Anda di halaman 1dari 14

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pengenalan
Dalam mengharungi dunia tanpa sempadan dan kehidupan pelajar yang sentiasa terlibat dengan kes-kes ponteng sekolah, lari kelas, dan tidak berminat untuk belajar, maka setiap guru haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pedagogi ilmu pendidikan bagi mengatasi masalah yang sedang berleluasa ini. Untuk tujuan itu, maka, setiap guru perlu mengetahui pendekatan pengajaran yang sesuai serta strategi pembelajaran dan pengajaran untuk menarik minat para pelajar untuk masuk ke dalam kelas dan belajar. Guru juga perlu mahir dalam menggunakan pendekatan-pendekatan ini agar sesi p&p dapat berjalan dengan lancar serta objektif pembelajaran tercapai. Maka, disebabkan itulah guru perlu mahir dalam tajuk ini. Hal ini kerana, setelah mempelajari tajuk ini, para guru akan dapat menghuraikan model-model yang berlainan dalam proses p&p selain dapat membandingkan dan membezakan antara modelmodel pengajaran. Selain itu, para guru juga akan dapat membandingkan dan membezakan antara implikasi model-model pengajaran. Dengan mempelajari strategi p&p, guru akan dapat menerangkan strategi-strategi pengajaran yang berbeza serta menentukan langkah-langkah dan teknik-teknik sesuai yang efektif dalam proses p&p. Pendekatan pengajaran merujuk kepada kaedah atau pengurusan sistematik prosedur yang diambil oleh guru-guru untuk mencapai matlamat pengajaran. Setiap guru menggunakan pendekatan yang berlainan untuk mengajar mata pelajaran yang sama dengan cara yang berlainan mengikut gaya pengajaran guru tersebut (Ragbir, 2010). Kejayaan sesuatu pendekatan pengajaran biasanya ditentukan dari aspek sejauh mana murid-murid melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala strategi pengajaran dan pembelajaran pula merupakan kebijaksanaan guru dalam memilih pendekatan, kaedah, dan teknik berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Dengan mengetahui dan mengaplikasikan pendekatan pengajaran serta strategi yang sesuai, maka kelas akan berjalan dengan lancar dan menarik.

PENDEKATAN PENGAJARAN

(1)

PENDEKATAN INTEGRASI Pendekatan integrasi merupakan satu pendekatan yang merentasi beberapa

mata pelajaran yang telah diperkenalkan dalam kokurikulum Malaysia dalam pengajaran sains berintegrasi. Kini, teknologi dan kemahiran-kemahiran baru juga sentiasa diintegrasi dalam sesuatu kokurikulum. Pendekatan integrasi juga dipanggil sebagai pendekatan bersepadu, kerana melalui pendekatan ini, guru akan

menyerapkan beberapa kemahiran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan

integrasi

menggabungkan

pelbagai

aspek

kurikulum

untuk

memfokus kepada topik-topik yang lebih umum tetapi yang dikaji secara mendalam Menurut Ragbir, (2010), secara am, kurikulum integrasi merangkumi beberapa aspek seperti: I. II. III. IV. V. VI. VII. Kombinasi subjek-subjek yang akan diintegrasikan; Penekanan melalui strategi projek; Sumber lain dan bukan sahaja buku teks digunakan; Hubungan antara konsep-konsep diberi perhatian; Fokus diberikan kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran; Unit-unit tematik digunakan sebagai prinsip organisasi; dan Kumpulan murid-murid yang fleksibel digalakkan.

Sebenarnya, struktur dan perkembangan pengetahuan tidak membenarkan pengasingan elemen daripada keseluruhan tetapi memerlukan integrasi elemen untuk menghasilkan keseluruhan. Perkembangan unit sekitar masalah dan konsep tidak memerlukan pengasingan dan ini membolehkan pelajar mengumpul data daripada pelbagai sumber dan daripada pelbagai mata pelajaran. Sebagai contoh, apabila menganalisis masalah sosial, kajian tentang sejarah bergantung atas literature, falsafah, matematik dan sains untuk mendapatkan hasil dan keputusan yang baik (Rahil, Habibah, 1997). Pendekatan integrasi yang juga dikenali sebagai model kombinasi. Melalui strategi ini, beberapa kemahiran boleh diperolehi oleh murid-murid sekaligus. Beberapa

kemahiran boleh digabungkan dalam pelaksanaan satu subjek seperti kemahiran bahasa dengan kemahiran sains. Dalam pengajaran bahasa, sebagai contoh, pelbagai kemahiran boleh digabungkan seperti bertutur, membaca dan menulis; kombinasi kemahiran bahasa dengan tata bahasa ataupun peribahasa.

(2)

PENDEKATAN INDUKTIF Dalam pendekatan ini, guru akan memberikan seberapa banyak contoh dan

murid akan membuat kesimpulan (Shahabuddin, Rohizani, 2008). Pendekatan induktif ini adalah pembelajaran berpusatkan murid-murid dan ia menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri secara langsung dalam pelajaran. Ia member peluang kepada murid untuk membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep.

Dalam pendekatan ini, murid-murid akan bertanggungjawab kerana penglibatan mereka secara aktif diperlukan dalam proses pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan membosankan mereka. Murid-murid juga sering

menggunakan teknik penemuan dan teknik penyoalan untuk membuat kesimpulan tentang persoalan yang dikemukakan oleh guru. Mereka juga menganalisis maklumat dan menaakul dalam mencari rumusan-rumusan yang munasabah. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan pelajar berfikir perkaitan antara sesuatu.

Walau bagaimanapun, guru perlu sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar memandangkan pelajar berkemungkinan membuat kesimpulan palsu dan tidak tepat. Misalnya dalam ujikaji makmal kimia, pelajar perlu mengikuti peraturan dengan tepat kerana kegagalan mematuhi arahan dengan betul, mengakibatkan jawapan yang didapati juga tidak tepat atau salah. Langkah-langkah pendekatan induktif ialah seperti berikut:

I.

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru memperkenalkan contohcontoh yang sesuai;

II. III.

Guru-guru perlu memberi penjelasan lebih yang berkaitan dengan kandungan pelajaran; Contoh-contoh khusus yang diberikan oleh guru-guru mesti berbagai-bagai, mencukupi dan sesuai;

IV.

Bahan bantuan pelajaran boleh disediakan untuk membantu murid-murid memahami syarat-syarat atau peraturan permasalahan;

V. VI.

Guru-guru mesti mengikuti urusan fakta dan konsep dengan teliti; dan Murid-murid perlu mengenal pasti corak yang terpapar dan menganalisis semua contohcontoh. Mereka kemudiannya akan menyelesaikannya dengan membuat undangundang atau peraturan umum.

Menurut Ee Ah Meng, (2000), terdapat cara-cara utama untuk menggalakkan pemikiran induktif, adalah seperti berikut: (1) Murid-murid hendaklah benar-benar memahami contoh yang khusus. (2) Pembelajaran terlampau hendaklah ditekankan.Ini bermakna, konsep yang telah difahami boleh diulangi. (3) Murid-murid digalakkan untuk memindahkan bahan yang dipelajari dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Dengan kata lain, mereka digalakkan untuk cuba membuat generalisasi. (4) Dalam membantu murid-murid membuat generalisasi, guru boleh menonjolkan unsurunsur kesamaan antara situasi A dan situasi B.

Selalunya, pendekatan induktif ini dilakukan di awal pelajaran. Tetapi pendekatan ini juga boleh dilakukan apabila menukar topik sebelum sesi soal jawab, atau sebelum kaedah pebincangan.

(3)

PENDEKATAN DEDUKTIF

Pendekatan deduktif merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum (Shahabuddin, Rohizani, 2008). Dalam pendekatan deduktif, guru-guru memulakan pengajaran dengan menjelaskan dengan teliti tentang rumus-rumus, prinsip, syarat-syarat, teori atau peraturan-peraturan untuk sesuatu konsep atau persoalan. Rumus, prinsip atau syarat yang telah dipelajari kemudiannya bolah diaplikasikan dalam contoh-contoh lain oleh murid-murid (Ragbir, 2010).

Dalam penggunaan pendekatan ini guru memberitahu objektif pembelajaran kepada para pelajar pada awal pengajaran. Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta, dan cirri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.

Sebagai contoh, untuk mempelajari tata bahasa melalui pendekatan deduktif , guru-guru mula-mula memperlengkapkan murid-murid dengan peraturan tata bahasa. Guru-guru akan menjelaskan bagaimana sesuatu stuktur tata bahasa baru dibentuk dan kandungan serta konteks di mana ia boleh digunakan. Semua maklumat ini disampaikan olah guru-guru terlebih awal. Murid-murid seterusnya akan diberikan contoh-contoh yang menggambarkan struktur tata bahasa tersebut.

Murid-murid kemudian perlu menganalisis dan mengaplikasikan peraturanperaturan tata bahasa tersebut dalam ayat-ayat yang baru. Murid-murid pada amnya dikehendaki untuk menghafal peraturan-peraturan yang diberi oleh guru-guru.

Dalam melaksanakan pendekatan ini, guru perlulah mematuhi beberapa prinsip tertentu iaitu: (1) Masalah hukum, formula atau teori perlulah didedahkan terlebih dahulu kepada murid pada awal pengajaran. (2) Guru tidak perlu menghuraikan cara-cara menyelesaikan masalah kepada murid tetapi membimbing mereka menjalankan aktiviti tersebut melalui soalan-soalan terarah yang dirancang.

(3) Guru membantu murid dalam membuat sesuatu analisa mengenai sesuatu topic yang akan dibincangkan.

(4)

PENDEKATAN ELEKTIF Kamus online mendefinisikan pendekatan efektif sebagai memilih dari pelbagai sumber; kombinasi dari berbagai unsur; campuran pedekatan berlainan dalam pendidikan dan pembelajaran elektronik.

Pendekatan ini pada dasarnya adalah kombinasi pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai salah satu daripada strategi pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh digunakan untuk mengajar rumus , syarat, prinsip, konsep dan teori. Ia juga boleh digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti kumpulan (penggayaan dan pemulihan). Gabungan pendekatan yang

mengambil kelebihan kedua-dua pendekatan tersebut menghasilkan strategi yang seimbang, sesuai dan berkesan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.

Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu, galakkan murid berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan contohcontoh lain sebagai pengukuhannya. Selain itu, guru juga boleh memulakan pengajarannya dengan menyatakan hipotesis terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan contoh-contoh khusus. Selepas murid membuat perkaitan di antara generalisasi dengan contoh, barulah guru mengukuhkan pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan.

Secara kesimpulannya, pendekatan elektif ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Mengikut

pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

(5)

PENDEKATAN TEMATIK Perkembangan pengetahuan masa kini memerlukan pendekatan pengajaran yang lebih berkesan. Selalunya pengajaran dirancang mengikut topik yang berasingan. Cara ini sering digalakkan melalui rujukan buku teks ataupun sukatan pelajaran. Pendekatan seperti ini menidakkan kebolehan murid melakukan analisis, generalisasi, dan aplikasi pengetahuan kepada sesuatu situasi yang unik. Untuk mengatasi masalah ini, guru harus mengidentifikasikan konsep asas atau tema sebagai fokus pengajaran sesuatu topik. Pengajaran tematik ini memerlukan guru mengenalpasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi sesuatu jangka mana. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlulah menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut. Tema merujuk kepada topik-topik khas yang dikenal pasti oleh murid-murid dan yang berkaitan dengan pengalaman hidup dan minat murid-murid. Mereka akan melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara aktif kerana topic-topik yang dipilih dalam proses pembelajaran oleh guru-guru amat menarik minat mereka. Matlamat aktiviti tematik ini adalah untuk menyediakan pelbagai peluang untuk murid-murid maju dalam pelbagai kemahiran dan ilmu. Ia juga meningkatkan komunikasi dan kemahiran social selain daripada meningkatkan harga diri dan nilai positif murid-murid.

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM PEDAGOGI BESTARI. (1) STRATEGI DIREKTIF

Sesetengah pelajar lebih memahami sesuatu pelajaran yang diajar jika mendapat bimbingan dan arahan guru terutamanya dalam memahami sesuatu konsep. Oleh itu, strategi pembelajaran yang paling sesuai untuk pelajar-pelajar ini adalah strategi pembelajaran direktif.

Strategi untuk pemerolehan dan penguasaan pengetahuan, melatih dalam prosedur tertentu termasuk latih tubi, pembelajaran masteri dan pengajaran secara langsung. Strategi direktif berperanan untuk membantu pelajar memperoleh maklumat, pengetahuan dan kemahiran. Pelajar diarah untuk mematuhi langkah-langkah tentang sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru.

Melalui strategi direktif pelajar menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan tentang sesuatu kemahiran konsep daripada guru melalui tunjuk cara, bimbingan dan latihan diikuti ujian untuk menilai kefahaman. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar adalah replika kepada apa yang disampaikan oleh guru.

Contoh kaedah pengajaran bagi strategi ini ialah kaedah demonstrasi, kuliah atau penerangan dan latih tubi.

Model Robert Slavin Model yang sering digunakan untuk pengajaran secara direktif ialah Model Robert Slavin: 1. Menetapkan objektif pembelajaran: Pastikan pelajar diberi penerangan tentang bahan baru yang akan dipelajarinya. Kaitkan dengan pelajaran yang telah dipelajari 2. Mengimbas kembali pengetahuan sedia ada: Pastikan setiap pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada yang diperlukan untuk bahan baru yang akan diajar 3. Menyampaikan bahan baru: Sampaikan bahan baru secara teratur dan jelas menggunakan contoh-contoh dan demonstrasi yang sesuai 4. Meneliti tahap pembelajaran: Ajukan soalan yang sesuai dengan tahap pembelajaran 5. Memberi latihan kendiri: Pastikan pelajar diberi bimbingan dan tunjuk ajar sebelum diberi latihan kendiri 6. Menilai prestasi dan memberi maklum balas: Pastikan pelajar diberi penilaian dan maklumbalas yang sesuai. Jika perlu, ulangkaji semula apa yang telah diajar 7. Memberi latihan tambahan: Pastikan latihan tambahan yang diberikan memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi yang berbeza Dalam strategi ini, guru-guru akan memberikan arahan secara langsung kepada murid-murid. Murid-murid pula akan mendengar dengan tekun dan menyerap apa yang diajarkan oleh guru. Dalam strategi ini, ia meliputi aktiviti-aktiviti latih tubi, latihan, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung.

(2) STRATEGI MEDIATIF Strategi ini membantu murid mempelajari cara-cara untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah masalah pembelajaran. Strategi ini menggunakan komputer sebagai media untuk pembelajaran melalui proses

komunikasi. Strategi ini merangkumi kombinasi kaedah-kaedah penaakulan, latihan dan perbincangan terbuka.

Pengajaran mediatif adalah satu pendekatan yang membolehkan murid belajar untuk menilai isu, menghargai pandangan orang lain serta menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan ini guru adalah sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan masalah bagi merangsang murid untuk meneroka pengetahuan. Seterusnya mereka dapat merumus serta menggunakan konsep-konsep yang ditemui dalam menyelesaikan masalah. Dalam proses pengajaran, guru perlu mengelakkan diri daripada membuat pertimbangan terhadap idea yang dikemukakan oleh murid. Guru perlu membantu membimbing bagimencuba dan menguji idea mereka. Murid perlu digalakkan mengemukakan idea logik secara induktif dan deduktif. Dalam pengajaran mediatif murid diberi kuasa dalam merancang dan mengawal proses pembelajaran,peneyelesaian masalah,perancangan dan penilaian. Hal ini melibatkan proses menolong murid secra terus bagi mengaplikasikan pengetahuan menyelesaiakan masalah dan konflik. Melalui pendekatan ini diharapkan murid dapat mengenal pasti strategi menggunakan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan masalah berdasarkan kefahaman mereka. Murid akan mendapat kesedaran tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang sepatutnya dilakukan pada masaakan datang. Mediator menunjukkan murid bagi mencapai arah kendiri (self regulation) secara aktif dengan menghasilkan kaedah baru dalam penyelesaian masalah.

Dalam pelaksanaan strategi ini, murid-murid diajar untuk:


mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah membuat keputusan mengenalpasti andaian menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis

Antara beberapa strategi mediatif termasuklah Rasionalisasi dialektikal, Pemerolehan konsep, Pembentkan konsep, Latihan inkuiri dan Perbincangan terbuka. Menurut Bujea (1988), terdapat tiga jenis strategi mediatif asas:

(1) Strategi P&P mediatif (2) Mempelbagai langkah mengajar, (3) Memeringkat isi sukatan pelajaran; dan (4) Mempelbagai kaedah mengajar.

(3)

STRATEGI GENERATIF Pembelajaran generatif mengutamakan proses pembelajaran melalui penjanaan idea baru berlandaskan pengetahuan sedia ada iaitu menjurus kepada pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Strategi ini membantu pelajar

menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik. Strategi ini membantu murid belajar cara bertingkah laku dalam sesuatu situasi dengan menggunakan pelbagai kecerdasan. Dalam mengaplikasikan strategi ini, guru menggunakan teknik seperti sumbangsaran, pemikiran lateral, dan kreativiti. Guru juga akan menggalakkan murid untuk menjana idea-idea asli dan unik. Contoh aktiviti generative adalah peta minda, latihan pemikiran kreatif dan lateral. Ramai yang berpendapat bahawa pengajaran generatif dapat membantu murid mencipta pengetahuan dan membina cara-cara baru dalam meneyelesaikan masalah. Pendekatan ini bermatlamat merangsang imaginasi murid dengan menggunakan metafora atau keadaan yang luar biasa. Guru akan mengelak daripada memberi pertimbangan nilai yang boleh menyekat kreativiti. Strategi ini dapat membantu murid belajar cara bertingkah laku yang sesuai mengikut situasi dan menggunakan kebijaksanaannya yang pelbagai. Pengajaran generatif boleh digunakan dalam penulisan, penyelesaian masalah yang bukan rutin dan penemuan. Dalam situasi yang terkawal, murid dibenarkan mengguna kreativitinya semasa mengguna bahan baru di makmal sains, mendapat celik akal dan intuisi semasa cuba menyelesaikan masalah disiplin di sekolah. Diharapkan murid akan lebih berkemahiran mengguna metafora dalam proses berfikir. Langkah-langkah dalam merancang pengajaran generatif adalah seperti menentukan kepiaawaian dengan murid, menyediakan kriteria secara eksplisit sambil

memberi kuasa kepada murid untuk mengaplikasikannya dan meneroka pendekatan dan strategi alternatif bagi pelbagai tugasan.

(4) STRATEGI PEMERHATIAN Dalam pengajaran pemerhatian,pembelajaran berlaku dengan memerhati orng lain melaksanakan sesuatu tugas.Murid belajar secara kognitif bagaimana melakukan sesuatu dan apakah kesan yang mugkin berlaku.Pembelajaran secara pemerhatian berlaku apabila tingkah laku pemerhati berubah selepas melihat tingkah laku model. Tingkah laku seorang pemerhati boleh membawa kesan positif dan negatif iaitu peneguhan atau hukuman eksplisit daripada tingkahlaku model. Menurut Bandura peneguhan atau hukuman (1977), terdapat empat proses tertentu dalam penggunaan pembelajaran pemerhatian iaitu prose memberi perhatian,proses mengingat,proses reproduksi motor dan proses motivasi.

Dalam proses menarik perhatian,murid memberi perhatian kepada ciri-ciri signifikan tingkah laku yang ingin dipelajari oleh mereka. Murid memerlu beberapa cara memberi simbol, memahami dan menyusun pemerhatian mereka supaya ingat apa yang telah diperhatiakn oleh mereka dalam proses mengingat. Dalam proses reproduksi motor, diperhatikan oleh mereka dalam proses mengingat. Dalam proses reproduksi motor, murid melakonkan gerakan fizikal sebenar melalui proses cuba jaya. Dalam proses motivasi, murid menerima keadaan motivasi yang sesuai supaya mereka dapat melakukan tingkah laku yang pelajari. Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: Penyampaian harus cekap dan menarik Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi

(5) STRATEGI KONTEKSTUAL Pengajaran konstektual membantu kita mengaitkan kandungan bahan belajar kepada situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat hubungan antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan bagaimana ilmu digunakan dalam kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan ahli masyarakat.

Menurut teori ini, pembelajaran berlaku hanya ketika murid memproses maklumat dengan cara yang bermakna mengikut ruang rujuk mereka iaitu dunia ingatan, pengalaman dan maklum balas mereka sendiri. Teori ini menggalakkan guru memilih dan membentuk persekitaran pembelajaran dengan memasukkan sebanyak mungkin pelbagai pengalaman dari aspek sosial, fizikal dan psikologi dalam usaha ke arah hasil pembelajaran yang diingini. Dalam persekitaran seumpama itu,murid menenui hubungan bermakna antara idea abstrak dan mengaplikasika amali dalam dunia sebenar di mana konsep diterima, dikukuhkan dan dihubungkaitkan.

Prinsip-prinsip yang penting dalam pembelajaran kontekstual ialah: Guru menggalakkan murid belajar. Guru gunakan penilaian hidup sebenar . Guru gabungkan pengetahuan mata pelajaran berlainan dalam pengajaran satu mata pelajaran. Menekankan kaedah autentik melalui pengalaman praktikal murid.

(6) STRATEGI PEMBELAJARAN META-KOGNITIF Pengajaran metakognitif adalah pengajaran tentang proses berfikir mengenai pemikiran, apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu. Flavell (1976) menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran, seperti ciri-ciri pembelajaran

relevan. Sebagai contoh, saya menggunakan metakognitif jika saya dapati saya mempunyai masalah mempelajari perkara A berbanding perkara B: jika saya rasa saya perlu menilai semula perkara C sebelum bersetuju menerimanya sebagai fakta. Flavell berpendapat bahawa metakognitif menjelaskan sebab kanak- kanak berlainan umur berbeza dalam menghadapi tugasan pembelajaran.Mereka telah membina strategi pemikiran yang baru.Metkognitif memerlukan pemantauan yang aktif dan peraturan proses kognitif. Pengajaran metakognitif meningkatkan kesedaran terhadap apa yang mereka tahu untuk menyelesaikan masalah atau memahami sepenuhnya konsep yang sukar untuk difahami. Dalam strategi ini, murid belajar memikirkan mengenai proses pembelajaran dan mengenai prestasi dan bagaimana mereka boleh meningkatkan prestasi tersebut. Murid-murid berfikir mengenai proses pemikiran mereka dalam pembelajaran. Mereka juga akan merancang pembelajaran tersebut dan membuat pemantauan penilaian kendiri. Dalam pembelajaran jenis metakognitif, murid akan membuat refleksi dan membuat catatan mengenai prestasi mereka dalam jurnal masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai