Anda di halaman 1dari 3

Konsep RPH

Petikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod


Pengajaran dan Pembelajaran, KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) bertarikh 9 Mac 1999 telah
mendefenisikan Rancangan Pengajaran Harian sebagai:
Rancangan Pelajaran Harian
merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurangkurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai
.
Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa
waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang
mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru
mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Elemen yang perlu ada dalam RPH adalah seperti kumpulan sasaran (kelas), tarikh
dan masa, mata pelajaran, tema/ tajuk, bidang pembelajaran, tujuan, hasil pembelajaran
sama ada kognitif, psikomotor dan afektif. Selain itu, konsep utama, bahan bantu
pengajaran dan pembelajaran, peralatan dan bahan sumber juga perlu tersenarai sama.
Langkah-langkah keselamatan (berjaga-jaga), strategi atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, penaksiran dan penilaian pembelajaran juga dititikberatkan dalam
penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Beberapa kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah untuk
menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, selain
untuk meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar. RPH juga bertujuan
untuk mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak
diajarkan, RPH juga bertujuan sebagai menentukan isi yang cukup untuk disampaikan
dalam masa yang diperuntukkan, selain menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik
bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid

mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.


Kepentingan RPH juga bertujuan untuk menggunakan masa pengajaran secara
optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem, sambil merancang
penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai, juga mengembangkan pengajaran secara
lancar dan tersusun. RPH juga dapat menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu
jangka waktu, juga membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang
perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
RPH ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik
dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. RPH ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan
input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa
guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan.
Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari, tarikh, mata
pelajaran, kelas yang diajar, masa, tajuk pembelajaran juga sub topik (jika berkaitan),
objektif, kemahiran yang ingin dicapai dan senarai aktiviti yang akan dijalankan serta
impak selepas pengajaran dan pembelajaran atau refleksi PDP

RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010),
Buku Panduan Pengurusan Diri Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah R
endahdan Menengah,
Putrajaya.Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010),
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah
dan Menengah.
Putrajaya.Dewan Bahasa Dan Pustaka (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat
, Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka.
Mohamed J.K.A (2006), Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa
, Bentong, PTSProfesional Publishing.
Open University Malaysia (2010), Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
,Selangor, Open University Malaysia.
Talib A.R. (2011). Pengenalan Kepada Kanak-kanak Bermasalah pembelajaran
,Selangor, Open University Malaysia.
Thirugnana Sambathan Muthusamy (2010).
Pendidikan Khas: Pengajaran Kemahiran Hidup Asas
, Selangor, Open University Malaysia

Anda mungkin juga menyukai