Anda di halaman 1dari 17

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH MEDIA VISUAL & AUDIO BAGI

MENINGKATKAN PENGUASAAN TOPIK TITIK REFLEKSOLOGI KAKI KANAN DAN


KIRI

1.0 PENGENALAN

Penggunaan media visual dan audio secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan
kefahaman murid tentang proses pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Menurut
Ainulshahman (2012), telah menyatakan bahawa penggunaan Media Pengajaran juga merupakan
salah satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini digunakan dan
dilaksanakan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan
difahami oleh murid.

Sehubungan dengan itu, penggunaan media visual dan audio bukan sesuatu yang baru
dalam proses pembelajaran, bagaimanapun ia jarang digunakan dan diaplikasikan kepada murid
pendidikan khas. Malahan penggunaan media visual dan audio tersebut lebih digunakan oleh
murid kelas arus perdana sahaja berbanding dengan murid pendidikan khas. Oleh kerana, media
visual dan audio dapat membantu memberi kesan yang positif ke atas pembelajaran bagi murid
pendidikan khas, guru hendaklah mencari alternatif media visual dan audio yang sesuai dengan
murid pendidikan khas, bagi membantu murid-murid pendidikan khas ini mudah untuk mengenal
dan mengingat titik refleksologi dengan baik. Oleh itu, guru pendidikan khas haruslah bersedia
untuk menghadapi segala perubahan dalam proses pengajaran iaitu untuk menguasai kemahiran
menggunakan bahan bantu mengajar yang berkonsepkan media bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan kualiti yang terbaik.

Dalam kajian ini, kami menumpukan kepada masalah murid sukar untuk mengingat carta
daerah atau titik refleksologi pada tapak kaki kiri dan kanan. Oleh yang demikian, kami telah
mengkaji dan memilih satu strategi pembelajaran yang bersesuaian untuk meningkatkan minat
dan semangat ingin belajar dalam kalangan murid. Strategi yang telah dipilih untuk kajian ini
adalah pembelajaran visual iaitu para murid menerima isi pelajaran dalam kelas dengan
berpandukan bahan-bahan visual yang menarik dan merangsangkan.

1|Page
Hasil daripada tinjauan kajian lepas ada menyatakan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran seharusnya setanding dengan arus perkembangan teknologi sekarang, ini kerana
dengan melalui teknologi tersebut dapat membantu guru dalam menginterpretasikan sesuatu
pengajaran dengan lebih mudah kepada murid. Oleh itu, menurut Zaidatun Binti Tasir dan
Norhayati Binti Rahmat (2003), telah menyatakan bahawa hasil pengajaran akan berubah
sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai media terutamanya
multimedia.

Begitu juga, Gan Siwock Lee (1996), ada menyatakan bahawa penghasilan media dalam
pengajaran adalah sangat digalakkan dan ia merupakan salah satu kaedah yang boleh membawa
kepada kejayaan dalam pendidikan masa kini dan pada masa yang akan datang. Melalui
penggunaan media dapat membantu guru untuk menjalankan pengajaran dengan lebih baik serta
dapat memotivasikan dan menarik minat murid untuk terus mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran hingga ke akhir waktu.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah mengajar di SMK Taman Tasik selama 3 tahun. Semasa tempoh tersebut, saya
mengajar subjek Refleksologi juga selama 3 tahun. Masalah utama yang saya hadapi ialah
murid-murid sukar mengingat dan memahami perkara yang ingin disampaikan oleh guru.
Masalah ini wujud terutama semasa tema baru disampaikan. Murid-murid berasa keliru semasa
guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara lisan sahaja. Selain itu, murid-murid
juga berasa segan dan tidak yakin apabila guru bersoal jawab dengan mereka. Pada pendapat
saya, saya berasa saya perlu bersikap mesra untuk meningkatkan motivasi mereka untuk bersoal
jawab dengan guru. Kalau pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara lisan, ia cuma
mampu menarik minat murid pada tempoh yang amat singkat. Lepas itu, murid murid akan mula
berbual-bual dengan kawan, main dengan kawan, tengok tempat lain dan lain-lain lagi.

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjalan dengan lancar dan objektif
pembelajaran yang ditetapkan juga tidak akan tercapai. Dengan itu, kawalan kelas turut menjadi
tidak efisyen. Saya mendapati kebanyakkan murid mempunyai masalah dalam memahami satu
tema baru yang diperkenalkan. Murid-murid amat memerlukan gambaran awal untuk memahami

2|Page
sesuatu yang disampaikan. Jika guru mengajar secara lisan, maka murid-murid tidak akan
memahami apa yang disampaikan oleh guru..

Sebagai contoh, bagi topik mengenal bahan dan peralatan refleksologi sekiranya guru
hanya menjelaskan dengan lisan, maka murid-murid kurang memahami fungsi bahan dan
peralatan yang ingin disampaikan oleh guru. Dari pengalaman yang saya lepas, saya dapati
murid-murid akan lebih minat dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh saya sekiranya
saya menunjukkan bahan dan peralatan yang maujud kepada mereka.

3.0 ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Sepanjang tempoh saya mengajar, saya telah mendapati banyak isu-isu yang boleh digunakan
untuk menjalankan kajian saya. Murid-murid kurang memahami pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan oleh saya. Penjelasan saya terhadap sesuatu bahan mungkin terlalu dalam dan
kurang jelas. Ini telah mengurangkan penglibatan murid-murid di dalam kelas. Saya telah
mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran yang saya sampaikan tanpa menggunakan
gambar kurang berjaya.

Murid-murid akan hilang tumpuan dan minat untuk mendengar apa yang disampaikan
oleh guru. Fokus utama dalam kajian saya adalah untuk menguji keberkesanan cara
pembelajaran visual berpandukan gambar dalam membantu murid-murid berkeperluan khas
(MBK). Penggunaan pembelajaran visual dan audio ini dikaji sama ada dapat meningkatkan
tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Selain
itu, penggunaan grafik dan gambaran visual berpandukan gambar dapat digunakan untuk
mengawal kelas. Murid-murid akan mempunyai minat dan memberi tumpuan terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

3|Page
Rajah 1. Peratusan masalah pembelajaran para murid.

Berdasarkan pengajaran yang telah dijalankan saya telah dapati bahawa penggunaan
bahan bantu mengajar saya tidak sesuai dengan murid-murid pendidikan khas, ini kerana
penggunaan bahan bantu mengajar yang telah saya gunakan tersebut tidak menarik. Secara tidak
langsung, ia menyebabkan ada di antara murid-murid pendidikan khas tersebut tidak nampak
dengan jelas. Oleh yang demikian, penggunaan media visual dan audio semasa proses pengajaran
guru merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang terbaik untuk membantu murid-murid
yang bermasalah tersebut serta dapat menjadikan proses pengajaran menjadi lebih lancar. Seperti
mana yang telah diketahui, murid pendidikan khas ini cepat merasa bosan untuk belajar, jadi
dengan penggunaan media visual dan audio ini dapat membantu untuk menarik perhatian murid
serta dapat mengatasi masalah kebosanan, mengantuk dan lemah untuk belajar.

4|Page
3.1 MULTIMEDIA

“Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri (Kenneth &
Dunn, 1984). Gaya pembelajaran boleh didefinisikan sebagai “motivational interest or
pattern that is preferred when processing new information or experiences” (minat atau pola
terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman)”

“Penggunaan visual adalah merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi
membantu dan meningkatkan proses pembelajaran. Cara ini adalah dijalankan dengan
berpandukan pelbagai jenis bahan-bahan visual yang bergerak ataupun tidak bergerak.”
(Ahmad Nazir Muhammad Ali, 2006, Penyelidkan tentang pembelajaran visual dalam
mempertingkatkan pemahaman murid.) Proses pengajaran dan pembelajaran masa kini
telah banyak berubah dan mengalami evolusinya sendiri. Sebelum ini, penggunaan lisan
dan tulisan sudah menjadi kebiasaan dalam pengajaran, kini teknologi telah menjadi
pemacu dalam penggunaan alatan yang lebih canggih seperti penggunaan komputer, video,
dan pelbagai peralatan lain lagi yang menggabungkan elemen visual, audio dan teks.
(Ahmad Rizal Madar, 2006, Kajian tentang Kesan Penggunaan Koswer Terhadap Tahap
Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gaya Kognitif Field Independence-depence.)

3.2 BAHAN BANTU MENGAJAR

Penggunaan bahan bantu mengajar adalah sangat penting bagi membantu meningkatkan
lagi mutu pengajaran yang ingin disampaikan kepada murid-murid. Begitu juga, sejak
belakangan ini penggunaan bahan bantu mengajar seperti media semakin banyak
digunakan di sekolah tidak kira sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah. Oleh itu,
guru-guru juga hendaklah menguasai kemahiran untuk menggunakan media tersebut dan
menggunakan secara optimum dalam proses pengajaran untuk mencapai objektif
pengajaran dengan jayanya. Selain itu juga, masalah pengajaran akan berlaku sekiranya
guru tidak menggunakan bahan bantu mengajar dengan betul mengikut komponen yang
diajarkan.

5|Page
4.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian kali ini berkaitan dengan pengurusan guru dalam menggunakan penggunaan bahan
bantu mengajar ketika proses pengajaran guru. Selain itu, diharap dengan menggunakan kaedah
media visual dan audio dalam proses pengajaran dapat memberikan kesan yang positif, ini
kerana ia telah diubah suai menjadi lebih menarik dari segi warna, corak dan sebagainya dapat
membantu menarik murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan
pula, diharapkan dapat membantu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih efektif untuk mengajar murid-murid
pendidikan khas lebih mudah untuk belajar sesuatu topik dalam matematik.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meneroka penggunaan pembelajaran berpandukan visual dan audio
dalam usaha mengatasi masalah kurang memahami terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
disampailan. Saya telah menjalankan kajian tindakan ini berdasarkan 3 objektif iaitu:

1) Meningkatkan tahap kefahaman murid pendidikan khas tentang pembelajaran dan


pengajaran yang disampaikan oleh guru serta meningkatkan minat mereka.
2) Mengenal pasti keberkesanan pengaplikasian kaedah media visual dan audio dalam
proses pengajaran guru ke atas murid.
3) Menarik minat murid ke atas pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
media visual dan audio.

6.0 PERSOALAN KAJIAN

7.0 SOKONGAN LITERATUR

6|Page
6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

gelungan 1

6.1 Merancang

Saya telah melaksanakan tindakan kajian saya dengan beberapa bahagian dengan merujuk
kepada model Stephen Kemmis. Kaedah pembelajaran yang akan saya gunakan untuk
mengatasi masalah yang wujud dalam kalangan para murid adalah kaedah belajar secara
visual dan audio. Sebelum menjalankan kaedah pembelajaran ini, saya akan menyediakan
satu rancangan pembelajaran yang berkaitan dengan topik yang saya ajar. Objektif
pembelajaran yang ditetapkan perlu eksplisit dan boleh diukur. Rasional untuk
menyediakan rancangan pembelajaran ini adalah untuk memudahkan guru dalam
menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lancar. Objektif yang ditetapkan
juga boleh dijadikan sebagai hala tuju kepada guru untuk menyampaikan isi pelajaran.

Selain daripada itu, saya akan menyediakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar
visual untuk pengajaran tersebut. Bahan-bahan visual ini adalah seperti gambar dan model
visual. Saya berharap dapat meningkatkan kualiti pembelajaran para murid menerusi
bahan-bahan tersebut. Menurut Rosniah Mustaffa (2007), pelajar visual, iaitu mereka yang
gemar belajar dengan melihat maklumat baru yang dipelajari itu sama ada dalam bentuk
gambar rajah atau grafik. Mereka juga boleh menggambarkan apa yang dibaca atau dilihat
sebelumnya. Di sini, pembelajaran visual dapat membantu murid untuk mengkaitkan
sesuatu yang telah dipelajari dengan bahan sebelumnya.

Ini dapat meningkatkan tahap kefahaman mereka terrhadap pembelajaran dan


pengajaran yang disampaikan. Pembelajaran visual yang menarik dapat mempercepat daya
serap peserta didik dalam memahami pelajaran yang disampaikan. Selain itu, pembelajaran
melalui visual juga menggalakkan murid untuk mengingat apa yang disampaikan oleh guru
sejurus meningkatkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas prasekolah. Oleh itu, saya telah menyediakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar
visual untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Bahan-bahan visual ini adalah
seperti ini adalah seperti gambar, model visual dan video. Saya berharap saya dapat
meningkatkan tahap kefahaman para murid menerusi bahan-bahan tersebut.

7|Page
Model yang telah saya mengaplikasikan dalam kajian tindakan ini adalah model
Stephen Kemmis. Stephen Kemmis dan Robin Mctaggart (1988) telah memperkenalkan
pendekatan ini untuk menjalankan Penyelidikan Tindakan. Pendekatan yang diutarakan
terdiri daripada empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi. Dalam
kajian ini, saya telah mengikut langkah-langkah yang terdapat dalam model Stephen
Kemmis untuk menjalankan kajian tindakan saya di sekolah. Pada peringkat mulanya, saya
telah membuat perancangan yang rapi untuk memulakan kajian tindakan ini. Selepas itu,
saya akan bertindak mengikut perancangan. Saya akan memerhati dan membuat refleksi
berdasarkan tindakan yang dilakukan.

Rajah 1 menunjukkan dua kitaran tentang model kajian Stephen Kemmis dan Robin
Mctaggart (1988)

a) Model Kajian Tindakan Yang Digunakan

Model kajian yang telah saya aplikasikan dalam kajian ini adalah model Stephen Kemmis.
Model ini memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri. Persamaan yang terdapat dalam dua

8|Page
model ini adalah dua kitaran kajian akan dijalankan untuk mendapatkan data atau
maklumat yang tepat.

Pelaksanaan tindakan saya dalam kajian ini adalah berdasarkan dengan satu sesi
pengajaran yang menekankan kaedah Pembelajaran Visual dan Audio. Sesi pengajaran ini
diharapkan dapat mempertingkatkan minat dan semangat belajar dalam kalangan murid.
Di samping itu, kaedah pengajaran ini membolehkan pencapaian murid dalam Penguasaan
Topik Titik Refleksologi Kaki Kanan Dan Kiri.

Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan pengkaji (guru) di Sekolah Men Keb Taman Tasik, Ampang untuk
melaksanakan kaedah penggunaan media visual dan audio dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Fokus kajian hanya kepada media visual dan audio iaitu bahan bantu
mengajar yang dikenal pasti, persepsi guru serta kekerapan guru menggunakan media
visual dan audio untuk mengajar Topik Titik Refleksologi Kaki Kanan Dan Kiri.

b) Kemahiran Fokus

Guru mengfokuskan kepada cara untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
dalam topik Titik Refleksologi Kaki Kanan Dan Kiri kerana perkara ini penting untuk
mencapai objektif pengajaran.

c) Kaedah Pengumpulan Data

Bermain merupakan satu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi memberikan peluang
kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa belajar dalam suasana yang tidak begitu
formal, menyeronokkan dan bebas. Murid yang melalui proses belajar sambil bermain akan
mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran
yang mantap dan berkesan. Main merupakan satu laluan yang membolehkan mereka
belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan,
proses cuba-jaya dan manipulasi bahan dan alatan.

9|Page
Main menjadi bermakna sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1) Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata-


mata untuk kepuasan.

2) Main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak
dipaksa.

3) Main hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan.

4) Main hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan


atau kepuasan pemain.

5) Main merupakan aktiviti fizikal atau psikologi atau kedua-duanya dan hendaklah
disertai secara aktif oleh peserta.

d) Alat Bantu

Guru menggunakan alat bantu mengajar power point berbentuk audio dan visual serta
bahan rangsangan. Kesemua bahan bantu mengajar juga adalah jelas dan menarik. Sebagai
contoh, untuk video yang ditayangkan pada pengajaran pertama ditukar kepada video yang
tidak membosankan di samping memudahkan murid memahami. Melalui video yang
menarik guru sekali gus dapat menarik minat murid dari suasana yang membosankan.

Alat yang digunakan untuk memungut data ialah melalui Borang Penilaian Kajian
Tindakan. Berdasarkan keputusan tersebut kami telah sama-sama membina borang
penilaian yang akan digunakan oleh rakan saya semasa sesi pencerapan nanti.

10 | P a g e
6.2 Melaksana Pengajaran Dan Mencerap

Saya mengajar seperti yang telah dirancang untuk menilai kaedah yang saya gunakan
untuk meningkatkan kefahaman murid dalam Topik Titik Refleksologi Kaki Kanan Dan
Kiri. Pemerhatian ini dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan
tindakan akan melibatkan guru mata pelajaran dalam menggunakan kaedah media visual
dan audio semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Begitu juga, guru
perlu menggunakan LCD sebagai bahan bantu mengajar yang kedua untuk menjadikan
media visual dan audio nampak lebih besar dan jelas untuk dipaparkan kepada murid
pendidikan khas. Selain itu, guru juga akan menggunakan kaedah media visual dan audio
ini dalam beberapa komponen yang bersesuaian. Di samping itu, penggunaan kaedah
visual dan audio akan diaplikasikan kepada semua murid pendidikan khas. Melalui
pemerhatian saya selama seminggu di dalam kelas tersebut, saya telah mengenal pasti
bahawa saya masih lemah dalam menguruskan kawalan bilik darjah. Hal ini menyebabkan
murid saya hilang tumpuan sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dalam bilik darjah.

Pelaksanaan tindakan adalah seperti berikut:

a) Guru hendaklah mempunyai komputer untuk memudahkan menghasilkan media

b) Mendapatkan software yang sesuai dan menarik untuk menghasilkan media visual
dan audio.

c) Guru perlu mencari dan mendapatkan gambar-gambar yang menarik dan sesuai
serta jelas terutamanya dari segi warna, bentuk, corak dan sebagainya.

d) Guru hendaklah mendapatkan lagu dan bunyi suara yang sesuai dengan gambar
yang telah dicari untuk dimasukkan ke dalam media tersebut.

e) Guru perlu memastikan ada LCD dalam kelas untuk memasang media visual dan
audio yang telah dihasilkan.

f) Guru menayangkan LCD kepada murid dan menerangkan kepada murid


mengenai media visual dan audio yang dipaparkan.

11 | P a g e
g) Guru harus menyediakan media visual dan audio mengikut kesesuaian tahap
pelajar pendidikan khas iaitu dari segi pergerakan gambar(visual) atau bunyi (audio).

h) Guru haruslah menyediakan media visual dan audio yang berkaitan iaitu berkaitan
topic pengurusan diri.

i)Kemudian guru menguji murid dengan mengadakan slot soal jawab.

j)Guru meminta murid untuk meneka jawapan yang dengan menggunakan media tersebut.

k) Akhirnya guru boleh mengenal pasti bahawa penggunaan media visual dan audio
dapat membantu dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid
pendidikan khas atau tidak.

6.3 MENGANALISIS DATA DAN MEREFLEK

Selepas sesi pengajaran, saya meneliti tentang maklumat yang diperoleh semasa sesi
mencerap berlangsung.

Jadual 1 : Penguasaan murid terhadap topik Keberkesanan Penggunaan Kaedah Media


Visual & Audio Bagi Meningkatkan Penguasaan Topik Titik Refleksologi Kaki Kanan
Dan Kiri

Tahap Penguasaan Bil murid PERATUS


Kurang 1
Sederhana 2
Tinggi 3
Jumlah 6

12 | P a g e
Daripada aktiviti yang dijalankan, iaitu bermula dari tayangan video atau montaj,
menunjukkan murid berminat dan tidak bosan dan didapati terdapat peningkatan daripada
segi kefahaman dan minat dalam topic pengurusan diri. Penerangan menggunakan bahan
maujud oleh guru dilihat lebih memberikan fokus kepada murid, kerana penerangan guru
menjadi tidak terikat dengan masa dan boleh memberikan contoh-contoh yang jelas. Namun
begitu, saya kurang berjaya memanfaatkan masa yang ada. Oleh sebab respons yang sangat
baik daripada murid, saya gagal mematuhi masa yang telah ditetapkan.

Dalam menganalisis hasil pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji akan menilai
sama ada murid menunjukkan minat atau tidak terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh guru setelah menggunakan kaedah media visual dan
audio semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung selama seminggu.
Seterusnya, Pengkaji akan menilai sama ada sampel memberikan maklum balas yang
positif ataupun negatif terhadap setiap soalan yang diajukan semasa atau selepas
penggunaan kaedah media visual atau audio dijalankan semasa proses penagajaran.

Bagi menentukan markah setiap responden, kaedah yang digunakan adalah dengan
menentukan sama ada peserta menjawab setiap soalan dengan jawapan yang betul atau
salah. Setiap soalan yang dijawab salah akan menyebabkan markah ditolak. Pengkaji juga
menganalisis apakah kesilapan yang dilakukan responden dalam menjawab soalan.
Proses memerhati kesilapan responden dalam menjawab soalan dilakukan semasa
responden membuat latihan. Selain itu, hasil kerja guru (sampel) sepanjang kajian
dianalisis untuk mengenal pasti keberkesanan kegunaan kaedah media visual dan audio
dalam proses pengajaran.

13 | P a g e
Gelungan 2 Dan Selanjutnya

Sekiranya diberikan peluang sekali lagi, saya akan cuba memperbaiki lagi kaedah pengajaran
saya yang masih lemah. Berdasarkan analisis yang saya lakukan bersama-sama dengan rakan,
saya masih lemah dalam membuat demonstrasi. Saya akan berlatih sehingga saya berjaya. Di
samping itu, saya akan terus mengekalkan kecemerlangan yang telah saya peroleh dari kajian
saya, terutama dalam pengguanaan alat bantu mengajar. Hal ini kerana, alat bantu mengajar
yang berkesan tidak akan menyebabkan murid merasa bosan. Justeru, untuk kajian selanjutnya,
saya akan menambah dan mempelbagaikan alat bantu mengajar untuk meningkatkan motivasi
murid.

Setelah menjalankan kajian tindakan ini, saya berharap di masa hadapan, kajian-kajian
lain yang berkaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar boleh dilaksanakan.

i. Menggunakan kaedah colouring sand tetapi di kelas-kelas dan sekolah yang berbeza.

ii. Menggunakan kaedah bermain sambil belajar dalam kawalan kelas.

iii. Menggabungkan pelbagai kaedah dalam kawalan kelas.

iv. Menggunakan teknik lakonan spontan untuk menarik minat murid.

IMPLIKASI KAJIAN

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN TINDAKAN SUSULAN

Pertamanya, saya akan mencari maklumat yang lebih banyak dan berkaitan dengan tajuk kajian
saya. Saya akan mengkaji lebih tentang jurnal dan kajian yang dihasilkan oleh pakar lain untuk
dijadikan sebagai satu rujukan kepada saya. Selain itu, saya akan memilih bilangan sasaran yang
lebih besar dalam kajian yang seterusnya supaya kesahan dan kebolehpercayaan kajian saya ini
dapat dipertingkatkan lagi. Saya berharap dalam kajian pada masa depan, bilangan sasaran kajian

14 | P a g e
saya dapat diperbanyakkan lagi. Di samping itu, saya juga berharap masa untuk menjalankan
kajian penyelidikan ini dapat dipanjangkan lagi.

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, melalui kajian tindakan ini dapat mengenal pasti keberkesanan pengajaran
menggunakan kaedah visual dan audio untuk murid pendidikan khas. Selain itu, dapat mengenal
pasti persepsi guru (sampel) terhadap penggunaan kaedah ini sebagai bahan bantu mengajar
dalam penagajaran. Menerusi kajian penyelidikan ini, saya telah mempelajari tentang langkah-
langkah yang betul untuk merancangkan satu kajian penyelidikan. Bermula daripada mengesan
isu-isu masalah yang terdapat dalam kelas, saya telah memperoleh ilmu pengetahuan yang baru
dan berguna. Sebagai seorang pendidik mesti peka terhadap isu atau masalah yang berlaku dalam
kalangan murid. Seseorang guru tidak boleh mementingkan diri sendiri dan mengabaikan
keperluan murid.

15 | P a g e
BIBLIOGRAFI

Adibah Abdul Latif dan Azizah Binti Abu Hanifah (2010:1). Penguasaan dan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam jalangan pelajar-pelajar pkpg kemahiran hidup Universiti
Teknologi Malaysia(PDF).Diperoleh pada April 26,2012 daripada
http://eprints.utm.my/10799/1/PENGUASAAN_DAN_PENGGUNAAN_BAHASA_IN
GGERIS_DALAM_KALANGAN_PELAJAR.pdf

Azizi Bin Subeli dan Hu Laey Nee (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik dalam

Kemahiran Mendarab (Scrib). Diperoleh pada April 28,2012 daripada


http://www.scribd.com/doc/52637509/KAJIAN-TINDAKAN-Kesan-penggunaan-
kaedah-kotak-magik-dalam-kemahiran-mendarab

Masri baharom (2007). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Pendekatan Kualitatif


(Blog). Diperoleh pada April 30,2012 daripada
http://masribaharom.blogspot.com/2013/01/kesahan-dan-kebolehpercayaan-dalam.html

Hanim Binti Jamaludin (2012). Mengenal Nombor Berdasarkan Gambar Objek Bagi Tahun
(Blog). Diperoleh pada April 29,2012 daripada
http://transformasiguru1malaysia.blogspot.com/2012/09/mengenal-nombor-berdasarkan-
gambar.html

Khairul Anuar Bin Abdul Rahman dan Norazrena Binti Abu Samah (2011). Perisian Matematik
Bagi Tajuk Pecahan Pelajar Berkeperluan Khas (PDF).Diproleh pada April 28,2012
daripada http://www.slideshare.net/hudaliciouss/perisian-matematik-bagi-tajuk-pecahan-
untuk-pelajar-berkeperluan-khas

16 | P a g e
Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2003). Satu Kajian Mengenai Bahan Bantu
Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik (PDF).Diperoleh pada April
29,2014 daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/2001/2001_10_Laikl.pdf

17 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai