Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM KESEDARAN ETIKA PENGGUNAAN ICT

Tempat

: IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sasaran

: Para guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar

Bajet

:-

Catatan

: Program ini dijalankan sepanjang masa dengan bantuan Jabatan


Teknologi Pendidikan.

Exco Teknologi Maklumat Dan Penerbitan (ICT) telah merancangkan satu


program yang berkaitan dengan kesedaran etika penggunaan bahan-bahan ICT.
Program tersebut telah diberi nama sebagai Program Kesedaran Etika Penggunaan
ICT.
Pelaksanaan program ini bermatlamat memberi kesedaran kepada para guru
pelatih di IPG Kampus Raja Melewar agar menghindari daripada perlakuan yang akan
melanggar akta-akta perlindungan pembangunan multimedia. Selain itu, perlaksanaan
program ini juga berharap dapat memberi jalan penyelesaian kepada guru pelatih yang
menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan pengunaan perisian cetak
rompak.
Exco ICT telah mengambil langkah bekerjasama dengan Jabatan Teknologi
Pendidikan untuk melaksanakan program ini. Dengan adanya bantuan Jabatan
Teknologi Pendidikan, program ini telah dilaksanakan melalui alam maya. Satu
penyelidikan telah dijalankan agar memastikan keseriusan masalah catak rompak yang
dihadapi oleh para guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar.
Satu pautan yang dikenali sebagai e-SURVEY telah diwujudkan di laman web
rasmi IPG Kampu Raja Melewar. Borang Penyelidikan Penggunaan Perisian Cetak
Rompak Dan Aktiviti Plagiarism telah dikemukaan kepada para pelajar melalui Web
Rasmi IPG Kampus Raja Melewar. Setiap pelajar telah diwajibkan supaya
melengkapkan boring tersebut dan membaca maklumat yang ingin dihantarkan melalui
program ini.

Program ini akan dijalankan sepanjang tahun 2014 dan diharapkan agar para
pelajar dapat mengambil iktibar daripada program ini supaya membasmikan
penggunaan perisian cetak rompak dan amalan plagiatrism di kalangan pelajar IPG
Kampus Raja Melewar.

Laporan disediakan oleh,

(HUONG HONG MING)


Ketua Exco Teknologi Maklumat Dan Penerbitan,
JPP IPG Kampus Raja Melewar Sesi 2014/15,
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban..

Anda mungkin juga menyukai