Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum,bersyukur kehadrat Illahi dengan limpahan rahmat dan nikmat


yang diberi kepada hambanya yang penuh kekurangan ini. Pada mulanya saya fikir saya tidak dapat
menyiapkan kerja ini dalam tempoh yang ditetapkan kerana saya mengalami banyak masalah dan
kerumitan dalam membuat kerja kursus ini tetapi alhamdulillah dengan izin yang maha esa saya
dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Pertamanya saya ingin mendedikasikan sekalung penghargaan ini kepada


pensyarah Kemahiran Belajar saya yang tercinta diatas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan
kepada saya sehingga saya dapat menyiapkanya dalam tempoh yang ditetapkan oleh ketua jabatan
dengan suksesnya.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa
saya yang telah mendidik saya dari kecil hingga menjadi seorang yang berjaya. Terima kasih atas
curahan ilmu agama yang mereka berikan kepada saya dan terima kasih atas curahan kasih sayang
yang mereka berikan. Terima kasih atas kerana telah menyediakan alat pemudahcara yang banyak
membantu saya dalam membuat kerja kursus dan diatas sokongan moral yang diberikan.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada kawan-kawan yang banyak


memberi peringatan kepada saya supaya tidak lalai dalam membuat kerja dan menyuruh saya
menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Terima kasih atas kesudian mereka dalam menjawab
soalan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhirulkalam,saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam


membantu saya menyiapkan kerja kursus saya secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih.

~1~
PENGENALAN

Kemahiran berfikir dalam minda seseorang individu itu boleh diajar ,diasah dan
dipertingkatkan. Dalam konteks pendidikan, penguasaan pelajar terutamanya dalam kemahiran
berfikir mampu ditingkatkan dan boleh menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir
dalam membuat nota yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Apakah
maksud alat berfikir dalam membuat nota?

Menurut Som dan Mohd Dahalan(1998), alat berfikir merupakan instrument yang
dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Sehubungan
dengan itu, alat berfikir dalam membuat nota ialah alat yang dapat membantu pelajar meningkatkan
kemahiran berfikir. Alat berfikir juga mampu membantu tenaga pengajar menyampaikan idea
dengan lebih jelas,tersusun dan difahami oleh pelajar. Ia juga dapat membantu pelajar supaya lebih
mudah mengingat kerana maklumat yang disampaikan lebih mudah difahami kerana terdapat
dalam susunan yang menarik ,sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep. Contoh alat berfikir
dalam membuat nota adalah pengurusan grafik,peta minda,pemetaan i-Think dan teknik menyoal
aras tinggi.

~2~
ISI PENULISAN

PENGURUSAN GRAFIK

Pengurusan grafik juga dapat disamakan dengan penggunaan borang grafik.


Pengurusan grafik melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi
sesuatu idea. Sebagai contohnya, kita boleh mengunakan imej sebatang pokok sebagai pola
penyusunan nota yang kita mahu buat. Kita boleh bermula dari akar untuk tajuk nota seterusnya ke
batang untuk definisi kemudian dahan pokok dan daun untuk huraian. Dari situ kita dapat melihat
hubungan antara tajuk dengan huraian. Dengan ini kita dapat mengingat sesuatu perkara itu dengan
lebih baik.

Secara umumnya, pengurusan grafik dalam proses pembelajaran akan menjadikan


ingatan pelajar menjadi lebih kuat dan lebih mudah memahami sesuatu isu yang dibincangkan
apabila otak pelajar menerima rangsangan dalam bentuk pola atau grafik. Pengurusan grafik adalah
melibatkan pengisian ransangan berbentuk grafik yang perlu diisi dengan maklumat berkaitan tajuk
dan dapat membantu pelajar mengurus dan menyusun pemikiran menjadi lebih sistematik dan
berkesan.

Pengurusan grafik juga dapat membantu seseorang untuk menyusun idea dengan
mudah,membezakan sesuatu perkara dengan tepat,membentuk klasifikasi dengan lebih
tersusun,menerangkan proses dengan lebih sistematik,mengelakkan maklumat penting daripada
tercicir,menjadikan kita lebih focus,mengelakkan berfikir secara kabur,sempit,terburu-buru dan
bercelaru. Antara contoh pengurusan grafik yang dapat digunakan dan melibatkan kemahiran
berfikir ialah membanding dan membeza,membuat kategori,meneliti bahagian kecil dan
keseluruhan,menerangkan sebab dan akibat.

~3~
Contoh Pengurusan Grafik

~4~
PETA MINDA

Peta minda telah diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984. Ia digunakan
sebagai salah satu cara mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Selain itu, ia juga digunakan
untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar. Peta minda menggunakan anak panah, warna
yang pelbagai dan kod-kod yang istimewa. Ia menghubungkaitkan suatu perkara
/konsep/perkataan/kata kunci dengan suatu perkara/konsep/perkataan/kata kunci yang mempunyai
perkaitan dan hubungkait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu menonjolkan
hubungkait antara idea-idea yang penting. Melalui lakaran,seseorang dapat mengorganisasikan
fikirannya dalam bentuk gambar atau kata kunci.

Peta minda juga dapat membantu menjimatkan masa mengulang kaji subjek yang
dipelajari dan memberi kefahaman yang lebih cepat melalui gambar rajah konsep berbentuk grafik.
Ia juga membantu meningkatkan daya ingatan. Rupa bentuk peta minda selalunya penuh kreatif dan
tidak formal. Pengunaan anak panah atau warna yang berlainan menunjukkan kaitan penting dalam
peta minda yang dibuat. Peta minda juga membantu meningkatkan tahap kreativiti seseorang
individu. Peta minda juga membantu kita membentuk gambaran mental yang lengkap tentang apa
yang didengar, dilihat atau dibaca dan apa yang sedang difikirkan. Sekaligus dapat membantu
seseorang membentuk dan menyusun idea dalam bentuk kerangka pemikiran untuk digunakan
kemudian dalam bentuk penulisan esei, atau persembahan lisan.

Peta minda menggunakan ciri-ciri yang berikut:

a)menggunakan kata kunci

b)berasaskan imej

c)menggunakan pelbagai warna

d)dilukis dalam 3 dimensi

e)lukisan dengan saiz yang berbeza-beza

~5~
Contoh Peta Minda

~6~
PEMETAAN i-Think

Pemetaan i-Think adalah hasil daripada satu program kerjasama antara


Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia(AIM). i-Think ialah singkatan
daripada perkataan inggeris iaitu innovative thinking. Program ini adalah bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah
menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Antara faktor terbesar program ini ditubuhkan
adalah untuk meningkatkan lagi kedudukan Malaysia dimata dapatan pentaksiran
antarabangsa(TIMSS dan PISA) dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati
bahawa murid berpengetahuan tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan i-Think
juga adalah untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai daya saing yang tinggi dan
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT).

Terdapat lapan jenis pemetaan i-Think iaitu peta buih yang digunakan untuk
memperkaya kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti. Peta bulatan
digunakan untuk mempamerkan idea sedia ada untuk sesebuah tajuk, peta buih berganda digunakan
untuk membandingkan atau untuk membezakan sesuatu. Seterusnya peta pokok digunakan untuk
mengklasifikasikan bahan atau idea dan peta dakap untuk menganalisis objek fizikal. Peta alir
digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses dan peta pelbagai alir untuk menunjukkan dan
menganalisis hubungan sebab dan akibat. Akhir sekali ialah peta titi yang digunakan untuk proses
analogy.

~7~
Contoh i-Think

~8~
TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

Bloom(1979) telah mengemukakan satu taksonomi kemahiran kognitif yang terdiri


daripada hierarki soalan yang menggalakkan pelajar berfikir seperti pengetahuan , kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kemahiran menyoal merupakan alat perkembangan minda
yang paling penting bagi manusia.

PENYOALAN SOKRATIK

Guru mengemukakan pelbagai soalan kepada murid saya supaya mereka berfikir,
menyusun maklumat yang diperolehdan menyedari pengalaman yang sedia ada pada mereka,
membuat kesimpulan. Cara guru mengemukakan soalan dan penyoalan dapat membantupelajar
berfikir secara mendalam dan meluas. Soalan yang baik perlu mengambil kira semua aspek aras,
skop dan focus.

SOALAN BERTUMPU DAN MENCAPAH

Soalan bertumpu merupakan soalan yang memerlukan jawapan yang tetap.


Sekiranya jawapan yang diterima berbeza dengan apa yang dikehendaki maka jawapan itu salah.
Soalan mencapah pula tidak menuju kepada suatu jawapan yang tetap malah lebih memerlukan
seseorang itu menyatakan pandangan, komen, ramalan dan penilaiannya terhadap sesuatu isu.

LINGKARAN SOALAN

Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah
diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada tahun 1994.Lingkaran soalan ini memberi
tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu, perkara, individu dan luar individu. Kombinasi tiga skop ini
akan menjana lebih soalan yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir.

Perkara merujuk kepada idea, isu tajuk, tema, peristiwa atau teks bacaan yang dibaca.Selain
itu, individu merujuk kepada individu yang dikehendaki menjawab soalan, pembaca, ahli dalam
perbincangan yang diperlukan memberi respon berhubung perkara yang dibincangkan.Seterusnya,
luar individu merujuk kepada skop di luar individu, contohnya masyarakat (rakan, negara, luar
negara), tempat (kampung, bandar, daerah, negeri, negara dan luar negara) dan masa (sekarang,
akan datang).

~9~
HASIL DAPATAN

Alat berfikir merujuk kepada sekumpulan teknik belajar yag mampu mengajar anak murid cara
mnengajar dengan cara yang betul. Alat berfikir ini membantu kami dalam mengembangkan idea
sendiri dan menyusunnya dalam susunan yang lebih rapi dan kemas. Pemikiran kami akan menjadi
lebih cantik , tersusun dan lebih mantap dengan adanya alat bantu berfikir untuk membuat nota
kerana melalui nota pelajar dapat membuat rujukan. Jika nota kita dapat disusun dengan baik
semestinya kerja atau tugasan kita yang laen akan menjadi lebih mantap. Alat berfikir juga mampu
mengasah bakat dalam pengurusan lisan, mengurus pemikiran secara visual dan lebih terkawal. Ia
juga membantu proses menjadi lebih luas dan mendalam.

Dengan adanya alat-alat berfikir ini, pembelajaran seharian kami menjadi lebih mudah kerana ia
dapat membantu dalam proses membuat nota. Kerja atau tugasan yang diberi akan dimudahkan
oleh kami. Keseluruhannya ,alat-alat berfikir ini amat penting untuk membantu saya dalam
menyiapkan kerja.

~ 10 ~
REFLEKSI

Pemikiran berlaku dalam minda dan kita tidak nampak proses yang berlaku. Jika guru hendak
mengajar pelajar berfikir, bagaimanakah guru hendak melihat proses berfikir pelajar. Yang dapat
dlihat ialah hasil proses berfikir. Misalnya dalam karangan, guru hanya dapat membaca pandangan
tentang sesuatu . Oleh itu, guru perlukan suatu alat bantu untuk mengajar pelajar berfikir , untuk
melihat proses berfikir dan menilai proses pemikiran pelajarnya. Dengan cara itu barulah guru dapat
membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajarnya. Melalui alat itu pelajar juga akan dapat
melihat dan mengawal proses pemikirannya dan seseorang itu akan dapat melihat secara eksplisit
proses berfikir yang berlaku dalam minda.

Jika pelajar diberi peluang menggunakan alat berfikir dalam proses pembelajaran mereka, maka,
proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan,dan objektif yang
dirancangkan akan mudah dicapai

~ 11 ~
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, pelajar yang belajar dengan cara menghafal memerlukan daya
ingatan yang kuat namun tidak semua orang memiliki kekuatan sebegini. Di samping itu, cara ini
tidak lagi sesuai pada zaman modenisasi ini kerana tidak dapat membentuk modal insan yang kritis
dan kritis. Oleh hal yang demikian, seseorang perlu menyusun strategi agar dapat membolehkan
mereka menguasai isi pelajaran. Selain itu, sebagai seorang guru, kita perlulah menggunakan cara
yang sesuai yang membolehkan pelajar kita berfikir dan belajar cara belajar agar dapat
menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat suatu hari nanti. Oleh itu, saya akan mempraktikkan
sebanyak mungkin alat-alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran agar saya dapat mencapai
keputusan dan mendapat kepujian dalam ijazah serta dapat mendidik anak-anak murid dengan baik.

~ 12 ~

Anda mungkin juga menyukai