Anda di halaman 1dari 1

1.

Nyatakan kelebihan kaedah , strategi dan teknik yang boleh dicontohi

Dalam video tersebut, guru telah merancang set induksi yang menarik
yang dapat menarik minat murid. Guru telah menjalanakan set induksi dengan
menggunakan bahan sumber PdP seperti puzzle. Guru tersebut juga
menggunakan kaedah soal jawab dalam set induksi. Hal ini telah menimbulkan
perasaan ingin tahu murid tentang apa yang akan diajar oleh guru seterusnya.
Selain itu, guru juga mengadakan pembelajaran kolaboratif. Guru telah
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
Hal ini telah membolehkan murid terlibat dengan aktif dalam pembelajaran.
Di samping itu, guru juga merancangkan aktiviti PdP yang sangat
menarik.Guru tersebut telah menjalanakan aktiviti stesen. Hal ini dapat
membantu murid mendapatkan ilmu Sejarah dengan cepat dan secara tidak
langsung.
Seterusnya, guru itu telah menyediakan beberapa baham sumber dalam
PdP. Antaranya ialah puzzle,laptop bahan ilmiah. Penggunaan bahan PdP dapat
membantu menarik minat murid untuk belajar dan murid akan berasa minat
untuk belajar Sejarah .Selain itu, penggunaan abm dalam kelas dapat
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting
kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah,
cepat serta menarik.
Selain itu, guru juga menggunakan sentiasa berkomunkasi dan memerhati
proses semasa murid menjalankan akiviti. Ini telah menunjukkan guru sebagai
koordinasi dengan memberi bantuan semasa murid menghadapi masalah dalam
proses PdP. Coontohnya, guru tersebuttelah mendapati masalah murid semasa
mencari masalah dalam laptop.
Di samping itu, guru juga menguruskan masa dengan cekap. Guru telah
memberi masa yang singkat untuk memberi murid membahagikan kepada
kumpulan dan memilih ketua kumpulan. Hal ini amat berguna dalam proses PdP
supaya masa PdP dapat digunakan dengan kesan.

2. Berikan cadangan penambahbaikan agar PdP lebih bermakna.


Cadangan penambahbaikan untuk PdP ini ialah guru boleh menunjukkan
kesalahan murid dengan segera dan bukan selepas murid melakukan
kesalahan. Contohnya, guru dalam video tersebut telah memberi nasihat
kepada murid selepas aktiviti telah tamat. Guru seharusnya memberi nasihat
dan memberi bantuan semasa murid tersebut melakukan kesalahan. Hal ini
supaya murid dapat mendapati kesalahannya dan mengatasi kesalahannya
dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai