Anda di halaman 1dari 52

BAB1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK) digubal untuk meningkatkan kemampuan

intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dan ianya adalah selari dengan

penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM) Penghasilan idea-idea baharu oleh murid dapat dilakukan apabila

murid dapat berfikit secara kristis dan kreatif dengan mengaplikasikan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK) yang diterapkan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajarn mereka . Proses ini dapat dijalankan dengan menerapkan

kepada murid-murid melalui soalan –soalan berasas tinggi dan kaedah penyelesaian

masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan .

Jenis-jenis kemahiran berfikir terdapat dalam pelbagai aliran pemikiran dan

pandangan. Kemahiran berfikir ini dapat dibahagikan kepada dua jenis secara amnya

iaitu KBKK. Di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, terdapat

banyak kemahiran-kemahiran berfikir yang telah disenaraikan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dilaksanakan di

dalam proses pengajaran guru di dalam atau luar kelas bagi meningkatkan kemahiran

berfikir pelajar.

THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan

untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan

pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini

adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi

Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM)

sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Program i-THINK diadakan kerana

dapatan daripada pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan

Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian

mendapati  murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi

pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan

masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan


inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya

saing.

Terdapat alat berfikir yang diperkenalkan dalam Program i-THINK yang

dinamakan peta pemikiran .Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan

dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami

merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8

jenis peta pemikiran yang boleh digunakan. Contoh peta pemikiran yang telah

disyorkan ialah seperti gambar di bawah .

1.  Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan

sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Rajah 1.1

2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau

menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.


Rajah 1.2

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

Rajah 1.3

4. Tree Map (Peta Pokok) 

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

Rajah 1.4
5. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah

nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian

utama.

Rajah 1.5

6. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

Rajah 1.6

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan

akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian
sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan

pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

Rajah 1.7

8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan

proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Rajah 1.8

Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan untuk

melahirkan idea yang bernas , membuat keputusan dan menyelesaikan masalah .

Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi . Penaakulan membantu

dalam membuat pertimbangan secara logic , rasional , adil dan saksama semasa

menggunakan kemahiran kreatif dan kritis .


Sehubungan dengan itu , peta pemikiran i –think merupakan salah satu perkara

atau program yang ditekan dalam pengajarn dan pembelajaran termasuklah mata

pelajaran bahasa Melayu . Bagi kemahiran penulisan peta pemikiran ini memang

sesuai digunakan sebagai satu kaedah untuk membantu murid mencari idea ,

menghurai idea dengan tersusun agar memperoleh karangan yang cemerlang

.Pengetahuan tentang peta pemikiran i-think amat perlu dalam kalangan murid untuk

membolehkan murid mengarang dengan baik. Peta pemikiran i –think hendaklah

dijadikan satu teknik dalam pengajaran penulisan dan diajar secara terancang

ketetapan dan kecekapan kemahiran menulis seperti yang tercatat dalam Dokumen

Standard Pembelajaran Prestasi (DSKP). Alat berfikir ini hendaklah diajar secara

terancang untuk membolehkan murid mampu mengarang dengan baik. Oleh itu dalam

pengajaran bahasa Melayu bagi kemahiran penulisan peta pemikiran patut diberikan

penekanan .

1.2 Latar Belakang Kajian

Sekolah Kebangsaan Sungai Dulang Dalam mempunyai satu kelas bagi murid Tahun

Lima iaitu Tahun Lima Ibnu Batutta. Penguasaan mengarang karangan dalam kertas

soalan Penulisan bagi kelas ini masih pada tahap kurang memuaskan . Fakta ini

merujuk kepada keputusan Ujian OT1 Pengesanan Mac pada bulan Mac yang lalu .

Dapatan daripada Ujian Pengesanan tersebut menunjukkan kemerosotan kepada


kertas Ujian Penulisan kerana kegagalan murid mengarang karangan dengan baik.

Murid didapati tidak dapat menyusun isi karangan dengan lebih berstruktur dan teratur

serta mengembangkan isi atau idea ketika menulis karangan . Mereka juga

mempunyai idea atau isi karangan yang terhad sehingga menyebabkan isi yang

dikemukakan sering berulang-ulang . Berdasarkan refleksi yang dilakukan kepada

murid Tahun Lima tersebut menunjukkan bahawa mereka boleh menulis isi karangan

namun tidak tersusun dan teratur apabila mengarangnya. Mereka juga mempunyai

masalah untuk menghurai dan menyusun isi secara tersusun dan teratur . Oleh yang

demikian , satu kajian perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh murid itu , telah mendorong pengkaji

untuk mencari jalan penyelesaiannya . Masalah tersebut tidak diboleh dibiarkan

berpanjangan sehingga menjejaskan prestasi pencapaian dalam Bahasa Melayu

penulisan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan mereka duduki pada

bulan September Tahun 2016 nanti .Kajian yang akan dilakukan diberi tajuk “

Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam kalangan murid Tahun 5 : Satu Kajian

Kes. Tujuan utama penggunaan peta pemikiran i-THINK adalah untuk merangsang

idea dan mencatat idea dan menghurai secara berstruktur , kemas , fokus dan teratur

sebelum menghasilkan satu karangan yang lengkap .

Peta Pemikiran i-THINK yang sangat membantu murid kedua-dua kelas

tersebut dalam mencatat isi atau maklumat untuk merangka satu karangan sebelum

mengarang.. Penggunaan Peta Pemikiran i –THINK bukan sahaja dapat membantu

mencatat isi atau idea karangan dengan lebih berstruktur dan tersusun tetapi
merupakan alat yang berguna untuk menyemak isi karangan yang dicatatkan agar

tersusun . Peta Pemikiran i-THINK sesuai digunakan dalam merangka idea dalam

penulisan karangan .

I-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan

untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan

pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini

adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi

Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM)

sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Satu daripada lapan peta pemikiran yang diperkenalkan oleh Program i-

THINK oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) bersama Agensi Inovasi (AIM)

pada tahun 2011, iaitu Peta Dakap i– THINK yang merupakan satu alat berfikir

secara visual yang mudah digunapakai oleh murid dan guru untuk mengembangkan

idea karangan dengan lebih tersusun dan berfokus. Peta Dakap i -THINK sangat

sesuai dan tepat bagi tujuan kajian bagi membantu sampel dalam pembentukan dan

pengembangan isi karangan . Kaedah ini juga diharapkan boleh membantu murid

menghasilkan satu karangan yang mantap dan mampu menarik pembaca.

1.3 Penyataan Masalah


Banyak kajian telah dilakukan untuk membantu murid dalam penulisan karangan bagi

kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR .Namum kajian ini hanya memberi perhatian

kepada penggunaan peta minda terhadap beberapa bentuk karangan sahaja, tidak

keseluruhan bentuk karangan .Sebagai contohnya Kajian tentang ‘Kesan Penggunaan

Perisian iMindMap dalam Penulisan karangan Jenis Rencana dilakukan oleh

Noradinah Jaidi et. al (2014 ) dan Peningkatan Penulisan Isi karangan Jenis Fakta

dalam Bahasa Melayu Menggunakan Peta Minda yang dilakukan oleh Nurulain bt

Joher (2012). Kesan Penggunaan Peta MindaInteraktif dalam Penulisan Cerita yang

dilakukan oleh Dr Adenan Ayob .

Mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan UPSR sering

dipandang mudah dan dianggap bukan masalah kritikal seperti mata pelajaran bahasa

yang lain seperti Bahasa Inggeris ,namun subjek ini merupakan penyumbang kepada

Gred Purata Sekolah (GPS) yang sama dengan subjek yang lain . Pandangan seperti

ini lebih ketara dilihat di sekolah kebangsaan yang majoriti murid dan gurunya adalah

berbangsa Melayu . Andaian yang dibuat ialah bahasa Melayu dituturkan setiap hari

sama ada di sekolah atau di rumah . Situasi ini sedikit sebanyak memberikan tekanan

kepada guru-guru bahasa Melayu terutama guru yang mengajar Tahun Enam iaitu

kelas peperiksaan .

Bahagian B kertas Bahasa Melayu Penulisan (kod 012) sering menjadi punca

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) tersebut merosot setiap kali keputusan UPSR

diumumkan . Pencapaian terbaik murid untuk pembelajaran penulisan karangan tidak

dapat dilihat secara terus kerana memerlukan satu jangka masa yang agak lama . Oleh
itu , jalan penyelesaiannya perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat . Hal yang

demikian murid Tahun Lima adalah merupakan target utama yang perlu dibimbing

dan dilatih tubi bagi memastikan rekod pencapaian GPMP sekolah dipertingkatkan.

Atas alasan ini pengkaji berhasrat untuk mencari jalan penyelesaian bagi

meningkatkan gred Bahagian B kertas Penulisan bahasa Melayu meningkat dan

sekaligus dapat membantu GPMP kertas Penulisan seterusnya kepada kertas

Penulisan 012 UPSR. Pengkaji akan menggunakan Peta Pemikiran i-THINK bagi

membolehkan murid mencari dan mencatat idea dengan tersusun atau berstruktur agar

dapat menghasilkan satu karangan yang baik . Penggunaan Peta Pemikiran i-THINK

ini dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan mampu diharapkan untuk

mencari dan mengemukakan idea karangan disamping menyusun idea dengan baik

semasa mengarang .Murid juga diharapkan dapat mengembangkan idea dengan

tersusun dan dapat menyemak kerangka yang telah dibuat . Penggunaan Peta

Pemikiran i-THINK juga diharapkan mampu membentuk murid menggunakan masa

dengan betul semasa mengarang dan idea yang disampaikan tidak berulang-ulang .

1.4 Kerangka Konseptual

Kerangka Konseptual dibina adalah untuk melihat perhubungan kerja atau proses

dalam kajian yang dijalankan , Ianya merupakan satu model konseptual tentang urutan

logical perhubungan antara pemboleh ubah –pemboleh ubah yang dikenal pasti

penting berkaitan dengan masalah kajian .


Penggunaan Penglahiran
Peta Pemikiran idea-idea
i-Think dalam tersusun Karangan
penulisan cemerlang

Penghuraian
idea dengan
ayat gramatis

Rajah 1.9: Kerangka Konseptual Kajian

1.5 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan kesinambungan kepada kajian-kajian dan laporan

–laporan penyeledikan yang lepas. Memang tidak dinafikan banyak kajian berkaitan

dengan Peta pemikiran yang dilakukan oleh para pengkaji tempatan dan luar Negara.

Kajian tentang penggunaan Peta Pemikiran banyak tertumpu kepada peta minda yang

digunakan dalam mengarang karangan . Tidak banyak kajian yang dilakukan untuk

melihat kebekessanan penggunaan Peta Dakap i think dalam mengarang karangan di

lakukan . Oleh itu pengkaji akan menjalakan kajian dalam kalangan murid Tahun 5 di

sekolah saya sendiri bertujuan untuk :


1.4.1 Mengenalpasti bentuk penggunaan Peta Pemikiran i- think murid Tahun 5

dalam penulisan karangan .

1.4.2 Mengenalpasti ciri ciri dan kekerapan Peta Dakap i think dan Peta buih i think

dalam peulisan karangan .

1.4.3 Mengenalpasti penggunaan bentuk dan ciri-ciri Peta Pemikiran i-Think

mengikut jantina

1.4.4 Mengenalpasti faktor pencapaian akademik , minat dan kesedaran murid

terhadap penguasaan bahasa mereka dengan pencapaian penguasaan Peta

Pemikiran I-Think .

1.6 Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan , kajian ini akan cuba menjawab soalan

kajian berikut :

1. Apakah bentuk penggunaan peta pemikiran i - Think murid Tahun 5 dalam

penulisan karangan ?

2. Apakah ciri-ciri dan kekerapan peta dakap dan peta buih dalam kalangan

murid Tahun 5?

3. Apakah bentuk dan ciri-ciri peta pemikiran i-think yang digunakan mengikut

jantina ?
4. Adakah faktor pencapaian akademik , minat dan kesedaran murid tentang

penguasaan bahasa mempengaruhi pencapaian penguasaan Peta Pemikiran I-

Think ?

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian berkaitan penggunaan peta “ Brace Map (Peta Dakap)” i –THINK sebagai satu

usaha untuk meningkatkan keupayaan murid mengarang karangan dengan lebih baik

dan cemerlang di dalam kertas bahasa Melayu penulisan UPSR di samping membantu

guru mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat dan membantu murid

berfikir secara kritis bagi menghasilkan karangan yang cemerlang. Kajian ini tertumpu

kepada murid Tahun Lima yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada Tahun 2016

nanti . Pengkaji berpendapat hasil kajian ini dapat memberikan maklum balas kepada

pihak-pihak yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Penulisan di sekolah iaitu guru-guru Bahasa Melayu tentang penguasaan murid

terhadap penggunaan peta pemikiran I-THINK “ Brace Map (Peta Dakap)”

Disamping itu , peta Dakap i –THINK juga dapat membantu guru-guru Bahasa

Melayu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran penulisan atau karangan

dengan lebih berkesan untuk meningkatkan tahap kemahiran mengarang dengan baik

serta menyediakan latihan-latihan yang bersesuaian . Selain itu juga , kajian ini juga

dapat boleh memberi maklum balas kepada pihak-pihak terbabit untuk menerbitkan

buku-buku serta merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian

dan menarik agar penguasaan murid dalam mengarang karangan kertas Bahasa
Melayu Penulisan UPSR dapat dipertingkatkan . Pengkaji juga berharap dapatan

kajian ini menjadi sumber tambahan dan panduan sebagai kajian lanjut berkaitan

analisis penggunaan peta pemikiran i-THINK “ Brace Map (Peta Dakap)” agar dapat

meningkatkan tahap kecekapan mengarang murid.

1.8 Batasan Kajian

Dalam kajian ini , penyelidik hanya menggunakan satu jenis kajian sahaja

untuk menjalankan penyelidikan ini iaitu dengan menggunakan borang soal selidik .

Hal yang demikian kerana borang soal selidik mudah di jawab dan sesuai diedarkan

kepada murid-murid . Walaubagimanapun kesahihan kajian ini bergantung kepada

kejujuran respondon semasa menjawab borang soal selidik dan ujian penulisan

menggunakan peta pemikiran i-think yang dijalankan

Kajian ini dijalankan dalam kalangan murid Tahun Lima Sk Sungai Dulang

Dalam . Aspek yang menjadi fokus pengkaji adalah untuk melihat kekerapan

penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam penulisan karangan .Walaubagaimanapun

keputusan tidak mungkin generalisasikan kepada murid Tahun Lima sekolah lain.

Kajian ini juga dijangka akan mengalami kewujudan batasan dalam

mendapatkan sumber yang tepat dalam kuantiti yang banyak serta masa yang terhad.

Kajian ini juga terbatas kepada meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan

karangan dari aspek pemilihan dan penyusuan idea serta penggunaan gaya bahasa

yang gramatis dalam penulisan karangan . Ini bermakna unsur-unsur lain seperti

pemerengganan , penulisan tidak akan dibincangkan .Selain itu , pengkaji juga


membuat tinjauan untuk melihat sama ada perbezaan jantina mempengaruhi

penguasaan menyusun dan merangka idea dalam mengarang karangan. Data ini

dikumpul bagi tujuan analisa soal –selidik dan ujian standard penulisan karangan

menggunakan peta dakap i-think dalam karangan .

Kajian ini hanya melibatkan murid Tahun Lima di sebuah sekolah berkaitan .

Dapatan kajian ini hanya menggambarkan tahap kebolehan murid untuk menrangka

dan menyusun idea penting dengan menggunakan peta Dakap i-THINK agar dapat

mengarang karangan dengan baik . Dapatan ini tidak boleh digunakan untuk

menggambarkan tahap penguasaan mengarang karangan dengan baik keseluruhan

murid sekolah berkaitan dan murid di seluruh Negara ini . Mungkin dengan adanya

kajian lanjutan pada masa depan dengan sampel yang lebih besar boleh memberikan

gambaran lebih tepat tentang tahap penguasaan mengarang karangan dengan baik

dalam kalangan murid Tahun Lima khususnya di Negara ini.

1.9 Definisi Operasional

Terdapat beberapa definisi pembolehubah dalam kajian ini. Berikut adalah huraian

beberapa definisi pembolehubah dalam kajian ini .

1.9.1 Bahasa Melayu

Mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan melengkapkan murid dengan

berketerampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai


bahasa ilmu (KPM, 2003) . Dalam kontek kajian ini , Mata Pelajaran Bahasa Melayu

adalah merujuk kepada proses pengajaran dan 11 pembelajaran yang melibatkan

penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar

pada masa berkenaan.

1.9.2 Kertas Penulisan Bahasa Melayu

Dalam konteks yang khusus ,kertas Penulisan Bahasa Melayu ialah , penulisan

karangan dilihat dari sudut kerangka isi dan gaya bahasa gramatis. Isi diperlukan

ialah empat . Gaya bahasa dilihat dari aspek perkataan , frasa dan struktur ayat .

Pengetahuan dan penguasaan dalam penulisan juga meliputi aspek budaya dan

kebudayaan . Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik

yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya

disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek

berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan

bahan bercetak. 

Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan penghasilan simbol-

simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya

membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan

bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu,

kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun

simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran

ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penggemblengan

aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan


sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk

grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan

difahami maksudnya.  Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran

yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh

murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa

mata pelajaran lain. 

1.9.3 Karangan Fakta

Karangan fakta ialah karangan yang mempunyai ciri-ciri menerankan sesuatu

dengan mengolah idea atau fakta . Selain itu juga menerangkan proses kejadian

sesuatu perkara dengan menghurai idea-idea. Memberikan petunjuk dan arahan

merupakan ciri-ciri karangan fakta . Karangan fakta juga menerangkan sesuatu kaedah

dan penggunaan ciptaan dengan jelas . Sebuah karangan yang baik dan cemerlang

mempunyai idea-idea yang tepat ,padat kukuh , logik dan tersusun . Contoh yang

benar , statistik yang tepat serta bahasa yang mantap ,ringkas dan mudah difahami

adalah sebuah karangan yang cemerlang . Pendahuluan sesebuah karangan fakta

diolah berdasarkan tema atau  kunci daripada soalan yang dikemukan. Isi-isi

disampaikan secara tersusun dan berkesinambungan antara satu sama lain.Penutup

karangan fakta diolah dengan membuat kesimpulan daripada keseluruhan karangan.

Penutup yang paling mudah adalah dengan memberikan unsur-unsur pengajaran dan

nilai-nilai murni.

1.9.4 Peta Pemikiran i-Think


Peta Pemikiran Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8

bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi

kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta

pemikiran yang boleh digunakan.

Antaranya ialah .  Circle Map (Peta Bulatan. ) Circle Map digunakan untuk

sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk

dengan memberikan maklumat mengikut konteks. Kedua pula Bubble Map (Peta Buih

)Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau

menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau

huraian.Ketiga, Double Bubble Map (Peta Buih Berganda) Double Bubble Map

digunakan untuk membanding beza sesuatu. Selain itu , Tree Map (Peta Pokok) . Tree

Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.Kelima pula dinamakan

Brace Map (Peta Dakap) ,Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal.

Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian

kedua adalah bahagian utama. Keenam , Flow Map (Peta Alir) ,Flow Map digunakan

untuk membuat urutan sesuatu proses. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir) ialah peta

digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.

Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri

adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah

akibat daripada peristiwa tersebut.Kelapan ialah Bridge Map (Peta Titi), Bridge Map

digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses

analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


1.9.5 Peta Dakap i-Think

Peta Dakap i-THINK ialah merupakan satu daripada lapan peta pemikiran i –

THINK yang telah diperkenalkan oleh KPM bagi membentuk pemikiran kreatif dan

inovasif murid zaman ini. Peta Dakap i-THINK merupakan satu peta pemikiran yang

berbentuk visual dan grafik . Peta Dakap adalah merupakan satu daripada lapan peta i

–think yang telah diperkenal pada tahun 27 Julai 2011 . Peta Dakap i-THINK di

gunakan untuk mengkaji atau menganalisi objek secara fizikal iaitu dengan cara

menulis objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya , kemudian tulis bahagian atau

pecahan utama dan pecahan yang lebih kecil disebelah kanannya . Lukis gambar ( { )

untuk mengabungkan dan menyatukan objek dan komponennya. Contoh Peta Dakap

ialah seperti rajah 2:

Rajah 1.10 : Peta Dakap i-THINK

1.9.6 Peta Buih


Peta Buih i-THINK ialah merupakan satu daripada lapan peta pemikiran i –

THINK yang telah diperkenalkan oleh KPM bagi membentuk pemikiran kreatif dan

inovasif murid zaman ini. Peta Dakap i-THINK merupakan satu peta pemikiran yang

berbentuk visual dan grafik . Peta Dakap adalah merupakan satu daripada lapan peta i

–think yang telah diperkenal pada tahun 27 Julai 2011 . Peta Buih i-THINK di

gunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan

kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.komponennya.

Contoh Peta Dakap ialah seperti rajah 3:

Rajah 11.0 : Peta Buih i-Think

1.0 Rumusan

Bab pengenalan ini menghuraikan tentang perkara-perkara yang menjadi

komponen penting serta diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu penyelidikan .

Antaranya ialah seperti latar belakang , penyataan masalah , objektif dan persoalan

kajian , kepentingan dan batasan kajian serta definisi pembolehubah yang akan
memudahkan pengkaji menjalankan kajiannya. Pengkaji ingin membuat kajian

mengenai peta pemikiran i- THINK dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan

karangan Tahun Lima . Sampel yang menjadi sasaran ialah murid Tahun Lima Sk

Sungai Dulang Dalam yang dipilih dengan tujuan utama untuk meningkatkan

kemampuan murid tersebut dalam mengatasi masalah pembelajaran bagi

menghasilkan penulisan yang bermutu dan cemerlang dalam peperiksaan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)


BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi

antara kemahiran membaca dan menulis . Keupayaan menulis merupakan proses

penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu

mengambil kira matlamat , penggunaan bahasa , audiens , dan gaya penulisan .

Sehubungan dengan itu , keupayaan kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di
sekolah . Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam menulis pasti meningkatkan

penguasaan murid dalam Bahasa Melayu Penulisan kertas UPSR .

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Berssepadu Sekolah Rendah

(KPM 2003) , bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama ada dari segi

pengalaman , tingkah laku , amalan , bakat dan kebolehan . Pelbagai usaha telah

dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malayia((KPM) bersama Jabatan Pelajaran

Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program kecemerlangan

murid . Sebagai contohnya Program Literasi (LINUS) dan Program Bimbingan

Membaca dan Menulis (PROTIM) . Melalui program-program tersebut yang telah

dirancang diharapkan dapat membantu serta memenuhi keperluan murid-murid dalam

menguasai kemahiran membaca dan menulis . Menulis melibatkan murid-murid

supaya berfikir , menaakul , menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam

bentuk wacana yang lengkap

Pengkaji bahasa tempatan , Yahya Othaman (2005) dan Ahmad Khair Mohd

Nor (2005) menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan sahaja bergantung

kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi oleh pengajaran bersistem dan

berkesan . Oleh itu , dalam pengajaran kemahiran menulis , penguasaan peringkat asas

adalah dimulakan dengan menulis huruf , perkataan , ayat dan akhirnya sebuah

wacana yang dapat difahami apabila dibaca.

Perkara yang penting dalam membina ayat untuk dijadikan karangan ialah

maklumat yang akan digunakan bagi membina ayat tersebut .Kenyataan ini dapat

disokong oleh Edward de Bono (2008) yang menyatakan bahawa maklumat


sememangnya penting kerana maklumat yang banyak boleh membantu kita berfikir

dan membuat keputusan dengan lebih baik . Kepentingan maklumat turut ditekankan

oleh Siti Hawa Munji (1990) dalam kertas kerja kepelbagaiaan gaya pembelajaran

kemahiran belajar pelajar university di fakulti pendidikan UTM Johor. . Beliau

menyatakan alam proses data deria , seseorang itu haruslah menyusun sejumlah besar

ransangan menjadi struktur-struktur dan bentuk-bentuk yang lebih bermakna .

Pendidikan berlaku apabila proses berfikir berlaku . Edward de Bono juga

menyatakan untuk memahami mengenai berfikir , kita seharusnya memahami

bagaimana minda secara aktif memproses maklumat . Minda sebagai ‘Self Organizing

System ‘ menerima maklumat-maklumat dan maklumat tersebut akan tersusun dengan

sendirinya lalu membentuk ‘pettern’ .Menurut beliau lagi , ‘patterning system ‘ ini

juga membantu individu untuk meilhat dan memahami apa-apa yang berlaku di

persekitarannya.

Kajian dalam bidang penulisan telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji

tempatan , namun masih amat kurang kajian tentang aspek penggunaan alat pemikiran

dalam penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan para murid sekolah rendah.Kajian

ini penting kerana dapatan hasil kajian itu nanti akan membantu guru membuat

refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik agar sesuai dan

mampu merangsang minat murid teknik Peta Pemikiran i- THINK ini dijangka akan

dapat menggalakkan tumpuan dan perhatian murid terhadap dalam merangka idea-

idea dan menghuraikan karangan dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka

dalam bidang penulisan karangan . Hasil ini juga penting kepada murid yang
mempunyai penguasaan yang rendah . Keadaan ini berkemungkinan juga disebabkan

oleh teknik pengajaran guru yang agak membosankan kerana teknik konvensional .

Penggunaan teknik Peta Pemikiran i-THINK memaparkan perkataan , frasa ,

ayat , imej , warna dan garisan yang menarik , pasti dapat menarik perhatian murid

untuk menguasai kemahiran tersebut . Murid akan lebih mudah mengingati isi

pelajaran kerana imej dan warna yang ditunjukkan tidak terlalu abstrak berbandigan

kaedah syarahan .

2.2 Teori dan Konsep Berkaitan

Berdasarkan buku draf Program i-Think Kementerian Pelajaran Malaysia

(2012) menyatakan bahawa pencapaian Malaysia dalam Trends in Matematics and

Science Study (TIMSS) tahun 2007 adalah pada tahap 20 bagi Matematik dan 21 bagi

Sains dalam kalangan 49 negara . Manakala laporan Program for International Student

Assessment (PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam

kedudukan 57 bagi Matematik , 55 bagi Sains . Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan

laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Centruy

School(USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikira

aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah . Program

Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kristis (KBKK) telah mula diperkenalkan pada tahun

1994 . Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir . Walaubagaimanapun ,

dapatan menunjukkan guru kurang kemahiran aras tinggi di dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka . Pengajaran guru banyak berpusat guru dan menjuruskan

kepada peperiksaan .

Dengan itu , dapatan ini memberi kesan kepada KPM untuk menghasilkan

modal insan yang kreatif dan berinovatif serta dapat menghadapi cabaran kemahiran

abad ke 21 yang memerlukan seseorang yang berkebolehan berfikiran aras tinggi.

Oleh yang demikian pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia

(AIM) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 nuah

sekolah di Malaysia ( 6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh negeri-

negeri di Malaysia . Pada tahun 2013 program ini diperluaskan kepada 1000 buah

sekolah dan seterusya ke semua sekolah pada tahun 2014.

I-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan

untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan

pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Abdul Rahim ,

(1999) dalam bukunya menyatakan kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan dan

keupayaan yang berbeza . Bahan ini dibangunkan dan diterjemahkan berdasarkan

nota kursus yang dikendalikan oleh Kestrel Education , United Kingdom. Guru dan

murid dimestikan menguasai kemahiran dalam program i-THINK dan menggunakan

alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti

kemahiran beraras tinggi . Garder (1993) menganggap semua kanak-kanak

berpontensi berfikir secara kreatif . Penggunakan peta pemikiran i- THINK ini akan

membudayakan daya berfikir berlaku semasa pembelajaran dan pengajaran . 80 %

informasi yang diterima oleh otak adalah bentuk visual , 40% daripada saraf gentian
dalam badan yang disambung ke bahagian otak adalah dihubungkan dengan retina dan

36000 mesej dalam bentuk visual dapat diterima oleh mata dalam masa satu jam ,Eric

Jensen , Brain Based Learning. Ini membuktikan bahawa manusia akan lebih cepat

memahami sekiranya menggunakan visual . Kajian menunjukkan bahawa

pengetahuan disimpan dalam dua bentuk iaitu bentuk linguistik dan bentuk bukan

lingusitik . Semakin banyak kita menggunakan kedua-dua bentuk yang disebutkan ,

semakin senang kita dapat berfikir dan ingat sesuatu.

Berdasarkan Draf Program i-THINK Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 ,

isi kandungan yang terdapat dalam program tersebut ialah kemahiran berfikir .

Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk

melahirkan idea-idea yang bernas , membuat keputusan , dan menyelesaikan masalah .

Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran kritis dan kemahiran kreatif .

Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi . Kemahiran menaakul

membantu dalam membuat pertimbangan secara logik , rasional ,adil dan saksama

(1999) . Kenyataan ini disokong oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025 menekan konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk melahirkan

pelajar yang dapat berdaya saing menjelang abad ke 21. Program ini digunakan

dengan cara menggunakan lapan alat berfikir oleh guru dan murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah dan teknik menyoal dan menaakul dengan

menggunakan aras Taksonomi Bloom dan versi Lorin Anderson.

Prof . Dr . Rajendran A/L Nagappan (2010) menyatakan kemahiran berfikir

aras tinggi ialah menggunakan tahap pemikiran secara maksimun untuk menghadapi

cabaran , interprestasi ,analisis dan manipulasi maklumat , bersifat kritikal terhadap


maklumat , idea , dan pendapat ,membuat kesimpulan , inferens dan generalisasi ,

komunikasi berkesan, membuat jangkaan , penyelesaian masalah , menilai idea ,

memberikan pendapat dan membuat pemilihan serta keputusan .

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Draf

Program i-THINK memperkenalkan satu alat berfikir iaitu peta pemikiran . Dalam

Program Peta Pemikiran ini mengandungi lapan peta pemikiran yang disesuaikan

mengikut tajuk atau unit pelajaran .Peta pemikiran diwujudkan berdasarkan 6 titik

permulaan iaitu kemahiran berfikir , penyoalan reflektif ,rangkaian kaloborasi ,

membangunkan kecenderungan peribadi dan membentuk persekitaran .Kemua bahan-

bahan tersebut akan membentuk pemikiran kreatif dan inovasif murid zaman ini.

Terdapat lapan jenis peta pemikiran iaitu Peta Bulatan , Peta Buih , Peta Buih

Berganda , Peta Pokok , Peta Dakap , Peta Alir dan Peta Pelbagai Alir.

Peta Bulatan (Circle Map) ialah proses pemikiran mengikut konteks (Defining

in context). Kegunaannya ialah sumbangsaran idea dalam penulisan , menguji

pengetahuan sedia ada murid dan menguji pemahaman murid selepas pengajaran dan

pembelajaran . Peta Buih (Bubble Map) pula ialah proses pemikiran menerangkan

menggunakan kata sifat (Describing qualities) digunakan untuk sifat manusia dan

membezakan fakta dan pendapat. Peta Buih Berganda(Double Bubble Map) ialah

proses pemikiran membanding beza (comparing &contrasting) digunakan untuk

membanding beza cirri-ciri bentuk 2D dan 3D,membanding sifat manusia dan

membanding dua idea. Bagi Peta Pokok (Tree Map) ialah proses pemikiran membuat

pengkelasan (classifying) digunakan untuk mengkelaskan kumpulan haiwan ,

mengkelaskan alat-alat muzik dan mengkelaskan eleman penting cerita.


Peta Dakap (Brace Map ) digunakan dalam proses pemikiran sebahagian

daripada keseluruhan (Whole –Parts relationship) digunakan untuk matematik ,

komponen alat muzik dan analisis struktur objek. Peta Alir (Flow Map) proses

pemikiran urutan (sequencing) digunakan untuk proses dan kitaran hidup , peristiwa

sejarah , penyelesaian masalah dan menanam sayuran . Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow

Map) proses pemikiran sebab dan akibat (analyzing cause &effect) digunakan untuk

analisa sejarah , membaca dan meramal dan pengurusan sikap . Peta Titi (Bridge Map)

proses pemikiran analogy dan faktor perhubungan digunakan untuk konsep Sains ,

Peristiwa Sejarah dan Matematik.

Menurut David Brooks (2008) “The Cognitive Age” dalam bahan khusus

penggunaan program i-think .Paradigma globalisasi menyatakan sesuatu maklumat

dapat disebarkan degan luas dalam masa yang singkat. Namun , yang paling penting

adalah bagaimana maklumat itu diterima melalui penglihatan dan pendengaran

seseorang yang diproses oleh bahagian otak.

 Adakah seseorang individu berupaya untuk memahami maklumat yang

diterima?

 Adakah seseorang individu dapat mengeksploitasi maklumat yang diperolehi?

 Adakah budaya membentuk corak pemikiran individu?

Vygotsky dalam buku draf program I-THINK Kementereian Pelajaran Malaysia

yakin bahawa minda kita adalah dipengaruhi oleh alat yang digunakan . Semasa kita

melakukan aktiviti fizikal seperti menanam poko atau menggosok gigi aktiviti tersebut

perlu dilakukan dengan menggunakan alat yang sesuai. Kita perlu menyedari bahawa
alat yang kita gunakansemasa berfikir juga penting ,James Hiebert , et al dalam buku

draf Program I-THINK Kementerian Pelajaran Malaysia

Peta buih dan peta dakap ialah salah dua daripada lapan Peta pemikiran yang

akan pengkaji gunakan sebagai alat untuk berfikir semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Peta dakap di gunakan untuk mengkaji atau menganalisi

objek secara fizikal iaitu dengan cara menulis objek yang ingin dipecahkan dan

gariskannya , kemudian tulis bahagian atau pecahan utama dan pecahan yang lebih

kecil disebelah kanannya . Lukis gambar ( { ) untuk mengabungkan dan menyatukan

objek dan komponennya. Peta Dakap ini amat sesuai digunakan dalam mencari ,

menyusun idea-idea karangan suapaya dapat menghasilkan satu karangan yang

berkualiti dan seterusya dapat meningkatkan peratus yang baik bagi kertas Bahasa

Melayu Penulisan 012 UPSR . Bagi peta buih pula ialah digunakan untuk

memperkayakan kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti .

biasanya menggunakan perkataan deskritif atau huraian . Setelah melakar bulatan

sebagai tajuk , bulatan tersebut akan dipecahkan kepada beberapa bulatan mengikut

kesesuaian . Peta buih ini memang sesuai digunakan untuk mencari idea-idea dalam

ujian penulisan supaya menghasilkan karangan yang baik kertas Bahasa Melayu

Penulisan 012 UPSR

2.3 Kajian –kajian yang Lepas


Melalui pembacaan saya kajian lepas tentang penggunaan peta pemikiran i- THINK

dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan belum ada dilakukan . Oleh itu , saya

sebagai pengaji akan mengaitkan peta pemikiran i-THINK dengan kajian lepas Peta

Minda kerana kedua-dua peta tersebut merupakan alat untuk berfikir dalam

menyelesaikan sesuatu masalah . Banyak kajian yang lepas yang dijalankan tentang

penggunaan peta minda dalam penulisan karangan .

Dapatan kajian Noradinah Jaidi et al , .(2014) tentang “Kesan Penggunaan

Perisian iMindMap dalam Penulisan Karangan Jenis Rencana” di sebuah sekolah

sebuah sekolah kerajaan di daerah Brunei dan Muara membuktikan bahawa

penggunaan iMindMap meningkatan pencapaian pelajar dalam karangan jenis cerita .

Kajian Yahya Othman (2012) tentang kebekesanan alat berfikir iaitu peta

minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan agrumentatif di sebuah Sekolah

Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam membuktikan penggunaan alat berfikir

iaitu peta minda berjaya meningkatkan pencapaian penulisan argumentative murid.

Baiziela bt Sapingi @ Shapiee (2012) dalam Kajian Penyelidikan Tindakan

PISMP Bahasa Melayu IPG KBL (Kampus batu Lintang ) Serawak yang

dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Tindakan di Kampung Batu Lintang

Serawak tentang “Penggunaan Peta Minda dan Kata Tanya dalam Meningkatkan

Kemahiran Menulis Karangan Jenis Fakta Bahasa Melayu Murid Tahun 4” yang

dilakukan pada salah seorang murid di sekolah yang terletak ditengah-tengah Bandar
membuktikan bahawa penggunaan peta minda menbantu mengemukakan isi-isi utama

berdasarkan tajuk yang diberikan . Kajian ini juga ,membantu pengolahan dan

penghuraian isi-isi utama serta dapat menyusun isi-isi dengan baik ketika mengarang .

Kajian yang telah dilakukan oleh Looi Kuang Siang (2012) . Penggunaan peta

minda dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan murid Tahun dalam subjek Sains

menyatakan bahawa dengan melaksanakan kaedah peta konsep membolehkan murid

dapat mengelaskan sesuatu konsep dengan baik.sesuatu dengan baik .Tambahan lagi

Omardin (2011) , menyatakan bahawa pembelajaran yang menarik dapat mencetuskan

minta dan penglibatan aktif pelajar untuk belajar. Seperti mana beliau berpendapat

bahawa pendekatan dan kaeadh yang digunakan melalui kaeadh konstruktivisme

berjaya membantu murid untuk meningkatkan kefahaman bagi sesuatu isi pelajar.

Tee Tze , Jailani ,Baharom et (2010) dalam kajiannya tentang kepentingan

peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nita kuliah membuktika bahawa

peta minda memudahkan para mahasiswa dan mahasiswi mencatat nota kuliah yang

diberikan oleh pensyarah. Kajian ini telah dilakukan pada para mahasiswa dan

mahasiswi di tiga buah university tempatan. Dapatan daripada kajian tersebut

memberikan impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar menggunakan

peta minda dalam mencatat nota . Hasilnya semua nota kuliah dapat dihasilkan secara

tersusun dan mudah disimpan .

Menurut ,Nor’Aini (2008) bahawa pengkaedahan pembelajaran berpandukan

komputer dapat membuka ruang kepada pelajar meneroka pembelajaran sendiri ,


manakala guru bertindak sebagai fasilitator yang mengawal pembelajaran yang lebih

menyeronokkan dan mendorong penglingbatan aktif murid di samping menambah

corak pengajaran karangan yang lebuh bersistematik dan menarik.

Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan tentang kajian tentang penggunaan

peta minda dalam mengingat konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar

tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekn Baru , Parit Buntar . Hasil dapatan kajian

tersebut menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat

sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja . Beliau merumuskan

bahawa penggunaan peta minda dapat membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat

fakta sejarah bagi mendapatkan markah dalam soalan struktur Kertas 2 .

Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan

1Ldi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang

meningkatkanminat pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan. Hasildapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang memperolehi

skor 40% ke atas (lulus)dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding 47.6%

dalam ujian pra. Pelajaryang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun

kepada 14% dalam ujianpasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian

Kam Foo Kong merumuskanbahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan telah menunjukkanpeningkatan pencapaian yang ketara. Kegagalan

pelaksanaan dalam menjalankan misi inipasti menimbulkan kesan yang tidak baik

kepada bakal penerimanya iaitu pelajarsekolah.


Asma binti Ishak (2005) , telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid

Tahun Empat di sekolah Kebangsaan Jelempok . Hasil daripada kajian beliau

mendapati penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota .

Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi

dalam ujian psaca menjadi 40% berbanding ujian pra 7 % . Bagi kumpukan

pencapaian rendah pula menurun kepada 3 % dalam ujian pasca berbanding 40%

dalam ujian pra . Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta

minda sebagai alat berfikir mampu membentuk pelajar mencatat nota dengan baik.

Seterusnya Rusilah Jais et .al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang

penggunaan peta minda bagi mata pelajaran Matematik dalam kalangan pelajar

perakaunan matrikulasi .Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden dalam

kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan tersebut menunjukkan berlakunya

peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak 26.6 % dalam ujian pasca

berbanding 7% dalam ujian pra . Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat

daripada 7.6% dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Ini

dapat dirumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam subjek matematik adalah

berkesan .

Kajian yang dilakukan oleh Haris Kassim (2002) menerangkan masalah

penulisan karangan dalam kalangan murid timbul disebabkan oleh cara dan gaya

pengajaran guru di kelas.


Abdul Aziz (2000) pernah menyebut bahawa guru sebagai pelaksana

perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat

positif dalam segala hal . Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutama dalam

penciptaan alat bahan bantu pengajran . Selain itu , mereka juga perlu peka dalam hal

perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutama kaedah-kaeadah

pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung

dengan pengelolaan , pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan di bilik

darjah.

Meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al (2006) ,Henry

(2006) serta Ang dan Ong (2007) menujukkan pelajar yang megamalkan penggunaan

peta minda sebagai alat untuk memikir berjaya memperoleh keputusan yang baik.

2.4 Rumusan

Berdasarkan literatur dan kajian –kajian lepas yang berkaitan telah

menunjukkan bahawa kaedah peta minda sebagai alat berfikir yang boleh disamakan

dengan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberikan

kesan yang positif terhadap pencapaian murid-murid yang dijadikan responden .


Peta Dakap dan Peta Buih i-think amat sesuai digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran juga sesuai dan seiring dengan teori pembelajaran

seperti teori Gestalt yang dipelopori oleh Fredriks (FRIIZ) PERLS (1893-1970) ,

Teori Asubel dan Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner. Pendidikan adalah proses dan

aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut

norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman globalisasi ini , guru

bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan

tingkahlaku atas diri seseorang . Mereka haruslah memahami idea perubahan dengan

sempurrna , secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan

perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya


BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan
Bab ini , pengkaji menghuraikan reka bentuk kajian , populasi dan persampelan ,

instrumen kajian , keesahan instrumen ,kajian rintis , tatacara pengumpulan data dan

tatacara penganalisisian data .

Untuk mengkaji penyelidikan terdapat dua pendekatan iaitu pendekatan

kualitatif dan kuantitatif (Surkardi :2004 , Nana :2005 , Mohd: 2005 , Ananda, 2007)

dalam modul penyelidikan KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Sekolah Rendah. Dalam penyelidikan ini pengkaji menggunakan pendekatan

kuantitatif digunakan . Pendekatan kuantitatif ialah menurut Ary Jacobs dan Sorensen

(2010) , pengkaji perlu mempunyai asas meneganai statistik kerana , statistik

diperlukan untuk menginterprestasi data dan melaporkan pada orang ramai. Secara

amnya tatacara statistik adalah satu tatacara , teknik dan kaedah yang teratur dalam

memahami data yang terkumpul , membuat penelitian , meringkaskan ,menjalankan

penganalisisaan dan memaparkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah difahami

kepada orang ramai .

3.2 Reka Bentuk Kajian

Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini ialah kajian kes . Kajian kes adalah suatu

penyelidikan yang dilakukan terhadap kesatuan sistem , sama ada yang berbentuk
program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat ,waktu atau ikatan teetentu (Nana

, 2005) . Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data , memperoleh makna dan

memperoleh pemahaman daripada sesuatu kes. Dalam penyelidikan ini , kajian kes

digunakan untuk menjelaskan bagaimanakah tahap penguasaan murid dalam peta

pemikiran i think khususnya peta dakap .Kajian juga memfokuskan kepada perbezaan

pengusaan murid dari aspek jantina dan aliran kelas. Bagaimanapun keputusan kajian

ini hanya menggambarkan tahap penguasaan murid secara menyeluruh . Secara

khususnya kaeadh utama yang digunakan untuk mendapat maklumat ini adalah

analisis dokumen .

Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan data

secara objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran responden.

Kaedah ini juga dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh

secara tersurat dan dapat digunakan untuk memperoleh kesahan terhadap hasil dapatan

analisis (Frankel2007) . Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah menyokong

dan menambah bukti daripada sumber-sumber lain . Ada tiga penggunaan kaedah

dokumen dalam penyelidikan :

a. Membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan

b. Dapat menambah perincian khas. Ia digunakan bagi menyokong maklmat

daripada sumber-sumber lain . Jika bukti dokumen dianalisis bertentangan dan

bukannya menyokong , penyelidik mempunyai alasan untuk mengkaji lebih

jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan .

c. Inferens dapat dibuat daripada dokumen –dokumen ( Robert 1996)


Kajian yang dijalankan oleh pengkaji melakukan pengumpulan data melalui

kaedah analisis dokumen . Dua bentuk dokumentasi yang akan menjadi bahan untuk

dianalis dalam kajian ini ialah ujian penulisan murid dan dapatan daripada soal selidik

yang dijalankan . Data-data analisis dokumen di atas tidak boleh dipandang rendah

penggunaannya dalam kajian kes . kerana sifat subjektiviti dokumen tersebut

membekalkan maklumat sebenar yang tidak dapat dikumpulkan melalui kaedah

pemerhatian . Namun begitu , pengkaji tidak boleh mengeneralisasikan keputusan

kajian kes ke atas kumpulan subjek lain yang mempunyai ciri yang sama . Dalam erti

kata lain , keputusan dapatan kajian daripada analisis dokumen hanya terhad kepada

yang dikaji dan bukannya gambaran menyeluruh .

3.3 Sorotan Kajian Yang Menggunakan Kaedah Analisis Dokumen

Kaedah analisis dokumen biasa digunakan oleh pengkaji lain dalam

menjalankan kajian penyelidikan bagi tujuan pengumpulan data. Pengumpulan data

adalah berfokus kepada data yang mampu memberikan gambaran secara hoslistik

melalui pemerhatian , secara temubual serta bukti dokumentasi yang dapat dijadikan

asa dalam tempoh kajian yang dilakukan (Spradley 1980;Merriam 1998; Bogdan dan

Bikken 1988;dalam Marohaini Yusoff 2011).


Kajian “Penilaian Kendiri Melalui Amalan Reflektif Dalam Pengajaran

Matematik “ oleh Zaharah dan Fatimah Saleh (2007) dijalankan secara kajian kes

menggunakan pendekatan kualitatif . Fokus kajian adalah untuk mengetahui sejauh

mana guru Matematik melaksanakan refleksi dalam pengajaran Matenatik sebagai

penilaian kendiri dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi amalan mereka .

Kaedah pemerhatian , temubual dan analisis dokumen telah digunakan sebagai kaedah

pengumpulan data .Bagi kaeadh analsis dokumen penelitian terhadap Rancangan

Harian subjek yang ditulis dalam rekod mengajar membolehkan pengkaji mengetahui

perancangan pengajaran harian dan objektif pengajaran guru . Sampel kajian terdiri

daripada dua orang guru Matematik yang bersedia untuk terlibat.

Menurut Creswell (20050 , dokumen mewakili sumber yang baik untuk data

dalam bentuk teks bagi kajian kualitatif . Oleh itu pengkaji menggunakan kaedah

analisis dokumen bagi tujuan pengumpulan data untuk kajian kes yang dijalankan

.Hasil data yang diperoleh daripada analisis dokumen akan dianalisis bagi

menghasilkan dapatan kajian pengkaji. Dokumen yang digunakan oleh pengkaji

sebagai analisis akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam instrument kajian .

3.4 Populasi dan Persampelan

Bagi memenuhi keperluan pengumpula data , pengkaji telah memilih sekolah

sebagai tempat kajian . Sesuai dengan keperluan kajian ini yang hendak melihat tahap
penggunaan peta pemikiran dalam kalangan murid –murid . Pengkaji telah memilih

sebuah sekolah di Hilir Perak sebagi tempat kajian .

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu tentang penggunaan pemikiran i-think

dalam penulisan karangan dalam kalangan murid amat kurang . Ini mungkin kerana

peta pemikiran i-think masih lagi baru diperkenalkan iaitu pada tahun 2011.

Walaubagaimana kajian tentang penggunaan peta pemikiran i-think dalam mata

pelajaran yang lain banyak dilakukan seperti subjek Sains tetaoi amat kurang dakam

subjek Bahasa Melayu . Faktor inilah menyebabkan pengkaji memilih murid Tahun

Lima di sekolah Sk Sungai Dulang Dalam , sekolah pengkaji sendiri sebagai tempat

kajian dijalankan .Hanya satu kelas yang terlibat dengan jumlah seramai 18 orang .

Pengkaji memilih murid Tahun Lima sebagai sampel kerana :

1. Murid-murid Tahun 5 ini akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan

September tahun hadapannya. Peperiksaan ini dianggap penilaian terbesar

setelah hampir 5 tahun mereka mempelajari bahasa termasuklah penggunaan

peta pemikiran . Peta pemikiran ini banyak membantu mereka mengemukakan

, menyusun dan menghurai idea karangan .

2. Pemilihan murid Tahun 5 juga memberi ruang kepada pengkaji memerhati

tahap penggunaan peta pemikiran i think dalam kalangan mereka khususnya

dalam penggunaan peta dakap i-think untuk mengemukakan dan menghurai

idea dengan lebih tersusun supaya memperoleh karangan yang cemerlang. Ini

memberikan peluang kepada sekolah untuk menyediakan murid-murid ini


sebelum mereka menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR) pada tahun hadapan.

3.5 Instrument Kajian

Satu instrument telah digunakan dalam kajian ini bagi mengutip data-data kajian .

Pengkaji menggunakan soalan dalam soal selidik serta satu ujian penulisan

menggunakan peta pemikiran

3.5.1 Soal Selidik

Menurut Tarcisius Chin (2007) , soal selidik merupakan borang yang berisi

soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk

semua responden. Penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan

kebenaran yang diberikan oleh sampel kerana soal selidik tidak dipengaruhi oleh

penyelidik (Mohd Najib, 2000) . Menurut Sheal (1989) terdapat beberapa kelebihan

penyelidikan menggunakan soal selidik. Antaranya ialah mudah untuk mendapatkan

maklumbalas dengan cepat . Ini adalah amat penting apabila masa kajian didapati

singkat dan maklumat perlu diperoleh daripada banyak responden. Selain ia

merupakan senang ditakbir sebagai satu bahan dokumen yang berformat dan senang
diberikan kepada responden untuk mendapat maklum balas. Muktar (2009)

berpendapat bahawa menggunakan soal selidik memberikan kebaikan kerana ia

melibatkan responden yang lebih ramai , secara menyeluruh .Adalah diharapkan

daripada maklum balas yang diterima nanti akan menjawab permasalahan kajian.

Soal selidik yang dijalankan merupakan soal selidik ringkas yang terdiri daripada

sembilan soalan sahaja . Set soal selidik ini bertujuan untuk membantu penyelidik

mendapatkan data tentang latar belakang murid . Sembilan soalan disediakan dalam

soal selidik yang ditujukan kepada murid sebagai sampel kajian terdiri daripada :

a. Jantina

b. Umur

c. Kelas

d. Bahasa yang digunakan di rumah

e. Purata bahan bacaan dalam Bahasa Melayu dalam seminggu

f. Purata masa menonton dan mendengar rancangan dalam bahasa melayu

seminggu

g. Pencapaian Bahasa Melayu dalam ujian OT1 Pengesanan Mac

h. Minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu

i. Sejauh mana murid menyedari tahap penguasaan mereka tentang Bahasa

Melayu

3.5.2 Ujian Penulisan Menggunakan Peta Pemikiran I-Think

Ujian penulisan karangan menggunakan peta pemikiran i-think sebagai alat yang

digunakan untuk mengutip data bagi menganalisis penggunaan peta pemikiran i think

dalam kalangan murid . Dalam ujian ini murid dikehendaki melakar dan
melengkapkan peta pemikiran i-think yang sesuai untuk tajuk karangan fakta ‘Faedah

Menabung’. Masa yang ditetapkan untuk menulis karangan ialah 15 minit.

Peta Pemikiran i-think yang dilakar dan ditulis oleh murid akan disemak oleh

pengkaji sendiri. Pengkaji juga akan menganalisis bentuk peta pemikiran i think , idea

–idea yang dikemukakan dan huraiannya oleh murid-murid .Ketika menyemak peta

pemikiran i think murid pengkaji akan menggunaka kod bagi mengkatogerikan idea,

idea tesusun dan ayat gramatis .Kod yang digunakan ialah seperti ini :

KOD CIRI-CIRI KARANGAN


I Idea
IT Idea Tersusun
HI Huraian Idea

3.6 Analisis Data

Data-data yang diperoleh daripada soal selidik dan ujian penulisan karangan akan

dianalisis menggunakan stastistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan (frekuensi)

dan peratus . Dapatan ini akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah . Data

penggunaan imbuhan dan soal selidik dalam kalangan murid direkodkan dalam

Borang Analisis Penggunaan Peta Pemikiran i Think (lampiran4 ) dan Borang

Maklumat Soal Selidik (Lampiran 5)

3.7 Kesahan Instrument


Soal selidik dipilih sebagai alat kajian kerana melalui pentadbiran soal selidk , data

maklumat murid seperti profil murid secara jelas daripada Guru Besar dan guru-guru

Sk Sungai Dulang Dalam . Disamping itu , soal selidik merupakan kaedah termudah

dan berkesan dalam memperoleh data piawai daripada saiz sampel kajian yang besar

dan menyeluruh (Barbie , 2000, Gay) . Alat pengukuran yang digunakan dalam

megukur soal selidik ialah e – pembelajaran (eLSE) Versi 8.1 menggunakan model

Pengkuran

Bagi menetukan kesahan kandungan , pengkaji telah membina soalan –soalan

dalam alat kajian ini mengikut aras Taksanomi Bloom .Menurut Benjamin Bloom

(1956) dalam Taxonomy Od Education Objective : Handbook l: Cognitive Domain

(New York : David Mckay) telah memperkenalkan satu hieraki kognitif yang disusun

dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan , pemahaman , aplikasi ,

analisis , sintesis dan penilaian .

Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk

kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu , guru cermerlang Bahasa Melayu bagi

mendapatkan pandangan dan komen mereka . Berdasarkan ulasan guru-guru pakar

dan cemerlang tersebut pengkaji telah membaiki dan mengantikan beberapa item

yang dirasakan kurang sesuai.

3.8 Tatacara Pengumpulan Data atau Prosedur Kajian


Bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dijalankan tidak menghadapi

permasalahan , penyelidik mengambil beberapa langkah berikut :

3.8 1. Memohon Kebenaran

Setelah mengenalpasti tempat dan sampel kajian , pengkaji telah membuat

permohonann secara bertulis kepada pihak sekolah untuk menjalankan kajian

berkaitan .

3.8..2 Penyediaan Borang Soal –Selidik Dan Soalan Ujian Penulisan

Menggunakan Peta Pemikiran I-Think

Dalam kajian ini , pengkaji menjalankan soal selidik . Pengkaji telah menyediakan set

soalan soal selidik untuk dijawab oleh murid-murid Tahun 5 yang menjadi sampel

kajian . Soal selidik telah diubahsuai daripada set soal selidik yang digunakan oleh

Ridzuan (1981) dan Zakiah Md Dahlan (1998) . Soal selidik menyentuh mengenai

maklumat akademik murid (Lampiran 1)

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap pengunaan peta dakap i-think

dalam mengemukakan dan menghuraikan idea karangan dengan tersusun menjadi

sebuah karangan yang cemerlang. Oleh itu , bagi mengutip data-data ini ,murid-murid

perlu menulis sebuah karangan dengan menggunakan peta dakap i-think berdasarkan

satu set soalan UPSR bahagian karangan . Pengkaji memilih set soalan UPSR setelah

pengkaji meneliti keupayaan murid dan kesesuaian tajuk dengan aras pengetahuan

mereka . Pengkaji turut berbincang dengan beberapa orang guru cemerlang Bahasa

Melayu bagi memilih set soalan karangan UPSR yang sesuai.


3.8.3 Pengendalian Soal Selidik dan Ujian Penulisan Menggnunakan Peta

Pemikiran I-Think

Rajah 3 , di bawah menjelaskan tentang pengendalian soal selidik dan penggunaan

peta dakap i-think dalam ujian standard penulisan karangan set soalan UPSR.

jilM
g
n
P
rT
o
sb
d
ep
k1
ah
m
5
u.-y
t2 3
4

Rajah 3.1 :

Carta Aliran Pegendalian Soal Selidik dan Ujian Penulisan

Pengkaji telah menjalankan soal selidik kebekesanan penggunaan Peta

pemikiran i think dalam mengarang karangan kepada murid Tahun 5 pada awal
oktober 2015. Murid-murid akan menjawab soal selidik yang diberikan. Masa selama

10 minit diperuntukan untuk menjawab soal selidik ini. Setelah masa yang

diperuntukkan tamat , semua soal selidik dan peta pemikiran i think murid akan

dikutip bagi tujuan data kajian .

3.9 Tatacara Analisis Data (Deskriptif)

Data-data yang diperoleh daripada soal selidik dan ujian standard penulisan karangan

menggunakan peta pemikiran i-think akan di analisa menggunakan statistik deskriptif

bagi mendapatkan kekerapan (frekuensi) dan peratus . Dapatan ini akan

dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah . Data penggunaan peta pemikiran i-

think dalam mengarang karangan dalam kalangan murid akan direkodkan dalam

borang Analisis Penggunaan peta pemikiran I-Think dalam kalangan murid Tahun

Lima (lampiran 4) dan Borang Maklumat Soal Selidik (lampiran 5)

4.0 Rumusan

Dalam bab ini metadologi kajian seperti reka bentuk kajian , penggunaan instrument

kajian yang sesuai , sampel kajian , ciri-ciri utama kajian dan analisis data adalah

menjurus kepada menjawab persoalan kajian , penyataan masalah dan objektif kajian .

Diharapkan dapatan ini kajian kelak akan memberi gambaran yang jelas tentang

penguasaan murid dalam penggunaan peta pemikiran i-think supaya mereka lebih

menguasai dalam penulisan karangan dari segi mengemukakan dan menghurai idea-

idea karangan dengan lebih tersusun dan akhirnya dapat mengarang sebuah karangan
yang cemerlang.Kajian ini diharapkan dapat menunjukkan perkaitan jantina juga

mempengaruhi pengarangan karangan dalam penggunaan peta pemikiran i-think

.Hasil kajian ini juga diharapkan agar dapat dijadikan panduan kepada guru-guru

untuk melihat penguasaan murid dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dalam penggunaan peta pemikiran i-think ketika mengarang karangan dengan lebih

berkesan bagi meningkatkan tahap penguasaan melahirkan idea-idea yang bernas dan

tersusun ketika mengarang supaya menghasilkan karangan yang cemerlang. Selain itu

juga , diharapkan agar kajian ini dapatlah mengesan kebekesanan Peta Dakap dalam

mengarang karangan fakta serta pengaruh minat , kesedaran dan pencapaian akademik

murid dalam penggunaan Peta Pemikiran i think sebelum mengarang karangan .

Diharapkan juga dapatan ini kajian ini menjadi sumber tambahan dan panduan sebagai

kajian lanjutan berkaitan tentang penggunaan peta pemikiran i-think agar dapat

meningkatkan kecekapan kemahiran menulis murid.

Anda mungkin juga menyukai