Anda di halaman 1dari 13

HBIS3103 FIQH I

Pengenalan

Menurut Nor Amin (2010), solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan
takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman: “ Dirikanlah solat.
Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman” Solat fardhu
yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim
pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah
dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:

“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya
meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada
tempat tidur”

Solat secara bahasa (etimologi) bererti doa, manakala dari segi istilah atau Syari 'ah
(Terminologi), solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu atau khusus
yang dibuka atau dimulai dengan takbir Allahu Akbar (takbiratul ihram) diakhiri atau ditutup dengan
salam (Assalamualaikum) (Hafiz, 2012). Solat merupakan rukun perbuatan yang paling penting di antara
rukun Islam yang lain sebab ia mempunyai pengaruh yang baik bagi kedudukan akhlaq manusia. Solat
fardhu didirikan sebanyak lima kali setiap hari, melaluinya akan diperolehi kesan atau pengaruh yang
baik bagi manusia dalam sesebuah masyarakatnya yang menyuburkan rasa persaudaraan dan kecintaan di
antara kaum muslimin ketika berkumpul untuk menunaikan ibadah yang satu di salah sebuah dari sekian
rumah milik Allah.

Kedudukan ibadah solat ini di dalam Islam adalah amat tinggi dan mulia sekali. Perkara ini telah
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud;

“Solat itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya,
kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya.”

(Hadith Riwayat Al-Baihaqi).


HBIS3103 FIQH I

Juga sabda Baginda s.a.w. lagi yang bermaksud;

“Dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat, sesungguhnya kedudukan solat di dalam
agama Islam, diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan.”

(Hadith Riwayat At-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a.)

Solat adalah rukun Islam yang kedua dan yang paling utama selepas mengucap dua kalimah
syahadah. Malah di dalam ibadah solat, telah terkumpul kelima-lima hakikat rukun Islam itu sendiri. Solat
itu di dalamnya terdapat ucapan 2 kalimah syahada.

Keistimewaan solat menurut perspektif sains

Apakah pergerakkan solat seperti Qiyam - berdiri tegak , Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud,
Duduk Tahiyat Awal dan Duduk Tahiyat Akhir hanya sekadar pergerakkan yang dituntut tanpa apa-apa
kebaikan pada jasad manusia ? Pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir apakah kesannya pada diri kita
dari segi fizikal dan mental apabila kita Qiyam atau berdiri tegak, Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua
Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Dudul Tahiyat Akhir semasa bersolat ?

Kenapakah kita dituntut mengerjakan solat tahajud yang dikerjakan pada waktu dua pertiga
malam selain dari sujud menyembah Allah s.w.t ? Apakah kebaikan solat tahajud dari segi perspektif
sains ? Untuk mengetahui kebaikkan solat dari sudut kacamata sains, kajian saintifik seharusnya diadakan
dan dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan bahawanya solat sememangnya memberi
manfaat fizikal dan mental kepada yang mengerjakannya.

Menurut Mohd Gunawan (2003), kajian pergerakan otot-otot kita ketika solat secara kasar pada
mula kita berdiri tegak atau qiyam kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas
HBIS3103 FIQH I

pusat , kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan
otot di kedua belah tangan. Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas
kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas
tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin (Hafiz, 2012).

Menurut Ishak (2007), waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-
otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu
sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita
duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah
secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha,
kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan
kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari
kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-
otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh
menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat
dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : ” Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.”

a. Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)

Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami
masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat
mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.
HBIS3103 FIQH I

b. Otak

Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia dan dapat
meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam
menghadapi tugas pemikiran yang lebih mencabar.

c. Otot
HBIS3103 FIQH I

Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan seperti berdiri, tunduk,
duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada psikologi, tulang, otot dan serebral. Semasa solat
kebanyakan otot dan sendi akan bergerak dan mampu memberi kekuatan kepada sistem otot dan tubuh.

Keistimewaan solat menurut psikologi

Stress yang sering melanda manusia dapat diubati dengan solat, ini kerana solat mengandungi
zikir, dan zikir sekiranya dilakukan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati (Ahmadi, 2007).
Rasulullah s.a.w dalam sabdanya: “ Seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ketika dia sedang
bersujud”. Waktu sujud yang lama, berguna untuk menambah bekalan darah untuk kepala. Kemudian
datanglah duduk istirehat yang bekerja mengembalikan darah dari kepala kembali kepada jantung. Ini
dibantu oleh gerakan cepat ke atas seperti anak panah ketika bangkit menuju raka’at selanjutnya, di mana
darah terdorong ke bawah ketika bangkit di bawah tekanan gravity bumi. Bagi seseorang yang menderita
tekanan darah tinggi, bergerak cepat ke atas ketika bangkit menuju raka’at selanjutnya berguna
mengurangi tekanan darah pada otak. Dan berkurangnya kuantiti darah ketika bangkit menyebabkan
berkurangnya ketajaman sakit kepala yang diakibatkan oleh meningkatnya tekanan darah pada kepala.
(Haron Din, Abu Hassan, Ishak, 2007).

Solat fardhu adalah merupakan kewajiban yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam lima kali
sehari pada waktu berbeza yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan membantu keupayaan utubuh
terutamanya system darah dan jantung. Solat juga merupakan terapi psikologi yang membantu jiwa
menjadi lebih tenang dan menghilangkan tekanan perasan yang disebabkan oleh pelbagai masalah dalam
kehidupan; yang paling signifikan adalah manusia merasakan semua masalahnya sangat kecil di hadapan
HBIS3103 FIQH I

Pencinta Yang Maha Agung. Solat juga menghilangkan sumber tekanan atau stress pada diri manusia
apabila berlakunya perubahan pergerakan dalam soalt secara konstan. Ini dikenali sebagai perubahan
yang membawa kepada kerehatan fisiologi yang sangat penting. Kajian yang dilakukan oleh Nor Azah
Abdul Aziz et al., (2008), terhadap 50 orang pelajar tahfiz juga, menunjukkan tekanan darah berkurangan
selepas melakukan solat fardhu berbanding dengan kadar tekanan darah sebelum melakukan ibadah solat
fardhu. Fakta ini adalah bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang memerintahkan umatnya
bersolat ketika menghadapi kemarahan dan telah terbukti bahawa solat memberikan kesan yang pantas
terhadap system saraf dengan memberi ketenangan dan keseimbangan. Solat juga turut menjadi penawar
kepada insomnia atau penyakit sukar tidur yang disebabkan oleh kegagalan system saraf (Hafiz, 2012).

Menurut Abdul Salam (2004), terdapat perbandingan antara meditasi dan solat, meditasi dapat
mencapai ketenangan mental dan seterusnya mengubah tahap kesedaran seseorang. Antara teknik
meditasi ke atas isyarat otak. Salah satu daripada kajian ini mendapati aktiviti alpha (gelombang otak
dalam keadaan relaks) meningkat semasa bertakafur jika dibandingkan dengan sebelum dan selepas
meditasi. Solat pula secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat-ayat suci al-Quran
serta doa-doa tertentu. Semasa solat juga beberapa pergerakan perlu dilakukan seperti berdiri, rukuk,
duduk dan sujud. Daripada pemerhatian Nor Amin (2010), solat yang melibatkan pergeraka-pergerakan
serta pembacaan ayat tertentu didapati mempunyai ciri-ciri yang sama seperti meditasi tetapi orang Islam
yang melakukan solat bukan sahaja melakukan pergerakan yang ditetapkan di dalam rukun ibadat
tersebut, malah dia perlu melafazkan bacaan tertentu. Bacaan solat ini adalah bacaan dan doa yang
mengagungkan Allah. Ini boleh mebawa sesuatu kesan kepada perasaan dan pemikiran mereka yang
melakukan ibadah solat. Semasa otak beroperasi, perubahan kimia akan berlaku di dalam otak. Proses
kimia yang berlaku melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Proses ini
seterusnya akan menghasilkan aktiviti elektrik di dalam otak. Hasil daripada kajian lepas, mendapati
ibadat solat menghasilkan keadaan tenang pada otak manusia. Keadaan tenang ini dicapai secara
maksimum sejurus sebelum seseorang itu bergerak melakukan sujud. Menurut penyelidik, ketenangan ini
mungkin akibat perlakuan tamakninah. Kajian ini juga menunjukkan, menunaikan solat amat baik untuk
mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Pendapat ulama mengenai orang yang meninggalkan solat

Perbuatan sengaja meninggalkan sembahyang itu, menurut sesetengah ulama boleh menjadikan
seseorang itu dihukumkan kafir, berdasarkan zahir sabda Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wassalam yang
diriwayatkan daripada Buraidah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:
HBIS3103 FIQH I

Sesungguhnya perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) ialah sembahyang, maka barangsiapa
yang meninggalkan sembahyang maka sesungguhnya dia kafir.

(Hadits riwayat an-Nasa’ie dan at- Tarmidzi)

Qatadah Radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Allah
Subhanahu wa Taala berfirman:

Maksudnya:

“Aku telah memfardhukan ke atas umatmu (wahai Muhammad) sembahyang lima waktu, seraya Aku
berjanji pada diriKu suatu perjanjian, bahawasanya barangsiapa yang memeliharanya tepat pada
waktunya, akan Aku masukkannya ke dalam syurga. Dan barangsiapa yang tiada memeliharanya, maka
tiadalah perjanjian apa-apa dari Aku baginya.”

(Hadits riwayat Abu Daud)

Namun akibat yang sudah pasti meninggalkan sembahyang itu adalah suatu dosa besar. Firman Allah
Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya:

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka
kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada
menyempurnakan sembahyangnya. (Surah Al-Ma‘un: 4-5)

Dalam ayat lain, Allah Subhanahu wa Taala menjelaskan tentang balasan neraka bagi orang-orang yang
senghaja tidak mengerjakan sembahyang sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya:

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu
masuk ke dalam neraka (Saqar)?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam
kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang”.

(Surah Al-Muddatstsir: 42-43)

Daripada sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
HBIS3103 FIQH I

Maksudnya:

Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, dia akan menemui Allah dalam keadaan dia dimurkai (oleh
Allah).

(Hadits riwayat Thabarani)

Masih banyak lagi nash-nash Al-Qur’an dan Hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam yang
berupa perintah untuk mendirikan sembahyang dan peringatan-peringatan terhadap mereka yang
melalaikannya sehingga berlalu waktu sembahyang. Imam Nawawi berkata sekiranya meninggalkan solat
dengan ingkar kewajipannya maka ia adalah kafir dengan ijmak muslimin dan mengeluarkannya daripada
agama Islam kecuali orang yang baru memeluk Islam. Sekiranya meninggalkannya kerana malas di
samping tetap beriktiqad akan kewajipannya maka ulamak berpendapat sebagai berikut:

1 – Mazhab Maliki dan Syafi’i: Fasiq dan diminta bertaubat.Sekiranya tidak mahu bertaubat maka
dibunuh sebagai had (hudud).

2 – Mazhab Hanafi dan Imam Muzani (ulamak mazhab Syafi’i): Ditakzir dan dipenjara sehingga dia solat
semula.

3 – Mazhab Hanbali dan sebahagian ulamak Syafi’i: Meninggalkan solat secara sengaja tanpa sebarang
keuzuran jatuh kafir..

Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan
muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama’ (ijma’) dan dikira
sebagai perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari kewajibannya
menjadi kafir dan murtad, kekal dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas
dan qathi’e (tidak dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’. Sesiapa yang
meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan kewajibannya
tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya beberapa perkara:-

1. Bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya.

2. Mengqada’kan solat yang ditinggalkannya.

3. Dijatuhkan ke atasnya hukuman had.

Hukuman Had ke atas orang yang meninggalkan solat. Ulama’ mazhab berbeza pendapat pada
bentuk hukuman yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan solat, setelah mereka bersepakat pada
HBIS3103 FIQH I

keharamannya dan besarnya dosa peninggalnya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang
sahih.

* Mazhab Hanafi: Peninggal solat dihukum fasik dan wajib dipenjarakan dan dirotan dengan kuat sampai
keluar darah, sehinggalah dia kembali solat dan bertaubat atau mati di dalam penjara. Dia tidak dibunuh
kecuali mengingkari kewajipan solat atau mempersendakannya.

* Jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja
dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja. Disuruh agar bertaubat selama tiga hari, jika
enggan dijatuhkan hukuman had dengan dipenggal kepalanya. Selepas dibunuh, dimandikan dan
disembahyangkan ke atasnya serta ditanam di tanah perkuburan orang Islam kerana dia tidak dikira kafir.
Ini juga adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali sebagaimana dikatakan oleh Ibn Qudamah
dalam Al-Mughni .

Hasil Tinjauan

Tinjauan murid solat 5 waktu 1 hari


14

12

10

8
Tinjauan murid solat
6 5 waktu 1 hari

0
Solat Penuh Lima Waktu Tidak cukup solat 5 waktu
HBIS3103 FIQH I

Faktor murid meninggalkan solat

Pengaruh kawan

Melayari Internet

Faktor murid
meninggalkan solat
Aktiviti Luar

Tertido

0 2 4 6 8 10 12

Berdasarkan hasil tinjauan menunjukkan bahawa penghayatan ibadah solat dalam kalangan murid
Sekolah Kebangsaan Pusat masih rendah. Analisis min menunjukkan murid-murid SK Pusat masih ramai
yang tidak menunaikan solat fardhu sepenuhnya. Hasil kajian juga mendapati bahawa sebahagian besar
murid-murid SK Pusat tidak menjadikan amalan solat sebagai suatu kemestian. Berdasarkan keseluruhan
kenyataan di atas dapat dirumuskan bahawa murid SK Pusat secara umumnya masih tidak mengambil
berat aspek penghayatan ibadah solat. Hal ini mungkin disebabkan faktor latar belakang keluarga yang
kurang didikan agama, kesibukan aktiviti dalam sekolah, teknologi media, kurang bimbingan agama,
persekitaran dan rakan-rakan yang mempengaruhi pengabaian solat dalam kalangan murid. Kenyataan ini
bertepatan dengan kajian M. Salleh (1985) yang menjelaskan faktor persekitaran dan pegangan agama
yang lemah merupakan penyebab pengabaian solat dan meyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam
kalangan remaja kini. Kajian Ahmad Kilani et. al (2004) juga mengaitkan aspek disiplin dengan
pengabaian solat. Individu yang kurang berdisiplin akan mudah mengabaikan solat. Ini bermakna solat
boleh membentuk disiplin diri yang tinggi dalam kalangan remaja dan mahasiswa.

Berdasarkan dapatan kajian, murid SK Pusat didapati mengamalkan gaya hidup yang kurang
bersosial, lebih suka menyendiri dan tidak suka bergaul. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu terlibat
dalam aktiviti kerohanian dan aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Mereka juga didapati kurang berminat
dengan muzik terutama irama nasyid. Ini bermakna murid SK Pusat lebih mengamalkan gaya hidup
menyendiri dengan melayari internet dan bermain permainan video. Gaya hidup ini lebih
HBIS3103 FIQH I

membimbangkan jika murid SK Pusat melayari laman-laman sesawang yang tidak bermoral. Hal ini
akhirnya akan memberi kesan pada pengimarahan masjid yang memerlukan mereka bergaul dengan orang
ramai atau murid lain. Keadaan ini sebenarnya turut disumbangkan oleh persekitaran sosial masayarakat
dan kemunculan era globalisasi yang menggalakkan murid berkelakuan sedemikian. Kajian Eliade, M.
dalam Lutpi Ibrahim (1993) menyebutkan persekitaran sosial dapat mengajar seseorang ke arah kebaikan
atau sebaliknya menjadi penggalak kepada kemaksiatan. Impak faktor persekitaran ini dikaitkan dengan
kemunculan era globalisasi yang dikatakan membawa gelombang perubahan besar dalam kehidupan
masyarakat dunia hari ini. Hal ini telah dibayangkan 30 tahun lalu oleh Alvin Toffler dalam bukunya
Future Shock (1970). Toffler (1970) menjelaskan bahawa perubahan pesat yang dialami tidak sahaja
melanda dalam aspek teknologi, pengetahuan, gaya hidup, kemajuan ekonomi, malahan yang
membimbangkan ialah keruntuhan institusi sosial akibat perubahan nilainilai baharu yang membawa
kepada kejutan budaya. Hal ini berlaku kepada masyarakat maju juga dalam kalangan masyarakat
membangun (Toffler, 1970). Impak globalisasi seperti global village, “berfikir secara global bertindak
secara lokal”, “world class, strive for excellence”, telah kelihatan dalam murid SK Pusat. Pelbagai
ideologi serta konsep baharu yang menjanjikan berlakunya rombakan besar dalam sistem nilai masyarakat
seluruhnya telah dirasai kehadirannya (Abd. Rahman Embong, 2002). Ideologi-ideologi baharu dan asing
ini menyerap masuk dalam sistem budaya masyarakat Islam melalui pelbagai cara terutamanya dalam
bentuk hiburan seperti televisyen, internet, filem-filem dari luar negara, bahan-bahan bacaan dan lain-lain
(Ismail Ibrahim, 1999).

Kajian Hanipah Hussin (2001) turut mengakui bahawa kebebasan mengakses dan memilih
maklumat melalui laman-laman web terus diberi ruang dan menjadi punca kepada ketidakpedulian
masyarakat terhadap persekitaran. Senario ini telah melahirkan sikap mementingkan kebebasan individu
dan menolak amalan dan cara hidup masyarakat yang sedia ada. Kebebasan dalam dunia tanpa sempadan
ini dikhuatiri akan melahirkan masyarakat yang bersifat abstrak dan tidak mempunyai rasa
bertanggungjawab terhadap perkara yang dikongsi. Impak yang kritikal ialah berlakunya pencairan
prinsip agama, adab dan norma kehidupan sesuatu komuniti yang melenyapkan nilai-nilai etika dan
estetika sesuatu bangsa.

Kesimpulan

Solat adalah tiang agama. Semua orang tahu mengenainya walaupun bukan semua melakukannya
dengan sempurna. Solat menjadi penghubung antara manusia dengan maha pencipta. Namun, selain
daripada itu, solat juga mampu menjadi terapi kesihatan yang baik untuk tubuh badan. Gerakan-gerakan
dalam solat dapat menghasilkan satu terapi terhadap pencegahan penyakit apabila diamalkan. Ianya
HBIS3103 FIQH I

sebenarnya merupakan salah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan selain kita mendapat pahala dan
memenuhi tuntutan agama. Solat telah terbukti baik dari sudut sains seperti yang diceritakan dalam buku
Professor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas; “Solat kebaikan dari perspektif sains”.

Mungkin ada diantara kita memandang solat adakah kewajiban yang utama bagi kita, yakni
sebagai bentuk ibadah yang merupakan rutin harian dengan gerakan dan bacaan yang membosankan.
Akibatnya kita beranggapan bahwa solat hanyalah kewajiban dari Allah untuk manusia sehingga sering
kali kita yang imannya lemah enggan melakukannya. Padahal sangat jelas sebenarnya dibalik gerakan dan
bacaan itu Allah memberikan suatu manfaat yang besar bagi kita. Itulah bukti sifat Rahman Allah pada
manusia.

Bibliografi

Abd. Rahman Embong. (2002). KELEBIHAN SOLAT 5 WAKTU TERUTAMA SUBUH. Diakses pada
10 Mac 2015 dari http://www.islamituindah.my/kelebihan-solat-5-waktu-terutama-subuh

Ahamad Kilani et.al. (2004). AZAB WANITA & LELAKI YANG MENINGGALKAN SOLAT
FARDHU. Diakses pada 10 Mac 2015 dari http://www.islamituindah.my/azab-wanita-lelaki-
yang-meninggalkan-solat-fardhu

Abdul Salam Mohd Zain. (2004). Solat. Utusan Publications: Cheras.

Ahmadi Haji Baharudin. (2007). Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran. PTS Publications: Batu
Caves

Hanipah Hussin (2001). KELEBIHAN SOLAT LIMA WAKTU. Diakses pada 10 Mac 2015 dari
http://pemaniskata.blogspot.com/2011/11/kelebihan-solat-lima-waktu.html

Hafiz. (2012). DOSA MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU. Diakses pada 10 Mac 2015 dari
http://www.hafizhafizol.my/2012/10/dosa-meninggalkan-solat-5-waktu.html
HBIS3103 FIQH I

Haron Din, Abu Hassan Din al-Hafiz, Ishak Din. (2007). Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah
Harian. PTS Publications: Batu Caves

Lutpi Ibrahim. (1993). Kebaikan Solat untuk Kesihatan. Diakses pada 10 Mac 2015 dari
http://www.xpresi.org/kebaikan-solat-untuk-kesihatan/

Nor Amin. (2010). Jom Kongsi Hikmah Solat Untuk Kebaikan Semua. Diakses pada 10 Mac 2015 dari
http://www.ustaznoramin.com/2010/03/jom-kongsi-hikmah-solat-untuk-kebaikan.html

Mohd. Gunawan Che Ab Aziz. (2003). Solat: kejayaan hakiki. Utusan Publication: Cheras.

Rohidzir Rais. (2010). Anda Bertanya Ustaz Menjawab mengenai Solat. PTS Publications: Batu Caves

Anda mungkin juga menyukai