Anda di halaman 1dari 43

1.

PENDAHULUAN

Bagi seseorang guru pelatih malahan ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Selain itu, guru pelatih juga perlu mempelajari pengajaran mikro dan makro. Terdapat 8 komponen kemahiran pengajaran mikro iaitu, kemahiran induksi, penerangan, penyoalan, peneguhan, variasi ransangan, penggunaan alat bantu mengajar, penggunaan papan tulis, serta penutupan dan membuat kesimpulan.

2.0

KOMPONEN PENGAJARAN MIKRO


1

Terdapat 8 komponen kemahiran pengajaran mikro iaitu, kemahiran induksi, penerangan, penyoalan, peneguhan, variasi ransangan, penggunaan alat bantu mengajar, penggunaan papan tulis, serta penutupan dan membuat kesimpulan.

2.1

Kemahiran Induksi

Kemahiran set induksi merupakan sesi permulaan sesuatu proses pengajaran. Ia bertujuan supaya murid bersedia belajar dan berfikir sesuatu. Terdapat pelbagai cara bagi memulakan set induksi. Antaranya ialah menggunakan alatalat bantu mengajar, sesi soal jawab, mengulangkaji topik yang lepas, dan membuat ingatan kembali. Namun begitu, set induksi ini tidak boleh terlalu padat. Ia haruslah ringkas dan berkaitan dengan topik yang diajar. Kemahiran induksi ini juga mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Pertama, mengaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ini sangat penting kerana ia merupakan permulaan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sekiranya set induksi tidak berkaitan dengan topik yang ingin dipelajarari, murid akan menjadi hilang minat dan keliru tentang pelajaran itu. Kedua, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada. Guru harus mengaitkan pelajaran dengan pengalaman murid agar muri mudah faham apa yang guru ingin sampaikan. Ketiga, haruslah boleh menarik minat dan perhatian murid. Ia perlu diambil kira kerana, sesi pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjalan lancar jika murid tidak dapat menumpukan perhatian. Keempat, ia perlu sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid. Sekiranya persekitaran murid adalah kawasan pedalaman, adalah tidak wajar jika guru menyediakan set induksi di luar pengetahuan murid. Ia menjadikan murid sukar memahami pelajaran tersebut. Kelima pula, guru perlu memastikan aktiviti-aktiviti yang disampaikan mencapai tujuannya dalam tempoh yang singkat.

Komponen-komponen kemahiran set induksi terbahagi kepada lima. Pertama, aktiviti yang menarik perhatian. Bagi menjadikan ianya menarik, guru harus menggunakan nada suara yang pelbagai dan kuat. Selain itu, guru juga boleh menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dan pelbagai. Aktiviti yang luar biasa juga dapat menarik perhatian murid. Murid akan lebih tertanyatanya. Penggunaan komunikasi tanpa lisan juga sangat menarik. Guru boleh menggunakan gerakan dan isyarat badan serta kontak mata. Kedua, aktiviti yang mewujudkan motivasi. Ia bertujuan untuk

membangkitkan rasa ingin tahu murid terutama apabila guru menggunakan teknik bercerita. Guru juga boleh menggunakan dan menunjukkan suatu aktiviti yang berguna. Selain itu, murid juga akan berfikir apabila guru mengajukan soalan yang mencabar. Ketiga pula ialah aktiviti yang membuat perkaitan seperti mengaitkan dengan pelajaran lepas atau mengaitkan peristiwa semasa dengan isi pelajaran yang baru. Atau juga, isi pelajaran lepas, peristiwa semasa dan isi pelajaran baru dikaitkan dengan minat serta pengalaman murid. Ia akan membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan sesuatu yang dapat membina minda murid. Keempat ialah aktiviti yang menstruktur pengajaran. Apa yang dikatakan dengan pengstrukturan ini ialah dengan menyatakan tentang aktiviti, tugas atau projek yang akan dijalankan. Selain itu, perlu juga dinyatakan had tugas yang akan dijalankan itu. Begitu juga dengan cara-cara melaksanakan tugas tersebut. Kemudian, guru juga boleh menggunakan satu siri soalan yang berkaitan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya tidak akan terganggu. Manakala yang kelima pula ialah masa. Seperti yang diketahui, set induksi tidak menggunakan terlalu banyak masa. Lazimnya, set induksi dijalankan dalam 5 ke 7 minit. Oleh itu, masa yang digunakan perlulah tepat, cukup dan sesuai.

2.2

Penerangan
3

Penerangan merupakan suatu kemahiran yang digunakan untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu benda dengan menggunakan contoh atau ilustrasi. Ia juga berkaitan dengan set peralihan iaitu pengaplikasian. Dengan teknik atau kemahiran penerangan yang baik, guru pasti dapat mengajar murid mengaplikasikan pembelajaran tersebut dengan baik. Melalui penerangan yang betul dan baik, murid pasti dapat mengenal bidang, tajuk dan aktiviti pembelajaran. Murid juga dapat mengenal konsep dan definisi selain mengenal bahan dan alat. Selain itu, murid akan dapat menunjukkan hasil kerja siap. Objektif penggunaan kemahiran penerangan pula ialah guru dapat menyampaikan maklumat dan menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. Ia juga memudahkan murid memahami konsep dan isi pelajaran dengan jelas. Selain itu, guru juga dapat menerangkan dan menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah. Guru juga dapat menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa dan meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu. Terdapat beberapa prinsip sebagai panduan kemahiran penerangan. Antaranya ialah guru perlu merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Penerangan juga tidak boleh terlalu lama kerana ia akan memberi kesan pada objektif pengajaran yang perlu dicapai pada proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh menggunakan kemahiran variasi rangsangan. Perkataan dan istilah yang digunakan juga hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid. Ia akan memudahkan pemahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran tersebut. Guru yang baik perlu sentiasa menggalakkan murid bertanya perkaraperkara yang tidak difahami. Penerangan boleh disampaikan secara verbal iaitu menerangkan dengan jelas, ringkas dan tepat. Perlu uga disampaikan dengan fasih dan menggunakan bahasa Melayu yang betul supaya murid faham. Penggunaan intonasi suara perlu diambil kira. Suara perlulah lantang dan dipelbagaikan mengikut situasi. Posisi dan gestur badan juga tidak boleh dipandang mudah. Adalah lebih baik
4

jika seorang guru dapat menerangkan pembelajaran sambil menarik minat dan mengekalkan perhatian murid. Dari aspek kognitif pula guru perlu membimbing murid mendapatkan idea dan mengembangkannya dengan teratur selain memberi beberapa contoh dan ilustrasi yang mencukupi. Contohan diberikan juga haruslah menarik dan sesuai dengan isi pelajaran. Teknik penerangan juga perlu diambil kira. Guru perlu memberi penjelasan tentang isi penting yang ditekankan dalam pembelajaran itu. Selain itu, guru mesti mengulas kembali serba sedikit mengenai aspek yang telah diterangkan agar murid lebih memahami perkara yang dipelajari. Guru juga boleh menulis semula isi penting di papan hitam atau meminta murid menulis di papan hitam untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka. Segala penerangan perlulah sesuai dengan kaedah pengajaran. Penggunaan kemahiran penerangan ini memberi kesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesan-kesannya ialah murid-murid dapat memahami konsep dan isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat. Contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar pula dapat merangsang pelbagai deria murid selain memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan mereka. Murid juga akan dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru memberi penerangan dengan menarik dan bermakna. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat dimanfaatkan dan ia membolehkan guru menambah aktiviti dalam proses pembelajaran. Selain itu, murid juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci.

2.3

Penyoalan

Kemahiran menyoal merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan
5

dengan

berkesan,

tahap

prestasi

pelajar akan meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah aktif dan lebih merangsangkan. Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pengetahuan lepas berkaitan dengan pelajaran yang akan dipelajari. Pada peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran pula penyoalan diperlukan bagi mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Bagi penutup pula, ia digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. Objektif kemahiran penyoalan pula ialah untuk menguji pengetahuan dan kefahaman murid serta merangsang dan mencungkil fikiran murid. Ia juga adalah untuk membimbing murid menggunakan kaedah bagi membuat kesimpulan atau menyelesaikan masalah selain menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penekanan. Selain itu, ini penting bagi menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. Ia juga bagi membantu murid mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Seterusnya, ia adalah bagi menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dengan murid serta membantu murid memperkukuh konsep dan kefahaman. Konsep kemahiran penyoalanpula ialah soalan-soalan yang hendak dikemukakan perlulah dirancang. Ia juga perlulah sesuai dengan peringkat kebolehan pelajar. Aras soalan pula tidak boleh terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar. Manakala, perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya dapat difahami oleh pelajar. Guru juga perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan. Selain itu, boleh juga dikemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada pelajar tertentu sahaja. Guru juga perlu mengemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid. Bentuk soalan pula hendaklah sentiasa berubah-ubah. Ia bertujuan untuk menarik minat pelajar. Tentukan bahawa soalan yang dikemukakan secara lisan dapat didengari oleh pelajar seluruh kelas. Elakkan juga daripada mengemukakan soalan mengikut urutan
6

atau susunan tempat duduk pelajar. Soalan yang dibentuk pula harus boleh mendorong pelajar berfikir. Elakkan memberi soalan yang mengandungi jawapan didalamnya. Soalan yang diberikan hendaklah ringkas dan tepat. Terdapat beberapa prinsip penyoalan. Ia perlulah sesuai dengan umur dan kebolehan murid yang berbeza di dalam kelas. Guru juga perlu merancang jenis-jenis soalan yang akan dikemukakan. Berikan masa kepada murid untuk memikirkan jawapan kepada soalan tersebut. Guru tidak boleh memaksa murid menjawab soalan. Selain itu, pastikan juga soalan yang diberikan dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Aras-aras penyoalan pula ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan juga penilaian. Manakala komponen-komponen kemahiran penyoalan ialah pembentuan soalan. Ia perlulah jelas, ringkas dan tepat. Fokus tunggal pula ialah soalan yang ditumpukan kepada satu idea. Fokus pelbagai merupakan soalan yang ditumpukan lebih daripada satu idea. Seterusnya ialah sebaran. Soalan disebarkan kepada seluruh kelas secara setara. Hentian pula ialah masa yang diberian kepada murid untuk memikirkan jawapan. Selain itu, melayani jawapan iaitu memberi pujian, melengkapkan jawapan dan memperbaikinya. Memberi petunjuk jawapan pula ialah dengan memberi petua ataupetunjuk bagi membantu murid. Manakala mencungkil fikiran pula ialah dengan mengemukakan satu siri soalan untuk mencungkil fikiran murid.

2.4

Penggunaan Papan Tulis

Papan tulis digunakan untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Ia juga adalah bagi memberikan peluang kepada murid-murid mencatat nota dari papan tulis. Selain itu, ia digunakan untuk mempelbagaikan aktiviti
7

pengajaran

guru

dan

pembelajaran

murid.

Ia

juga

diperlukan

bagi

mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah yang sistematik. Prinsip-prinsip penggunaan papan tulis pula ialah memberi murid-murid peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. Perancangan bagi penggunaan papan tulis juga perlu dilakukan lebih awal. Masa yang digunakan perlulah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas. Kapur warna pula perlu digunakan untuk menggambarkan penekanan. Terdapat beberapa kesan apabila kemahiran penggunaan papan tulis digunakan dengan baik iaitu murid-murid dapat menumpukan perhatian selain dapat menarik minat murid dengan tulisan yang berwarna-warni. Murid-murid juga dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih baik. Manakala konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan di dalam ingatan. Perlu diketahui bahawa kejelasan tulisan sangat penting dalam menggunakan papan tulis. Begitu juga dengan susunan perkara yang ditulis dan dipelajari. Termasuk juga perkara yang perlu ditekankan harus ditulis dengan menarik supaya murid mengetahui perkara yang ingin guru tekankan.

2.5

Penutupan Dan Membuat Kesimpulan

Kemahiran penutupan dan membuat kesimpulan ini diperlukan untuk merumus perkara yang telah dipelari. Ia juga untuk menilai semula isi-isi pelajaran yang telah dikuasai. Selain itu, ia penting untuk menekankan isi-isi penting.
8

Objektif bagi kemahiran penutupan dan membuat kesimpulan ini ialah untuk mengukuhkan konsep yang baru dipelajari dengan merumus fakta-fakta penting. Ia juga membolehkan guru membuat pengubahsuaian terhadap pengajarannya. Melalui aktiviti susulan, ia dapat memberi peluang kepada mengaplikasikan konsep dan kemahiran. Selain itu, ia membolehkan murid memperbaiki dan meningkatkan prestasi pembelajarannya. Ia juga menekankan prinsip yang menyatakan bahawa aktiviti penutup hendaklah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari murid di peringkat perkembangan. Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup kognitif dan juga penutup sosial. Bagi penutup kognitif, guru mengukuhkan apa yang dipelajari dan ia dilakukan pada akhir pembelajaran. Guru juga akan membuat kesimpulan dan rumusan selain memberi aktiviti pengayaan. Selain itu, guru akan menyoal isi-isi penting yang telah dipelajari. Bagi penutup sosial pula, ia lebih kepada memberi pujian dan galakan kepada pencapaian murid. Ia penting untuk membangkitkan semangat murid supaya ingin terus belajar. Selain itu, guru boleh menyanyi bersama murid. Nyanyian tersebut haruslah berkaitan dengan tema atau menyimpulkan tema pelajaran yang telah dipelajari. Kaedah kemahiran penutupan dan membuat kesimpulan ini terbahagi kepada dua iaitu perkaitan minda dan perkaitan motivasi. Perkaitan minda merupakan satu kaedah untuk meringkaskan isi-isi penting yang telah dipelajari selain membuat aktiviti penilaian. Selain itu, terdapat juga aktiviti merumus pada kaedah ini. Perkaitan motivasi pula akan mewujudkan rasa ingin tahu murid. Guru juga perlu mengaitkan pelajaran akan datang selain memberi aktiviti susulan. Memotivasikan murid juga termasuk juga dalam kaedah perkaita motivasi ini. Teknik penutupan pula akan membuatkan guru meniliti masa yang digunakab adalah mencukupi atau tidak. Selain itu, guru juga boleh mengaitkan
9

penutup atau kesimpulan dengan isi pelajaran yang akan datang. Murid juga boleh diminta membuat rumusan berdasarkan perkara yang telah dipelari pada sesi pengajaran dan pembelajaran itu. Di akhirnya, guru boleh membuat rumusan yang merangkum segala isi pelajaran yang dipelajari.

3.0

KAEDAH, TEKNIK DAN PENDEKATAN

3.1

Kaedah 3.1.1 Pengajaran Secara Berkumpulan


10

Pengajaran secara berkumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahanbahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain. Manakala pengajaran pula dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok. Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu muridmurid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua pula ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan. a) Kumpulan Mengikut Kebolehan Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka. Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan penialaian. Pengumpulan muridmurid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis. Ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran. Guru dapat merancang jenis pemeringkatan bahan mengikut kebolehan murid-murid dalam kumpulan berkenaan. Kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru, sama ada pemerhatian atau ujian. Kebolehan serta murid-murid aspek-aspek berbeza-beza tertentu dalam mengikut satu-satu matapelajaran

matapelajaran. Kebolehan mereka berubah-ubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ahli satu-satu kumpulan tidak semestinya sama sepanjang masa. Namun, perhatian terhadap individu-individu tertentu juga perlu dilakukan. Pada amnya, guru bolehlah membentuk 3 kumpulan. Ia adalah kumpulan cerdas (2 kelompok),
11

kumpulan sederhana (5 kelompok) dan kumpulan lemah (1 kumpulan). Guru juga harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok masing-masing. b) Kumpulan Mengikut Pelbagai Kebolehan Kumpulan mengikut pelbagai kebolehan boleh dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran asas. Melalui kumpulan mengikut pelbagai kebolehan, murid-murid yang cerdas diminta membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi serta sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi, dan sebagainya. Muridmurid juga berpeluang memainkan peranan mengembangkan bakat kepimpinan. Perkembangan sahsiah yang sihat juga dapat dibina. Begitu juga halnya dengan sikap pemupukan bertimbang semangat rasa, kerjasama, mengukuhkan

bertanggungjawab, bertolak ansur, dan sebagainya. Selain itu, semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan. Pengajaran secara berkumpulan ini juga mempunyai beberapa prinsip yang perlu diberi perhatian oleh guru. Pertama, murid-murid harus dibiasakan dengan satu rutin atau tatakerja aktiviti kumpulan iaitu apabila satu-satu aktiviti kumpulan hendak dilaksanakan, murid harus tahu tugas mereka. Misalnya, mengambil alat atau bahan, membahagikan bahanbahan kepada setiap kumpulan, menjalankan aktiviti, mempersembahkan hasil aktiviti, menyimpan bahan dan alat, mengemas tempat, dan lain-lain. Kedua, guru perlu sentiasa bersedia dan boleh menerima suasana pelajaran yang agak bising yang ditimbulkan oleh murid-murid semasa mereka bersoal jawab. Ketiga, guru harus dapat menentukan murid dengan betul supaya tidak ada murid-murid yang merasa besar diri atau rendah diri berada di dalam sesuatu kumpulan. Keempat, perhatian juga
12

hendaklah diberi kepada individu-individu tertentu walaupun mereka telah ditempatkan dalam kumpulan. Kelima, semangat kerjasama dan pertandingan yang sihat hendaklah diwujudkan dalam kumpulan atau diri setiap individu. Keenam pula, sebelum menjalankan aktiviti kumpulan, guru hendaklah menyediakan murid-murid dan beri arahan dengan jelas. Guru juga hendaklah menyediakan tajuk-tajuk perbincangan. Setiap aktiviti yang hendak dijalankan mesti dirancangkan terlebih dahulu. Pastikan juga alatalat dan bahan-bahan yang diperlukan tersedia. Ketujuh, semasa aktivitiaktiviti dijalankan, guru perlu beredar daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing dan menggalakkan murid-murid mendapat pengetahuan. Bagi melicinkan pengendalian gerak kerja kumpulan, guru bolehlah melantik beberapa orang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang tugas-tugas tertentu. Kelapan pula ialah di akhir pengajaran, guru hendaklah

membincangkan hasil kerja murid bagi tiap-tiap kumpulan. Ini memberi peluang setiap daripada mereka mengetahui tentang apa yang telah diperoleh oleh kumpulan-kumpulan tersebut. Guru juga boleh mempamerkan hasil kerja murid yang didapati baik. Ini dapat membantu meninggikan keyakinan murid. Di samping itu, mereka juga dapat merasakan diri mereka diberi penghargaan. Kadangkala cara ini dapat juga memberi panduan, galakan, dan dorongan kepada murid-murid lain. Manakala kesembilan pula, sebelum pelajaran ditamatkan, guru dan murid perlu membuat rumusan tentang apa yang dipelajari. Selepas itu, mereka diminta mengumpul, mengemas, dan menyimpan barang-barang.

3.1.2 Pengajaran Secara Individu Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan
13

bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa setiap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. Lazimnya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk satu pembelajaran yang lebih berkesan, pengajaran bentuk ini tidak menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan. Bentuk kedua pula ialah terhadap muridmurid yang maju dalam pembelajaran mereka. Pengajaran secara individu bukan bertujuan untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Biasanya, murid-murid akan menggunakan

kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru. Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. Segala sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini. Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing dan untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. Sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri
14

serta

tempat

belajar

dan

cara

mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video dan lain-lain boleh digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

3.1.3 Pengajaran Secara Kumpulan Sebaya (Peer Group) Pengajaran secara kumpulan sebaya merupakan satu cara

menyampaikan pelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Ini tidak banyak berbeza dengan cara-cara kumpulan kaedah lain, cuma dalam kaedah ini seorang murid itu diperlukan mengajar atau membimbing rakan-rakannya yang lain. Kelas yang dikendalikan melalui cara ini biasanya mengandungi pelajar-pelajar yang hampir-hampir sama dari semua segi. Mungkin mereka berbeza dari segi kecerdasan. Walau bagaimanapun, dalam banyak hal seperti umur, minat, kecenderungan dan kepentingan mereka adalah serupa. Sama seperti kumpulan pelbagai kebolehan, pelajarpelajar dalam kumpulan sebaya digalakkan supaya memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Dalam pengajaran bahasa, galakan perlu diberi kepada murid-murid pandai supaya membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan dalam membaca dan menulis. Pengajaran secara kumpulan sebaya, menggalakkan murid-murid berinteraksi sesama sendiri secara bebas. Ia memberi peluang kepada mereka belajar, mengkaji dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Cara ini biasanya menggalakkan perkembangan kemahiran-kemahiran interpersonal. Murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan mereka. Selain itu, melalui perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang diadakan pelajar-pelajar dapat belajar bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati dan sebagainya.

15

Dari segi pengajaran, ia tidak banyak membebankan guru. Keadaan murid-murid yang tidak banyak berbeza itu memudahkan guruguru membuat persediaan. Murid-murid yang pandai pula dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh muridmurid lemah.

3.1.4 Pengajaran Secara Kelas Bercantum Pengajaran secara kelas bercantum biasanya dilakukan dengan

menggabungkan dua atau beberapa kelas menjadi satu kumpulan kelas. Murid-murid dalam kelas tersebut tidak mempunyai tahap pencapaian yang sama. Keadaan begini kerap berlaku di sekolah-sekolah rendah yang murid-muridnya terhad kepada bilangan yang amat kecil. Kemungkinan juga ia boleh berlaku jika sesebuah sekolah itu tidak mempunyai cukup guru untuk ditugaskan mengajar kelas-kelas tertentu. Kadangkala pengumpulan murid-murid dalam kelas bercantum tidak perlu mengikut kumpulan kelas. Mereka boleh dikumpulkan mengikut minat, perbezaan pencapaian dan sebagianya. Mereka perlu saling membantu seperti satu pasukan. Pengajaran secara kelas bercantum biasanya menggunakan kaedah kumpulan iaitu murid-murid yang berkebolehan dan yang berada di tahap yang lebih kurang sama dikumpulkan bersama. Setiap kumpulan akan diberi tugas dan mereka belajar serentak dalam masa yang sama. Bahan-bahan pengajaran biasanya diperingkatkan mengikut

kebolehan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mungkin berbeza antara kumpulan-kumpulan tersebut. Oleh yang demikian, pengajaran cara ini memerlukan guru-guru yang sanggup bekerja keras, rajin, berdedikasi dan bertanggungjawab. Mereka juga harus bijak dan boleh menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keadaan sebenar di dalam kelas.
16

3.2

Teknik

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

17

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Teknik-teknik Pengajaran Bahasa Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama Teknik perbincangan Teknik forum

3.2.1 Teknik main peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak
18

sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan sebagainya. kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan

3.2.2 Teknik permainan bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam memmuridi bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal murid dengan menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan serta penggayaan.

3.2.3 Teknik latih tubi

19

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dimuridi. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh juga digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Ia berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu:
I.

Sebutan (accent) menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

II.

Tatabahasa (grammar) penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

III.

Perbendaharaan kata (vocabulary) meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

IV.

Kefasihan (fluency) menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

V.

Kefahaman (comprehension)
20

latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

3.2.4 Teknik bercerita Teknik ini merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat juga meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid. Perkembangan cerita juga hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah guru akan memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi muridan yang hendak disampaikan. Kedua, kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Selain itu, hafazkan juga frasa atau ayat-ayat penting. Ketiga, latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru perlu bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objekobjek sebenar atau lain-lain bahan bantu mengajar. Sediakan juga kad21

kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan.

3.2.5 Teknik inkuiri Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Ia merangkumi aspekaspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Selain itu, ia dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan murid. Ia juga merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan murid kerana murid sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih murid mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : i. ii. iii. iv. v. Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusan

3.2.6 Teknik perbahasan Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat murid di sekolah menengah. Antara manfaat teknik ini ialah memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan, melatih berfikir dengan
22

pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur, menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai, mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif serta melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan murid. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

3.2.7 Teknik kuiz Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolahsekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Ia bertujuan supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman murid mengenai topik-topik tertentu. Murid juga dapat mengulangkaji sambil bergembira selain melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Selain itu, murid juga dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Ia juga membantu murid memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu pertama ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Manakala kedua, kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara murid.
23

3.2.8 Teknik sumbangsaran Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Ia juga boleh dikenali sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Selain itu, ia menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis. Prinsip sumbangsaran adalah topik perbincangan mestilah sesuai dengan kebolehan dan minat murid, garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas, semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum serta setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak. Selain itu, setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan, murid digalakkan menyumbang seberapa banyak idea, suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan dan pastikan juga peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi. Digalakkan juga menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ), cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik serta setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

3.2.9 Teknik soal jawab Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan
24

dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi muridan dan murid dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan

pengetahuan berbahasa murid, untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis serta untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

3.2.10 Teknik simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Selain itu, ia dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

25

3.2.11 Teknik drama Sering digunakan dalam kaedah induktif komunikatif iaitu kaedah dan kaedah elektif yang dan

berasaskan audiolingual.

pendekatan

terus,

Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matamuridan yang dimuridinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

3.2.12 Teknik perbincangan Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan murid dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Ia melibatkan aktiviti perbincangan antara murid secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang
26

diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru juga akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh murid sendiri. Teknik perbincangan boleh dijalankan dengan baik apabila guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Selain itu, guru juga perlu membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Kemudian guru menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahliahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

3.2.13 Teknik forum Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana murid akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan
27

kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur murid. Selain itu, persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

3.3

Pendekatan 3.3.1 Pendekatan induktif Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat. Ia kemudiannya diikuti dengan membuat generalisasi atau kesimpulan. Selain itu, ia juga bermula dengan memberikan beberapa contoh yang khusus. Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan. Bahan bantu mengajar pula harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan juga sentuhan. Setiap contoh yang diberikan mesti mempunyai prinsip yang sama. Murid dibimbing memikir, mengkaji dan mengenalpasti serta mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi atau kesimpulan. Matapelajaran Matematik, Bahasa dan Sains banyak menggunakan
28

pengajaran induktif. Bagi pengajaran dan pembelajaran sains, kaedah inkuiri penemuan perlulah diamalkan. Contohnya, guru memberikan contoh khusus seperti ikan, udang, sotong dan berudu. Kemudian, murid akan memerhati dan mengkaji. Murid akan dapat mengenalpasti bahawa contoh-contoh haiwan yang guru berikan merupakan haiwan yang bernafas melalui insang. Selain itu, murid juga dapat mentafsir dan membuat generalisasi bahawa haiwan yang hidup di dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif pula ialah menyediakan disediakan contoh-contoh yang sesuai. Kedua, kesimpulan. soalan-soalan Guru tidak untuk membimbing membuat

menghuraikan isi pelajaran manakala murid dibimbing untuk mencari kesimpulan. Jenis contoh khusus pula dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama dan contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Selain itu, murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama. Guru pula tidak harus memberikan contoh sekaligus. Penyediaan alat bantu mangajar juga diambil perhatian. Seterusnya, penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti sangat penting dan perlu diambil kira seperti melihat, mendengar, menghidu dan sentuhan. Pengajaran perlulah mengikut urutan yang tepat. Ini kerana contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.

3.3.2 Pendekatan deduktif Strategi pengajaran deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam dan mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teori dan peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh
29

khusus. Ia bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan. Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripada rumus, hukum, teori atau peraturan. Proses pengajaran: Prinsip atau rumus Kaedah deduktif Aplikasi rumus atau prinsip Mendapat rumus baru, prinsip baru dan sebagainya Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori dan peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru untuk menyelesaikan masalah.

3.3.3 Pendekatan eklektik Elektif bererti pemilihan manakala eklektik bermakna bercampur. Ini membawa maksud bahawa pendekatan eklektik merupakan pendekatan yang menggunakan gabungan beberapa pendekatan. Pendekatan eklektik menggabungkan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Ia banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik. Selain itu, pendekatan ini membolehkan penggunaan strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid dan juga berpusatkan bahan. Ia juga digunakan di dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. Tuntasnya, cara pendekatan eklektik ini ialah bermula dengan contoh-contoh khusus, kemudian mendapatkan generalisasi. Setelah itu, berikan pula contoh lain sebagai pengukuhan.
30

3.3.4 Pendekatan komunikatif Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik dan juga pendekatan komunikatif. Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa ialah: sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu untuk mengawal tingkah laku orang lain untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain untuk menyampaikan maksud untuk meluahkan perasaan untuk menyampaikan maklumat untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina pendekatan pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa seperti Keith Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit dan lain-lain telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan teori Halliday. Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan
31

dalam pengajaran, fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau memberangsangkan muridmurid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan komunikatif. Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsipprinsip tersebut meliputi tujuh perkara. Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur, pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar. Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dalam dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau pergaulan. Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah

penggunaan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan. Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat reseptif.
32

Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid-murid. Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kesilapan perlu dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan. Manakala, ketujuh pula, di dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

4.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan murid Tema Tajuk Objektif

: Bahasa Melayu : 5 Mawar : 9 Februari 2011 : 8.05 pagi 9.05 pagi (60 minit) : 30 orang : Sukan dan Rekreasi : Pelancongan : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: i. Menceritakan mengenai tempat pelancongan berpandukan gambar
33

ii. iii.

Mengeluarkan isi-isi yang terdapat di dalam teks Menyenaraikan imbuhan apitan meng...kan

Hasil pembelajaran : Fokus utama: 3.2 menghuraikan maklumat dengan menggunakan alasan yang meyakinkan Aras 2 :

(i) mengembangkan idea berdasarkan pemerhatian dengan bukti sahih Fokus sampingan : 6.4 membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh Aras 2 :

(i) membaca bahagian pengenalan sesebuah teks Kemahiran bahasa : Lisan, membaca, menulis Sistem bahasa : Imbuhan apitan meng...kan

Pengisian kurikulum: i. ii. Ilmu : Kajian Tempatan, Sejarah : kerjasama, kerajinan, hormat-menghormati,

Nilai murni keberanian

iii.

Kemahiran bernilai tambah: a. Kemahiran berfikir : mencirikan, mengenalpasti idea utama dan idea sokongan b. Kecerdasan pelbagai: intrapersonal
34

c. Pembelajaran konstruktivisme Pengalaman sedia ada : Murid pernah melancong di dalam negara ketika cuti persekolahan Bahan bantu mengajar : Kad-kad bergambar, teks bertajuk Tempat-tempat

Menarik di Malaysia, kertas mahjong

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Catatan

Set induksi - Kad-kad (5 minit) bergambar tempat-tempat pelancongan di Malaysia

- Murid ditunjukkan dengan kad-kad BBM bergambar. - Guru dan murid bersoal jawab mengenai kad-kad bergambar tersebut. - Kad-kad bergambar

35

Langkah 1 (15 minit)

- Kad-kad bergambar tempat-tempat pelancongan di Malaysia

- Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan. - Setiap kumpulan akan diberikan sekeping kad bergambar yang berbeza. - Ahli kumpulan perlu berbincang bersama-sama mengenai kad bergambar yang telah diberikan untuk diceritakan di hadapan kelas. - Guru memilih beberapa kumpulan secara rawak dan wakil kumpulan
36

Pengisian kurikulum (i) Ilmu - Kajian Tempatan - Sejarah (ii) Nilai murni - Kerjasama - Kerajinan

perlu menceritakan tentang kad bergambar tersebut di hadapan kelas.

- Hormat menghormati - Keberanian (iii) KBT - Kemahiran berfikir - Kecerdasan pelbagai - Pembelajaran konstruktivisme BBM - Kad-kad bergambar

- Isi perbincangan : tempat : keistimewaan tempat : keistimewaan lain berdasarkan


37

negeri pelancongan tersebut : sejarah yang berkaitan Langkah 2 (20 minit) Teks - Tempat-tempat Menarik di Malaysia (rujuk lampiran) - Setiap murid diberikan sebuah teks. Manakala sekeping kertas mahjong diberikan untuk setiap kumpulan. - Guru meminta murid membaca teks tersebut secara luncuran. - Setiap kumpulan perlu mengeluarkan isi-isi yang terdapat di dalam teks dan menulisnya pada kertas mahjong. - Kertas mahjong perlu ditampal di papan hitam. - Guru memperbetul kesalahan murid jika ada. Langkah 3 (15 minit) Teks - Tempat-tempat Menarik di Malaysia (rujuk lampiran) - Guru menerangkan konsep apitan meng...kan secara ringkas. - Murid dikehendaki mencari apitan meng...kan di dalam teks secara individu. - Beberapa orang murid dipilih oleh guru untuk menyatakan apitan
38

Pengisian kurikulum (i) Nilai murni - Kerajinan (ii) KBT - Kemahiran berfikir BBM - Teks - Kertas mahjong

Pengisian kurikulum (i) Nilai murni - Keberanian - Berdikari BBM

meng...kan yang dapat mereka cari. - Guru memperbetul kesalahan murid jika ada. Penutup (5 minit) - Murid-murid diminta menyenaraikan tempat-tempat pelancongan yang telah dipelajari di dalam buku latihan. - Seorang murid diminta menyebut enam tempat pelancongan yang telah disenaraikan. - Ketua kelas mengumpul buku latihan untuk diserahkan kepada guru.

- Teks

Pengisian kurikulum (i) Nilai murni - Kerjasama

39

5.0

REFLEKSI

Berdasarkan tugasan projek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3117) ini, saya dapat memahami dengan lebih baik. Ini kerana tugasan yang diberikan ini menyebabkan saya mencari lebih banyak input-input yang berkaitan. Selain itu, saya juga ada membuat perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan. Oleh itu, saya dapat menyudahkan tugasan ini dengan baik. Tugasan ini meminta saya memberikan definisi berserta huraian mengenai lima komponen pengajaran makro. Saya juga diminta menyediakan sebuah Rancangan Pengajaran Makro atau juga Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan seterusnya mengaplikasikan kaedah, teknik serta pendekatan di dalam proses pengajaran tersebut. Selain itu, saya perlu membuat sebuah refleksi tentang kekuatan kaedah, teknik dan pendekatan yang saya gunakan dalam menyediakan sebuah RPH. RPH yang saya bina bertemakan sukan dan rekreasi dan bertajuk pelancongan. Kaedah yang telah saya gunakan dalam RPH yang telah saya sediakan ialah kaedah pengajaran secara berkumpulan. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu kumpulan mengikut kebolehan dan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Saya telah menggunakan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Pada langkah satu RPH saya, ada dinyatakan bahawa murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Guru akan membahagikan murid kepada lima kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Ini kerana aktiviti yang dijalankan memerlukan idea yang banyak dan pelbagai. Melalui kumpulan mengikut pelbagai kebolehan ini juga, murid-murid yang cerdas diminta membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi serta sosial yang sihat dapat dibina.
40

Selain itu, dapat juga memupuk semangat kerjasama, mengukuhkan sikap bertimbang rasa, bertanggungjawab, bertolak ansur, dan sebagainya. Semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan. Teknik yang saya gunakan pula ialah teknik sumbangsaran. Teknik yang menggunakan percambahan idea ini saya gunakan berikutan dengan aktiviti yang dijalankan yang memerlukan perbincangan. Selain itu, teknik ini menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Ia juga selari dengan kaedah pengajaran secara berkumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Murid-murid akan dapat mengeluarkan pendapat yang bernas berdasarkan kaedah dan teknik yang digunakan. Berikutan teknik yang digunakan, guru boleh membimbing murid dengan menggalakkan penggunaan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ). Guru juga perlu mengawasi setiap kumpulan dan memastikan setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan. Selain itu, pastikan juga murid menyumbang seberapa banyak idea dan cadangan serta idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik. Seharusnya guru memastikan bahawa setiap kumpulan disertai oleh ahli-ahli yang mempunyai pelbagai kebolehan. Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan. Namun begitu, tidak dilupakan juga masa yang telah diperuntukkan haruslah ditepati dan mengikut seperti apa yang dirancang. Pendekatan yang saya terapkan di dalam RPH ini ialah pendekatan deduktif. Ini dapat dilihat melalui aktiviti yang guru jalankan. Guru memberikan kad bergambar tempat pelancongan di Malaysia kepada setiap kumpulan. Kemudian, guru meminta murid berbincang untuk mendapatkan isi bagi kad bergambar tersebut. dapat dilihat di sini bahawa murid telah mengetahui gambar tersebut merupakan gambar tempat pelancongan. Namun begitu, murid perlu berbincang di dalam kumpulan untuk mengetahui keistimewaan tempat, kawasan tempat dan ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan. Oleh itu, guru boleh membimbing murid dengan menggalakkan murid menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ). Selepas murid berbincang, murid perlu menceritakan tentang kad bergambar tersebut di hadapan kelas.
41

Melalui kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan, saya mendapati kesemua perkara ini saling berkait tetapi masih mempunyai perbezaan. Oleh itu, guru tidak boleh tersilap dalam menggunakan kaedah, teknik dan pendekatan. Ia akan memberi kesan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. BIBLIOGRAFI

Drs. Mustakim (1994). Membina Kemampuan Berbahasa. Jakarta. Penerbitan PT Gramedia. Idris Mohd Rodzi & Dahlia Janan (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Tanjong Malim. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying (2009). Murid Dan Alam Belajar. Selangor, Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Daim (1980). Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur. Penerbitan Pustaka Ilmu. Roselan Baki (2003). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam. Karisma Publication Sdn. Bhd. http://blognapibelog.blogspot.com/2010/06/pendekatan-deduktif-induktif.html . Dilayari pada 9 Februari 2011. http://notapismp.blogspot.com/2010/09/pendekatan-komunikatif.html . Dilayari pada 11 Februari 2011. http://rujuknota.blogspot.com/2010/01/pendekatan-induktif.html Februari 2011. http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ . Dilayari pada 13 Februari 2011. . Dilayari pada 12

42

LAMPIRAN

43

Anda mungkin juga menyukai