Anda di halaman 1dari 5

Teori Behaviorisme

Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang


berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan dan pengalaman. Proses
pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkan sehingga sukar bagi kita untuk
membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbersaran kerana
kedua-duanya saling berkaitan. Ahli Behaviorisme juga menumpukan perhatian ke atas
aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur (Suppiah Nachiappan,
2008).
Menurut Gulo dan Dali, (2000) menyatakan bahawa tingkah laku adalah tindakan
manusia atau haiwan yang dapat dilihat. Hal ini bermaksud bahawa teori ini lebih
melihat kepada perubahan tingkah laku manusia sedia ada terhadap sesuatu
rangsangan luar yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku, sama ada
kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Rangsangan yang diberikan juga mungkin
boleh menukar perubahan tingkah laku menjadi lebih buruk jika pendekatan yang
diberikan tidak tepat.
Menurut Ramachandra (1994), tingkah laku yang dikaji melihat kepada tingkah laku
yang kurang baik yang mana melibatkan penggunaan tubuh badan yang berbentuk
kekerasan seperti desakan atau pembohongan. Pelajar-pelajar berkecenderungan
untuk melakukan kesalahan seperti pembohongan apabila mereka tidak menyiapkan
kerja rumah, ponteng kelas atau ponteng sekolah. Walaupun masalah sebenar adalah
kerana kurang minat terhadap sesuatu matapelajaran di sekolah. Tujuannya adalah
untuk menyelamatkan diri dari dikenakan hukuman oleh guru.
Terdapat empat jenis teori Behaviorisme iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori
Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L. Thorndike dan Teori Pelaziman Operan
Skinner. Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) mengemukakan
konsep pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang terdiri daripada
hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum ini ditafsirkan oleh beliau
melalui pengkajian beliau terhadap seekor kucing yang lapar dan cuba untuk
mendapatkan makanan di luar sangkarnya. Kucing tersebut menggunakan teknik cuba
jaya dan mengulanginya apabila berjaya. Thorndike berpendapat bahawa
pembelajaran berlaku hasil gabungan stimuli atau ransangan dan respon atau tindak
balas.
Dalam model persembahan pengajaran guru dalam subjek IT, memperlihatkan bahawa
pelajar perlu mempunyai persediaan yang awal berkenaan dengan subjek ini bagi
memudahkan mereka memahaminya dengan lebih baik. Contoh persediaan awal ialah
dimana pelajar telah pun mendapat pendedahan awal seperti pernah menggunakan
perisian Microsoft Word untuk membuat tugasan atau bermain dengan permainan
komputer. Hukum kesediaan menyatakan bahawa pelajar perlu mempunyai tahap
kesediaan agar sesuatu perkara yang dilakukan tidak dikategorikan sebagai paksaan.
Tiga bentuk kesediaan iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan

kognitif. Ini bermaksud pelajar perlu bersedia dari segi fizikal, emosi dan pemikiran
(Suppiah Nachiappan, 2008).
Biodata pengasas
Edward Lee Thorndike

Nama sebenar beliau ialah Edward Lee Thorndike

Dilahirkan di Williamsburg, Mass

Beliau mendapat ijazah daripada Universiti Wesleyan 1895 dan mendapat

Sarjana di Universiti Harvard pada tahun 1896


Edward Lee Thorndike mendapat P.H.D pada tahun 1898 dari Columbia.

Beliau juga merupakan seorang pendidik dan juga seorang ahli psikologi

Beliau juga telah menghasilkan buku yang bertajuk Educational Psychology

1903, Mental and Social Measurements 1904 dan Animal Intelligence 1911
Pada tahun 1898, beliau menjadi pembantu professor pedagogi di Western

Reserve University.
Beliau juga turut menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika pada tahun yang

sama iaitu pada tahun 1898


Beliau turut menjadi Presiden Persatuan Psikometrik yang ke -2.

Beliau turut dilantik sebagai Presiden of American Association for the


Advancement Of Science pada tahun 1934.
Beliau menjadi pensyarah di University Harvard dari tahun 1942 hingga 1943.
Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) hukum latihan sangat sesuai
digunakan bagi latihan hafalan, perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas akan
bertambah jika diulang-ulang. Disini merujuk kepada kaedah hafalan tetapi bukan
hafalan panjang. Sebagai contoh setelah teknik atau kaedah baru dipelajari, pelajar
akan menjadi lebih baik. Pertama dengan menggunakan kaedah visual seperti peta
minda dan kemudiannya menghafal. Tambahan lagi kini, penggunaan ICT yang
memudahkan dapat mempercepatkan proses pemahaman setiap pelajar kerana
kepelbagaian pelajar yang unik membawa kepada penerimaan gaya belajar yang
berbeza. Secara tidak langsung pelajar akan menjadi lebih faham dan ingat mengenai
topik yang diajar. Satu bentuk perubahan tingkah laku akan terhasil kesan daripada
pengulangan yang kerap.
Hukum terakhir menurut Thorndike ialah hukum kesan. Bagaimana pelajar mendapat
sesuatu tindak balas setelah mempamerkan kesediaan dan hukum latihan tadi.
Mengikut hukum kesan, setelah sesuatu tingkah laku diperlihatkan, diikuti dengan

kepuasan seperti mendapat pujian, ia akan diulang tetapi jika ia diikuti dengan
kesakitan seperti ditampar oleh ibu, tingkah laku itu akan lenyap. Hukum kesan
menyatakan jika satu tindakan yang mengalami perubahan mendatangkan
keseronokan kebarangkalian perbuatan itu akan diulangi akan meningkat dan begitulah
sebaliknhya.

Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) lagi pendekatan seperti yang
dinyatakan olehnya boleh digunapakai oleh guru bagi merangka strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Antara strategi tersebut adalah :
a) Guru sentiasa perlu menilai aspek kesediaan pelajar iaitu kesediaan psikomotor.
b) Mengadakan berbagai-bagai rangsangan seperti gambar berwarna-warni, perisian
computer dan tayangan video untuk
menwujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.
c) Memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti hadiah, pujian dan markah untuk
respon yang betul.
d) Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran seperti keadaan bilik yang
ceria, bersih, tersusun, selesa dan
harmoni.
.
APLIKASI TEORI TINGKAHLAKU DALAM SUBJEK MATEMATIK
PRINSIP PREMACK DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH KURANG
MINAT MURID DALAM MATEMATIK
Prinsip Premack adalah prinsip yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Prinsip ini
sesuai digunakan bagi menggalakkan minat murid dalam kelas. Prinsip ini boleh
menggabungkan aktiviti yang disukai oleh murid dengan sesuatu yang tidak disukai. Menurut
Calborn Prinsip Primack adalah prinsip yang mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan
aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang
diminati. Prinsip Premack yang juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan
kenyataan kamu boleh keluar rehat selepas kamu habiskan latihan Matematik ini ( Suppiah &
etc).

Murid yang kurang berminat dengan subjek ini akan bersembang, membuat bising dalam kelas
dan mereka akan mengganggu murid yang lain. Keadaan ini akan mengganggu murid-murid
yang lain selain dari menyebabkan mereka tidak dapat menguasai apa yang diajar oleh guru.
Mereka ini tidak akan menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ada
juga murid yang tidak membuat bising tetapi mereka hanya akan berangan dalam kelas dan tidak
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

Sebelum mengaplikasikan prinsip ini, guru perlu mengenalpasti aktiviti yang diminati
oleh murid dalam kelas tersebut. Guru boleh bertanyakan kepada guru lain atau
bertanya kepada murid tentang mata pelajaran yang digemari oleh murid tersebut.
Terdapat juga masalah yang akan timbul dikalangan murid kelas yang lemah. Ini kerana
amat sukar untuk guru mengenal pasti minat mereka kerana tumpuan mereka kepada
pelajaran amat kurang. Namun, guru boleh melihat kepada isu semasa atau minat
dikalangan remaja pada masa sekarang. Jelas disini remaja pada masa kini lebih
cenderung kepada bentuk hiburan selaras dengan perkembangan era moden. Menurut
Hamisan dalam kajiannya menyatakan muzik mempunyai pengaruh yang besar kepada
golongan murid di mana muzik menjadi pilihan berhibur utama kepada muda-mudi
khasnya golongan remaja dan murid. Jadi muzik boleh mengaplikasikan ke dalam
suasana yang lebih positif dan berguna untuk tujuan menambah indahkan
pembelajaran dan pengajaran agar lebih menarik dan murid boleh belajar sambil
berhibur, tenang dan tidak tertekan.
Dengan ini, guru boleh menggabungkan unsur seni muzik dengan unsur matematik.
Sebelum menyelesaikan masalah dalam matematik, guru menyediakan lagu dan
memberikan peluang mereka menyanyi sebelum memulakan pembelajaran dan
pengajaran. Lagu yang dipilih hendaklah sesuai dengan tajuk yang akan dipelajari pada
hari tersebut. Guru boleh mencipta atau mencari lagu yang berkaitan di internet.
Contohnya dalam konsep matematik topik ini iaitu topik sepeluh iaitu poligon untuk
mengira isipadu, perimeter, luas dan sebgainya. Guru boleh memuat turun lagu yang
bertajuk mengira isipadu dan menyanyikan bersama-sama murid dalam kelas. Lagu
ini adalah lagu yang di olah dari lagu kanak-kanak iaitu lagu bapaku pulang. Lirik lagu
ini ditukar kepada formula untuk mengira isipadu dan topik yang terdapat dalam
matematik. Selepas menyanyikan lagu tersebut guru perlu mengajar seperti biasa
dengan menggunakan lagu tersebut dan menyuruh mereka menyelesaikan masalah
matematik tersebut. Guru boleh menarik minat murid dengan menyediakan lagu hafalan
formula.
Oleh itu, penggunaan muzik boleh dipilih sebagai elemen dalam pembelajaran dan
pengajaran matematik kerana boleh menarik minat murid, keseronokan mengikut

keadaan, prestasi dan boleh membuatkan murid lebih bersedia untuk belajar. Guru
boleh menggunakan pelbagai kaedah mengajar bagi menarik minat murid selagi tidak
bercanggah dengan peraturan dan objektif utama sistem pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai