Anda di halaman 1dari 7

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI

BAHASA MELAYSIA TAHUN 2

KEMAHIRAN

Menulis

STANDARD
KANDUNGAN

3.3 Membina dan menulis perkataan frasa dan ayat


dengan betul.

STANDARD
PEMBELAJARAN

3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat


majmuk
berdasarkan bahan grafik dengan betul

BAND

PENYATAAN STANDARD

Mengetahui , memahami dan memberikan respons


terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B3 DT1 :
Membina, menulis dan memahami ayat

EVIDENS

B3 DT1 E1 :
Membina dan menulis ayat yang gramatis menggunakan
pola ayat FN + FN , FN + FK , FN + FA dan FN + FS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

BAHAN:
lembaran kerja
LANGKAH PENTAKSIRAN:
Meneliti gambar dalam lembaran kerja.
Membina dan menulis berdasarkan gambar.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

NAMA
:

KELAS

TARIKH:

RUJUKAN

: B3 DT1 E1

ARAHAN

: Bina dan tulis ayat berdasarkan gambar.

Keluarga
1. .
.
............................................................................................................................
Bersukan

2. .
.
..............................................................................................................................
Rumah
3. .
...
..............................................................................................................................
.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

KEMAHIRAN

Membaca

KELOMPOK

Satu

TEMA

Bumi indah rakyat bertuah

MINGGU

38

TAJUK

Alam sekitar tanggungjawab kita

STANDARD
KANDUNGAN

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan


lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

STANDARD
PEMBELAJARAN

2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat


tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek secara
mekanis dengan lancar,sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul

AKTIVITI PENTAKSIRAN

BAHAN:
Petikan bertajuk Tanggungjawab menjaga Alam
Sekitar
LANGKAH PENTAKSIRAN:
Murid diberi petikan yang bertajuk Tanggungjawab
menjaga Alam Sekitar
Murid diminta membaca teks yang diberikan
Guru menilai bacaan murid

Baca petikan di bawah dengan sebutan dan intonasi yang jelas dan betul

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar


Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah bekerjasama melakukan
sesuatu untuk menyelamatkan alam sekitar kita yang indah ini. Persoalannya adakah kita
sudah bersedia dan sanggup lakukan atau tidak? Sampai ke tahap mana kita boleh lakukan?
Kita seharusnya sentiasa berfikir adakah sesuatu yang kita lakukan itu wajar atau tidak wajar
dan apakah kesannya kepada alam sekitar kita.
Sebagai contoh, kita boleh mendesak para pemaju menjalankan kerja dan
pembangunan mereka dengan mengambil kira dan mempertimbangkan segala unsur-unsur
yang berkaitan dengan alam sekitar supaya tidak memusnahkan alam sekitar. Misalnya,
mendesak pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra alam untuk menjalankan kerja
mereka.
Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya menindas,tidak membeli rumah
yang didirikan dalam kawasan hutan yang mana pihak pemaju menerokai hutanhutan,menebang pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan atau pembangunan. Hal
ini kerana hanya kita sendiri yang boleh memilih sama ada hendak menetap di kawasan yang
selesa dan selamat atau kawasan yang telah dicemarkan. Kini juga terdapat banyak tapak
perlancongan di negara kita tercemar dan ia memberi impak yang besar kepada sektor
perlancongan.
Orang awam harus mengambil berat dan berusaha menjaga kebersihan di dalam dan
juga luar kawasan rumah mereka bagi memastikan tempat kediaman kita ini selesa dan
selamat ditinggal.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mempunyai
kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan alam sekitar.kita haruslah mengamalkan
sikap seperti tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam sungai,longkang,sistem perparitan
supaya tidak menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya membawa masalah-masalah seperti
banjir dan sebagainya yang akan mencemari dan memusnahkan alam sekitar.
Selain itu,kita juga perlu melakukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam
membanteras pembalakan haram.Sungai dan laut akan tercemar dan alam sekitar juga musnah
akibat daripada kegiatan pembalakan haram yang dijalankan secara besar-besaran tanpa
menyedari kesan-kesan yang akan didatangi.Daripada kerja pembalakan haram tersebut,ia
akan turut membawa kemusnahan kepada kebanyakan habitat semulajadi ikan tawar.Selain itu,

aktiviti pembalakan juga memusnahkan habitat hutan dan seterusnya membawa kepada
masalah seperti banjir, peningkatan suhu bumi,hakisan tanah dan sebagainya.
Perkara yang paling penting ialah sikap,pemikiran,kesedaran yang berkaitan dengan
pemeliharaan dan pemuliharaan, kepentingan alam sekitar ada pada penduduk dan nilai-nilai
tersebut perlu dipupuk sejak kecil lagi oleh masyarakat.Kesedaran masyarakat tentang
kepentingan menjaga alam sekitar amat penting kerana ia dapat menghalang kita daripada
melakukan perkara yang akan merosakkan alam sekitar.Kesedaran terhadap kepentingan alam
sekitar membolehkan kita menganggap akhlak kita di bumi ini adalah untuk menjaga alam
sekitar sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita selama ini.
Disamping itu,proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita juga
diperlukan.Kita harus memastikan mesej yang jelas mengenai apa-apa maklumat yang betul
disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita.

BORANG PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA


BAHASA MALAYSIA TAHUN 4- SK

Nama :

Tarikh :

Kelas :
SKOR
BIL

PERKARA YANG DINILAI

Kelancaran- murid baca dengan fasih dan


lancar

Jeda - bacaan murid ada jeda

Intonasi - murid baca dengan intonasi


yang sesuai

Nada - murid guna nada yang sesuai


dengan ayat
yang dibaca

Sebutan - murid baca dengan jelas dan


terang

Petunjuk :

Jumlah skor

SKOR

PENCAPAIAN

lemah

sederhana

baik

CATATAN / KOMEN GURU

Peratus Markah

: (__/15 ) x 100

TAHAP

lemah

sederhana

baik

PERATUS MARKAH

25 % ke bawah

25% - 50 %

50% ke atas

Menguasai

Kurang menguasai

Ulasan penilai
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Tandatangan penilai

_______________________

Anda mungkin juga menyukai