Anda di halaman 1dari 14

PENDEKATAN, STRATEGI, KAEADAH DAN TEKNIK

Pada umumnya masyarakat sekeliling memandang enteng tugas seorang guru


dengan menganggapnya sebagai satu pekerjaan yang sangat mudah dan boleh dilakukan
oleh siapa-siapa sahaja. Mereka berpendapat bahawa tugas seorang guru hanya masuk ke
dalam kelas dan mengajar dalam waktu sejam ataupun setengah jam. Namun begitu,
pandangan ini silap sama sekali kerana tugas guru lebih daripada sekadar bercakap di
hadapan kelas seolah-olah tiada persediaan yang dilakukan guru untuk mengajar. Namun
begitu, pandangan ini salah sama sekali kerana tugas guru lebih daripada sekadar bercakap
di hadapan kelas seolah-olah tiada persediaan yang dilakukan guru untuk mengajar.
Menurut Zawawi (1988), beliau menyatakan persoalan adakah boleh kita
menganggap seorang guru itu mengajar jika dia hanya bercakap di hadapan murid-muridnya
selama antara 35 hingga 45 minit dan semua murid-murid mendengar syarahannya? Hal ini
kerana, mengikut prinsip dan konsep asas pedagogi, seorang guru bukanlah semata-mata
menyampaikan kandungan pelajaran kepada murid-muridnya. Sekiranya guru itu sekadar
berbuat demikian, beliau belum lagi mengajar dalam erti kata yang sebenar kerana langkah
tersebut belum lagi dapat menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Jadi, apakah yang
sebenarnya perlu guru lakukan untuk mewujudkan suasana pengajaran yang boleh
menggerakkan pembelajaran murid?
Berdasarkan persoalan-persoalan di atas, guru perlu belajar untuk mengajar atau
secara terperincinya guru perlu mengetahui strategi, pendekatan, kaedah serta teknik yang
sesuai untuk merancang dan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Zawawi (1988) lagi, hal ini disebabkan konsep pengajaran guru dan pembelajaran murid-
murid ialah satu konsep menggunakan pendekatan yang positif yang menggerakkan
motivasi dalaman murid di samping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasainya. Konsep
ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa minat murid-murid untuk mengikuti pengajaran
tersebut dan merasa rugi jika tidak dapat megikuti pengajaran itu. Sebagai contoh, murid
kurang minat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kerana
mereka tidak nampak keperluan untuk belajar mata pelajaran ini. Justeru, guru perlu
menggunakan strategi, pendekatan, kaedah serta teknik yang bersesuaian untuk
meningkatkan kembali motivasi murid tersebut untuk belajar seterusnya memudahkan murid
untuk menghayati isi pelajaran yang disampaikan guru.


1.0 PENDEKATAN
Sebelum membahaskan lebih lanjut berkenaan perkara ini, adalah lebih baik kita
mengetahui serba sedikit mengenai definisi dan konsep yang diketengahkan dalam perkara
ini.
Menurut Ahmad (2004), pendekatan adalah mendekatkan sesuatu dalam bidang
pendidikan dan setiap pendekatan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang
hakikat satu matlamat pelajaran. Bagaimana ia dikuasai dan diperoleh, bagaimana ia
difahami dan di mana ia disimpan. Sebagai contoh, ketika mengajar satu-satu pelajaran,
guru hendaklah membina satu pendekatan supaya senang diterima oleh murid, di mana
pendekatan itu ialah pendekatan tentang isi pelajaran. Dari sini murid-murid akan senang
memahami sesuatu isi pelajaran.
Menurut Zawawi (1988), pendekatan ialah usaha menghuraikan sifat-sifat mata
pelajaran yang diajar serta menghuraikan falsafahnya dan menghuraikan sesuatu yang kita
percaya tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak.
Manakala menurut Noriati (2002), pendekatan ialah cara mendekati sesuatu iaitu
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang.
Pendekatan perlu menggambarkan satu teori pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, satu teori pembelajaran yang diasaskan oleh Gestalt, beliau menyatakan
bahawa kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci
elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai satu teori pembelajaran, maka kita
boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Secara
ringkasnya, pendekatan adalah satu bingkai besar yang di dalamnya mengandungi strategi,
kaedah dan teknik. Antara jenis pendekatan yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam ialah induktif, deduktif, dan tematik

Pendekatan Deduktif
Pendekatan deduktif atau yang bermaksud daripada umum kepada spesifik. Dalam
pendekatan ini, sesuatu pembelajaran itu akan bermula dengan guru memberikan rumus-
rumus atau teori yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran pada waktu tersebut. Untuk
menentukan bahawa pengajaran ini mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru
haruslah memastikan bahawa generalisasi yang hendak diajarkan itu dihuraikan dengan
jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah
mencukupi dan benar-benar menepati rumus-rumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk
dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal
pengajaran. Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta
daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan.
Konsep Deduktif
1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum.
2. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum.
3. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi.
4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.
Aplikasi Dalam PdP
Sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah tahun 4, tajuk 4 iaitu
Kerajaan Melayu Awal, guru boleh membincangkan kepada murid berkenaan dengan
kerajaan-kerajaan yang awal membangun semasa zaman itu dan akhirnya memberikan
contoh dengan lebih jelas dan terperinci berkenaan sesuatu kerajaan, misalnya kerajaan
Kedah Tua yang menjadi pengeluar padi. Guru bermula dengan penerangan umum iaitu
menerangkan kerajaan-kerajaan melayu awal dan memberikan contoh yang lebih jelas

Kelebihan Pendekatan Deduktif.
Kelebihan pendekatan deduktif adalah ianya memudahkan tugas guru yang mana guru
mengemukakan prinsip asas manakala murid menggunakan prinsip berkenaan. Pendekatan
ini berbeza dengan pendekatan induktif kerana pendekatan ini cara ini cepat dan
menjimatkan masa pengajaran kerana rumus-rumus disediakan dan dihuraikan terus oleh
guru. Murid tidak perlu mengambil masa untuk memikirkan atau mengesan rumus.
Pendekatan ini juga tiada risiko daripada mendapat hasil yang salah atau tidak
sempurna.

Kelemahan Pendekatan Deduktif
Manakala kelemahan menggunakan pendekatan ini adalah pengajaran mungkin
membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi.
Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka kerana mereka terlalu terikat kepada
rumus. Selain itu, pemikiran murid tidak tercabar untuk mengesan dan menentukan
rumus kerana rumus-rumus diberikan oleh guru. Justeru itu, penglibatan murid tidak
begitu aktif kerana guru lebih banyak memainkan peranan, khususnya dalam hal
menghuraikan rumus. Melihat dari segi psikologi, sesuatu yang dapat dikesan atau dijumpai
sendiri oleh murid dalam sesuatu pembelajaran dapat menjamin ingatan yang lebih kekal,
berbanding dengan sesuatu yang diberitahu terus oleh guru. Dengan demikian, pendekatan
ini tidak begitu menjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid tentang rumus-
rumus yang diajarkan itu.

Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif pula berlawanan dengan pendekatan deduktif. Cara pengajaran
melalui pendekatan ini memperlihatkan bahagian-bahagian kecil sampai kepada perkara-
perkara besar atau umum. Pendekatan induktif merupakan salah satu kaedah mengajar
yang sesuai digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik,
Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah
satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana
melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat
generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Murid
digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu
rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan itu.
Konsep Induktif
1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum
2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.
3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu.
4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.
5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum.
6. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan.
7. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan
pengetahuan.
8. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai sesuatu
kemahiran.
9. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit.
10. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru.
11. Menekankan penglibatan murid secara aktif.
12. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
13. Banyak menekankan aspek lisan.

Aplikasi Dalam PdP
Bagi pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah, contoh tajuk yang sesuai bagi mengajar
menggunakan pendekatan ini adalah tajuk 3, zaman prasejarah. Guru boleh memulakan
pembelajaran dengan menunjukkan beberapa gambar barang-barang yang digunakan
zaman prasejarah dan bertanyakan kepada murid-murid berkenaan barang-barang tersebut.
Daripada jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid, guru boleh membuat perkaitan
dengan topik yang ingin dipelajari pada masa tersebut. Murid-murid juga boleh diberi
tugasan projek bagi mengkaji lebih lanjut berkenaan dengan tajuk yang zaman prasejarah
ini.

Kelebihan Pendekatan Induktif
Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir
dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental
untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat.
Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat
dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus.
Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar. Melalui
pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus
dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaran akan menjadi lebih
hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat
disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik
darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal
pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih
dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka

Kelemahan Pendekatan Induktif
Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga dengan
pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan
mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus.
Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya,
penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran,
pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan
ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan
rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan.

2.0 STRATEGI
Menurut kamus dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan
melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau
kejayaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran, menurut J.R. David dalam Teaching
Strategies for College Class Room (1976) ialah a plan, method, or series of activities
designed to achicves a particular educational goal. Manakala mengikut terjemahan inggeris
strategi bermaksud a plan of operation achieving something merangcang sesuatu operasi
untuk mencapai sesuatu. Berdasarkan pengertian di atas strategi pengajaran dan
pembelajaran meliputi urutan, kaedah dan peringkat kegiatan yang dirancang untuk
mencapai tujuan dan objektif pengajaran tertentu. Strategi pengajaran merangkumi
beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana
menyampaikannya ( Dick & Carey, 1996 ). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran pada
dasarnya adalah cara-cara yang dipilih untuk menyampaikan kandungan muridan dalam
sesi pengajaran tertentu, yang meliputi sifat dan urutan kegiatan yang dapat memberikan
pengalaman pembelajaran kepada murid.
Klasifikasi strategi pengajaran boleh dikelaskan kepada tiga iaitu berpusatkan guru,
berpusatkan murid dan berpusatkan bahan.

Strategi berpusatkan Guru
Strategi ini bermaksud guru sebagai seorang yang mengawal keadaan dan
berperanan sebagai ketua. Strategi pengajaran dan pembelajaran jenis ini telah
dilaksanakan atau diamalkan oleh kebanyakan guru sejak sekian lama lagi. Bagi satu-satu
sesi pengajaran guru mengawal dan memanipulasi hampir semua aktiviti-aktiviti pengajaran.

Ciri-ciri Strategi berpusatkan Guru.
Pengajaran berpusatkan guru mempunyai ciri-ciri seperti berikut,
antaranya ialah :
a. Didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan utama dan
murid hanya menjadi penonton sahaja.
b. Tidak terdapat komunikasi dua hala diantara guru dengan murid, yang mana guru
menggunakan masa untuk bercakap hampir kesemua waktu yang ada, manakala
murid hanya mendengar sahaja.
c. Guru bertindak sebagai pemimpin yang autokratik sewaktu di dalam kelas
pengajaran, dan murid pula tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat
mereka.
d. Keutamaan objektif hanya kepada guru sahaja dan tidak merangkumi objektif
keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.
e. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni
dan perkembangan emosi murid.
f. Interaksi diantara murid lemah dan sifat-sifat positif sosial murid tidak dapat
dibangunkan, dan murid menjadi kurang berinisiatif dan kreatif.

Penggunaan strategi ini sememangnya tidak sesuai dengan perkembangan diri murid-murid
terutamanya pada peringkat sekolah rendah. Strategi ini akan membuatkan murid menjadi
pasif dan tidak berupaya untuk berfikir dengan lebih kreatif. Selain itu, strategi ini mudah
menjadikan murid cepat bosan dan akhirnya tidak dapat untuk fokus semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Contoh kaedah atau teknik yang berpusatkan guru ialah
syarahan, demonstrasi dan bercerita.
Aplikasi dalam pengajaran Sejarah
Bagi menggunakan strategi ini bagi pengajaran sejarah, guru boleh melakukan
aktiviti bercerita iaitu menceritakan kepada murid-murid tentang sejarah negara kita. Dalam
subjek sejarah tahun 4, tajuk 5, iaitu Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka,
guru boleh menceritakan tentang kehebatan tokoh-tokoh di dalam Melaka seperti Tun Perak
dan Hang Tuah. Guru menceritakan bagaimana kisah hidup tokoh ini dan taat setia mereka
terhadap Sultan Melaka yang tidah berbelah bagi. Dengan teknik penceritaan yang sesuai,
intonasi suara serta mimik muka yang baik, sudah tentu murid akan tertarik untuk
mendengar cerita yang disampaikan oleh guru. sekiranya guru tidak mampu untuk bercerita
dengan menggunakan intonasi serta gaya yang sesuai, sudah tentu murid akan menjadi
bosan dan akhirnya tertidur mendengar cerita daripada guru.


Strategi berpusatkan murid
Strategi berpusatkan murid pula bermaksud murid mengambil alih sedikit
tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dimuridi, (Noriati, Boon,
& Sharifah, 2012). Strategi berpusatkan murid merupakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang mana murid memainkan peranan penting dan penglibatan aktif dalam
proses pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang membimbing murid-murid dan
memperuntukkan lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada
secara berkumpulan atau individu.

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid
Strategi berpusatkan murid antaranya mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dibawah:
a. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan peranan penting
manakala guru bertindak sebagai pemimpin atau fasilitator yang membimbing murid
dalam aktiviti pembelajaran mereka.
b. Komunikasi dua hala akan terhasil diantara mereka Guru menggunakan teknik
penyoalan untuk membiarkan murid berfikir dan memberi tindak balas terhadap
soalan.
c. Guru memimpin kelas atau murid secara demokrasi. Murid sentiasa diberi galakan
untuk memberi pandangan dan pendapat. Guru sebenarnya banyak melakukan
perbincangan dengan murid.
d. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih fokus kepada pencapaian objektif murid.
e. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dari segi keseimbangan intelektual,
rohaniah serta sosial dan fizikalnya.
f. Murid menjadi lebih berinisiatif dan kreatif

Melalui strategi ini, murid dapat digalakkan untuk bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi
membantu mereka memahami bagaiamana untuk belajar. Murid menyertai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan komunikasi berbentuk dua hala serta
berlakunya soal jawab antara guru dengan murid. Antara contoh kaedah atau teknik yang
digunakan dalam aktiviti ini adalah simulasi, perbincangan, sumbang saran dan kerja
koperatif.

Aplikasi dalam pengajaran Sejarah
Bagi menjalankan aktiviti berpusatkan murid, guru boleh melakukan pelbagai teknik
yang sesuai bagi menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. Sebagai contoh,
aktiviti simulasi. Dalam tajuk Tokoh- tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka, guru boleh
menceritakan tentang pengasas Melaka. Kemudian, guru boleh mengukuhkan lagi
pengetahuan murid berkenaan tokoh ini dengan mengadakan simulasi bagaimana
terbentuknya kerajaan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara. Dengan penglibatan
aktif daripada murid dan bimbingan daripada guru, sudah tentu aktiviti ini akan jadi lebih
seronok dan bermakna.

Strategi berpusatkan bahan
Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti
buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat
akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan
meliputi cara yang luas bagi murid dibimbing oleh guru hingga belajar secara individu dapat
belajar. Bahan dalam istilah moden hari ini juga di panggil media pengajaran, yang mana
istilah baru ini mengambil kira semua aspek termasuk murid, pengembangan pembelajaran
dan aspek penilaian.


Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan
Seperti juga strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pensyarah dan berpusatkan
pelajar, strategi berpusatkan bahan pengajara juga mempunyai ciri-cirinya, antaranya ialah :
a. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan pengajaran memainkan
peranan yang penting ini kerana pensyarah atau pelajar menggunakan sepenuhnya
bahan pengajaran tersebut untuk mencapai objektif pengajaran.
b. Interaksi dan komunikasi berlaku diantara pensyarah dan bahan pengajaran, atau
diantara pelajar dengan bahan pengajaran
c. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan usaha dan perhatian terhadap kemahiran
menggunakan bahan-bahan pengajaran bagi memastikan objektif pembelajaran
tercapai.
d. Strategi ini menekankan kepada pembangunan kognitif, fizikal dan rohani.
Pengajaran pensyarah juga lebih bermakna, menarik minat dan berkesan.
e. Membuka ruang kepada pelajar untuk lebih banyak berinteraksi. Sifatsifat sosial juga
boleh dibentuk melalui kerja berkumpulan yang melibatkan bahan pelajaran dalam
menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji.
f. Aktiviti pengajaran berdasarkan pengalaman yang sebenar melalui bahan pelajaran
dapat mengubah pengetahuan abstrak kepada situasi yang lebih konkrit.
Reise dan Gagne (1983) mendefinisikan media sebagai cara fizikal yang membolehkan
mesej pengajaran disampaikan. Dengan menggunakan bahan, guru dapat membantu murid
memahami konsep yang abstrak dengan mudah. Melalui latihan dengan menggunakan
bahan pengajaran juga palajar akan dapat membina kemahiran dan juga dapat berdikari
hasil dari aktiviti yang dijalankan tanpa bantuan guru. Antara aktiviti yang boleh dijalankan
dengan strategi ini ialah penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), alat
bantu mengajar (ABM), dan peralatan-peralatan lain seperti bahan-bahan di dalam makmal.

Aplikasi dalam pengajaran Sejarah
Bagi menjalankan kaedah atau teknik pengajaran strategi berpusatkan bahan, guru
boleh menjalankan aktiviti seperti menayangkan slaid atau video. Pelbagai video yang
boleh diperolehi daripada internet pada zaman ini terutamanya yang berkaitan dengan
pendidikan. Bagi subjek sejarah, guru boleh membuat video berkenaan sekolah dan
menggunakan video tersebut di dalam bilik darjah. Pembelajaran menggunakan ICT
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

3.0 KAEDAH DAN TEKNIK
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah cara mengelolakan
dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengjar untuk mencapai sesuatu
objektif pelajaran.
Kaedah pengajaran ialah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986) Menurut Abu Saleh, 1988 berpendapat bahawa
kaedah pengajaran merupakan satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Kaedah
pengajaran ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif
pelajaran (Mok Soon Sang 1992).
Manakala teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu
kaedah atau cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Teknik merangkumi
aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran dan ditakrifkan
juga sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara menjalankan pelbagai
langkah dalam aktiviti pengajaran.
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh
guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian
suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.
Selain itu, teknik memberi penekanan bagaimana menggunakan sumber-sumber
pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran. Terdapat pelbagai kaedah dan
teknik yang boleh digunakan. Antaranya ialah sumbang saran, bercerita, perbincangan,
demonstrasi, syarahan dan sebagainya.

Simulasi
Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar.
Dengan kaedah ini, murid-murid melakukan sesuatu perkara secara olok-olok dalam satu
keadaan yang teratur. Simulasi merupakan satu kaedah pengajaran yang sangat menarik,
menggalakkan serta menyeronokkan. Teknik simulasi boleh digunakan untuk menguasai
kemahiran membina pemikiran kritis dan dapat mengaitkan simulasi tersebut dengan isi
pelajaran supaya lebih mudah difahami serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan
lebih berkesan.
Menurut Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu melalui tugasan
dalam simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian
sesuatu aspek atau bidang.
Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.
Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka
guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-
1. Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara
bertulis atau lisan di dalam kelas.
2. Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah,
peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.
3. Semasa sesi simulasi, pastikan murid-murid yang lain menjadi penonton benar-benar
menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu
4. Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu
pelajaran
Kelebihan simulasi.
Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan
dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka.
Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan
membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan.
Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.
Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, teknik ini juga memberi
kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik,
seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif.
Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat
ditunjukkan dalam bilik darjah. Secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat
diasah
Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Bagi menjalankan aktiviti simulasi di dalam bilik darjah, guru boleh memilih beberapa
tajuk yang boleh menggunakan teknik ini. Sebagai contoh, tajuk 5, unit 9, Parameswara
Pengasas Melaka. Dalam unit ini, menceritakan perjalanan Parameswara dari Palembang
hingga ke suatu tempat yang dinamakannya sebagai Melaka. Guru boleh meminta murid-
murid membentuk satu kumpulan dan memberikan watak-watak yang terlibat sepanjang
lakonan tersebut. Dengan penglibatan aktif daripada murid-murid, sudah tentu aktiviti
simulasi ini akan lebih berjaya dan menarik. Guru perlu bijak dalam memberi arahan dan
membimbing murid dalam aktiviti simulasi ini agar murid tidak terkeluar tajuk pembelajaran
atau menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya semasa sesi simulasi. Guru juga perlu
membetulkan murid yang bermain-main ketika sesi simulasi dijalankan. Selepas daripada
aktiviti ini, guru boleh membuat sesi soaljawab dengan murid-murid berkenaan aktiviti ini
dan membuat rumusan.
PERBINCANGAN
Mengikut Gauthier (2001) dalam Noriati (2009), perbincangan merupakan satu
proses aktif yang melibatkan guru dan murid dalam persekitaran pembelajaran. Bond (2001)
menegaskan bahawa dalam perbincangan ini murid akan menjadi lebih aktif (Noriati,2009).
Bagi menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti
berkumpulan perlu diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu
perbincangan-perbincangan yang dijalankan (Shahabuddin, 2007). Guru hendaklah
memastikan murid sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran. Guru-guru perlu
menggalakkan para pelajar berfikir untuk lebih menghasilkan daya pemikiran yang lebih
kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang bernas (Abd. Ghafar, 2003).
Arends (2001) dalam Noriati (2009) menjelaskan bahawa kaedah perbincangan
digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran iaitu meningkatkan pemikiran
dan membantu murid membina kefahaman kandungan, merangsang penglibatan serta
membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran.

Prinsip-prinsip menggunakan perbincangan.
Jika hendak menggunakan kaedah perbincangan ini di dalam bilik darjah dengan berkesan
maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-
1. Guru hendaklah merancang situasi yang memerlukan perbincangan dalam
kumpulan.
2. Guru perlu membahagikan kumpulan kepada beberapa unit kecil seperti membuat 5
kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli
3. Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua yang akan mendapat soalan daripada guru
untuk dibincangkan di dalam kelas.
4. Setiap dapatan atau hasil perbincangan perlu dicatat oleh murid bagi tujuan
pembentangan di hadapan kelas.

Kelebihan Kaedah perbincangan
a. Meningkatkan kemahiran murid untuk mengeluarkan pendapat dan hujah yang
bernas dan tersusun
b. Kemahiran mendengar dan memahami sesuatu perbincangan.
c. Menggalakkan murid bekerjasama dan berkongsi pendapat
d. Melatih mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara logik dan matang
e. Melatih pelajar bekerjasama dalam mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah
f. Dapat belajar secara aktif.
g. Mengukuhkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.

Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Bagi menjalankan aktiviti perbincangan di dalam kelas, guru perlu memilih tajuk yang sesuai
untuk dibincangkan oleh murid-murid. Guru boleh menimbulkan persoalan dengan
mengemukakan beberapa soalan yang memerlukan mereka berbincang dan mencari
maklumat. Misalnya, guru boleh menggunakan tajuk 4, Kerajaan Melayu Awal sebagai topik
perbincangan. Guru mengemukakan beberapa soalan seperti, berapakah kerajaan yang
wujud pada zaman tersebut dan kerajaan yang masih wujud sehingga kini, mengapa
kerajaan dahulu tertubuh berdekatan kawasan perairan dan banyak lagi soalan yang boleh
ditimbulkan oleh guru. Pembelajaran seperti ini sangat menyeronokkan kerana murid
dikehendaki untuk mencari maklumat sendiri melalui pembacaan dan hasil dapatan mereka
dibentangkan di hadapan kelas. Ini akan menjadikan murid lebih bersemangat untuk
menyumbang pengetahuan mereka dalam sesi perbincangan sekaligus meningkatkan
ingatan mereka mengenai topik tersebut.

Anda mungkin juga menyukai