Anda di halaman 1dari 36

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

1.0

Pengenalan

Masyarakat perniagaan merupakan nadi pergerakan ekonomi sesebuah negara terutama negara yang sedang dan membangun seperti Malaysia. Sebagai salah satu bahagian penting dalam sesebuah negara, masyarakat perniagaan mempunyai dan fungsi yang penting dan tersendiri.

Sebenarnya masalah sosial merupakan urusan dan tanggungjawab utama bagi pihak pemerintah khususnya. Akan tetapi fungsi dan peranan masyarakat perniagaan juga besar. Contohnya pihak pemerintah membina kemudahan infrastruktur yang baik. Dengan infrastruktur yang baik itu membolehkan masyarakat perniagaan menjalankan urus niaga mereka dengan lebih berkesan dan berkembang maju.

Maka dengan ini, jelaslah bahawa hubungan antara pihak pemerintah dan masyarakat perniagaan sentiasa wujud dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Oleh itu, Pihak pemerintah menyediakan kemudahan bagi membolehkan masyarakat perniagaan memajukan perniagaan mereka. Dan jika sebaliknya masyarakat perniagaan pula

membantu pihak pemerintah melalui pembayaran cukai dari keuntungan. Semakin banyak keuntungan yang diperoleh oleh mereka, maka semakin tinggilah pendapatan negara hasil dari cukai tersebut.

Justeru itu, masyarakat perniagaan adalah perlu kukuh, cekap, agresif dan sihat. Dengan ini mereka berupaya membantu pihak pemerintah dalam meningkatkan kemakmuran. Ini bererti mereka mempunyai tanggungjawab social yang tersendiri dan tinggi. Untuk menjamin kebajikan masyarakat terpelihara, mereka mesti mengutamakan kebajikan masyarakat daripada kepentingan diri mereka sendiri.

Salah satu cara bagaimana kebajikan masyarakat pasti terjamim ialah mematuhi etika pengurusan perniagaan. Lantaran itu,semua pihak yang terlibat dengan pengurusan

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL perniagaan wajar mematuhinya termasuk majikan, pelanggan, pembekal, pemegang saham, masyarakat dan negara.

1.0.1 Konsep-Konsep Etika

Etika dari sudut Perspektif barat bermaksud " peraturan-peraturan yang menentukan apakah yang betul dan yang tidak betul ". Menurut Stoner & Freeman, 1989 , Etika membawa maksud sesuatu bidang yang mengkaji hak dan tanggungjawab manusia, dan asas-asas membuat keputusan .

Manakala terdapat pengertian lain bagi etika iaitu etika merujuk kepada bidang yang mengkaji apa yang manusia patut berusaha mendapat, apakah perkara yang baik bagi manusia dan apakah tindakan-tindakan yang dianggap baik (Donaldson & Werhane, 1993).

Menurut Frederick et. Al. 1988 , setiap peraturan-peraturan etika telah menjelaskan tentang bilakah sesuatu tindakan atau kelakuan itu boleh diterima atau dianggap salah. Maka dengan ini, Kebanyakan orang dikatakan mendapat panduan mengenai etika dan moral daripada kepercayaan agama, dan institusi-institusi seperti sekolah, dan organisasi-organisasi. Semua agen sosialisasi ini member pengalaman pembelajaran kepada individu dan mewujudkan konsepsi etika, moraliti dan kelakuan-kelakuan yang direstui masayarakat . Apabila diaplikasikan kepada bidang perniagaan, etika merujuk kepada pemahaman manusia tentang yang baik dan betul dalam hal-hal perniagaan ( Velasquez, 2006). Etika perniagaan tidak hanya menumpukan kepada keuntungan syarikat, tetapi meliputi juga pencapaian yang baik bagi manusia misalnya kepuasan pelabur, tahap employment yang lebih tinggi, atau peningkatan keupayaan memperbaiki suasana kerja (Donaldson & Werhane, 1988).

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Etika perniagaan juga bukanlah satu set peraturan etika yang berlainan daripada etika umum, akan tetapi merupakan aplikasi peraturan-peraturan etika kepada kelakuan dalam dunia perniagaan(Frederick et.al., 1988). Dari prespektif Islam, etika ialah falsafah tentang tingkahlaku manusia dilihat dari aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya. (Mohd Nasir Omar (1986). Etika juga merupakan bidang yang mengkaji kepercayaan-kepercayaan tertentu mengenai apakah kelakuankelakuan yang betul dan salah untuk tujuan diamal dan bukan semata-mata untuk pengetahuan. (Abdul Quasem, 1957). Kajian tentang kelakuan meliputi kelakuan terhadap Tuhan, sesame manusia, termasuk juga pembersihan jiwa daripada kesalahan-kesalahan dan proses mencantikkannya dengan amalan-amalan yang baik. Islam menyepadukan aspek-aspek kebendaan dan kerohanian melalui konsep Tauhid. Oleh itu, etika mengikut Islam tidak harus merupakan hanya satu penelitian tentang apakah yang betul dan salah dari segi moral. Etika melampaui dunia material dan bertujuan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Takrif ini berbeza sekali dengan takrif pengkaji-pengkaji moral zaman Greek yang menganngap moral sebagai berasaskan politik negara, di mana seseorang yang menjalankan tugasnya dengan baik sebagai seorang rakyat dikira seorang yang baik. Kaedah penelitian etika, mengikut Islam, tidak hanya terhad kepada pemikiran rasional sahaja sebagaimana dalam kes Barat, tetapi meliputi juga agama atau hukum Shariah. Pemikiran rasional dan agama saling menggenap di antara satu dengan lain; agama menunjukkan kebenaran manakala akal menolong memahami kebenaran itu( Al-Habshi, 1990). Dengan mengamalkan etika yang baik, jiwa seseorang itu dibersihkan daripada keburukan-keburukan dan mancapai taraf yang baik. Tujuan etika dalam Islam ialah untuk menaikkan martabat manusia ke satu tahap yang perlu untuk mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat.

1.0.2 Relativisme Etika

Apabila memperkatakan tentang etika, satu isu tradisional ialah relativisme etika, iaitu sama ada sesuatu nilai yang dipegang itu bergantung kepada siapa yang
3

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL menyokongnya, atau adakah boleh dikenalpasti nilai-nilai sejagat yang boleh diaplikasikan kepada semua orang. Isu ini juga berkait dengan relativisme budaya. Relativisme etika biasanya bergantung kepada satu konsep yang berkaitan, iaitu relativisme budaya. Cara orang berfikir tentang morality berbeza-beza mengikut kebudayaan kerana perbezaan adat resam, tradisi agama, dan pendidikan. Seorang relativis akan berhujah mengatakan tidak terdapat sesuatu prinsip etika yang hakiki dan sejagat, semua pertimbangan nilai adalah relative mengikut konteks budaya. Tegasnya, seseoarang relativis etika akan mendakwa tidak ada satu pendirian etika yang boleh mengaku lebih objektif atau sejagat daripada yang lain. Menurut Sumner ( 1988) adat resam yang mempunyai auroriti tradisional, menentukan apa yang betul. Morality sesuatu kumpulan terdiri dari larangan-larangan dan amalan-amalan dalam adat resam. Falsafah, pandangan hidup, hak dan morality semuanya lahir dari adat resam. Perkataan ethos digunakan oleh orang Greek untuk idea-idea, ukuran-ukuran dan kod-kod dengan mana dapat dikenalpasti sesuatu kumpulan. Etika merujuk kepada perkara-perkara yang berkait dengan ethos atau ukuran kebenaran. Orang-orang Rome pula menggunakan mores untuk adat dan ini mempunyai authoriti dan dianggap keramat. Ringkasnya, tiap-tiap adat dianggap baik untuk sesuatu tempat dan masa yang tertentu. Seseoarang yang berpegang kepada moral secara hakiki(absolutis) membezakan di antara apa yang difikir betul dengan apa yang sebenarnya betul. Misalnya, pasa satu ketika ramai orang fikir dunia ini leper. Padahal sebenarnya ianya bulat. Relativisme etika, jika dipercayai dengan serius, boleh merosakkan konsep morality itu sendiri. Semua kebenaran yang telah diterima sejagat akan jadi tidak bermakna lagi. Orang yang tidak akan mempunyai insentif lagi untuk berbuat baik. Mengikut seseorang relativis, membanding berbagai-berbagai bangsa dan zaman tidak mungkin boleh dibuat. Namun begitu, pada pendapat seseorang absolutis, boleh disbanding individu-individu yang hidup dalam satu-satu kelompok social. Ini ialah kerana tiap-tiap individu tersebut tertakluk kepada ukuran etika yang sama. Jika pihak relativis masih mengatakan tidak ada mana-mana pihak yang berhak menentukan ukuran betul salah, di manakah letaknya lokus ukuran itu? Adakah terletak
4

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL dalam bangsa, negara, kaum, keluarga, atau individu? Dalam satu-satu kampung pun terdapat banyak klik yang mempunyai ukuran sendiri. Kalau kita tidak boleh menafikan hak mana-mana pihak, kaum atau sebilangan manusia menentukan ukuran, maka akhirnya kita tidak boleh menafikan hak mana-mana individu untuk dinilai mengikut ukurannya sendiri. Justeru, jika tidak terdapat ukuran moral antara individu, maka tidaklah dapat kita mengatakan si A lebih baik moralnya daripada si B. Pihak yang mempertahankan pandangan absolutis, mengatakan jika seseorang percaya bahawa mana-mana ukuran moral adalah sama saja baiknya dengan ukuranukuran yang lain, sudah tentu mereka merumuskan bahawa ukuran moral mereka sendiri pun masih boleh dipersoalkan (tidak istimewa). Ini jelas boleh menyebabkan seseorang relativis terjerumus kepada ukuran moral yang lebih rendah. Walaupun susah menentukan apakah pandangan atau ukuran-ukuran sejagat tentang etika, terdapat beberapa perkara yang boleh dianggap sebagai moraliti sejagat. Ini termasuk menunaikan janji, tolong-menolong, menghormati orang(tidak memperalatkan mereka), menghormati harta orang dan tidak merosakkan (Stooner and Freeman, 1989).

1.0.3 Relativisme Etika Dalam Konteks Globalisasi Perniagaan

Isu ini menjadi kian penting akhir-akhir ini kerana perniagaan hari ini banyak berbentuk multinasional atau antarabangsa. Persoalan yang timbul ialah patutkah syarikat-syarikat antarabangsa mematuhi amalan-amalan di negara tuan rumah jika amalan-amalan ini bercanggah dengan amalan-amalan di negara sendiri. Mengikut sesetengah penyokong relativisme etika, rasuah tidak menjadi kesalahan jika amalan ini diterima di negara berkenaan (tidak diterima di negara sendiri) kerana mengikut falsafah ini, tidak ada ukuran sejagat atau nilai objektif sebagai pengukur prinsip moral negara-negara yang berlainan. Di samping itu, nilai juga relative di antara institusi-institusi, organisasi-organisasi atau amalan-amalan sosial yang berlainan. Sebagai contoh, satu pendapat relativisme etika mengenai rasuah diperingkat antarabangsa mengatakan undang-undang menyekat rasuah di luar negara (Foreign
5

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Corrupt Practices Act (FCPA) 1977) boleh diketepikan untuk mengelak kerugian yang lebih besar, iaitu kehilangan peluang Amerika berniaga di luar negara. Ini ialah kerana tanpa rasuah,Amerika dikatakan tidak dapat bersaing ( Hooker and Pastin, 1988). Pandangan di sebaliknya ialah hujah bahawa undang-undang menyekat rasuah tidak patut dilanggar melainkan dalam keadaan darurat( dan perniagaan Amerika belum berada dalam keadaan darurat). Justeru itu, jika FCPA dimansuhkan, ini seolah-olah menggalakkan dasar rasuah (Alpern, 1988). Berkaitan dengan isu gaji, satu persoalan yang timbul ialah samada patut dibayar gaji yang sama bagi pekerja Amerika di sebuah syarikat multinasional di Korea berbanding dengan pekerja Amerika di Amerika Syarikat dalam syarikat multinasional yang sama. Ada pihak berpendapat konsep layanan sama rata dianggap keterlaluan jika dipakai kerana ini akan menghapuskan peranan pasaran buruh antarabangsa dan juga insentif untuk syarikat-syarikat Amerika membuka perniagaan di negara asing ( Donaldson and Werhane, 1988). Mengenai isu persekitaran, jika kes itu jelas berbahaya, masalah tidak timbul. Misalnya, syarikat Amerika yang ingin mengeksport berjuta-juta tan sisa kimia beracun ke Afrika Selatan untuk diproses dan dibuang. Hujah yang berasakan hak mengatakan orang-orang Afrika berhak mendapat udara dan sekitaran yang bersih. Kes ini dikira tidak bermasalah kerana ianya jelas (sisa kimia itu beracun). Tetapi, di mana berlaku pencemaran yang lebih ringan yang melibatkan misalnya sulfur dioksida, kes ini lebih rumit. Masalahnya begini : adakah tahap pencemaran yang patut dibenarkan dalam sebuah negara yang sedang membangun( yang membenarkan beberapa kilang bekerja lebih masa untuk member pekerjaan kepada penduduk yang masih lapar), sama dengan tahap pencemaran yang ditentukan di Oregon, Amerika Syarikat. Untuk menyelesaikan masalah ini Donaldson and Werhane (1988) mencadangkan satu cara atau mekanisme interpretif : jika terdapat konflik di antara negara A dan negara B, dan jika amalan yang terlibat itu dianggap boleh diterima di negara B, tetapi tidak di negara A, maka terdapat dua kemungkinan. 1. Alasan moral yang diberi oleh negara B berkait dengan tahap ekonominya. 2. Alasan moral yang diberi oleh B tidak berkait dengan tahap ekonominya.

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Dalam kes pertama, misalnya diandaikan negara Afrika membenarkan pencemaran yang lebih atau bersetuju mengamalkan gaji minima yang lebih rendah. Di sini, Afrika berbuat demikian kerana pertimbangan ekonomi bukan kerana ianya tidak mahu piawai yang lebih tinggi. Di masa depan, apabila ekonominya bertambah baik, mungkin piawai tersebut dinaikkan. Justeru, konflik nilai dalam kes ini tidak berterusan( konflik jenis I). Dalam kes kedua, ekonomi tidak ada kaitan. Misalnya, di negara Arab, mengambil pekerja berasakan tali persaudaraan(nepotisme) tidak ada kaitan dengan ekonomi tetapi berkaitan dengan sistem puak dan keluarga. Oleh itu, di masa depan sekalipun, nepotisme terus diamalkan. Justeru itu, konflik nilai dalam kes ini akan berterusan (Konflik jenis II). Dalam konflik jenis I, untuk menetukan amalan itu boleh atau tidak boleh dilakakan, formula yang disarankan ialah prinsip reversibility. Sesuatu amalan itu dibenarkan jika penduduk-penduduk negara A akan bersetuju, di bawah keadaan ekonomi yang serupa dengan keadaan ekonomi di negara B, mengganggap amalan itu boleh dibenarkan. Dalam konflik Jenis II , amalan itu dibenarkan jika jawapan kepada kedua-dua soalan ini ialah tidak : i. Adakah boleh berniaga dengan Berjaya di negara B tanpa melakukan amalan yang terlibat ? ii. Adakah amalan itu melanggar hak asasi manusia?

Sebagai syarat tambahan, syarikat dari negara asal (A) patut menjelaskan pendirian nilainya dan bersedia berusaha mengubah amalan yang terlibat.

1.0.4 Pandangan Islam Tentang Relativisme Etika Dan Budaya

Sebagaimana telah dihuraikan di atas, relativisme etika timbul dari perbezaan budaya, waktu dan tempat. Adat atau amalan biasa sesuatu kelompok masyarakat merupakan satu daripada pengaruh yang kuat ke atas manusia, yang mempengaruhi nilai-nilai mereka terhadap sesuatu. Oleh itu, adat atau budaya dianggap oleh manusia
7

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL sebagai salah satu ukuran untuk menentukan buruk baiknya sesuatu amalan atau perkara. Islam tidak menolak adat secara total. Adat dianggap sebahagian daripada peraturan yang menyusun atur kehidupan, dan justeru itu, adat boleh mengikat dari segi undang-undang. (al-Imam Jalaluddin Abdul Rahman as-Sayuti,(t.t.)). Walaupun begitu, Islam mensyaratkan adat yang mengikat itu mestilah adat yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip al-Quran dan Al-Sunnah. Sebagai contoh praktis, dalam undang-undang kontrak Islam, dalam keadaan biasa, sesuatu penjualan dianggap sempurna setelah berlaku pertukaran barangan dengan wang

(atau media pertukaran). Tetapi jika misalnya di Malaysia memang menjadi amalan penjual menghantar sesetengah barangan yang dibeli ke rumah pembeli, maka adat ini dikira mengikat. Ini bermakna, penjual mesti menghantar barangan tersebut ke rumah pembeli(Nordin Muhamad and Ali Baharum, 1992).

2.0

Pendekatan Falsafah Dalam Etika Perniagaan

Dari perspektif Barat, terdapat beberapa pendekatan dalam etika perniagaan. Pendekatan falsafah menekankan tiga ukuran etika paling penting iaitu : i. ii. iii. Ukuran utilitarian Hak Keadilan
8

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Mengikut Velasquez (2006) prinsip utilitarian mengatakan sesuatu itu betul jika ianya mengurangkan kos sosial dan menambahkan manfaat sosial. Konsep hak pula menekankan bahawa kebebasan individu untuk berbuat atau mendapat sesuatu patut dihormati, manakala konsep keadilan menunjukkan jalan bagaimana mengagihkan manfaat dan beban dengan adil di kalangan anggota masyarakat. Mengikut konsep utilitarian, kos meliputi apa-apa keburukan yang tiak diingini (kesakitan, kematian, kejahilan, perasaan tidak puas hati) manakala manfaat merangkumi apa-apa yang diingini (kesihatan, nyawa, perasaan puas hati, ilmu, kebahagiaan). Manfaat bersih yang didapati daripada apa-apa tindakan dipanggil utility. Ringkasnya utilitarianisme merujuk kepada teori yang menyarankan supaya memilih mana-mana langkah yang memaksimumkan manfaat dan meminimumkan kos. Satu contoh kegunaan konsep utilitarinisme ini ialah oleh Majlis Mutu Alam Sekitar Amerika yang menggunakan analisis kos manfaat untuk menentukan tahap atau ukuran pencemaran yang dibenarkan. Keadilan dalam pengagihan bererti semua orang yang mempunyai kelayakan yang sama patut diberi layanan yang sama ( manfaat dan beban ). Kelayakan di sini bererti kelayakan yang relevan. Mana-mana ciri individu yang tidak relevan tidak diambilkira, misalnya warna kulit atau agama. Keadilan dalam pembalasan bererti hukuman yang sama dikenakan kepada manamana orang yang membuat kesalahan yang sama ( tiada pilih kasih) serta hukuman itu mestilah padan dengan kesalahan yang dilakukan, misalnya soal sama ada hukuman denda sekian jumlah ringgit padan dengan pencemaran yang dilakukan oleh syarikat terhadap sebuah anak sungai. Keadilan dalam pampas an pula member perhatian kepada cara yang adil memberi pampas an kepada mana-mana pihak yang kerugian akibat daripada kesalahan manamana pihak lain. Pampasan yang saksama ialah yang berkadaran dengan kerugian yang ditanggung. Satu cara untuk menentukan sama ada sesebuah masyarakat itu adil dicadangkan oleh Rawls(Rawls,1971). Rawls meminta kita menyoal melalui satu latihan berfikir, apakah peraturan sosial yang orang akan lakukan dalam sebuah masyarakat yang
9

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL mereka akan pergi walaupun mereka belum tahu apakah mereka akan jadi dalam masyarakat tersebut( sama ada menjadi lelaki, perempuan, kulit putih atau kulit hitam). Dalam latihan ini,seseorang itu mungkin menjadi golongan yang paling banyak mengalami diskriminasi. Oleh itu dia terpaksa membuat peraturan yang seasil-adilnya untuk masyarakat tersebut. Pendekatan yang merujuk kepada konsep-konsep hak, keadilan dan utilitarianisme apabila membincangkan etika perniagaan dipanggil pendekatan falsafah. Mengikut Steidlmeier (1992), pendekatan ini tidak dapat menarik minat orang-orang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai latar belakang yang kuat dalam falsafah atau teologi. Mereka memilih pendekatan yang pragmatic mencari rumusan yang boleh diterima ramai. Oleh sebab itu kadang-kadang terdapat percanggahan di antara penekananpenekanan kepada hak, utilitiarisme dan keadilan. Di samping itu mengikut pendapat Steidlmeier, pendekatan falsafah ini tidak bersasakan kepercayaan atau pandangan hidup. Berikut daripada komen di atas Steidlmeier memperkenalkan etika komunitarian. Etika ini menekankan persahabatan di kalangan manusia. Manusia sering memerlukan di antara satu sama lain. Cara perhubungan yang tidak beretika akan membawa kepada keadaan terasing di kalangan manusia. Manusia boleh terasing daripada diri mereka sendiri apabila mereka berangan menjadi orang lain. Mereka boleh terasing daripada orang lain - apabila persahabatan bertukar menjadi kebencian. Akhirnya,

manusia boleh terasing daripada cara pentadbiran sesbuah negara itu sendiri, misalnya, pemerintahan apartheid di Afrika yang tidak membenarkan perhubungan di antara kulit hitam dan kulit putih. Etika komunitarian bererti manusia berkongsi kebaikan bersama : bahasa, kebudayaan, keluarga dan agama. Ini melibatkan sikap penyayang. Sesorang yang mempunyai sikap penyayang akan cuba mencapai kepuasan diri dengan tidak melupakan kepuasan orang lain. Yang berlawanan dengan konsep ini ialah sikap tidak peduli, berdiam diri, dan tidak berbuat apa-apa dalam situasi yang memerlukan tindakan positif. Walau bagaimanapun, seperti diakui Steidlmeier sendiri, pendekatan

komunitariannya berasaskan tradisi falsafah hak asasi manusia dan kontrak sosial,
10

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL termasuk juga tradiri etika Judeo-Kristian. (Kontrak sosial berkait dengan konsep demokrasi dalam politik, pasaran bebas dalam ekonomi, dan kebebasan berpersatuan dalam masyarakat. Di antara ciri-ciri yang terdapat dalam model kontrak sosial ialah : kepentingan diri, keikhlasan dalam rundingan, menunaikan janji, dan peraturanperaturan yang saksama untuk semua orang).

3.0

Etika dan Keuntungan

Teori ekonomi menjelaskan bahawa objektif utama ekonomi ialah memaksimumkan keuntungan. Ini bererti masyarakat perniagaan pada asasnya sentiasa mencari keuntungan dan meningkatkan keuntungan. Bagi syarikat pula, berusaha mencari keuntungan bagi membolehkan pemegang saham mendapat dividen yang lebih. Pakar perunding pengurusan perniagaan berpendapat bahawa matlamat

perniagaan itu ada tiga : i. ii. iii. Menukarkan bidang pengeluaran Menukar keuntungan ikut kadar pengeluaran Menukar selera pengguna supaya membeli barangan yang ditawarkan oleh ahli perniagaan.

Peter Drucker ketika mengulas tentang matlamat pengurusan perniagaan yang tersebut di atas member teguran bahawa matlamat itu sekadar mencari jawapan yang betul kepada persoalan untuk mencari matlamat pengurusan perniagaan. Tetapi tidak mencari soalan yang betul. Sebab itulah masyarakat perniagaan selamanya tidak pernah dapat mengatasi semua masalah yang mereka hadapi dan tidak pernah mencapai semua matlamat itu tadi. Matlamat perniagaan sememangnya mudah dicapai pada teori dan di atas kertas, tetapi sukar ketika dilaksanakan. Dalam dunia perniagaan wujud pertentangan antara matlamat dengan kepentingan peribadi masyarakat perniagaan. Pertentangan itu ialah usaha mencari keuntungan yang maksimum dengan tanggungjawab sosial. Dalam pertentangan ini, masyarakat diseluruh dunia ada yang sanggup mengorbankan kepentingan masyarakat semata-mata mencari keuntungan. Sebab itulah dunia tidak
11

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL pernah sunyi daripada masalah pelbagai kecurangan, pelanggaran etika perniagaan, pelanggaran pelbagai kecurangan, pelanggaran undang-undang perniagaan,

meluasnya jenayah dalam perniagaan dan sebagainya. Justeru itulah etika pengurusan perniagaan diperlukan untuk membasmi dan memelihara pengurusan perniagaan dari kecurangan dan pelanggaran hak masyarakat. Adat berniaga itu mendatangkan keuntungan. Kebanyakan syarikat perniagaan mengalami keuntungan di seluruh dunia sejak dulu hingga kini. Di Malaysia contohnya dalam tahun 1989 menyenaraikan beberapa syarikat gergasi yang mendapat keuntungan besar. Di antaranya ialah : (i) Nestle (M) Bhd mendapat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM 92.637. Keuntungannya meningkat sebanyak 18.5% dari tahun 1988. (ii) Imperial Chemical Industries mendapat keuntungan besar dan mempunyai peluang yang cerah untuk memperluaskan lagi empayar perniagaanya ke seluruh Asia dalam tahun 1990-an dan menjelang tahun 2000. (iii) ICI yang merupakan salah sebuah syarikat Britain terbesar di rantau ini mendapat pulangan dalam tahun 1989 berjumlah 13.17 billion paun. Meningkat sebanyak 17.70% dari tahun 1988. (iv) MBF Finance Bhd. Mendapat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM42.84 juta dalam tahun 1989 dengan kadar pulangan berjumlah RM23.59 juta. (v) Public Bank Bhd pula mendapat keuntungan yang meningkat sebanyak 31.1%. Sebelum cukai berjumlah RM86.03 juta dalam tahun 1989 sedangkan tahun sebelumnya (1988) mendapat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 65.06 juta. (vi) The Malaysian International Shipping Corporation (MISC) pula

menyenaraikan keuntungan seperti berikut : 1986 sebanyak RM 243.0 juta 1987 sebanyak RM 288.3 juta 1988 sebanyak RM 391.6 juta (vii) Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan keuntungan bersih pada 31 Ogos 1989 sebanyak RM 650 juta. Mendapat pulangan sebanyak RM2.7 billion dan memiliki harta sebanyak RM 10 billion.
12

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

3.0.1 Amalan Perniagaan Tidak Beretika

Walaupun kebanyakan syarikat perniagaan mendapat keuntungan yang menggalakkan, tetapi malangnya banyak amalan perniagaan yang tidak beretika berlaku dalam tahun 1990-an di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya. Di antara contoh yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Pembelian oleh jabatan kerajaan yang tidak mengikut peraturan Skim cepat kaya yang telah melesapkan sejumlah besar duit pelabur Isu alam sekitar iaitu pencemaran alam oleh industri Peguam yang melarikan wang pelanggan Pemaju perumahan yang mengambil duit berjuta ringgit dari pembeli rumah,tetapi rumah belum disiapkan. (vi) (vii) Jualan murah yang palsu Barangan yang dijamin bermutu tinggi,tetapi tidak berkualiti seperti mana yang didakwa (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii) Mengubah alat timbang Iklan yang mengandungi unsur penipuan Barangan tiruan terhadap jenama yang terkenal dan mahal Jualan secara pos yang berakhir dengan secara penipuan Pengedaran dadah Syarikat-syarikat terkenal menggunakan cara jualan yang dilarang dari segi undang-undang sepeti sistem piramid Kecurangan dalam perniagaan yang melanggar etika perniagaan yang merupakan salah satu gejala dan penyakit masayarakat pada masa kini. Ia terus berlaku dan berleluasa kerana tiada satu undang-undang dan etika yang secara mutlak berupaya menghapuskannya. Sebab itulah skandal dalam pengurusan perniagaan kian hari kian meningkat dan tidak pernah surut.

13

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Pakar pengurusan perniagaan memberi dua faktor yang mendorong mengapa amalan curang dalam perniagaan semakin meningkat: (i) Perasaan tamak,rakus dan ingin cepat kaya mengusai hati dan diri mereka yang terlibat dengan perniagaan. (ii) Cabaran dan tekanan dalam dunia perniagaan yang sentiasa wujud persaingan. Kesannya adalah berlakunya amalan tidak beretika dalam pengurusan perniagaan seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Memalsukan laporan dan kos Mengambil rasuah Menyembunyikan fakta penting Menyalahgunakan wang syarikat Tidak patuhi arahan dan kawalan Penipuan dalam jualan Penipuan dalam iklan Penyelewengan arahan Memasukkan barangan tidak selamat kepada pengguna

Persoalan timbul kenapa hal ini berlaku? Sedangkan mereka memiliki potensi,kejujuran,kebijaksanaan dan bertimbang rasa. Lantas berubah menjadi jujur dan suka menipu. Masalah ini boleh diatasi jika mereka terlibat dalam pergurusan perniagaan memiliki cirri-ciri berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Keupayaan kenal isu etika Kepercayaan kepada diri sendiri Jiwa yang kuat Hati kecil yang kuat Disiplin diri yang kuat Berupaya membuat keputusan yang baik

Adakah etika itu bertentangan dengan keuntungan? Atau benarkah jika mematuhi etika, perniagaan tidak boleh mendapat keuntungan? Persoalan ini telah
14

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL dianalisis dan diselesaikan oleh pakar pengurusan perniagaan. Ada peguam yang melakukan penyelidikan dan berpengalaman selama 30 tahun dalam perniagaan guaman menjelaskan bahawa etika dan keuntungan tidak bertentangan malah bersesuaian. Malah etika membawa keuntungan. Sebelum perbincangan lebih lanjut yang membuktikan bahawa etika membawa keuntungan dalam perniagaan, di sini terlebih dahulu dikemukakan definisi untung. Untung ialah faedah, perolehan, keuntungan dan pendapatan yang diperoleh dari pelaburan dalam bursa saham, bon dan sebagainya yang ditolak modal. Umumnya, keuntungan itu ialah pulangan dari pelaburan. Dari kaca mata perdagangan, keuntungan dikira secara tahunan yang dinyatakan dalam akaun untung dan rugi. Pelbagai definisi keuntungan yang pernah diberi, tetapi tiada satu definisi yang mutlak dan tunggal. Terpulang kepada keadaan, tempat, masa dan kaca mata mana yang digunakan. Etika sebenarnya menjamin keuntungan. Hal ini disebabkan pematuhannya memelihara semua hak pihak yang terlibat dalam perniagaan. Contohnya Mc Donnel Douglas, Chemical dan K, Dow Corning dan sebagainya yang membelanjakan wang yang banyak di Amerika Syarikat untuk meningkatkan penghayatan dan pematuhan etika di kalangan masing-masing dengan mengadakan kursus, latihan, perbincangan, dan sebagainya mendapat keuntungan besar. Sebaliknya, syarikat yang sering melanggar etika pengurusan perniagaan menanggung risiko kerugian yang lebih besar jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperoleh melalui kegiatan tidak beretika. Sesebuah syarikat boleh menipu ramai pelanggan, tetapi tidak boleh tipu semua pelanggan. Sesuatu kecurangan jika dilakukan selalu, akhirnya terbongkar juga. Syarikat itu atau kakitangannya terdedah kepada tindakan undang-undang. Nama baik syarikat dan pekerja itu akan terjejas dengan banyaknya. Akibatnya syarikat itu akan disenaraikan atau diambil tindakan oleh mahkamah yang berakhir dengan penutupan dan sebagainya. Dengan ini syarikat itu akan mengalami kerugian lebih besar dan buat selama-lamanya.

3.0.2 Kod Etika

15

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Kod Etika ialah pernyataan-pernyataan mengenai norma (kebiasaan) dan kepercayaan yang dipegang oleh sesebuah organisasi. Norma-norma dan kepercayaan ini secara umumnya dicadang, dibincang dan ditafsirkan oleh para pegawai atasan dalam sesebuah firma dan kemudiannya akan diterbit dan diedarkan kepada semua kakitangan. Penjelasan mengenai norma dan kepercayaan. Kod-kod Etika Norma Norma adalah standard perlakuan; ia adalah cara bagaimana para pegawai atasan sesebuah organisasi mahukan kakitangan mereka bertindak apabila

berhadapan dengan situasi tertentu.

Contoh norma dalam etika ialah:

Pekerja / kakitangan syarikat tidak dibenarkan menerima hadiah peribadi bernilai lebih RM 25 dari mana-mana rakan perniagaan, dan mereka dikehendaki berkongsi membayar harga makanan / hiburan sekiranya bayaran yang dikenakan berjumlah lebih RM 25 seorang. Norma dalam kod etika biasanya dalam bentuk

pernyataan-pernyataan yang negatif kerana adalah lebih mudah untuk menyenaraikan perkara-perkara yang

seseorang itu tidak boleh lakukan berbanding perkara yang mereka boleh lakukan. Kepercayaan Kepercayaan dalam kod etika adalah ukuran / standard pemikiran. Ia adalah cara berfikir yang dikehendaki digunakan oleh kakitangan syarikat sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai-pegawai atasan mereka. Ia bukanlah tapisan (censorship). Tujuannya ialah untuk

16

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL menggalakkan cara dan corak berfikir yang akan membawa ke arah kelakuan-kelakuan yang dikehendaki. Akhirnya, kepercayaan dalam kod etika biasanya

dinyatakan dalam bentuk yang positif. Contohnya: Tanggungjawab utama kita ialah para pelanggan kami berharap untuk menjadi warga yang baik untuk setiap komuniti / masyarakat tempat kami beroperasi Contoh kod etika ditunjukkan pada lampiran A (pg 39) dan (pg 40)

Adakah Kod etika berkesan? Adakah ia mampu memaklumkan semua kakitangan tentang standard moral yang telah dipilih lembaga pengarah. Tidak semestinya. Masalahnya, agak mustahil untuk menetapkan norma dan kepercayaan sesebuah organisasi yang memuaskan hati semua kumpulan berkaitan pengundi (pekerja, pelanggan, pembekal, pengedar, pemegang saham dan orang ramai) tanpa menyinggung mana-mana salah satu pihak tersebut. Agak mustahil untuk sesebuah organisasi berkata: bahawa ia menganggap para pekerja berperanan dalam memastikan kejayaan syarikat berbanding pemegang-pemegang saham. Tanpa merisaukan pemegang-pemegang saham bahawa para pekerja mereka telah menganggap keuntungan dan dividen menjadi factor ke 2. Kerana itu, kod etika biasanya dalam bentuk yang umum, dengan menyatakan kewajipan kepada setiap kumpulan tanpa ada yang diberi keutamaan.

17

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Masalah asas dengan kod etika ini ialah ia tidak membentuk garis keutamaan di antara norma dan kepercayaan. Keutamaan adalah nilai sebenar sesebuah firma. Contohnya: katakan pengurangan mengurangkan jualan satu bahagian dalam syarikat berhadapan dengan masalah dan keuntungan. pengurusan Persoalannya pertengahan adakah dan mereka harus kos-kos

kakitangan

memotong

penyelenggaraan seperti bil elektrik, air dll. Satu contoh keputusan pengurangan kakitangan yang klasik. Kod etika menyatakan bahawa kita harus menghormati para pekerja tapi pada masa yang sama ia juga menyatakan bahawa kita mengharapkan keuntungan yang memuaskan. Jadi bagaimanakah kita akan bertindak? Apakah keuntungan memusakan yang dimaksudkan dalam contoh ini? Kod etika tidak dapat menjawabnya. Dilema etika adalah konflik antara ekonomi dan prestasi sosial. Prestasi sosial merujuk kepada kewajipan kepada pekerja, pelanggan, pembekal, pengedar dan orang awam. Kod etika bagi menyatakan bentuk kewajipan yang dikehendaki oleh para pegawai atasan terhadap kumpulan-kumpulan ini, tetapi mereka tidak dapat membantu pekerja pertengahan atau pekerja bawahan memilih antara kumpulan atau diantaa prestasi ekonomi dan prestasi sosial.

3.0.3 Kod Etika Pengurusan Perniagaan Ia telah diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1982 oleh pihak berkuasa. Di antara tujuan utama kod etika perniagaan itu adalah seperti berikut: (i) Menyediakan garis panduan kepada masyarakat niaga untuk mematuhi nilai dan etika perniagaan yang baik dan tahap moral yang tinggi sesuai dengan semangat rukun negara untuk mencapai objekltif sosio-ekonomi negara. (ii) Untuk menetapkan tahap tingkah laku etika untuk semua jenis perniagaan. Dengan ini semua kepentingan mereka yang terlibat. Dalam masa yang sama perniagaan dapat dipertingkatkan.
18

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL (iii) Untuk menekankan tentang penghayatan dan pengamalan tahap etika yang tinggi dalam amalan perniagaan yang membolahkan pengguna memberikan sokongan kepada masyarakat perniagaan. (iv) Untuk menyokong memperkukuhkan kewujudan kod etika perniagaan yang tersendiri. Etika pengurusan perniagaan pada umumnya mempunyai kod etika seperti berikut : (i) Perniagaan mestilah mengiktiraf hak pengguna untuk memiliki, didengari, memperbetulkan maklumat, menerima ganti rugi, mendapat pendidikan sebagai pengguna dan menikmati persekitaran yang sihat dan selamat. (ii) Tanggungjawab utama ialah kejujuran, beretika dan menjauhkan diri dari amalan penipuan. (iii) Sebarang perjanjian secara lisan atau bertulis yang palsu, salah, ada penipuan atau wujud persaingan yang tidak sihat atau tawaran untuk menjual atau memberi perkhidmatan yang tidak jujur perlu dielakkan. (iv) Semua amalan perniagaan mestilah mematuhi prinsip-prinsip persaingan adil, khususnya dari segi istilah, persembahan, cara pengedaran dan pemenuhan segala tanggungjawab. Dengan adanya garis panduan kod etika pengurusan perniagaan itu, membolehkan semua pihak yang terlibat dengan pengurusan perniagaan membuat keputusan yang tepat apabila timbul sesuatu masalah berkaitan dengannya. Namun demikian, wujud pelbagai masalah pada ketika dan suasana tertentu apabila diselubungi kesamaran, maklumat yang tidak lengkap, pandangan yang berbeza dan tanggungjawab yang bercanggahan. Justeru itu, keputusan etika mestilah merupakan satu proses membuat keputusan berdasarkan kepada tujuan dan kod etika yang wujud dan disokong oleh pengalaman, kebijaksanaan dan memperagakan pihak yang membuat keputusan itu.

3.0.4 Kod Etika Pengarah Syarikat

19

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Dalam melaksanakan kewajipannya, seorang pengarah hendaklah pada setiap masa mematuhi kod yang berikut: A. Pentadbiran Korporat i) Hendaklah mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat dan tujuan, keupayaan dan kapasiti syarikat; ii) Hendaklah menumpukan masa dan usaha untuk menghadiri mesyuarat dan untuk mengetahui apa yang dikehendaki daripada lembaga dan setiap pengarahnya, dan untuk menunaikan fungsi-fungsi itu; iii) Hendaklah memastikan pada setiap masa bahawa syarikat diuruskan dengan sepatutnya dan dikawal dengan berkesan; iv) Hendaklah mengikut perkembangan hal ehwal syarikat dan dimaklumkan tentang pematuhan syarikat akan perundangan yang relevan dan kehendak kontrak; v) Hendaklah bertegas supaya dimaklumkan tentang segala yang penting kepada syarikat supaya pengurusan korporat menjadi berkesan; vi) Hendaklah menghadkan dirinya menjadi pengarah syarikat kepada suatu bilangan yang dia boleh menumpukan dengan sebaiknya, masanya dan keberkesanannya; setiap pengarah menjadi hakimnya sendiri tentang keupayaannya dan bagaimana sebaiknya menguruskan masanya secara berkesan dalam syarikat yang dalamnya dia menjadi pengarah; vii) Hendaklah mempunyai akses kepada nasihat dan perkhidmatan setiausaha syarikat yang bertanggungjawab kepada lembaga untuk memastikan prosedur, kaedah dan peraturan yang sepatutnya dipatuhi; viii) Hendaklah pada setiap masa melaksanakan kuasanya bagi maksud yang ia diberikan demi faedah dan kejayaan syarikat;

20

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL ix) Hendaklah menzahirkan dengan serta merta segala kepentingan kontrak sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dengan syarikat; x) Hendaklah tidak mengalihkan untuk manfaatnya sendiri apa-apa peluang perniagaan yang sedang diusahakan oleh syarikat, atau boleh digunakan olehnya maklumat sulit yang diperolehi oleh sebab jawatannya untuk manfaatnya sendiri atau orang lain, xi) Hendaklah pada setiap masa bertindak dengan suci hati sesungguhnya kepada syarikat dalam apa-apa transaksi dan bertindak dengan jujur dan bertanggungjawab pada melaksanakan kuasanya dalam menunaikan kewajipannya; dan xii) Hendaklah sedia memberi keputusan yang bebas dan jika perlu, secara terang menentang jika kepentingan syarikat menghadapi risiko.

B. Hubungan dengan Pemegang Syer, Pekerja, Pemiutang dan Pelanggan i) Hendaklah peka dengan kepentingan pemegang syer, pekerja, pemiutang dan pelanggan syarikat; ii) Hendaklah pada bila-bila masa menggalakkan profesionalisme dan meningkatkan kecekapan pengurusan dan pekerja; dan iii) Hendaklah memastikan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi dan menyediakan perlindungan sepatutnya kepada pekerja di tempat kerja. C. Tanggungjawab Sosial dan Alam Sekitar i) Hendaklah memastikan bahawa langkah-langkah yang perlu diambil mengikut undang-undang untuk menggulung atau memotongkan daftar syarikat jika syarikat itu tidak memulakan perniagaan atau telah terhenti daripada menjalankan perniagaan dan tidak mungkin akan memulakan perniagaan di masa akan datang atau menjalankan semula perniagaan mengikut mana-mana yang berkenaan;

21

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL ii) Hendaklah mengamalkan sikap objektif dan positif dan memberi kerjasama seerateratnya demi kebaikan bersama apabila berurusan dengan pihak berkuasa kerajaan atau badan yang mengawal selia; iii) Hendaklah memastikan penggunaan sumber alam secara berkesan, dan memperbaiki kualiti hidup dengan menggalakkan tanggungjawab sosial korporat; iv) Hendaklah lebih proaktif kepada keperluan masyarakat dan memberi bantuan dalam program-program kemasyarakatan selaras dengan aspirasi konsep 'Masyarakat Penyayang' dalam Wawasan 2020; dan v) Hendaklah memastikan agar aktiviti-aktiviti dan operasi syarikat tidak memudaratkan masyarakat keseluruhan serta membantu untuk memerangi inflasi.

3.0.5 Jawatan Ombusman Ombusman ialah seorang di dalam organisasi, biasanya agak berumur / senior dan seorang pengurus yang dihormati, hampir bersara, telah berhenti dari tanggungjawab operasi dan ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada pekerjapekerja lebih muda mengenai hal-hal berkenaan masalah kerjaya, kesukaran yang dihadapi organisasi dan isu-isu etika. Ombusman adalah bahasa Sweden, ia merujuk kepada agen kerajaan di Sweden yang diberi tanggungjawab khusus untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh

22

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL individu-individu terhadap kakitangan awam yang menyalahgunakan kuasa atau bertindak tanpa pertimbangan yang wajar. Adakah jawatan Ombusman ini berkesan? Sekali lagi tidak semestinya. Masalah individu yang membuat aduan mengenai insiden itu tidak benar, bebas dari kesan aduan kemudian hari. Kita boleh andaikan bahawa Ombusman itu umumnya diasingkan dari bercakap dengan pesalah, tetapi pemberi maklumat biasanya akan diketahui. Ia haruslah seseorang dalam organisasi yang mempunyai sumber maklumat tentang amalan tersebut dan bertanggungjawab untuk amalan tersebut dalam tempoh 30 hari sebelumnya. Ombusman tidak perlu risau mengenai kesan siasatan, tetapi pemberi maklumat itu mungkin akan menerima akibat aduan.

3.0.6 Punca-punca Kelakuan Tidak Beretika Kita telah melihat bahawa kod etika dan Ombusman, kedua-duanya masih tidak dapat memastikan bahawa standard moral yang telah dipilih oleh presiden dan lembaga pengarah. Sesuatu standard moral akan dipatuhi oleh kakitangan firma tersebut. Contohnya: punca-punca kenapa pengurus produk di General Elektrik menipu kerajaan dan alasan-alasan kenapa pengurus kawasan di E.F. Hutton menipu bank. Dan kita akan melihat sama ada kita dapat menghapuskan punca-punca ini. Di General Elektrik, General Dynamic, E.F. Hutton dan The Thorp Division of ITT, pengurus-pengurus yang menipu kerajaan bukanlah contoh-contoh ketidakjujuran dalam pengurusan.Tiada bayaran, percutian atau pemberian hadiah. Tetapi faedah itu datang secara langsung. Adalah perlu untuk kita memahami faedah secara tidak langsung ini, kerana inilah punca kelakuan tidak beretika dalam organisasi. Sekiranya anda seorang pengurus yang perlu menyelesaikan masalah tingkahlaku tidak beretika dalam organisasi anda. Bagaimana anda menyelesaikannya? Kebanyakkan syarikat besar pada hari ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian biasanya mempunyai produk line tertentu dan prosesproses pengeluaran tertentu. Pembahagian struktur sebegini umumnya mengamalkan pembahagian kuasa; bidang kuasa untuk produk, pasaran dan perubahan dalam
23

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL proses diberikan kepada pengurus-pengurus bahagian, yang secara tidak langsung dipertanggungjawabkan ke atas prestasi ekonomi. Terdapat 2 masalah utama yang dihadapi oleh organisasi-organisasi yang dibahagi dan menggunakan pengagihan kuasa seperti di atas: Pertama: hubungan antara bahagian (dalam pengeluaran, pasaran, proses @ teknologi) tidak dapat dimanfaatkan sebagai asas kepada ekonomi skala @ ekonomi bidang kerana persekitaran berbeza antara bidang-bidang tersebut. Kedua: Pengurusan korporat dalam struktur desentralisasi (pembahagian kuasa) mempunyai sedikit kawalan ke atas strategi-strategi dalam bahagian-bahagian tersebut hinggalah sesuatu kejayaan besar @ kegagalan yang teruk dialami. Ia akan menjadi fungsi ulasan / tinjauan yang tidak berkesan. Pengurusan masalah-masalah ini membawa kepada perubahan-perubahan dalam

pengurusan pembahagian syarikat bermula sekitar 1975.

4.0

Tanggungjawab Sosial Korporat

CSR (Corporate Social Responsibility) atau lebih tepat Tanggungjawab Sosial Korporat merupakan satu kegiatan amal yang lazimnya dijalankan oleh syarikat korporat bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Konsep
tanggungjawab sosial korporat (CSR) adalah inovasi dan dinamika terkini syarikat-syarikat 24

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL


besar di seluruh dunia dan trend ini turut mempengaruhi badan korporat di Malaysia. Jika dilihat pada definisi tanggungjawab sosial korporat

ini, ianya mempunyai beberapa definisi.

Tanggungjawab social korporat ini dikaitkan dengan menjalankan sebuah perniagaan berdasarkan kepada perlakuan yang berkaitan dengan nilai etika dan sejajar dengan keperluan sah. Yang paling penting ialah menunjukkan perasaan hormat kepada masyarakat, alam sekitar dan manusia. Selain daripada itu, ia juga dikaitkan sebagai pemasaran berdasarkan tujuan untuk menjalinkan satu persefahaman yang berpanjangan dan strategic antara perniagaan dengan kumpulan NGO untuk membentuk pemasaran berdasarkan imej, produk, perkhidmatan dan sebagainya (Ogilvy:2006).

Menurut laman sesawang Wikipedia, Badan Pembuat Dasar dan Penyelidikan, Lembaga Pembangunan Ekonomi Amerika Syarikat pada tahun 1971 telah

mendefinisikan prinsip CSR sebagai "mempunyai ramai wakil kumpulan yang berkepentingan yang menganggotai struktur pentadbiran korporat yang turut terlibat sama dalam proses pemutusan ( membuat keputusan), melibatkan keseluruhan perusahaan dengan perubahan keperluan masyarakat, mengimbangkan kepentingan pemegang saham dengan kepentingan masyarkat (pengguna); mengolah polisi dan amalan korporat supaya lebih positif; dan menekankan firma-firma yang menyumbang dalam usaha-usaha menyelesaikan masalah dan penyakit sosial di samping menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa".

Merujuk kepada definisi tersebut melihatkan betapa pentingnya syarikat korporat melalui inisiatif bijak mereka melaksanakan sesuatu yang mampu memberikan impak dan momentum positif kepada rakyat secara keseluruhan, yang merupakan pendokong dan pendorong utama kewujudan sesebuah institusi tersebut.

4.0.1 Tanggungjawab Sosial Korporat oleh Petronas

25

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang telah dipilih oleh Petronas Dagangan Berhad untuk projek CSR (Corporate Social Responsibilty). Perbincangan di antara pihak sekolah dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah bermula seawal bulan Februari 2010 lagi. Mengikut perancangan, PDB akan menyumbang beberapa program dan bahan untuk murid-murid dan warga sekolah ini. Antara lain;

1. Mengadakan dan menaja program motivasi untuk semua murid Tahun 6 selama 2 hari pada 26 dan 27 Jun 2010.

2. Menyumbang buku-buku bacaan dan mewujudkan Perpustakaan Mini di Pusat Sumber Sekolah.

Lebih 20 orang tenaga fasilitator akan berkampung di sekolah selama 2 hari tersebut. Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai PDB dari seluruh negara termasuk KLCC K.Lumpur, P.Pinang, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Bahkan mereka bertugas di pelbagai unit - pemasaran, kewangan, IT dan lain-lain.

1. Mengadakan dan menaja program motivasi untuk semua murid Tahun 6 selama 2 hari pada 26 dan 27 Jun 2010.

26

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Building Leaders Program - CSR Program PDB

27

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

2.

Menyumbang

buku-buku

bacaan

dan

mewujudkan Perpustakaan Mini di Pusat Sumber Sekolah.

28

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

5.0

Kesatuan Sekerja Sejarah Kesatuan di barat Sekerja apabila

telah

bermula

tercetusnya

Revolusi

Perindustrian

yang mengakibatkan perkembangan

pesat

kilang-kilang ini

industri. telah banyak

Perkembangan mengakibatkan

ketidakadilan dan penindasan telah dilakukan terhadap oleh pihak majikan Untuk

pekerjanya.

menjaga kebajikan pekerja daripada


29

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL ditindas oleh pihak majikan kesatuan sekerja telah diwujudkan untuk mewakili hak-hak dan kepentingan pekerja. Di peringkat awal pergerakan kesatuan sekerja sering dikaitkan dengan unsur-unsur keganasan dalam memperjuangkan kebajikan pekerja. Malah pada satu ketika kesatuan sekerja sering dikaitkan dengan pergerakan komunis dan penubuhannya tidak digalakkan. Walau bagaimanapun semuanya ini telah berubah apabila penubuhan kesatuan sekerja dianggap sebagai satu saluran sah untuk pihak majikan dan pekerja mewujudkan hubungan terutamanya untuk membincangkan masalah kebajikan pekerja. Kesatuan Sekerja ialah satu persatuan pekerja yang bekerjasama untuk mencuba memperbaiki keadaan kerja mereka. Ia adalah pertubuhan bebas secara sah yang dibentuk oleh pekerja yang berada dalam bidang pekerjaan yang sama; atau organisasi yang sama; atau dalam jabatan yang sama; atau dalam satu gabungan industri yang sama; atau satu gabungan kesatuan yang lebih luas iaitu meliputi peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja. Di Malaysia, Akta Kesatuan Sekerja 1959 Seksyen 2 menyebut bahawa: " Kesatuan sekerja ialah apa-apa pertubuhan atau gabungan pekerja dan majikan yang tempat bekerja atau majikan itu adalah di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak dan boleh dibentuk dalam mana-mana pertubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa sama ada secara sementara ataupun tetap." Tujuan penubuhannya pula hendaklah mempunyai satu atau lebih daripada tujuantujuan berikut:

30

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL i. Menjadi penghubung di antara pekerja dengan majikan, pekerja dengan pekerja dan majikan dengan majikan; ii. iii. Menjadi wakil sama ada pekerja atau majikan dalam pertikaian perusahaan; Menjalankan atau mengendalikan urusan mogok dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dan iv. Menaja, mengelola atau membiayai mogok.

Kesatuan Sekerja merupakan sekumpulan pekerja yang bersatu untuk mendapatkan syarat pekerjaan yang lebih baik. Kesatuan Sekerja bermula di Eropah dalam abad yang lalu tetapi hanya diperkenalkan di Malaya dalam tahun-tahun 1920-an. Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menyatakan dengan jelas bahawa para pekerja di Malaysia mempunyai hak untuk menyertai dan membentuk kesatuan sekerja. Pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana mereka sedar bahawa secara kolektif mereka akan berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka meminta gaji lebih dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Pekerja biasa sebagai seorang individu mempunyai kuasa penawaran yang sedikit. Biasanya, dia memerlukan pekerjaannya lebih daripada majikan memerlukan. Pekerja yang disokong oleh kesatuan boleh menggunakan jentera dan prosedur-prosedur yang digunakan oleh kesatuan sekerja untuk memperbaiki syarat-syarat ahli-ahlinya. Tambahan lagi, kesatuan sekerja mengambil langkah-langkah bagi melindungi hak-hak ahlinya. Jika pengurusan cuba menindas seseorang pekerja atau

mendiskriminasi sesebuah kumpulan pekerja, kesatuan sekerja akan mengambil tindakan bagi menghaentikan amalan-amalan yang tidak adil seperti ini. Kesataunkesatuan sekerja menasihati ahli-ahlinya tentang hak-hak mereka. Jika seseorang pekerja percaya dia tidak dilayan dengan baik oleh pihak pengurusan; jika dia tidak berapa suka dengan keputusan mengenai pertukaran, kenaikan pangkat, waktu-waktu kerja atau perkara-perkara peribadi lain yang berkaitan dengannya, dia boleh meminta kesatuan sekerjanya menyiasat dan mengambil tindakan yang sesuai.

31

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Kesatuan Sekerja bukan hanya berminat mengenai kehidupan ahli-ahli mereka semasa waktu bekerja tetapi juga secara meluas menggalakkan kerajaan bagi meluluskan perundangan dan memperkenalkan polisi-polisi yang akan memberi faedah kepada pekerja-pekerja pada amnya. Oleh itu, antara aktiviti kesatuan sekerja adalah peningkatan kerjaya.

PENINGKATAN KERJAYA Latihan Pembangunan sumber manusia dalam sesebuah organisasi amat penting bagi memastikan bahawa pekerja dapat dilengkapi kemahiran dan pengetahuan yang terkini. Untuk meningkatkan kemahiran pekerja amat memerlukan usaha ynag terancang dan berterusan serta perlu mendapat kerjasama dari semua pihak. Salah satu pendekatan yang sering digunakan oleh organisasi ialah dengan memberikan latihan kepada para pekerjanya. Peningkatan kemahiran dan pengetahuan ini seterusnya akan membantu dalam perkembangan kerjaya mereka. Latihan merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan, keupayaan, kemahiran dan mengubah sikap pekerja demi melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Nadler (1994) mendefinisikan latihan sebagai satu proses yang terancang dan sistematik untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan melalui satu proses pembelajaran bagi mencapai prestasi kerja yang efektif. Latihan dan Pembangunan Aktiviti latihan dan pembangunan merupakan dua aktiviti yang penting kerana pengaruhnya terhadap produktiviti pekerja. Sebuah organisasi yang mempunyai tenaga kerja yang tidak produktif akan memerlukan jumlah pekerja dan masa yang lebih untuk melaksanakan sesuatu tugas jika dibandingkan dengan sebuah organisasi yang mempunyai tenaga yang produktif.

32

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Perbezaan Latihan dan Pembangunan LATIHAN a. Definisi : segala usaha yang dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasnya atau memainkan peranan yang telah ditetapkan oleh organisasi PEMBANGUNAN a. Definisi : Usaha organisasi dan usaha individu untuk meningkatkan kemampuan seseorang untuk memajukan diri dalam organisasi. b. Apa yang disampaikan mungkin tidak diperlukan dalam tugas yang dipikul ketika itu, tetapi akan dapat memperkayakan pengetahuan dan kemahiran seseorang pekerja. c. Lebih berorientasikan masa hadapan.

b. Lebih tertumpu kepada usaha yang telah diberikan kepadanya.

c. Lebih berorientasikan masa kini

Objektif Latihan Matlamat utama sesebuah organisasi mewujudkan latihan untuk meningkat keupayaan dan kemampuan individu pekerjanya supaya produktiviti dan prestasi organisasi dapat ditingkatkan. Matlamat ini dapat dicapai melalui latihan kerana latihan memberi pendedahan kepada pekerja tentang pengetahuan dan kemahiran pekerjaan yang terbaru yang seterusnya dapat meningkatkan kecekapan mereka untuk melaksanakan kerja. Selain daripada itu, matlamat latihan juga untuk mengelakkan daripada kemahiran yang ada pada pekerja menjadi usang. Melalui latihan, kemahirankemahiran yang ada pada pekerja tetapi tidak digunakan sepenuhnya dapat dicungkil dan diasah kembali, seterusnya dapat digunakan untuk membantu meningkatkan produktiviti organisasi.
33

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Latihan juga bertujuan untuk menghasilkan pekerja yang berkualiti dan mempunyai potensi untuk meningkatkan prestasi dalam pekerjaan. Ini seterusnya dapat membantu mengembangkan kerjaya pekerja tersebut seperti mendapat kenaikan gaji atau pangkat. Melalui latihan juga diharapkan pekerja akan dapat memberikan ideaidea baru kepada organisasi untuk meningkatkan keberkesanan pengeluaran mahupun pengurusan.

Faedah/manfaat program latihan dan pembangunan Memungkinkan seseorang pekerja mencapai prestasi kerja yang ditetapkan oleh organisasi dengan lebih cepat. Hasil sampingan daripada peningkatan kemahiran dan kecekapan pekerja ialah pengurangan kadar pembaziran, kemalangan, dan kerosakan kelengkapan Ketidakpuasan, rungutan, ketidakhadiran dn pusingan ganti pekerja dapat dikurangkan kerana latihan dapat meningkatkan kemungkinan kejayaan usahausaha yang dilakukan pekerja. Kejayaan para pekerja capai dalam tugas-tugas mereka akan meningkatkan kepuasan kerja mereka. Apabila seseorang pekerja memperoleh pengetahuan dan kemahiran, nilainya kepada organisasi akan bertambah dan dengan adanya pengetahuan dan kemahiran tersebut akan dapat menyediakannya untuk kenaiakan pangkat. Latihan yang berterusan dapat membantu pekerja dengan menyesuaikan mereka dengan teknik-teknik dan cara kerja baru serta perubahan dalam organisasi. Hal ini amat penting terutama sekali di dalam bidang-bidang yang perubahan teknologinya berlaku dengan cepat. Latihan dan pembangunan merupakan pelaburan organisasi dalam sumber manusianya. Prinsip-Prinsip Latihan Individu pekerja yang hendak dilatih hendaklah mempunyai minat dan mempunyai kemampuan untuk mengikutu latihan. Objektif latihan yang dibentuk mestilah dalam bentuk yang boleh diukur hasilnya.
34

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL Piawaian prestasi harus ditentukan terlebih dahulu dan dihebahkan kepada pekerjanya. Latihan mesti disesuaikan dengan keperluan individu yang akan dilatih. Latihan mesti dilakukan oleh pihak yang mempunyai kepakaran. Program latihan harus disesuaikan dengan keupayaan pembelajaran seseorang individu. Latihan harus dirancang, dilaksanakan dan dinilai secara sistematik dalam konteks keperluan organisasi.
BIBLIOGRAFI

Sabri Haji Hussin. (2001). Etika dan Falsafah Pemikiran Barat Dalam Konteks Perniagaan Di Malaysia. Cetakan Pertama. ALJ Publications: Petaling Jaya, Selangor. Rafik Isa Beekun. (1998). Etika Perniagaan Islam. International Institute Of Islamic Thought Malaysia. Cetakan Pertama. Nordin Muhamad. (2009). Etika Perniagaan, Perbandingan antara Pemikiran Barat dan Islam. Pusat Pengajian Perniagaan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Mc Graw Hill Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Mustafa Haji Daud. (1996). Etika Pengurusan, Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd : Kuala Lumpur. Salahuddin Ismail. (2003). Etika Perniagaan Menurut Perspektif Islam. Cetakan Pertama. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Sabri Haji Hussin. (2000). Perniagaan : Nilai dan Etika. Cetakan Pertama. ALJ Publications : Petaling Jaya, Selangor. Mohd Janib Johari. (2001). Etika Professional. Edisi Pertama. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai, Johor. Abu Hassan M. Sadeq & Khaliq Ahmad. (2001). Ethics in Business and Management, Islamic and Mainstream Approaches. Asean Academic Press Ltd : London.

35

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

36

Anda mungkin juga menyukai