan penumpuan
dan daya ingatan.
Solat dapat menyediakan
otak untuk lebih bersedia
dalam menghadapi tugas
pemikiran yang lebih
mencabar.
Solat dari perspektif
kesihatan
Gerakan Solat
Qiyam

Duduk tahiyat
Rukuk
Sujud
Qiyam
Dalam konteks solat, qiyam yang dimaksudkan disini
bererti tegak, Islam member kelonggaran atau
keringanan untuknya harus melaksananakan ibadah
solat secara duduk. Kiranya tidak mampu duduk,
dibolehkan bersolat secara mengiring. Hal hal ini
ada dinyatakan melalui hadith Nabi, seperti yang
berikut.

Rasulullah SAW bersabda: Solatlah dalam keadaan


berdiri. Jika anda tidak mampu berdiri, solatlah dalam
keaadaan duduk. Jika anda tidak mampu duduk
solatlah dalam keadaaan mengiring. (HR Bukhari)
Semasa berdiri tegak melakukan solat, tangan perlu
bersedekap, iaitu kedudukkan tangan kanan berada diatas
tangan kiri, dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari
paras pusat. Perlakuan ini diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Perbuatan melipatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan


santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua dua
tangan. Mengikut teori ahli fisiologi, dari posisi dan
kedudukan ini, sendi siku dan dan sendi pergelangan tangan
serta otot dari kedua dua tangan berada dalam keadaan rehat
penuh. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan
menghindarkan dari timbulnya perbagai penyakit persendian
seperti penyakit kekakuan sendi.
Rukuk
Rukuk didalam ibadah solat dimulai dengan takbir
(mengangkat tangan sehingga teliga atau bahu) sambil
membaca Allahuakbar diikuti dengan menundukkan
badan sebanyak 90% darjah, tangan memegang lutut dan
ditekankan supaya anggota belakang badan lurus. Mata
pula tetap memandang ke arah tempat sujud atau pun kaki.

Ketika rukuk, kepala tidak boleh berada pada paras lebih


tinggi atau rendah daripada paras bahu. Pada masa yang
sama, tulang belakang perlu lurus dan rata. Tangan juga
perlu dijarakkan dan diletakkan di lutut. Antara anjuran
Islam agar umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan
tersebut menurut tatacara tertentu adalah berdasarkan
hadith dan huraian yang berikut:
i.Mengangkat tangan sebelum dan
ketika bangun dari rukuk;

Hadith diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dari


Ibnu Umar r.a. (maksudnya):

Nabi SAW, apabila hendak memulakan


solatnya, Baginda mengangkat tangannya ke
paras bahu. Tatkala mengucapkan takbir untuk
rukuk dan tatkala ingin mengangkat kepalanya
daripada rukuk Baginda berbuat demikian. Dan
membaca: Allah Maha Mendengar sesiapa yang
memujiNya. Baginda tidak berbuat demikian
tatakla sujud. (HR Bukhari dan Muslim)
ii.Keadaan Tangan dan
Jari Ketika Rukuk
Nabi SAW meletakkan kedua-dua telapak
tangannya pada kedua-dua lututnya. Baginda
meletakkan tangannya pada lutut (seolah-olah
mengengam kedua-dua lututnya). Baginda
juga merenggangkan jari-jari tanganya
berdasarkan sebuah hadith (maksudnya):

Sesungguhnya Nabi SAW, apabila rukuk,


Baginda membuka (merengangkan) jari-jari
nya , dan apabila sujud, Nabi merapatkan jari-
jarinya. (HR al-Baihagi dan Darqutni).
iii.Meluruskan Tulang
Belakang Ketika Rukuk
Nabi Muhammad SAW menyuruh
meluruskan tulang belakang ketika rukuk
seperti sabdanya yang bermaksud:

Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua


tangan mu pada kedua-dua lututmu,
kemudian renggangkanlah jari-jarimu,
kemudian tenanglah sampai ruas tulang
belakang mu mantap di di tempatnya.
(HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban).
Apabila Baginda rukuk, Baginda meluruskan dan meratakan
tulang belakang (dalam keadaan 90 darjah) sehingga apabila
segelas air diletakkan diatasnya, air tesebut tidak akan
bergerak. Baginda tidak menundukkan kepala dan tidak pula
mengangkatnya (tidak meninggikan kepala dari paras
bahunya).

Ruas tulang belakang secara lazimnya terdiri daripada


tulang punggung, tulang leher, dan tulang pinggang.
Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah
senggal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang
tulang bahu dan senggal otot. Gerakan rukuk yang diajar
oleh Nabi SAW, boleh menghindari dan menyembuhkan
penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.
iv.Tamakninah Atau Bertenang Sebentar
Ketika Rukuk

Tamakninah atau berhenti seketika merupakan satu


perkara yang perlu dilakukan dalam beberapa solat iaitu
rukuk, iktidal, sujud dan duduk diantara dua sujud.
Semasa melakukan posisi ini seseorang itu perlu berhenti
seketika sekurang-kurangnya dengan kadar satu tasbih.
Keadaan ini dipercayai memberikan ketenangan kepada
seseorang yang bersolat. Keadaan ini dapat dibuktikan
dalam kajian Dr Fatimah Ibrahim sebagaimana yang telah
diajar oleh Nabi SAW (maksudnya):

.kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti


sekejap dalam keadaan itu, dan kemudian bangun dan
berdiri tegak (iktidal serta tamakninah). (HR al- Bukhari).
Sujud
Pergerakan sujud di dalam solat dimulai dengan meletakkan
lutut dan tangan di lantai. Postur sujud sepenuhnya
melibatkan persentuhan antara tujuh anggota (dahi, kedua-
dua tapak tangan kedua-dua lutut, kedua dua hujung
kaki/jari kaki yang dibengkokkan) dengan permukaaan lantai.

Hal ini disebut dalam sebuah hadith Nabi (bermaksud); Aku


diarahkan untuk sujud diatas tujuh anggota sujud: diatas
dahi dan Nabi SAW menunjukkan kearah dahinya (termasuk
hidung) dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut,
dan kedua-dua hujung kaki. (HR al-Bukhari & Muslim).

Keadaan tangan ketika sujud adalah seperti berikut:


i.Tangan hendaklah
direngang dari tubuh badan
Hal ini disebutkan didalam hadith
(maksudnya): Sesungguhnya Nabi
SAW merenggangkan kedua belah
tangan nya dari sisinya sehingga
kelihatan putih ketiak Baginda. (HR
al-Bukhari & Muslim).
ii.Siku Diangkat iaitu Tidak
Menyentuh Lantai
Nabi SAW mengangkat siku dari
tanah sebagaimana hadith
(bermaksud): apabila sujud, letaklah
kedua-dua telapak tangan kamu, dan
angkatlah siku kamu (HR Muslim,
Ahmad)
iii. Dahi dan Muka Berada
diantara kedua-dua Tangan
Maksud Hadith: Sesungguhnya Nabi
SAW apabila sujud maka baginda
meletakkaan wajahnya di antara
kedua dua tangannya.
iv. Jari-jari Dirapatkan
Sebuah hadith menyebutkan
(maksudnya); Sesungguhnya Nabi
SAW apabila rukuk Nabi membuka
(merenggangkan) jari-jarinya, dan
apabila sujud Nabi merapatkan jari-
jarinya. (HR al Baihaqi dan
Darqutni).
Kajian mendapati bahawa keadaan ketika seseorang itu
sujud bukan sahaja menjadikan otot-otot besar dan kuat
tetapi saluran darah seperti arteri dan vena serta urat
limfa akan terurut. Fenomena ini dapat menghidarkan
pengecilan dinding-dinding pembuluh darah
(arterioskerosis). Hal ini akan membantu melancarkan
pengaliran dan limfa keseluruh anggota badan.

Selain itu, beliau menyatakan rongga dada akan


bertambah besar dan paru-paru akan dapat
berkembang dengan baik bagi menghirup lebih udara
bersih ke dalamnya bagi mengelakkan penyakit yang
boleh menyerang paru-paru.
d)Duduk antara dua sujud dan
Tahiyat awal
Duduk antara dua sujud dinamakan duduk
iftirash, kerana tapak kaki kiri diduduki dan
menjadi alas (firash). Tapak kaki ditegakkan
diatas lantai sementara jari kaki mengadap
kearah kiblat (duduk bersimpuh).

Disebutkan di dalam Sahih Bukhari sebuah


hadith (maksudnya): Apabila Nabi duduk
diantara dua rakaat, maka Baginda duduk diatas
kaki kiri dan menegakkan kaki kanannya.
Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak
tangan berada diatas peha dan Nabi SAW juga
meletakkan sikunya diatas pehanya sambil
hujung jari-jarinya memegang hujung
bahagian lutut. Kajian beliau mendapati pada
kedudukan ini, tumit menekan otot-otot
pangkal peha yang besar dimana posisi ini
dapat melancarkan pengaliran darah kembali
ke jantung. Selain itu juga, posisi ini juga
dapat menghidarkan dan menjadi penawar
penyakit saraf pangkal paha.
e)Duduk Tahiyat Akhir
Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan diatas
lantai, kaki kiri dimasukkan kebawah kaki kanan dan kaki
kanan ditegakkan (dengan jari kaki dibengkokkan
menghadap kiblat).

Hadith yang mengambarkan keadaan ini ialah


(maksudnya): sehinggalah tatkala Nabi SAW berada pada
sujud (terakhir) yang ada padanya taslim (memberi
penutup solat) Baginda mengeluarkan kakinya (tidak
duduk diatas kakinya) dan duduk diatas sebelah kirinya
bersimpuh. (HR al-Bukhari dan Ibn Hibban).
Kajian mengatakan ketika
pergerakan dari sujud ke tahiyat
akhir, otot lantai pelvik akan
diaktifkan. Sama seperti duduk
tahiyat awal, duduk tahiyat akhir ini
juga akan melancarkan pengaliran
darah kembali ke jantung.
Solat dari perspektif
Kepimpinan
Terdapat banyak nilai nilai yang
terdapat dalam solat. Antaranya
ialah nilai kepimpinan, ini dapat
dilihat dengan jelas terutamanya
dalam solat berjemaah.
Makmum harus mengikuti apa yang
diperintahkan oleh imam dalam solat. Hal
ini bersamaan dalam konsep kepimpinan,
yang dipimpin harus patuh akan perintah
yang memimpin.
Hal ini kerana jika yang dipimpin itu tidak
patuh akan arahan, maka sistem
kepimpinan akan rosak, kerana pemimpin
dan orang yang dipimpin tidak
bersefahaman.
Dalam solat berjemaah, merapatkan
dan meluruskan saff, atau barisan
adalah wajib, kerana ia boleh
mempengaruhi kesempurnaan solat.

Sabda Rasulullah: Luruskan saf


kamu, kerana meluruskan saf
merupakan sebahagian
kesempurnaan solat. (Riwayat
Muslim).

Anda mungkin juga menyukai