Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN ESEI (SWOT)

Pada semester ini,saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu bahan pengajaran
persembahan elektronik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk tempoh masa satu jam.Di samping itu saya juga ditugaskan untuk merancang
dan menyediakan rancangan pengajaran harian untuk satu slot pengajaran bagi
aktiviti pengajaran di kelas prasekolah berdasarkan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan.Kerja kursus ini disediakan bertujuan untuk melatih bakal guru tentang
cara untuk merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan menggunapakai
media yang dihasilkan sebagai persediaan untuk mendidik dan mengajar kanak-
kanak prasekolah pada masa akan datang.Tugasan ini juga dapat membantu saya
belajar tentang cara-cara untuk merancang Rancangan Pengajaran Harian
berdasarkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


STRENGTH (Kekuatan)

1. Pelbagai jenis animasi , grafik ,
video klip dan audio.
2. Mematuhi prinsip-prinsip reka
bentuk grafik dan reka bentuk
mesej.
3. Dihasilkan melalui perancangan dan
persediaan yang rapi .


WEAKNESS (Kelemahan)

1. Tidak bersifat maujud dan tidak
dapat dirasakan sendiri oleh
murid- murid.


OPPORTUNITY (Peluang)

1. Dapat menjadikan sebagai satu daya
tarikan yang kuat kepada murid-
murid.
2. Proses suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.


THREAT (Ancaman/Masalah)

1. Kesilapan teknikal dalam
pembentangan.
2. Masalah kerosakan alat
eletronik.

KEKUATAN
Antara kekuatan dalam persembahan elektronik yang telah saya hasilkan ialah saya
telah menambahkan pelbagai jenis animasi, grafik , video klip dan audio yang
bersesuaian dengan tema yang telah saya pilih. Saya juga telah menggunakan suara
saya sendiri sebagai audio bagi menyampaikan maklumat yang telah saya sediakan
kepada murid-murid. Di samping itu, saya juga telah memilih klip video dan lagu yang
berkaitan dengan tema yang telah saya pilih iaitu tema Haiwan Jinak yang pastinya
akan membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Penggunaan
grafik yang menarik juga turut saya selitkan dalam persembahan elektronik bagi
menarik perhatian murid- murid dalam sesi pengajaran.
KELEMAHAN
Manakala antara kelemahan yang telah dikenalpasti dalam proses membina
persembahan elektronik ialah kekurangan sumber tentang penyediaan persembahan
elektronik ini. Dalam melalui proses penghasilan tugasan kerja kursus ini, saya telah
memulakan tugas dengan mencari maklumat dengan mengumpulkan bahan bacaan
yang mengandungi maklumat yang diperlukan iaitu berkaitan dengan teknologi.
Bahan bacaan ini saya dapatkan di perpustakaan dan sedikit nota yang saya
dapatkan daripada rakan-rakan yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus.Saya cuba
mencari maklumat yang diperlukan walaupun sumber yang diperlukan amat terhad

akibat kebanyakan pelajar telah meminjam buku yang berkaitan kerja kursus.Hal ini
menyebabkan sumber rujukan menjadi semakin berkurangan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya rancangan pengajaran harian dan persembahan elektronik
yang telah saya sediakan juga mempunyai kekuatan dan juga kelemahan yang telah
dikenalpasti oleh saya sendiri.Pada semester ini, saya telah ditugaskan untuk
menghasilkan satu bahan pengajaran persembahan elektronik yang boleh digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran untuk tempoh masa satu jam.Di samping itu
saya juga ditugaskan untuk merancang dan menyediakan rancangan pengajaran
harian untuk satu slot pengajaran bagi aktiviti pengajaran di kelas prasekolah
berdasarkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Proses penyediaan rancangan
pengajaran ini telah memberikan banyak ilmu dan pengalaman kepada saya.Saya
akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang telah dilakukan dan menggunakan
segala kekuatan yang telah dikenalpasti di dalam penyediaan persembahan
elektronik kali ini.

Anda mungkin juga menyukai