Anda di halaman 1dari 8

Senarai Kandungan

Tugasan 1..............................................................................................................................1

Pengenalan........................................................................................................................1

Sistem Dalam Agama Islam...................................................................................................1

Pengenalan Mengenai Orang Asli di Malaysia......................................................................2

Analisis amalan islami masyarakat Orang Asli di Pos Raya, Simpang Pulai, Perak.............3

Cadangan cara-cara memperbaiki amalan Islami dalam kalangan masyarakat Orang Asli
muslim di Malaysia.................................................................................................................5

Kesimpulan............................................................................................................................6

Rujukan..................................................................................................................................7
Tugasan 1

Pengenalan

Agama Islam dalam istilah Arab disebut Dinul Islam. Perkataan ini berasal daripada dua
perkataan iaitu Din () dan ()(. Dari segi bahasa, Perkataan islam berasak daripada bahasa
Arab, iaitu salima yang bermaksud selamat, sentosa, atau kedamaian. Islam juga bermaksud
menyerah diri, tunduk , patuh dan taat. Islam berbeza daripada agama lain yang ada di muka bumi
ini, hal ini demikiran kerana perkataan islam itu sendiri tiada kaitan dengan individu tertentu,
golongan tertentu, dan tempat tertentu.

Manakala definisi Islam menurut istilah, adalah patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT
dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga adalah peraturan hidup kita,
peraturan yang bersifat integral yang mengatur kehidupan manusia dan juga menjadi dasar akhlak
mulia yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Sistem Dalam Agama Islam

Sebagaimana yang telah diketahui umim, Islam adalah agama yang syumul dan juga
memopunyai ciri-ciri khususnya yang tersendiri. Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna.
Kesempurnaannya meliputi semua sistem kehidupan manusia yang mananya ianya datang dari
perkara yang amat kecil sehinggalah perkara yang paling besar. Terdapat beberapa sistem yang
terdapat dalam agama Islam, iaitu

Sistem masyarakat

Sistem Akhlak

Sistem Ekonomi

Sistem Politik

Sistem Pendidikan

Sistem Jinayah
Pengenalan Mengenai Orang Asli di Malaysia.

Menurut Juli Edo (2010), masyarakat Orang Asli mengandungi tiga buah rumpun bangsa
yang terbentuk daripada 19 buah suku kaum. Setiap suku kaum adalah sebuah entiti etnik yang
tersendiri dan kaya dengan budaya masing-masing. Mereka wujud sebagai sebuah masyarakat
yang dibendung teguh oleh adat dan nilai yang diwarisi. Masyarakat Orang Asli merupakan satu
entiti Masyarakat Malaysia yang tersebar luas di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali
Perlis dan Pulau Pinang. Negeri-negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka
ialah Pahang, diikuti Perak, dan Kelantan.

Menurut ahli antropologi klasik Edward B. Taylor (1871), budaya adalah bermaksud
keseluruhan cara hidup dalam sesebuah masyarakat. Ia merangkumi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, nilai, moral, kesenian, undang-undang, adat resam dan kemahiran lain yang
dipelajari oleh individu sebagai anggota dalam masyarakatnya. Secara ringkasnya, budaya
tersebut adalah suatu tingkah laku yang bersifat dipelajari dan disampaikan dari satu generasi ke
satu generasi (Taib, A., 1985)

Umumnya masyarakat Orang Asli memiliki dan mengamalkan pelbagai jenis adat budaya,
pantang larang, kepercayaan, amalan kesihatan dan nilai hidup mereka yang unik dan tersendiri.
Mereka mempunyai satu nilai hidup yang harmoni antara sesama insan dan alam persekitaran
semulajadi mereka. Hal ini kerana hubungan mereka sesama manusia dan alam persekitaran
telah banyak mempengaruhi cara hidup dan sumber ekonomi mereka (Mee, S. & Ibrahim, Y.,
2008)

Orang Asli sangat kaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan kehidupan
mereka yang masih berkait rapat dengan alam semulajadi walaupun sudah memasuki era
kemodenan zaman kini. Adat dan kepercayaan mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat
dengan makhluk-makhluk ghaib di alam semesta ini. Mereka didapati mempunyai adat resam dan
kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa-dewa, keramat, roh
dan sebagainya. Pandangan hidup mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam
sekeliling dalam persekitaran yang di diami. Dengan itu hutan rimba, gunung, bukit, petir dan
sebagainya dianggap mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini. Ini telah
membawa perlakuan-perlakuan ritual dan pantang larang dalam kehidupan seharian berdasarkan
kepercayaan mereka.

Daripada aspek organisasi dan struktur sosial pula, masyarakat Orang Asli masih
mengekalkan dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh
seorang ketua yang digelar batin atau tok batin, yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin
ketenteraman puak serta menjadi penghubung kepada masyarakat luar. Beliau juga berkuasa
menentukan dan menetapkan peraturan berkaitan puak dan menjatuhkan hukuman terhadap
kesalahan yang dilakukan oleh ahli-ahli. Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada
pengatara agama atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran
kepercayaan mereka.

Perubahan yang melanda masyarakat ini ada kaitan dengan kepercayaan mereka terhadap
animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka pada tahun 1957. Ini kerana gerakan
dakwah agama lain termasuklah agama islam semakin kuat ke atas masyarakat ini. Namun masih
banyak lagi mengamalkan unsur-unsur animisme dan proses sinkretisme dengan agama-agama
lain. Projek pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan telah membawa pelbagai perubahan
sosial dan ekonomi kepada masyarakat Orang Asli. Pembangunan yang dijalankan telah memberi
kesan dan nilai baru, didapati telah mula tersebar ke dalam kehidupan mereka. Arus
pembangunan tersebut telah mengubah kehidupan komuniti ini (Syed, M. Z. A., 2006)

Analisis amalan islami masyarakat Orang Asli di Pos Raya, Simpang Pulai, Perak.

Bagi melengkapkan tugasan ini kami telah mengadakan lawatan selama 2 hari 1 malam ke
kampung Orang Asli di Pos Raya, Simpang Pulai, Perak. Hal ini merupakan kajian lapangan yang
telah kumpulan kami lakukan iaitu sebahagian pelajar PISMP sem 4 yang menjadi peserta kepada
lawatan ini. Objektif utama kami melakukan ataupun mengadakan lawatan ini adalah untuk
melengkapkan kerja kursus yang telah ditugaskan kepada kumpulan kami.

Tugasan yang telah diarahkan kepada kami adalah unutk menganalisis secara kritikal
mengenai amalan islami masyarakat Orang Asli di Pos Raya, Simpang Pulai, Perak tersebut.
Aspek yang kami telah nilai adalah dari aspek akidah, ibadah, dan akhlak.

Hasil dapatan yang telah kami dapati daripada beberapa pemerhatian dan juga temubual
yang dilakukan bersama penduduk kampung selama 2 hari 1 malam kami berkampung di situ,
kami telah mendapati bahawa, secara keseluruhannya daripada aspek akhlak mereka, Orang Asli
adalah berakhlak baik, mereka sangat menghormati antara satu sama lain, mereka juga sentiasa
menuruti perintah ketua mereka iaitu Batin Ayub. Mereka sudah biasa dengan kedatangan orang
luar. Oleh seban itulah mereka mudah menerima kedatangan kami semua. Mereka juga pernah
didatangi pelawat daripada luar negara, dan juga sukarelawan daripada pelajar Universiti.
Pemakaian kaum wanita islam mereka juga ada yang memakai tudung, kerana mereka tahu asas
agama islam seperti aurat wanita. Dari segi akhlak, komuniti Orang Asli sebenarnya telah
menghayati nilai-nilai yang baik yang telah diajar dalam Islam seperti amanah, menghargai waktu,
menghubungkan sillaturahim, memuliakan tetamu dan sebagainya. Sebagai contohnya, sepanjang
kumpulan kami mengadakan program di perkampungan Orang Asli itu, tidak pernah berlaku
kecurian, kehilangan ataupun pergaduhan secara fizikal. Namun begitu komuniti Orang Asli di situ
masih lagi tidak dapat memahami mengenai pengurusan masa. Buktinya, apabila ditetapkan
dalam tentatif program akan bermula pukul 10 malam, mereka akan datang lewat daripada masa
yang ditetapkan. Akan tetapi secara amnya, meskipun mereka sering dilihat sebagai komuniti yang
marginal, mundur dan ketinggalan, Orang Asli sebenarnya telah mengamalkan akhlak Islamiyah
dengan baik.

Program-program dakwah seperti kelas-kelas fardu ain, Al-Quran, dan program


penghayatan Islam yang dilaksanakan oleh institusi dakwah kerajaan dan NGO masih tidak dapat
memberikan impak yang bersa (walaupun impak itu ada) dalam meningkatkan kualiti kehidupan
Orang Asli yang beragama Islam. Hal ini berpunca daripada tahap kefahaman Islam yang minima,
dan juga kesedaran untuk menghayati Islam yang berada ditahap yang memuaskan sahaja.

Manakala daripada segi akidah pula, melalui hasil temuramah kami dengan beberapa buah
keluarga, ada keluarga yang sebelum ini tiada agama tetapi masuk islam apabila tertarik dengan
agama tersebut, ataupun atas dasar perkahwinan. Orang Asli di Pos Raya, Simpang Pulai ini
akan diajar mengenai islam oleh ustaz yang telah ditugaskan disitu, oleh Jabatan Agama. Mereka
juga tahu bahawa segala yang terjadi di atas muka bumi ini adalah kerana aturan Allah, dan jika
mereka inginkan pertolongan mereka juga akan berdoa kepada Allah selain daripada berusaha
sendiri.

Berdasarkan pemerhatian kumpulan kami juga, masalah utama Orang Asli Islam di sana
adalah berhubung dengan persoalan akidah dan ibadah. Sekalipun mereka telah memeluk islam,
kepercayaan Orang Asli masih lagi bercampur aduk dengan aspek animism dan supernatural. Ada
dalam kalangan Orang Asli yang tidak mahu ke hospital kerana percaya ada tulah dan perkara-
perkara tidak elok akan berlaku jika mendapatkan rawatan di hospital. Justeru, mereka lebih
mempercayai pawang atau bomoh bagi merawat penyakit.

Merujuk pula kepada persoalan ibadah, majoriti masyarakat Orang Asli mengabaikan
tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Tinjauan dan interaksi kumpulan kami dengan
masyarakat Orang Asli medapati mereka tidak begitu mempedulikan soal-soal ibadat seperti solat.
Ada di antara mereka yang hanya solat apabila diadakan ceramah atau kuliah di surau sahaja.
Selain itu, apabila dikaitkan dengan konsep korban dan akikah, mereka tidak begitu memahami
mengenai konsep korban dan akikah. Dar segi ibadah solat, mungkin kekurangan pembimbing
dan ikon dalam kalangan Orang Asli sendiri menjadi faktor penghalang Orang Asli melaksanakan
ibadah dengan lebih baik. Terdapat juga usaha untuk menarik Orang Asli datang ke masjid untuk
solat. Sebagai contohnya, selepas solat fardhu jumaat, sedikit insentif beberbentuk wang dan
makanan akan diberikan kepada masyarakat Orang Asli yang solat di masjid tersebut.
Cadangan cara-cara memperbaiki amalan Islami dalam kalangan masyarakat Orang Asli
muslim di Malaysia.

Orang Asli Muslim di Malaysia perlu di tingkatkan kualiti hidup mereka dalam aspek sosial,
pendidikan dan ekonomi. Peningkatan kualiti hidup dalam aspek-aspek tersebut akan memberi
impak dan pengaruh terhadap kehidupan beragama Orang Asli. Jika kita berupaya meningkatkan
taraf dan kualiti hidup Orang Asli dalam aspek sosial, ekonomi dan pendidikan, tahap kefahaman
mereka dan penghayatan mereka terhadap agama Islam akan lebih mudah diterap dan
dilaksanakan dalam kehidupan mereka

Program peningkatan kualiti hidup bersepadu perlu digerak dan dilaksanakan kearah
melahirkan masyarakat Asli Musli yang boleh mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Antara
inisitif yang boleh dilakukan dalam merealisasikan matlamat komuniti Muslim Asli yang
Islamikmdan ideal adalah, melatid kader-kader dakwah yang berwibawa dan beriltizam.
Perkaderan dakwah dalam kalangan orang Asli sendiri akan lebih memudahkan pencapaian
matlamat membentuk komuniti Asli Muslim yang ideal.

Selain itu, pihak yang berkenaan juga boleh menghasilkan satu modul kefahaman dan
penghayatan islam yang menyeluruh sesuai dengan tahap pemikiran, kehidupan, realiti dan latar
belakang masyarakat Orang Asli. Sehingga kini, setahu saya masih belum ada modul amal Islami
yang khusus untuk membimbing Orang Asli Muslim.

Seterusnya memberi latihan dan juga kesedaran kepada semua lapisan masyarakat Islam
tentang tanggungjawab membimbing masyarakat Asli Muslim. Semangat persaudaraan mumin
dan muslim ini antara lainnya boleh diterjemahkan dalam konteks membimbing Orang Asli Muslim
agar dapat memahami Islam dengan baik dan seterusnya boleh menghayatinya dalam kehidupan
seharian.

Akhir sekali, dengan meningkatkan komunikasi dan integrasi Orang Asli dengan Orang
Melayu, khususnya masyarakat Melayu berjiran dalam urusan beragama. Integrasi ini akan
meringankan beban pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan Majlis/Jabatan Agama Islam
Negeri-negeri dalam merealisasikan dakwah terhadap masyarakat Orang Asli.

Cadangan-cadangan di atas sekiranya dilakukan secara terancang, berterusan dan penuh


iltizam, akan berupaya meningkatkan kualiti hidup masyarakat Asli yang Islami. Ini memerlukan
komitmen secara sepadu di pelbagai lapisan dan sektor masyarakat.
Kesimpulan.

Kemunduran yang seringkali dikaitkan dengan masyarakat Orang Asli boleh diatasi melalui
usaha meningkatkan kualiti hidup mereka melalui pendekatan Islam. Sekiranaya Orang Asli dapat
memahami dan menghayati Islam dengan baik, secara tidak langsung tahap dan kualiti hidup
mereka akan dapat ditingkatkan. Hal ini sudah tentu akan mengambil masa yang panjang dan
menurut keprihatinan serta komitmen yang tidak berbelah bagi dari semua pihak. Oleh yang
demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk berdakwah terhadap komuniti
ini bagi mencapai objektif melahirkan masyarakat Orang Asli Muslim yang unggul dan berkualiti
melalui kefahaman dan penghayatan Islam yang baik dan menyeluruh.
Rujukan

Juli Edo. (2010). Adat Dan Nilai Masyarakat Orang Asli. Kuala Lumpur : Universiti
Malaya.
Juli Edo. (2010). Warisan-Warisan Orang Asli yang Terancam. Kuala Lumpur
Universiti Malaya.
Kertas Kerja Cabaran Pembangunan Insaniyyah dalam Masyarakat Orang asli dan
Penyelesaiannya . 1993. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan
Perdana Menteri.
Mee. S. & Ibrahim, Y. (2008). Pembandaran dan Penempatan Semula Komuniti
Orang Asli. Disunting oleh Yahaya Ibrahim. dlm. Redzuan, M. & Gill, S.
(Ed). Orang Asli: Isu, Trasformasi dan Cabaran. Serdang : Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Mustaffa Omar. 2012. Halangan dan Cabaran PengIslaman dan Dakwah Orang
Asli: Satu Penelitian dan Pendekatan Antropologi. Bangi: UKM
Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 2011-2015. 2011. Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Orang Asli.
Taib, A. (1985). Asas-asas antropologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai