Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Rosnanaini Sulaiman et al. (2011), kemahiran berfikir ialah kebolehan dalam
menggunakan akal untuk menjalankan proses pemikiran. Kemahiran berfikir juga dapat
diberi maksud sebagai penggunaan minda untuk melahirkan idea yang bernas, membuat
keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang
lebih tinggi kerana perlu mengetahui cara atau kaedah dalam sesuatu pemikiran. Kemahiran
berfikir ini dibahagikan kepada kemahiran secara kritis dan kemahiran secara kreatif.
Kemahiran secara kritis ialah kebolehan dalam memberi idea dan maklumat untuk
menyelesaikan sesuatu masalah manakala kemahiran secara kreatif ialah kebolehan dalam
mengembangkan imaginasi, kreativiti dan inovasi untuk mendapatkan idea yang baru atau
asli. Menurut Syed Ismail et al. (2014), kemahiran berfikir seseorang pelajar itu akan lebih
berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dalam membuat nota sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah
pengurusan grafik, peta minda dan pemetaan i-THINK. Oleh itu, alat berfikir dapat
membantu pelajar dalam membuat nota kerana maklumat yang disampaikan akan lebih
tersusun dan lebih mudah difahami.

2.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN ALAT BERFIKIR DALAM PENGHASILAN PRODUK 1a

Berdasarkan penghasilan produk 1a, alat berfikir yang dipilih ialah pemetaan i-THINK.
Menurut Syed Ismail et al. (2014), pemetaan i-THINK merupakan sejenis program yang
dapat meningkatkan dan mengamalkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.
Pemetaan i-THINK dipilih kerana ia dapat memudahkan para pelajar untuk digunakan dalam
pembelajaran. Hal ini disebabkan pemetaan i-THINK dapat membantu dalam proses
menggunakan minda, iaitu apabila pelajar menggunakan pemetaan i-THINK dalam
membuat nota, minda pelajar dapat lebih mudah untuk memahami kerana pelajar dapat
mengenal pasti melalui sesuatu peta i-THINK itu sama ada digunakan untuk menunjukkan
akibat, contoh, definisi, perbandingan, proses, pengelasan atau perhubungan. Malah,
menurut Abdul Rasid et al. (2017), melalui penggunaan peta i-Think, murid menjadi lebih
aktif kerana mereka mampu mengemukakan pendapat masing-masing. Selain itu, pemetaan
i-THINK dapat membantu dalam mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu kerana
pemetaan i-THINK terdapat pengkhususan bagi setiap peta yang digunakan. Pemetaan i-
THINK ini mengandungi lapan jenis peta pemikiran yang boleh disesuaikan mengikut tajuk
yang digunakan. Namun, berdasarkan produk 1a, terdapat dua peta pemikiran yang dipilih.

1
Peta pemikiran yang dipilih ialah peta bulatan dan peta pokok. Menurut Kementerian
Pelajaran Malaysia (2013), peta bulatan digunakan untuk mendefinisikan mengikut konteks
dan menjelaskan sesuatu maklumat. Hal ini dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk
mengenal pasti isi di dalam peta tersebut. Contohnya, peta bulatan yang digunakan adalah
untuk memberi maklumat mengenai elemen merentas kurikulum. Dalam peta bulatan
tersebut, tajuk diletakkan di dalam bulatan kecil dan bulatan besar untuk menunjukkan
maklumat yang ingin disampaikan. Kemudian, terdapat bingkai di bahagian luar bulatan
besar untuk menyatakan sumber rujukan. Tajuk elemen merentas kurikulum ini memberi
penerangan bahawa terdapat lima elemen yang diberi penekanan seperti kreativiti dan
inovasi, keusahawanan, pendidikan kewangan, kelestarian global dan teknologi maklumat
dan komunikasi. Oleh itu, penggunaan peta bulatan dapat membuatkan maklumat mengenai
elemen merentas kurikulum lebih jelas dan mudah difahami.

Selain itu, peta pemikiran yang dipilih ialah peta pokok. Menurut Kementerian Pelajaran
Malaysia (2012), peta pokok digunakan untuk membuat pengelasan atau kategorikan
sesuatu maklumat yang ingin disampaikan. Hal ini dapat membantu dalam mengelaskan
idea utama dan penerangannya. Contohnya, dalam peta pokok tersebut, tajuk utamanya
ialah elemen merentas kurikulum. Lalu, diberi kepada tiga kategori, iaitu elemen kreativiti
dan inovasi, keusahawanan dan pendidikan kewangan. Daripada tiga kategori tersebut,
diberi contoh-contoh aktiviti di setiap kategori tersebut. Contohnya, aktiviti untuk elemen
kreativiti dan inovasi ialah kanak-kanak membuat aktiviti menghias kek dan mencipta robot
manakala untuk elemen keusahawanan diberi contoh aktivitinya ialah kanak-kanak bermain
aktiviti jual beli dan mengadakan karnival keusahawanan serta untuk elemen pendidikan
kewangan diberi contoh aktivitinya ialah kanak-kanak menabung wang pada setiap hari.
Oleh itu, peta pokok ini sesuai untuk menerangkan contoh-contoh aktiviti bagi setiap elemen
tersebut.

2
3.0 CADANGAN ALTERNATIF ALAT BERFIKIR
Selain daripada alat berfikir pemetaan i-THINK, terdapat alat berfikir yang lain dapat
digunakan untuk memberi penerangan mengenai elemen merentas kurikulum. Cadangan
alternatif alat berfikir yang dipilih ialah peta minda. Peta minda merupakan alat yang dapat
merangsang kemahiran berfikir di mana ia digunakan sejak dahulu untuk pelbagai bidang.
Peta minda dipilih sebagai cadangan alternatif kerana penggunaannya dapat ditulis dalam
bentuk gambar dan kata kunci, iaitu dapat membantu pelajar untuk mengingat dengan lebih
mudah kerana notanya ditulis dengan ringkas. Apabila menggunakan peta minda,
seseorang itu dapat membaca denngan mudah serta dapat memahami sesuatu konsep
kerana peta minda menggunakan warna dan rajah yang menarik dapat menarik minat untuk
membaca.

Tajuk elemen merentas kurikulum dapat digunakan dalam peta minda kerana memudahkan
pelajar untuk membaca dan penerangannya dapat diberi dalam apa-apa sahaja bentuk yang
diinginkan bedasarkan kreativiti seseorang itu. Melalui peta minda itu, pelajar dapat memberi
penerangan mengenai elemen merentas kurikulum dengan memberitahu tujuan atau ciri-ciri
elemen tersebut dengan disertai contoh-contoh aktiviti. Contohnya, tajuk keusahawanan
yang merupakan salah satu elemen merentas kurikulum dapat dijadikan sebagai topik dan
diberi penerangan mengenai definisi, tujuan dan contoh. Hal ini dapat memudahkan pelajar
untuk mengenal pasti definisi, tujuan dan contoh elemen tersebut. Oleh itu, peta minda
sesuai untuk digunakan dalam tajuk elemen merentas kurikulum kerana dapat membuat
pengelasan bagi setiap elemen merentas kurikulum.

4.0 KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Penggunaan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu dalam
kemahiran belajar kerana dapat memudahkan seseorang pelajar itu untuk membaca dan
mengingati maklumat yang terdapat dalam sesuatu alat berfikir. Hal ini disebabkan
penggunaan alat berfikir lebih tersusun, jelas dan mudah difahami berbanding melalui teks
atau karangan yang perlu dibaca berulang kali untuk mengenal pasti isi-isinya. Malah,
penggunaan alat berfikir dapat menarik minat seseorang itu untuk membaca maklumat yang
terdapat pada alat berfikir kerana rupa bentuk dan penggunaan warna yang menarik. Alat
berfikir dapat membuatkan seseorang itu berfikir dengan lebih luas kerana maklumat yang
diberikan adalah ringkas. Hal ini dapat membuatkan seseorang pelajar itu dapat berfikir
dengan sendiri mengenai sesuatu perkara berbanding seseorang yang belajar
menggunakan kaedah menghafal yang hanya bergantung kepada perkara yang dihafal itu.

3
Oleh itu, penggunaan alat berfikir dapat memberi keberkesanan kepada pelajar untuk
memperolehi sesuatu pembelajaran itu dengan lebih mudah.

5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, alat berfikir merupakan alat pembelajaran yang dapat memudahkan pelajar
untuk mengingati maklumat-maklumat penting mengenai sesuatu perkara. Hal ini
disebabkan penggunaan alat berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda dapat
memudahkan pembacaan serta memudahkan seseorang itu untuk membuat analisis dalam
menghasilkan sesuatu yang berkesan. Malah, alat berfikir dapat memberi seseorang itu
untuk berfikir lebih luas akan sesuatu topik yang dibaca. Oleh itu, penggunaan alat berfikir
dapat merangsang pemikran seseorang pelajar itu agar dapat memahami sesuatu tajuk
yang dipelajari dengan lebih mudah.

4
RUJUKAN

Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang. (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor

Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon dan Aliza Adnan. (2014). Kemahiran Belajar.

Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multiedia Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Membudayakan

Kemahiran Berfikir. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Peta Pemikiran

Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon dan Azhar Md. Sabil (2017). Penggunaan Peta Pemikiran

I-Think dalam Pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan

Malaysia, 42(1), 51-59.

Anda mungkin juga menyukai