Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SWOT (AJK BACKDROP)

1.0 Sebelum konvokesyen


Antara kelebihan yang terdapat bagi melakukan backdrop ini ialah mempelajari
cara-cara untuk melakukan backdrop dengan menggunakan bahan-bahan yang
diberikan seperti polisterin. Dengan melakukan backdrop ini antara kelebihan
yang diperolehi ialah dapat mencari gabungan pelbagai warna yang sesuai
digunkan berkaitan tema yang diperolehi iaitu tema taman yang memerlukan
warna yang pelbagai untuk menampakkan kebangkitan tema tersebut.
Selain itu, terdapat kelemahan yang diperolehi sepanjang melakukan backdrop
ini iaitu, kekurangan tenaga kerja. Apa yang dapat dilihat setiap AJK terdapat
tugas masing-masing yang harus dilakukan menyebabkan kerja backdrop yang
dilakukan ini mengambil masa untuk disiapkan. Tambahan pula, masa yang
diperuntukan adalah terlalu cepat disamping kerja dan aktiviti lain yang harus
dilakukan pada masa yang sama. Oleh itu, masa yang diperuntukan itu adalah
menjadi salah satu kekurangan, namun backdrop ini dapat dihasilkan dengan
sempurna.
Dalam pada itu, dengan melakukan backdrop ini kami dapat mempelajari caracara untuk menyusun huruf atau tulisan konvokesyen pada pentas dewan. Hal ini
kerana, papan pada dewan itu adalah besar jadi ukuran pada tulisan adalah
sangat penting tambahan gambar-gambar backdrop yang lain harus dilekatkan.
Jadi, kami harus mencari darjah dan tengah yang betul agar tulisan tersebut
berada pada kedudukan yang betul.
Akhir sekali, ancaman yang dihadapi semasa melakukan backdrop ini ialah
kerosakan yang berlaku pada pemotong polisterin. Hal ini berlaku semasa mulamula kami mendapat pemotong polisterin ini. Selepas beberapa kali cuba
memperbaiki pemotong polisterin akhirnya ianya berjaya digunakan. Tetapi,
kerosakannya tetap berlaku pada masa-masa tertentu. Hal ini, menyebabkan
kerja-kerja pemotongan menjadi lambat.

2.0 Semasa konvokesyen


Semasa konvokesyen ini berlasung terdapat beberapa kelebihan yang diperolehi
iaitu dengan memastikan kedudukan backdrop dan prop berada dalam keadaan
baik. Semasa konvokesyen tersebut, kami memperolehi pengalaman dengan
menguruskan prop-prop semasa persembahan berlaku. Hal ini kerana, AJK
backdrop ini adalah merupakan AJK prop dan tugas-tugas berkaitan backdrop ini
adalah merupakan tanggungjawab kami.
Dalam pada itu, antara kelemahan yang terdapat semasa kovokesyen tersebut
berlangsung adalah berkaitan kekurangan ahli untuk menguruskan prop. Hal ini
kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab yang harus dilakukan seperti
makanan, make-up dan pengurusan murid di samping masalah yang berlaku pada
microphone menyebabkan terdapat sedikit kekalutan berlaku semasa murid-muird
prasekolah ingin melakukan persembahan.
Selain itu, peluang-peluang yang diperolehi semasa konvokesyen ini berlaku ialah
peluang menguruskan murid untuk melakukan persembahan. Hal ini kerana masa
yang begitu suntuk disamping ahli yang diperlukan untuk menguruskan murid tidak
begitu mencukupi menyebabkan kami iaitu AJK backdrop dan prop terpaksa
menolong bagi melancarkan program konvokesyen ini.
Akhir sekali ancama yang diperolehi semasa konvokoesyen ini berlaku ialah bahanbahan backdrop yang dilekatkan tidak tahan dan tercabut semasa persembahan
berlaku. Namun, bahan yang tercabut adalah tidak begitu banyak dan ianya berjaya
diatasi dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai