Anda di halaman 1dari 10

BLHC4032 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF

SEM 2 2019/2020

TUGASAN BERKUMPULAN (15%)

ALAT PEMIKIRAN (PETA MINDA)

MUHAMMAD ZAKWAN BIN KHALID (B071710847)

NUR HANIS BINTI MUHAMAD RAFFIN (B071710217)

MOHAMAD FAHMI BIN SAPARI (B071710224)

MOHAMMAD KHAIRUL AZAHAR BIN RAMLI (B071710057)

TG MUHAMMAD AIMAN BIN TG JUHARI (B071710856)


1.0 Pengenalan

Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang
dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan. Dengan
menggunkan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas
dan mudah difahami. Yang tercakup dalam alat berfikir ini adalah Soalan dan penyolaan,
Pengurusan grafik , CoRT, Peta minda.

kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan,
kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti yang munasabah. Pemikiran kritis juga merupakan pembelajaran aktif
berkenaan pengamatan dan maklumat yang digunakan sebagai panduan untuk menilai dan
bertindak, pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru, pentafsiran pengetahuan
berasaskan pemerhatian dan penilaian, satu usaha untuk memahami pengetahuan berasaskan
bukti dan penaakulan, serta satu cara penilaian yang menuntut pemikir mengawal
pemikirannya

Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk


menggunakan pelbagai alat berfikir. Dengan menguasai penggunaan alat berfikir, pelajar
dapat menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran, malahan juga
dalam situasi harian. Sehubungan dengan perkara ini, guru perlulah mengaplikasikan
kemahiran menggunakan alat berfikir ini dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut
keperluan dan situasi yang sesuai. Memandangkan guru-guru di sekolah kekurangan masa
untuk mengajar atau mendedahkan ilmu pengetahuan tentang alat-alat berfikir ini, maka
penggunaan kaedah pembelajaran alternatif seperti penggunaan modul pembelajaran kendiri
adalah sangat digalakkan. Dengan ini, alatalat berfikir yang dicadangkan akan dapat
dimanfaatkan oleh pelajar sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mahu pun dalam
kehidupan harian
2.0 PETA MINDA

Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan
fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera,
pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003), peta minda
digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan
pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai “jaring” atau “penjaringan”, merancang dan
pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau dibandingkan dengan peta konsep yang
dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada 60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia
adalah lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.

Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini
digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua golongan
daripada yang sangat muda hingga kepada yang sangat tua di mana mereka ingin
menggunakan pemikiran dengan lebih berkesan. Matlamat Buzan adalaah untuk
membolehkan “Manual operasi Otak Manusia” dimiliki oleh seramai individu yang mungkin
di seluruh dunia. Kejayaan usaha ini kian dicapai menerusi ucaptama, media, penerbitan
(lebih daripada 90 tajuk setakat ini), perisian dan pusat-pusat latihan kursus Buzan.

Satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar atau sesiapa
sahaja yang berminat menggunakannya. Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan fakta-
fakta penting yang mahu diingati dalam bentuk lakaran tersendiri untuk memudahkan anda
memahami pelajaran. Anda sebenarnya menggunakan otak kanan anda seiring dengan
membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, anda berupaya
menukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.Sebenarnya minda
anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingatan,
anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80%
daripada segala yang kita lihat daripada apa yang kita dengar. Peta Minda digunakan bagi
menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta Minda yang dihasilkan adalah penting
mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana peta minda tersebut dihasilkan berdasarkan
kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.
Kesimpulannya, peta minda ialah gambar rajah yang mempersembahkan sesuatu idea,
perkataan, hal-hal yang berkaitan dan bersambung serta diwakili oleh kata kunci yang
penting sahaja. Peta minda telah dicipta pada 1960-an oleh Tony Buzan sebagai kaedah untuk
membantu pelajar mencatat maklumat. Kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai
satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara
teratur. Kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak dan dengan cara ini, dapat
meningkatkan lagi produktiviti dan ingatan memori. Ia merupakan teknik visual yang
memperkembangkan dan menghubungkaitkan satu idea dengan satu idea yang lain. Peta
minda bukan sahaja digunakan untuk digunakan dalam bidang pembelajaran, malah turut
digunakan dalam bidang korporat sebagai strategi perniagaan.
4.0 APLIKASI

Rajah 1 Contoh Peta Pemikiran

Rajah 2 Contoh Peta Pemikiran


4.0 Kelebihan dan Limitasi Peta Minda

Setiap alat-alat pemikiran yang ada mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang
tersendiri dan setiap kelebihan yang ada pada alat pemikiran Peta Minda harus digunakan
dengan sebaiknya. Berikut merupakan kelebihan dan limitasi Peta Minda yang harus
diketahui supaya setiap idea mudah untuk dilakarkan.

Kelebihan :

1. Peta Minda boleh membantu mengukuhkan lagi perkara yang dipelajari dengan
menghubungkan otak kiri dan kanan serentak.
2. Peta Minda sangat sesuai untuk mengingati subjek hafalan kerana peta minda
mengajar seseorang untuk melakarkan perkara yang diingati secara ringkas dan
tersusun.
3. Hanya menggunakan kata kunci yang penting bagi setiap perkara supaya senang
untuk diingati serta penggunaan simbol, warna dan gambar di Peta Minda dapat
meningkatkan daya ingatan.
4. Proses pembentangan menggunakan Peta Minda lebih mudah kerana ia tersusun,
mudah difahami dan memberi gambaran menyeluruh mengenai topik yang ingin
disampaikan.
5. Penyelesaian masalah yang sangat sesuai kerana Peta Minda membantu untuk
mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain.

Limitasi :

1. Mempunyai banyak cabang dan berselirat membuatkan ia tidak dapat dilihat secara
terperinci.
2. Memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan Peta Minda yang berwarna-warni,
meletakkan simbol serta gambar.
3. Individu harus memahami kata kunci yang ditulis supaya maklumat yang disampaikan
tepat.
5.0 AKTIVITI YANG DIGUNAKAN DALAM MENGAPLIKASIKAN ALAT
PEMIKIRAN PETA MINDA

Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat di jalankan dalam mengaplikasikan peta minda
ini, Peta minda ini mampu membekalkan keunikan dan potensi pemikiran berkuasa yang
mana mampu membuka pemikiran seseorang. Petaminda ini mampu berhubung degan
korteks yang melibatkan perkataan, imej,nombor,logic,muzik,warna dan kepekaan dengan
berkesan. Peta minda merujuk kepada satu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema dan juga
mengambarkan idea-idea penting serta dengan cadangan yang lain. Malah activity juga turut
terlaksana di sekolah, institusi dan tempat kerja.

1) Membuat nota sebuah topik

Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota bagi sesebuah topik untuk
suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya.

2) Guru boleh mengumpul data melalui petaminda

Membuat kajian antara isu-isu yang berbangkit dan menyenaraikan masalah yang ada
terhadap pelajar.

3) Kerja berkumpulan

Kerja berkumpulan ini terlaksana untuk membantu rakan memahami tugasan masing-masing.
Dan serta membuka idea pelajar didalm aktiviti berkumpulan memreka juga boleh memberi
cadagan yang terbaik.

1) Pembentagan

Selesai memberi aidia pelajr juga boleh membentang kan idea kepada rakan yag lain.

Peta Minda TONY BUZAN (2003)

 Grafik

 Keperlbagian warna

 Kesenian
 Kaunikan

6.0 PENUTUP

Pada pendapat dan pandangan dari pada saya, Penggunaan peta minda amat bagus di
gunakan bagi memudah kefaham dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam jangka
masa cepat. Alat pemikiran peta minda juga memudah kan untuk mendapat idea kerana
Teknik ini dapat mengukuhkan perkara yang di pelajari, dan dapat menhubungkan otak kiri
dan kanan dengan serentak. Selain itu, penggunaan peta minda dapat meningkatkan
kemahiran berfikir serta dapat meningkat kecerdasan seseorang. Peta minda juga dapat
memberikan pembelajaran berasaskan situasional / scenario dan perkara ini dapat
memberikan arah yang jelas kepada semua tetang sesuatu masalah yang hendak d selesaikan.

Setiap Teknik pemikiran mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Saya


merasakan Teknik peta minda di antara Teknik yang sangat bagus untuk di praktikan kerana
mempunyai tahap kefahaman dan proses penggunaan yang sangat mudah di gunakan pada
semua.
7.0 RUJUKAN

1. http://ainnazirah98.blogspot.com/2017/09/kebaikan-dan-kelemahan-peta-minda.html
2. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf
3. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4169/1/WAHIDAH_ABU_BAKAR.pdf
4. https://www.academia.edu/11038517/ALAT_BERFIKIR
5. http://cikguhasmida91.blogspot.com/2015/04/konsep-pemikiran-kritis-dan-
kreatif.html
8.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai