Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai


pelbagai kekuatan dan kelemahan dalam diri mereka. Sebagai seorang pendidik, guru-
guru seharusnya melengkapkan diri mereka dengan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelejaran; dan seharusnya kreatif dalam menyampaikan isi pengajaran bagi
membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini melalui pembejaran yang kondusif dan
ceria serta menjalani kehidupan secara optimum.
Pengajaran dan pembelajran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian
teknik yang bersesuaian beserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran
yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2013; Khatijah & Yasmin 2013.) Ini bertujuan
mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental yang sihat,
kestabilan emosi, integrasi sosial, kecergasan kemahiran motor mereka.
Kadang kala, kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah mempunyai
masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah kemahiran motor, masalah
sosialisasi dan emosi. Antara usaha yang dapat dijalankan aktiviti terapi ketika proses
pengajaran di dalam atau di luar bilik darjah.
Definisi terapi mengikut kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan
ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu
kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Definisi terapi
dalam kontek pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk
bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Secara amnya, terapi ialah
kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit ataupun masalah tubuh badan dan sebagainya
tidak kira sama ada dalam konteks perubatan atau pendidikan.
Bagi konsep terapi dalam pendidikan khas pula, adalah berdasarkan dari konsep
kepelbagaian individu berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, bermasalah
penglihatan, dan masalah pendengaran. Murid-murid berkeperluan khas ini mempunyai
masalah dari segi keupayaan mental, fizikal, emosi, sosial, atau psikomotor. Sehubungan
itu, terapi dapat membantu mereka dalam mencapai perkembangan dalam aspek yang
dinyatakan di atas. Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi
dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lebih tinggi.
Keperluan Terapi Dalam Pendidikan Khas

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2007), terapi bermaksud rawatan sesuatu
penyakit fizikal atau mental secara mental proses pemulihan tanpa penggunaan ubat dan
pembedahan. Terapi boleh digunakan bagi meningkat perkembangan komunikasi kanak-
knaak, Sebagai contoh terapi muzik. Terapi merupakan kaedah untuk membantu
seseorang murid pendidikan khas untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran.
Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan
pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial, atau psikomotor.
Antara kepentingan terapi ialah meningkatkan daya pengamatan murid-murid,
merangsang mereka untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka.
Selain itu, melalui terapi juga guru0guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran
tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan (G. Eliana, 2008, S. Pengilly,
2008; Z.Ibrahim, 2009).
Aktiviti terapi amat membantu murid pendidikan khas khususnya yang bermasalah
pembelajaran sama ada di dalam proses pembelajaran ataupun dalam kehidupan
seharian mereka. Dalam penulisan kali ini saya akan memberikan beberapa contoh terapi
yang dapat membantu murid-murid berkeperluan khas dalam perkembangan diri mereka.
Sebagai contohnya terapi bermain, dengan pelaksanaan terapi ini dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran oleh guru-guru di sekolah, murid yanng berkeperluan khas dapat
mengawal emosi dan juga keadaan mental mereka. Hal ini dapat membantu mereka
dalam memperkembangkan aspek kognitif dan emosi mereka. Murid-murid ini akan dapat
mempelajari secara tidak langsung bagaimana untuk mengawal emosi mereka ketika
bermain.
Mengapa saya katakan begitu ? Hal ini demikian kerana, murid-murid berkeperluan
khas ini akan mempelajari nilai-nilai moral dalam terapi bermain. Seseorang murid itu akan
belajar erti kekalahan dan juga erti kemenangan, namun yang paling penting adalah murid
tersebut berseronok dan gembira bermain bersama-sama. Perkara ini mungkin nampak
remeh bagi sesetengah orang. Namun begitu, perkara ini amat memainkan peranan yang
penting dalam usahan untuk membantu perkembangan emosi, dan kognitif murid-murid
berkeperluan khas ini. Selain dapat memperkembangkan emosi mereka, dengan terapi
bermain ini juga dapat membantu mereka menyihatkan tubuh badan, kerana terapi
bermain ini juga kadangkala melibatkan aktiviti fizikal, yang boleh membantu mereka
untuk memperkembangkan lagi potensi fizikal diri mereka ke tahap yang optimum.

Seterusnya, terapi dalam pendidikan khas juga penting kerana ia akan membantu
dalam perkembangan fizikal dan tubuh badan murid-murid tersebut. Murid-murid
pendidikan khas yang mempunyai masalah dalam koordinasi mata-tangan, psikomotor
dan kawalan motor halus dan kasar mereka boleh dipulihkan dengan melakukan terapi
yang sesuai. Sebagai contohnya adalah melalui terapi hidro. Terapi hidro ini melibatkan
pergerakan murid di dalam air. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas
serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan atas air sahaja.
Selain itu terapi hidro ini sesuai kerana ciri-ciri air itu sendiri yang amat sesuai dijadikan
medium untuk melatih keupayaan fizikal murid-murid berkeperluan khas. Terapi hidro amat
sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan motor
halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak.
Contoh jenis terapi lain yang dapat membantu meningkatkan perkembangan fizikal
murid adalah terapi fisio. Terapi fisio ini bertujuan untuk membantu murid yang mempunyai
masalah dalam mengawal pergerakan mereka, ataupun kawalan motor halus dan motor
kasar mereka. Terapi ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran motor kasar, motor
halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan mereka. Selain itu,
terapi fisio juga boleh membantu murid yang mengalami Cerebral Palsy untuk membantu
mempertingkatkan kemahiran psikomotornya untuk menjalankan aktiviti harian ataupun
pembelajaran mereka.
Aktiviti terapi juga dapat membantu murid pendidikan khas dalam meningkatkan
tahap kognitif mereka. Sebagai contohnya, aktiviti terapi seperti terapi seni dan terapi
pergerakan yang akan dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid dalam mencipta,
membina dan membentuk hasil seni atau pergerakan melalui pemikiran mereka. Melaui
terapi seni dan terapi pergerakan juga menggalakkan murid untuk menggunakan
keupayaan kognitif mereka ke tahap yang maksimum.
Terapi seni visual adalah antara kaedah yang selalunya digunakan oleh ahi terapi
atau guru untuk mengetahui perasaan atau emosi murid-murid yang terpendan dan cuma
dapat diluahkan melalui aktiviti-aktiviti seni visual. Selain itu terapi muzik dan nyanyia juga
dapat membantu murid dalam meredakan tekanan ataupun meredakan emosi mereka
yang tidak stabil.
Antara lain terapi yang dapat membantu murid bermasalah pembelajaran adalah
terapi berkuda. Terapi berkuda adalah satu bentuk rawatan yang diberikan keapda kanak-
kanak dengan keperluan khas menggunakan kuda. Menurut Macauley dan Gutierrez
(2004), terapi berkuda merupakan satu bentuk strategi rawatan sama ada terapi fizikal,
cara kerja, atau pertuturan yang menggunakan pergerakan kuda. Pergerakan kuda
banyak mempengaruhi pergerakan kanak-kanak. Semasa kanak-kanak autistik
menunggang kuda, pergerakan kuda dikatakan dapat membantu mereka dalam
membetulkan masalah saraf yang dihadapi. Kajian lepas turut mendapati pertuturan
kanak-kanak yang mendapati pertuturan kanak-kanak yang mendapat rawatan terapi
berkuda adalah lebih baik daripada kanak-kanak yang mendapat rawatan biasa.
Sehubungan denga itu guru-guru bolehlah mengambil inisiatif dengan mengadakan
kolaborasi dengan pemilik ladang kuda dan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan
bagi membantu kanak-knaak autistik khasnya bagi meningkatkan kemahiran pertuturan
mereka. Bukan sahaja kanak-kanak autistik yang boleh mendapat manfaat, malahan
kanak-kanak berkeperluan khas lain juga boleh mendapat kebaikan daripadanya (Siti
Hodijah, 2014)
Terapi muzik juga dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas yang
mengalami masalah pertuturan. Secara umumnya, terapi muzik ini berperanan untuk
memulih, memelihara dan meningkatkan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang.
Bagi kanak-kanak autistik, menyebut lirik lagu yang dipelajari dapat membantu mereka
menangani masalah pertuturan yang dialami. Pengulangan perkataan secara berulang-
ulang dapat membantu mereka membentuk kefahaman yang jelas tentang makna sesuatu
perkataan dan seterusnya menambah perbendaharaan kata mereka. Keyakinan diri
merkea juga dapat dipertingkatkan melalui terapi muzik ini. Tambahan, mereka turut diajar
untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka melalui pergerakan muzik.
Murid-murid yang mempunyai masalah dalam pengurusan kehidupan seharian
boleh dibantu dengan terapi yang sesuai. Sebgai contohnya, terapi cara kerja yang
melatih murid dalam membuat kerja atau aktiviti yang mendatangkan hasil. Murid juga
akan diajar untuk melakukan kerja-kerja yang akan membantunya dalam kehidupan
seharian seperti memasak, mendobi, bertukang, bercucuk tanam, menjahit dan
menguruskan diri. Melalui terapi ini juga mereka dapat meningkatkan keyakinan diri
dengan mempercayai keupayaan dan kebolehan diri mereka dalam meningkatkan kualiti
hidup mereka dan untuk membantu orang lain. Terapi ini merupakan aktiviti yang menjurus
ke arah membantu indiviu yang bermasalah fizikal dan intelak bagi mengatasi
ketidakupayaan semaksiama mungkin. Aktiviti terapi ini berfokus kepada kepelbagaian
pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam
bidang vokasial dan kerjaya mereka kelak. Tujuan dan objektif utama terapi ini dijalankan
adalah untuk memepertingkatkan kualiti hidup dan keyakinan diri seseorang murid
berkeperluan khas pada masa hadapan. Kerana pada masa hadapan mereka juga harus
berdikari seperti orang lain.
Melalui aktiviti terapi juga, murid-murid berkeperluan khas dapat bergaul dan
berkomunikasi dengan individu dan masyarakat di sekitar mererka. Oleh itu terapi ini amat
penting untuk menigkatkan kemahiran bersosial murid-murid berkeperluan khas. Sebagai
contoh, terapi bermain yang melibatkan murid lain akan membantu mereka untuk
berkomunikasi dan bergaul sesama sendiri. Selain itu, terapi membeli belah juga dapat
membantu murid untuk berinteraksi dengan masyarakat dalam proses jual beli. Kemahiran
komunikasi dan sosial amat penting untuk murid yang normal dan juga tidak terkecuali
kepada murid yang berkeperluan khas. Oleh sebab itu, terapi amat penting untuk
diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa amat penting untuk menjayakan
program terapi dalam pendidikan khas ini agar murid-murid ataupun anak-anak istimewa
ini dapat mencapai tahap fizikal, emosi, dan sosial yang optimum sehingga mereka dapat
menyumbangkan kembali kepada masyarakat sekeliling mereka.
Sebagai pengakhiran kepada penulisan ini, saya amat mencadangkan untuk
pengaplikasian terapi-terapi yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Adalah diharapkan bahawa aktiviti yang
dipilih oleh guru dapat membantu murid-murid berkeperluan khas menguasai sesuatu
kemahiran dengan lebih mudah dan cekap. Hal ini dapat meningkatkan lagi potensi murid-
murid berkeperluan khas.
Saya sebagai seorang bakal guru pendidikan khas, amat menyokong konsep
Pendidikan Untuk Semua, Educations For All. Bukan murid normal sahaja yang layak
mendapatkan pendidikan yang terbaik, malah murid berkeperluan khas juga layak untuk
mendapatkan akses kepada pendidikan yang terbaik untuk diri mereka. Kaedah terapi
yang telah dinyatakan diatas akan dapat membantu murid-murid berkeperluan khas dalam
mempertingkatkan perkembangan diri mereka dariapda segi kognitif, emosi, sosial
ataupun psikomotor mereka.
Rujukan

Ahmad, N. A. (2015). Belajar Kemahiran Mengenal Huruf Menggunakan


Membentuk Doh. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, (5(1), 71-80.

Malaysia, kementerian Pendidikan (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program


Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas.

Mosby, Inc. (2009). Mosby's dictionary of medicine, nursing & health


professions. St. Louis, Mo: Mosby/Elsevier.

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). http://www.moe.gov.my [10 Februari


2017]
Yasmin Hussain (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas, Selangor, Pekan Ilmu
Publications Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai