Anda di halaman 1dari 6

Menurut kamus dewan edisi keempat, sujud ialah perbuatan berlutut sambil meletakkan

dahi ke lantai dalam sembahyang (sambil dua tapak tangan diletakkan di atas lantai). Sujud
merupakan rukun solat yang kelima daripada tiga belas rukun solat. Maka, tanpa bersujud, tidak
sah solat yang ditunaikannya. Begitu juga jika tidak dipenuhi syarat-syarat bersujud maka ianya
tidak dinamakan sebagai sujud. Pensyariatan sujud telah disabit di dalam Al-Quran, hadis dan
ianya juga adalah ijmak para ulama. Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan


sembahyang), dan beribadahlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta
kerjakanlah amal-amal kebajikan ; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Surah Al Hajj : 77

Antara syarat sah sujud adalah menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah serta
melakukan sujud dengan enam anggota badan yang lain iaitu dua telapak tangan, dua lutut dan
dua hujung jari kaki. Hal ini berdasarkan hadis, sabda Nabi Muhammad S.A.W :

ُّ ‫ َو‬،‫ َوا ْل َيدَ ْي ِن‬،ِ‫ار ِب َي ِد ِه َع َلى َأ ْنفِه‬


،‫الر ْك َب َت ْي ِن‬ َ ‫ش‬َ ‫س ْب َع ِة َأ ْع ُظ ٍم َع َلى ا ْل َج ْب َه ِة َوَأ‬
َ ‫ت َأنْ َأ ْس ُجدَ َع َلى‬ ُ ‫ُأم ِْر‬
‫َوَأ ْط َرافِ ا ْل َقدَ َم ْي ِن‬
Maksudnya : “Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, dengan dahi (sambil
Baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan
hujung kedua-dua belah kaki”.

(Hadis Riawayat Bukhari (812) & Muslim (490))

Setiap pergerakan dan perbuatan dalam solat mampu memberikan kebaikan kepada semua
umat Islam yang menunaikannya. Kebaikan tersebut dapat diperolehi sama ada dalam bentuk
fizikal, mental mahupun rohani. Justeru itu, semua umat Islam wajib menunaikan rukun Islam
yang kelima itu iaitu menunaikan solat lima waktu dalam sehari.
Menerusi kajian yang dilakukan oleh Dr Fidelma O’Leary, seorang graduan doktor falsafah
dari St Edward’s University, juga seorang muallaf, mendapati fakta tentang manfaat sujud dari
sudut kesihatan. Dalam kajiannya, beliau mendapati terdapat beberapa urat saraf di dalam otak
manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya boleh dimasuki darah hanya pada saat
manusia bersujud. Hal ini demikian kerana, posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat
untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Walhal, otak adalah organ manusia yang
amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara
normal dan baik. Setelah beliau mengkaji dalam tempoh masa yang lama, beliau memperolehi
jawapan bahawa darah akan mengalir dalam setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika
seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat.
Sehubungan dengan itu, otak akan mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu
manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine dan
juga stroke. Oleh itu, jelaslah bahawa perbuatan sujud dalam solat mampu memberikan kebaikan
dari sudut kesihatan kepada sesiapa yang menunaikannya.

Dalam satu hadis daripada Wail Ibnu Hajar Radiallahu Anhu, beliau berkata,

‫ض َر َف َع َيدَ ْي ِه َق ْبل َ ُر ْك َب َت ْي ِه‬


َ ‫ض َع ُر ْك َب َت ْي ِه َق ْبل َ َيدَ ْي ِه َوِإ َذا َن َه‬ َ ‫هللا ِإ َذا‬
َ ‫س َجدَ َو‬ ِ َ ‫س ْول‬ ُ ‫َرَأ ْي‬
ُ ‫ت َر‬
"Aku melihat Rasulullah S.A.W apabila (hendak) sujud, Beliau meletakkan kedua lututnya
terlebih dahulu sebelum kedua tangannya. Dan apabila (hendak) bangkit, beliau mengangkat
kedua tangannya sebelum kedua lututnya.”

Menurut beliau, apabila seseorang menjatuhkan diri untuk sujud dengan kedua lututnya,
maka seseorang itu sebenarnya menjaga keseimbangan belakang badan dan tulang belakang serta
menjaga lengkungannya. Hal ini demikian dapat melindungi diri dari kemungkinan berlaku
penyakit tergelincir tulang rawan. Maka, jelaslah bahawa dengan melakukan perbuatan sujud di
dalam solat, seseorang yang mengamalkannya dapat menjaga kesihatannya dengan memelihara
tulang belakangnya.

Bersujud juga berpotensi untuk memberikan manfaat yang spesifikasi kepada kaum
wanita. Menurut Syaikh Jalal Muhammad Syafi’i, beliau mengatakan bahawa wanita
memerlukan otot-otot yang lentur dan mudah memanjang pada bahagian perut. Hal ini supaya
otot-otot memanjang ketika hamil terutamanya pada bulan-bulan terakhir sebelum bersalin.
Ketika bersujud, kaum wanita meletakkan perutnya pada kedua pahanya. Keadaan ini tidak
menghasilkan penguatan pada otot-otot wanita.Wanita tidak memerlukan penguatan otot-otot
perut seperti lelaki.
Menurut kajian Dr. Othman Nasir, terdapat banyak manfaat dari segi perubatan apabila
seseorang itu bernafas ketika bersujud. Antaranya ialah :

1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya


2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus)
3. Melegakan sakit hernia
4. Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid
5. Melegakan bahagian atas paru-paru daripada ketegangan
6. Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa
7. Mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh
8. Meringankan bahagian pelvis
9. Mengatasi masalah sukar tidur malam (insomnia)
10. Meregangkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung (ketika mahu sujud dan bangun
darinya). Gerakkan otot-otot itu menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik,
akan memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation)
11. Bagi wanita, gerakkan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi
untuk menyusu dan terhindar dari penyakit
12. Mengurangkan obesiti
13. Gerakkan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali
ke tempat asal serta terhindar daripada sakit bergelombang perut (convulsions)
14. Bekalan darah yang beroksigen dapat disalurkan ke otak secara optimum
15. Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima darah ke otak secara kuat dan
mengejut. Ini dapat mengelakkan penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels dan
arteriosclerosis of cerebrum.
16. Dapat merawat penyakit hati seperti riyak,sombong dan takabbur kerana posisi sujud
adalah lambang kerendahan hati seorang hampa kepada Allah SWT

Kontraksi daripada otot-otot rangka yang membantu pergerakan darah di dalam saluran
vena serta tarikan graviti semula jadi meringankan beban aktivit jantung mengepam darah per
minit. Menurut kajian saintifik, posisi sujud mencatatkan denyutan jantung per minit antara 72
dan 73 denyutan per minit berbanding keadaan biasa antara 80-90 denyutan per minit. Oleh itu,
posisi sujud merupakan terapi dan rawatan yang efektif bagi masalah cardiovascular. (Fatimah
Ibrahim, 2009)

Menurut kajian yang dilakukan oleh (N.A Salleh, 2009) terhadap gerakan sujud ketika
solat dan mimic iaitu meniru gaya sujud, mendapati gelombang alpha lebih tinggi ketika sujud
berbanding pergerakan meniru gaya sujud. Ini menunjukkan bahawa sujud kepada Allah
mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagai lambang kepatuhan dan tunduk kepada Allah
yang Maha Agong. Pergerakan sujud juga diikuti dengan bacaan-bacaan yang membesarkan
Allah sebagai ibadah.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah
solat. Sesungguhnya, solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah)
mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamannya dari ibadah yang lain). Allah Maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dari sudut tasawuf, sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling dengan
Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya”
seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan
mengaku bahawa “Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan
hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Hafizah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda :

“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai Allah daripada Dia melihat hamba-Nya
itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tasmilan tunduk,
pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)” (Hadis Riwayat Imam Tabrani)

Firmah Allah SWT :

Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat kami ialah orang
yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka meyungkur sujud dan bertasbih
serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri”.

Surah As-Sajadah, Ayat 15.


Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas
tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya
terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dab mengembalikan dirinya kepada tanah.

Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina, maka,
tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah SWT yang menciptakan dirinya
dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa mengingati akan mati, apabila ia
ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia
akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah tidak
akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang
akhirat.

Dalam keadaan demikian, maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah SWT
dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha
Tinggi di samping lidah tidak bertulang mengucapkan,

‫س ْب َحانَ َر ِّب َي اَأْل ْع َلى َو ِب َح ْمدِه‬


ُ
Yang bermaksud : Maha Suci Rabbku Yang Maha Tinggi, dan memujilah aku kepadaNya.

Simbolik kepada sujud dalam solat ini ialah kita wajib juga sujud kepada Allah SWT walaupun
di luar solat. Jika dalam solat sujud dan patuh kepada arahan Allah SWT maka diluar juga wajib
sedemikian dengan mematuhi apa jua perintah dan larangan Allah SWT. Jika ini berlaku barulah
sujud kita dalam solat itu benar-benar mendidik dan membentuk peribadi si pelakunya.

Secara kesimpulannya, gerakan-gerakan dalam solat mampu bertindak sebagai terapi kesihatan
fizikal dan teknik pergerakan di dalam solat merupakan seni yang berkesan untuk mencegah dan
merawat pelbagai penyakit. Kajian saintifik juga membuktikan bahawa terapi solat memberi
kesan yang lebih baik dari terapi muzik kerana terdapatnya gelombang gamma yang lebih tinggi
selepas menunaikan solat berbanding selepas mendengar muzik. Ini memberi kesan yang baik
untuk meningkatkan kualiti kerja kerana solat membantu mengurangkan tekanan dan stress. (W.
Mohd Fatihilkamal el al., 2011). Walau bagaimanapun, gaya hidup yang sepadu dan seimbang
perlu dititikberatkan untuk memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera di dunia dan di
akhirat. Ikhlas kan diri apabila menunaikan solat semata-mata kerana Allah SWT di samping
memohon serta mengharapkan kesejahteraan dan kesihatan dari Allah SWT.
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karem

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Carian Umum. Carian Umum. Retrieved November 17,
2022, from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sujud

Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, Ng Siew Cheok. (2009). Solat Kebaikan Dari
Persperktif Sains. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Mohammed Faruque Reza et al. (2002). Physical Exercise Taken From Salat (Prayer) As a
Short-Duration And Frequent Physical Activity in the Rehabilation Geriatric and Disabled
Patients. Annals of Saudi Medicine, Vol 22, Nos 3-4, 2002.

Anda mungkin juga menyukai