Anda di halaman 1dari 51

PENGENALAN

Perkataan komunikasi yang juga selalu digantikan dengan perkataan perhubungan, adalah berasal daripada perkataan inggerisnya iaitu communication, yang berasal daripada bahasa Latin, iaitu Communis dimana kedua perkataan tersebut membawa maksud yang seerti, iaitu sama. Manakala perkataan communis opinion membawa maksud pendapat umum. Oleh itu, perkataan komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial. Menurut Frank E.X. Dance dalam bukunya Human Communication Theory terdapat 126 buah definisi tentang komunikasi yang diberikan oleh beberapa ahli dan dalam buku Sasa Djuarsa Sendjaja Pengantar Ilmu Komunikasi dijabarkan tujuh buah definisi yang dapat mewakili sudut pandang dan konteks pengertian komunikasi. Definisi-definisi tersebut adalah sebagai berikut: Komunikasi adalah suatu proses melalui mana seseorang (komunikator) menyampaikan stimulus (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang-orang lainnya (khalayak). (Hovland, Janis & Kelley:1953) Komunikasi adalah proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian dan lain-lain. Melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambargambar, angka-angka dan lain-lain. (Berelson dan Stainer, 1964) Komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari yang semula dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang atau lebih. (Gode, 1959) Komunikasi timbul didorong oleh kebutuhan-kebutuhan untuk mengurangi rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuatkan ego. (Barnlund, 1964)

Komunikasi adalah satu aktiviti yang selalu dilakukan oleh semua manusia dalam bumi ini. Kepentingan komunikasi sama sekali tidak boleh dipertikaikan kerana kamunikasi merupakan satu cara untuk memuaskan kehendak sosial dan biologi seseorang manusia. Kehendak biologi boleh dijelaskan daripada hasil kegiatan manusia dalam mencari makanan dan minuman bagi menampung keperluan kehidupannya.

Bagi kehendak sosialnya, seseorang manusia memerlukan komunikasi sebagai alat interaksi dengan manusia lain bagi melafazkan apa yang dirasai, atau apa yang hendak diperkatakannya. Oleh itu, komunikasi merupakan satu cara atau alat bagi memahami individu lain disamping dijadikan satu alat bagi membolehkan manusia untuk bekerjasama dan membuat penyelarasan sosial yang sejagat. Komunikasi merupakan satu proses, yang tiada permulaan dan pengakhiran. Seperti ia berjalan terus menerus tanpa henti. Begitu juga dengan proses komunikasi. Manusia sejak azali lagi menggunakan komunikasi sebagai alat untuk berhubung dengan manusia lain. Ia berlaku dimana-mana (omnipresent), cukup dinamik, dan meluas dalam kehidupan kita. Komunikasi mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan manusia, dimana 90% daripada kegiatan manusia dilakukan dengan berkomunikasi. Manusia menggunakan proses komunikasi bagi menyampaikan sesuatu idea, nilai, sikap dan sebagainya disalurkan dan dipindahkan serta dikongsikan oleh sesorang individu dengan individu yang lain. Komunikasi dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah komunikasi

interpersonal, komunikasi intrapersonal, komunikasi massa, komunikasi kumpulan, komunikasi antarabangsa, dan komunikasi antarabudaya. Walaubagaimana pun,

berdasarkan tugasan yang telah diberikan, kami hanya akan menekankan mengenai konsep komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal. Komunikasi intrapersonal merupakan komunikasi yang dilakukan secara dalaman iaitu satu bentuk komunikasi yang berlaku dalam diri kita. Ia tidak diungkapkan kepada orang lain dan hanya diri sendiri sahaja yang mengetahui apa yang berlaku. Komunikasi intrapersonal juga boleh ditafsirkan sebagai satu proses yang berfikir. Hal ini boleh dijelaskan apabila seseorang individu berkomunikasi dengan dirinya sambil berfikir untuk membuat keputusan. Dalam bidang komunikasi juga, kita akan diperkenalkan dengan beberapa orang tokoh komunikasi yang terkenal disamping model komunkasi yang telah dicipta oleh tokohtokoh tersebut. Tujuan sebenar pembentukkan model komunikasi ini adalah untuk menunjukkan perjalanan proses komunikasi bagi membolehkan kita memahami perjalanan komunikasi itu dengan lebih baik. Seperti juga dengan definisi komunikasi, jika kita tinjau buku-buku yang ditulis mengenai komunikasi, kita akan dapati bahawa pengarang yang berlainan akan membincangkan model-model yang berlainan. Ini adalah kerana tiap-tiap pengarang mempunyai pemahaman dan tanggapan tersendiri tentang komponen-komponen elemen dalam sesuatu proses komunikasi. Bagaimana pun, terdapat lebih banyak kesamaan daripada perbezaan. Komunikasi yang berkesan juga telah dibincangkan dalam tugasan ini. Bagi mewujudkan komunkasi yang berkesan, kita perlu mengamalkan kaedah 4M, iaitu mengetahu, memahami, menghormati dan menghargai, serta penggunaan bahsa yang betul. Untuk mengetahu maklumat lanjut, anda boleh membacanya di bawah tajuk komunikasi interpersonal yang berkesan. Dalam tugasan ini juga, kami akan menjelaskan beberapa halangan dalam komunikasi yang boleh berlaku dalam proses komunikasi. Sebagai pengenalan mengenai halangan komunikasi, gangguan boleh berlaku dimana-mana saja dalam proses ini.
3

Gangguan komunikasi atau halangan komunikasi boleh berlaku semasa penghantaran mesej oleh punca kepada penerima ataupun semasa penerima menerima mesej yang dikirimkan. Apa sahaja yang menggangu kelicinan proses komunikasi ini kita istilahkan sebagai gangguan. Selain daripada itu, penggunaan bahasa yang betul penting dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan dan bertindak balas. Dalam komunikasi, ia amat penting untuk kita menggunakan sebutan dan intonasi yang betul, struktur ayat yang betul dan gramatis, pemakaian imbuhan perkataan yang tepat dan pemilihan kosa kata yang betul mengikut dan sesuai mengikut konteks situasi.

JENIS-JENIS KOMUNIKASI
Pengkaiji-pengkaji komunikasi telah membahagikan pengkajian komunikasi ini kepada beberapa bidang. Pembahagian ini berlaku kerana terdapat beberapa perbezaan di antara bidang-bidang tersebut , disamping memudahkan sesuatu pengkajian. Walaupun setiap bidang-bidang tersebut mempunyai perbezaan, namun ia mempunyai pertalian yang sangat rapat antara satu bidang komunikasi dengan satu bidang komunikasi yang lain. Secara amnya, bidang pengkajian komunikasi ini telah dipecahkan kepada beberapa bidang, antaranya ialah komunikasi intrapersonal, komunikasi interpersonal, komunikasi massa, komunikasi antarabudaya, komunikasi antarabangsa, dan komunikasi kumpulan. Walaubagaimana pun, bedasarkan tugasan yang telah diberikan kepada kami, kami hanya akan memberi penekanan kepada komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal. Istilah komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal telah diperkenalkan oleh Wilbur Schramm. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah bagi dua perkataan tersebut, dimana ia sering kali memberikan kekeliruan kepada beberapa pihak? Wilbur Schramm berpendapat bahawa, jika seseorang individu mendapat mesej, dia akan membuat keputusan sama ada mahu menerima mesej tersebut atau disebaliknya.

Komunikasi
Komunikasi intrapersonal Komunikasi interpersonal

Berlaku sepanjang masa dalam diri. Melibatkan seorang individu yang sedang berkata-kata atau berfikir dalam diri. Melibatkan monolog dalaman. Memproses dan mentafsir data mentah dan membuat keputusan. Menggunakan kemahiran berfikir. Individu menggunakan kemahiran berfikir secara abstrak dan konkrit.

Berlaku semasa kita melakukan komunikasi muka ke muka atau antara individu. Melibatkan sekurangkurangnya dua individu yang sedang berbual. Menggunakan media mudah dan tidak berorganisasi atau bersistematik. Tindak balas yang menggunakan lebih daripada satu pancaindera. Komunikasi yang tidak formal. Tindak balas rancak dan segera.

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL Semasa membuat keputusan tersebut, telah berlaku komunikasi dalam dirinya, iaitu satu proses berfikir. Sama ada keputusan tersebut adalah menolak atau menerima, ianya bergantung kepada komunikasi yang berlaku dalam dirinya. Proses berfikir atau komunikasi dalam diri akan menjadikan individu tersebut untuk membuat penilaian sama ada keputusan tersebut adalah merugikan atau menguntungkan. Proses berfikir mahupun komunikasi dalam diri ini juga dikenali sebagai komunikasi intrapersonal. Komunikasi intrapersonal adalah satu bentuk komunikasi yang berlaku apabila kita berkomunikasi dengan diri kita sendiri. Komunikasi ini berlangsung dalam diri individu sendiri. Dalam tahap intrapersonal, akan berlakunya satu proses yang dikenali sebagai proses berfikir. Dalam proses ini, kita akan mentafsir data yang mentah dan berfikir dalam membuat keputusan, disamping berlakunya pengkodaan dan penghuraian maklumat. Bidang komunikasi intrapersonal juga diberi penekanan oleh pakar-pakar jiwa. Hal ini kerana komunikasi intrapersonal amat penting dalam membentuk keyakinan diri individu, menghargai diri kita, menghargai kemampuan dan kebolehan diri. Komunikasi intrapersonal membolehkan seseorang individu mengenali dan menyelami diri dan jiwanya. Dalam istilah satera pula, komunikasi intrapersonal juga dikenali sebagai monolog dalaman atau soliloquy, dimana terdapat watak dalam sesuatu cerita itu berkata-kata kepada dirinya sendiri. Misalnya Hang Tuah, ketika mengasah kerisnya, sambil berkatakata dan berfikir dalam dirinya sama ada ia harus menurut perintah sultan untuk membunuh sahabat karibnya, Hang Jebat. Perbualan dan proses berfikir yang telah dilakukan oleh Hang Tuah tersebut adalah proses komunikasi.

Komunikasi intrapersonal sering kali berlaku apabila seseorang individu tersebut mengenang sesuatu, mempertimbangkan sesuatu, menenteramkan diri dan membuat keputusan. Maklumat yang terdapat dalam diri dikumpulkan dan dipertimbangkan bagi satu matlamat atau tujuan. Tambahan lagi, komunikasi intrapersonal merupakan asas kepada semua komunikasi yang berlangsung pada semua tahap yang lain. Dari aspek teori kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran komunikasi intrapersonal sama sekali diperlukan. Berdasarkan teori kecerdasan yang telah dikemukakan oleh Howard Garner, menusia mempunyai lapan kecerdasan. Terdapat sesetengah individu mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi manakala ada juga yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah. Dalam teori kecergasan ini, ia telah dibahagikan kepada beberapa bentuk kecerdasan, dan antaranya ialah kecerdasan linguistik, kecerdasan logical-matematikal, kecerdasan spartial, kecerdasan kinestetik badan, kecerdasan musikal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal, dan kecerdasan naturalis. Dalam terori ini, dengan bantuan komunikasi intrapersonal, pelajar mampu membantu diri sendiri secara halus, iaitu memahami diri sendiri dengan lebih mendalam seperti kekuatan, kelemahan, perasaan diri (mood), keinginan, berahi (desire) diri. Kemahiran ini juga membantu diri seseorang pelajar itu untuk menyedari dirinya adalah sama atau berbeza dengan orang lain, dapat mengawal dan menangani perasaan diri sendiri. Komunikasi intrapersonal juga mampu mengatasi konflik diri seseorang individu. Hal ini kerana, sekiranya seseorang pelajar itu mempunyai tahap keyakinan yang rendah, maka komunikasi intrapersonal diperlukan bagi meningkatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa individu sedang berkata-kata kepada dirinya, proses berfikir juga turut berlaku. Proses pemikiran ini menjadikan pelajar tersebut untuk membuat tafsiran sama ada ke arah positif atau negatif (membuat keputusan).

Komunikasi intrapersonal juga mempunyai kaitan dengan mempertingkatkan tahap kecerdasan berfikir para pelajar. Seperti yang telah dimaklumkan mengenai maksud atau teori intrapersonal, intrapersonal merupakan satu bentuk komunikasi yang menjadikan individu berkata-kata dalam dirinya. Malah, ia juga melibatkan proses berfikir. Dalam konteks pembelajaran pula, apabila seseorang pelajar diberi beberapa teka-teki oleh gurunya, maka berlakulah proses berfikir, dan maklumat yang diterima oleh pelajar tersebut akan ditafsir, berlakunya pengkodaan dan maklumat tersebut akan dihurai. Apabila proses berfikir ini telah selesai, maka pelajar tersebut akan membuat keputusan bagi menjawab teka-teki tersebut. Berdasarkan teori kecerdasan Howard Garner, jelas menunjukkan kepentingan komunikasi intrapersonal, bukan sahaja penting dalam diri individu semata-mata, malah ia juga penting dalam bidang pembelajaran. Komunikasi intrapersonal dalam pembelajaran adalah untuk mengasah dan mempertingkatkan ketajaman minda para pelajar. Teori ini juga penting bagi seseorang guru atau pendidik kerana ia dapat membantu pendidik tersebut dalam mengenali pelajar-pelajar mereka, mengetahui latar belakangnya dan lain-lain lagi.

KOMUNIKASI INTERPERSONAL Komunikasi interpersonal kadang kala dipanggil juga sebagai komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Apabila terdapat dua ataupun lebih individu bertukar-tukar maklumat atau pendapat, maka berlakulah interpersonal. Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang berlaku dalam keadaan dimana ia membolehkan orang lain membalas secara terus antara satu sama lain. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila terdapat dua atau lebih individu yang berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan sebarang perantaraan saluran atau medium yang kompleks atau berorganisasi. Komunikasi ini biasanya berbentuk dialog dan bercirikan tolak ansur lisan (verbal), dimana ia biasanya dilakukan secara mencelah antara satu sama lain. Komunikasi interpersonal adalah satu bentuk komunikasi yang melibatkan hanya dua orang sahaja. Walaubagaimana pun, ia boleh berlaku dalam kumpulan yang kecil sekiranya terdapat tindak balas yang berlaku antara penutur dan penerima. Semasa pengirim dan penerima berkomunikasi, ia akan menggunakan lebih daripada satu pancaindera untuk mengangkap maklumat, mesej dan tindak balas yang dihasilkan. Dalam situasi sebegini, perbualan antara dua individu tersebut dilakukan dalam keadaan yang rancak, pantas dan segera. Tindak balas yang dimaksudkan itu adalah reaksi atau respon pengirim dan penerima. Sekiranya penerima memberi tidak balas terhadap maklumat pengirim, ia jelas menunjukkan perjalanan proses komunikasi sedang berlaku. Respon penerima yang proses komunikasi

10

timbul dari situasi komunikasi itulah yang akan menentukan perjalanan proses komunikasi yang seterusnya. Tindak balas tidak semestinya dihasilkan dalam bentuk jawapan lisan atau tulisan sahaja. Tindak balas juga termasuklah dengan gerak geri badan yang ditunjukkan oleh penerima. Kalau misalnya, jika kita mengajak rakan kita melakukan sesuatu dan reaksi atau respon beliau adalah menganggukkan kepalanya tanda setuju, maka ia adalah satu bentuk tindak balas. Perangai atau kelakuan yang dilakukan atau ditonjolkan oleh seseorang individu sebagai satu reaksi kepada satu komunikasi pun boleh didefinisikan sebagai tindak balas. Umpanya, sekiranya kita meminta wang daripada ayah kita dan beliau terus sahaja menghisap paipnya sambil membaca akhbar tanpa menghiraukan kita, jelas ia juga menunjukkan satu tindak balas bahawa dia tidak dapat memberikan wang kepada kita. Jika kita menggunakan perantaraan radio untuk berkomunikasi, maka ia bukanlah komunikasi interpersonal. Hal ini kerana radio adalah satu sistem medium yang kompleks dan berorganisasi. Tambahan lagi, ia satu saluran yang panjang, dalam erti kata lain ia boleh menjangkau ruang fizikal yang luas, dan tindak balas terhadap komunikasi itu tidaklah berlaku dengan segera. Keadaan ini jelas menerangkan bahawa radio bukanlah komunikasi interpersonal. Komunikasi interpersonal mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua ciri. Antaranya ialah penekanan komunikasi ini mestilah melibatkan sekurang-kurangnya dua orang. Ciri kedua ialah melibatkan maklum balas secara serta-merta. Ini bermaksud perbualan guru dengan rakan sejawatan di kantin sekolah, perbincangan antara guru pelatih mengenai tugasan yang perlu disiapkan, perbualan di internet, perbualan di telefon adalah antara contoh komunikasi interpersonal.

11

Komunikasi interpersonal sangat diperlukan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah, baik sekolah rendah mahupun menengah. Seseorang guru memerlukan kemahiran interpersonal yang tinggi kerana kemahiran interpersonal ini mampu menarik pelajar untuk mendengar setiap apa yang diperkatakan olehnya. Menurut Brophy (1982), mengatakan faktor kecerdikan dan personality kurang penting berbanding kemahiran interpersonal yang sering digunakan oleh guru ketika menyampaikan pengajaran dalam kelas. Sebagai seorang guru, komunikasi adalah sesuatu yang telah sebati dalam kerjaya ini. Keadaan ini memerlukan kita mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan berkesan. Hal ini kerana, ia dapat memudahkan kita dalam memberi dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Ketika mengajar, seseorang guru terlibat dengan menerangkan sesuatu kepada pelajar, memberikan arahan kepada pelajar, menegur pelajar, mengemukakan soalan, menasihati, mengadakan perbincangan, bercerita dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru memerlukan kemahiran interpersonal yang baik dan digunakan dengan berkesan. Komunikasi interpersonal bukan sahaja menunjukkan bahawa kita hanya

berkomunikasi dengan pelajar di dalam kelas semata-mata. Para pendidik masa kini kian terlibat dengan mesyuarat. Dalam sesuatu mensyuarat itu, seseorang guru itu akan memberikan pendapat, hujah, membangkang dan memberikan usul-usul mahupun mengkritik. Selain daripada mesyuarat, guru juga kadang-kala diminta memberikan taklimat kepada pelajar, tidak kiralah taklimat peperiksaan kepada pelajar dan lain-lain lagi. selain daripada taklimta, guru juga terlibat dalam pengacaraan majlis, mengendalikan forum, mempengerusikan mesyuarat dan sebagainya. Keadaan ini jelas dapat mengukuhkan bukti bahawa seseorang guru itu memerlukan kemahiran komunikasi, Kepentingan komunikasi interpersonal sama sekali tidak boleh dipertikaikan dalam pendidikan. Guru yang berkesan bukan sahaja memerlukan kemahiran komunikasi,
12

malah ia juga memerlukan komunikasi interpersonal bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih jelas, lancar, dan mudah difahami oleh pelajar. Oleh itu, kemahiran interpersonal penting kepada seorang guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Andersen & Andersen (1987) membincangkan keberkesanan guru yang mempunyai komunikasi interpersonal yang berkesan. Antaranya ialah secara fizikal komunikasi dengan jarak dekat, menggunakan sentuhan yang sesuai, lebihkan senyuman, menggunakan keupayaan kedudukan badan secara terbuka, menggunakan hubungan mata lebih baik, dan lebih banyak interaksi kelas. Beliau menyarankan tingkah laku begini lebih memberikan kesan yang baik kepada kandungan kursus dan sekolah. Tambahan lagi, pelajar-pelajar melaporkan mereka lebih banyak belajar daripada guru-guru yang mengamalkan tingkah laku begini. Nussbaum (1984) pula dalam buku yang bertajuk Effective Teacher Behavior , mereka bentuk skrin mengkod tingkah laku komunikasi interpersonal guru yang dapat digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran. Seramai empat orang guru dipilih menjadi sampel kajian dalam kelas Kursus Komunikasi Awalan. Dua daripadanya dinilai oleh guru sebagai tidak berkesan dan dua orang guru lagi sangat berkesan. Tingkah laku mereka dirakamkan ke dalam video dan dinilai. Tingkah laku ini kemudiannya dikodkan mengikut pergerakkan guru, penggunaan gestur dan pertembungan mata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru yang berkesan lebih banyak bergerak dalam kelas, lebih banyak menggunakan tangan dan lengan, lebih banyak gestur dan pengekalan konteks mata lebih lama dengan pelajar berbanding dua orang guru yang kurang berkesan.

13

Rubin dan Feezel (1986) pula berminat untuk mengetahui yang manakah elemen kemahiran komunikasi yang lebih berguna bagi meramalkan persepsi keberkesanan guru. Lima puluh orang guru dipilih untuk mengambil bahagian. Dapatan kajian beliau mendapati kebolah guru mendapat maklumat, mengenal pasti pelajar yang tidak faham, menghuraikan pandangan lain, menyebut dengan jelas, memahami cadangan-cadangan, memujuk, mengenal pasti tugasan lisan, menggunakan ekspresi muka dan tona suara yang baik, meringkaskan, menghuraikan perbezaan pendapat dan menjawabsoalan yang mempunyai kolerasi yang positif dengan keberkesanan pengajaran. Beliau mencadangkan kemahiran komunikasi guru adalah unsur paling penting untuk meramal keberkesanan pengajaran guru terutama guru-guru baru.

14

KOMUNIKASI INTERPERSONAL YANG BERKESAN Salah satu tujuan komunikasi antara individu adalah membuat perubahan ataupun mempengaruhi seseorang, melaksanakan tugasan dan sebagainya. Bagi mencapat matlamat komunikasi interpersonal, kita perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan komunikator. Bagi mencapai hubungan yang baik, daya tarikan perlu ada dalam komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal yang berkesan memerlukan kita memahami beberapa langkah bagi mencapai daya tarikan dalam komunikasi interpersonal. Antara langkah itu ialah menggunakan 4M iaitu, Mengetahui, Memahami, Menghargai, dan Menghormati. Mengetahui disini ialah kita perlu mengetahui latar belakang individu yang kita berlawan cakap antara satu sama lain. Hal ini kerana, dengan menegtahui, kita dapat mengetahui nama lawan, disamping diikuti sedikit latar belakang diri seperti minat dan topic kesukaannya. Salah satu faktor yang boleh mempengaruhi daya tarikan dalam komunikasi interpersonal ialah persamaan peribadi. Ciri-ciri persamaan peribadi daripada segi agama, budaya, bangsa, pendidikan, status sosial, sukan akan lebih rapat antara satu sama lain. Kaedah 4M yang seterusnya pula ialah apabila kita mendapat semua maklumat individu tersebut, kita akan memahami diri individu yang dilawan bercakap dengan lebih baik. Hubungan yang wujud antara kita dan orang yang dilawan bercakap akan menjadi lebih mesra, selesa dan mudah berbincang.

15

Kaedah yang ketiga yang mampu mewujudkan komunikasi interpersonal yang berkesan ialah dengan menghargai diri individu yang berlawan bercakap tersebut. Menghargai disini bermaksud kita perlulah sentiasa memperbanyakkan pujian kepada orang yang dilawan bercakap. Hal ini boleh dijelaskan apabila terdapat individu yang suka memperkecilkan kebolehan kita atau suka menyakitkan hati kita, pasti kita akan cuba untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut. Kita akan cuba menjauhkan diri daripada individu yang tidak memberi kepuasan dalam hubungan kita. Kita juga akan mudah tertarik dengan individu yang suka menghargai kita sebagai individu yang memberikan penilaian positif terhadap tingkah laku kita. Dengan kata lain, kita mudah tertarik kepada orang yang suka memuji kita. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pujian mampu mewujudkan hubungan yang lebih positif, dan kita sebenarnya menghargai individu tersebut. Langkah yang terakhir ialah menghormati. Menghormati disini bermaksud menghormati individu sebagai manusia yang mempunyai perasaan. Sama ada individu tersebut rakan sejawat, pelajar mahupun guru besar, kita perlu menghormati mereka. Penggunaan perkataan sapaan seperti apa khabat, terima kasih, maafkan saya, ataupun izinkan saya menunjukkan kesopanan diri dan menghormati individu.

16

MASALAH MASALAH DALAM KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN INTERPERSONAL.


Orang yang terbuka dan berterus terang kemungkinan dilihat sebagai kasar dan kurang beradab dan orang yang asertif dikatakan agresif dan sebagainya.dimanakah kesilapanya hingga membawa impak negatif?.keadaan ini berpunca daripada dua belah yang berinteraksi ,kurang mahir menyampaikan dan kurang mahir menerima dan mentaksirkannya. Disamping pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi yang lain seperti bagaimana mengaplikasikan komunikasi berkesan ,elemen elemen yang mempengaruhinya ,prinsip perhubungan social anda juga perlu mengetahui bagaimana untuk mengendalikan keadaan yang mungkin timbul dari masalah dalam komunikasi dan perhubungan interpersonal. Secara amnya,ada tiga pendekatan kepada perhubungan interpersonal iaitu :

1.MENYELESAIKANNYA iaitu mencari jalan untuk menyelesaikannya dan memperbaiki hubungan menjadi lebih baik.

2. MENGHADAPINYA iaitu menempuhi walau bagaimana keadaan sekalipun kerana tiada apa yang boleh dibuat .

17

3. MEMBIARKANNYA ,iaitu menghindari orang yang berkenaan sekiranya boleh

Dalam usaha menyelesaikan sesuatu maasalah perhubungan interpersonal ,tidak dapat dinafikan bahawa apa yang diharapkan oleh penyelesaian atau matlamatnya ialah perubahan .perubahan juga boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:

1.Perubahan dari segi sistem yang terlibat. -sekiranya masalah interpersonal yang berbangakit adalah disebabkan adalh disebabkan antara lainnya ialah kelemahan sistem maka sisitem bolehlah diubah dan diperbaiki untuk menjadi lebih baik .

2.Perubahan sikap orang kedua Sekiranya anda mempunyai masalah perhubungan dengan seseorang yang lain dan sebahagian besar punca masalah adalah disebabkan orang kedua ,maka perubahan perlu berlaku dengan sikap orang kedua.namun dalam perhubungan ini ,perubahan tidak akan berlaku sekiranya orang kedua tidak mengakui menjadi punca masalah dan oleh itu beliau tidak mahu berubah.

3.Perubahan diri sendiri.


Perubahan ini mudah dilakukan kerana hanya melibatkan diri sendiri.

KONFLIK
18

Konflik ialah satu keadaan terdapatnya pertembungan dan penentangan dua yang berbeza tidak kira samada dua kehendak berbeza ,dua keperluan yang bebeza ,atau dua kepentingan yang berbeza dalam satu jiwa yang menyukarkan pilihan dan keutamaan.selain itu,konflik juga disebut pertembungan dua peribadi manusia berbeza yang mempunyai matlamat berbeza yang akan menyukarkan sesuatu tindakan .ataupun dua pihak bersaing secara tidak sihat dalam merebut peluang yang sama . Dalam perhubungan interpersonal ,konflik adalah melibatkan pertembungan dan pertentangn dua peribadi manusia yang tidak boleh bekerjasama.keadaan sebegini sekiranya dibiarkan akan mengakibatkan pembaziran masa ,kewangan.tenaga ,kesihatan ,motivasi diri dan akhirnya akan mengendalakan kemajuan dan pembangunan diri keluarga atau sebagainya .konflik sebaiknya diselesaikan melalui pendekatan seperti ini: 1. Berhadapan dengan individu berkenaan dan cuba menyelesaikannya dengan cara tersendiri. 2. salah seorang beralah dan berubundur dari konflik. 3. Mendapatkan atau melibatkan orang ketiga yang mempunyai kedudukan dan kuasa untuk menyelesaikan konflik.

Halangan dan gangguan semasa mendengar.

19

Mendengar adalah satu asas penting dalam komunikasi lisan kerana membantu pengumpulan maklumat atau mesej dan memperbaiki kefahaman anda tentang maklumat tersebut serta memperbaiki kefahaman anda tentang tatakelakuan orang lain dan ini boleh memperbaiki hubungan interpersonal anda. Untuk mendengar secara aktif, dan komprehensif,anda melibatkan beberapa deria terutama telinga ,mata ,mulut ,hati dan memerlukan usaha bersungguh-sungguh.

Tanda-tanda tidak mendengar Semua orang pada satu masa mendengar dan berpendapat anda telah mendengar sekiranya anda memeberi peluang pihak lain bercakap,anda berdiam diri dan tidak mencelah sehinnga selesai.Namun setelah itu anda sebagai penerima dan orang yang bertanggungjawab tidak mengambil sebarang tindakan susulan anda mendapati pihak berkenaan tidak mahu berurusan dengan anda sesudah itu.Adakah itu dikatakan mendengar?Ataupun anda telah dinafikan peluang untuk menyatakan pandangan dan perasaan anda dengan berterus terang,kerana dikhuatiri merosakkan suasana dan perhubungan.Apakah pandangan anda mengenai iklim perhubungan ini?Bagaimana sekiranya anda diberi peluang untuk menyatakan pandangan dan perasaan anda mengenai sesuatu,penerima,menerimanya dengan sikap terbuka dan memahami perasaan serta menghormati pandangan anda?

PROSES KOMUNIKASI
20

Sesuatu proses komunikasi memerlukan seseorang yang memulakan komunikasi dan memerlukan seseorang yang menerima maklumat bagi melengkapkan sesuatu proses komunikasi tersebut. Maksudnya disini adalah, dalam proses komunikasi, kita hendaklah mempunyai pengirim dan penerima. Dalam proses komunikasi, terdapat beberapa elemen yang tertentu dalam perjalanan proses komunikasi. Bagi meninjau dan membicarakan elemen-elemen ini, adalah lebih baik sekiranya membincangkan mengenai model-model komunikasi bagi memahami elemen-elemen ini dengan lebih baik. Dalam bidang komunikasi, terdapat model-model komunikasi yang telah dibina bagi menunjukkan perjalanan proses komunikasi dan memberi kesenangan kepada kita untuk memahami proses komunikasi tersebut. Seperti model-model lain juga, modelmodel komunikasi ini menggambarkan elemen-elemen tertentu yang terdapat dalam proses tersebut. Terdapat berbagai-bagai model komunikasi yang telah diperkenalkan oleh pengkajipengkaji bidang komunikasi dan setiap daripada model-model tersebut adalah berbeza antara satu sama lain. Antara model-model masa kini yang tekah direka oleh pakarpakar komunikasi adalah seperti Berlo, Lasswell, Shannon-Weaver, Schramm dan lainlain. Walaubagaimana pun, terdapat model-model yang lebih awal daripada model-model tersebut. Tetapi, model tersebut tidak lagi digunakan dengan lebih meluas. Salah satu daripada model-model awal yang telah dimaksudkan di sini adalah model yang dibentuk oleh Aristotle. Mengikut kajian Aristotle, proses komunikasi mempunyai tiga elemen penting iaitu orang yang bercakap, percakapan yang dikeluarkan, dan orang yang mendengarnya. Walau bagaimanapun, elemen ini terlampau ringkas dan tidak mewakili elemen lain
21

dalam komunikasi. Contohnya, Aristotle tidak memasukan elemen saluran dimana komunikasi itu dialirkan. Beliau hanya menekankan pengirim, perutusan atau mesej dan penerima sahaja dalam modelnya itu. Tetapi, tidak bermakna model yang dihasilkan oleh Aristotle itu ditolak bulat-bulat kerana kebanyakkan pakar-pakar komunikasi menghasilkan model mereka dengan merujuk kepada model yang telah diperkenalkan oleh Aristotle. Model yang diperkenalkan oleh Aristotle itu adalah asas kepada pembentukkan model-model baru. Pada dasarnya, terdapat empat elemen penting dalam proses komunikasi, iaitu punca atau pengirim, mesej atau perutusan, saluran dan penerima. Individu yang menghasilkan komunikasi kita istilahkan sebagai punca atau pengirim. Isi komunikasi pula dikenali sebagai mesej atau perutusan. Saluran pula adalah laluan bagi mesej atau perutusan untuk dibawa atau disalurkan kepada penerima. Penerima yang memberikan respon atau reaksi terhadap komunikasi yang dihasilkan oleh pengirim adalah dikenali sebagai tindak balas. Antara model-model komunikasi yang awal dan masih utuh sampai sekarang ialah model yang dibentuk oleh Wilbur Schramm. Scramm adalah salah seorang pakar komunikasi yang terkenal, dan beliau banyak menulis tentang komunikasi antara manusia. Jadi tidak hairanlah jika kita mendapati bahawa model beliau ini lebih menekankan proses komunikasi antara individu. Mengikut Schramm, terdapat beberapa elemen dalam proses komunikasi, iaitu punca, encoder, isyarat, decoder, dan destinasi. Berdasarkan proses ini, sesuatu proses komunikasi adalah bermula dengan seseorang yang dipanggil punca. Tetapi, sebelum punca itu boleh mengeluarkan mesejnya, ia perlu mengekod mesej tersebut terlebih dahulu.

ELEMEN-ELEMEN DALAM KOMUNIKASI.

22

Semasa berkomunikasi ,elemen-elemen ini seharusnya diberi perhatian .sekiranya gagal ,elemen elemen ini akan menahasilkan impak yang berlainan seperti yang diharapkan.elemen-elemen tersebut adalah:

Penghantar Orang orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan. penghantar adalah dari mana datangnya mesej didorong oleh sesuatu dalam dirinya,penghantar menghasilkan mesej.bagi mendapatkan komunikasi berkesan ,pengantar mestilah memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian : Penghantar jelas dengan mesej yang hendak disampaikan . Meneliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan . Menyatakan apa yang hendak dinyatakan dengan jelas dan yakin. Pasti dengan kepentingan mesej itu. Mendapatkan perhatian penerima. Menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai. Sensitif pada maklumbalas pihak lain. Mengenal pasti gangguan. Mengurangkan gangguan.

Mesej
23

Maklumat,idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain.

Enkod Maklumat ,idea yang diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain samada menggunakan perkataan ,symbol atau bahasa.

mesej yang akan disampaikan dihantar dengan dengan menggunakan perkataan ,symbol,ayat,atau bahasa tertentu yang dipanggil enkod bagi menggambarkan makna mesej.dalam masa pembentukan enkod ini,anda perlu mengambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:

Anda memilih perkataan simbol dan ayat yang tepat. Member gambaran jelas pada maksud mesej anda. Menggunakan bahasa yang difahami oleh penerima. Mengelakkan perkataan yang tidak difahami . Mesej yang hendak dihantar mestilah ringkas dan padat sesuai dengan maksud. Mesej juga hendaklah lengkap supaya dapat difahami dengan jelas gambaran keseluruhannya.

Saluran
24

Mesej disalurkan kepada penerima melalui samada saluran lisan iaitu percakapan ,visual atau pergerakan badan .

Mesej yang telah dibentuk akan dihantar melalui saluran tertentu samada secara lisan atau bukan lisan,tulisan atau kaedah lain.saluran hendaklah dipilih sebaik mungkin kerana ia boleh mempengaruhi keberkesanan komunikasi anda .antara panduan yang boleh digunakan ialah: Kepentingan mesej dari segi keperluan untuk menyampaikannya dalam bentuk segera. Keperluan untuk menerangkan mesej dengan jelas melalui lisan dengan segera. Keupayaan penerima untuk menterjemah ,memahami,mengingat atau menyimpan mesej dengan baik. Volume mesej yang boleh menentukan samada baik dihantar secara lisan saja atau bertulis. Kepentingannya samaada untuk didokumenkan atau tidak.

Penerima. Orang yang menjadi sasaran mesej.

Dekod Mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk member makna.

25

Orang yang ditujukan mesej adalah adalah penerima.mesej yang diterima akan diterjemah dan ditafsirkan yang dikenali sebagai dekod.pentafsiran akan dibuat berdasarkan keupayaan penerima yang disandarkan kepada pengetahuan ,pengalaman ,latar belakangnya.latar belakang ,pendidikan dan pengalaman yang berbeza antara penghantar dan penerima kadangkala menjadi sebab kepada pentafsiran yang berbeza.semasa menerima mesej ,anda seharusnya mengambil kira perkara-perkara berikut:

Menerima mesej dengan fikiran terbuka. Memahami dengan jelas mesej yang dihantar. Menggunakan proses maklumbalas apabila perlu untuk mengesahkan kefahaman anda mengenai mesej. Menerima keseluruhan mesej sebelum membuat tafsiran. Mengenalpasti halangan dipihak anda sebagai penerima mesej dan meminimumkan halangan halangan tersebut.

26

Maklumbals . Tindakbalas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh

penerima.mungkin dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Maklumbalas penting dalam komunikasi dan dapat membantu penghantar melihat ketetapan mesej apabila sampai kepada penerima dan membantu penerima menyemak ketepatan kefahamannya dengan maksud mesej penghantar.maklumbalas juga merupakan respon penerima kepada penghantar bagi memaklumkan bagaimana mesej diterima.maklumbalas juga boleh diberi atau didapatkan melalui pelbagai kaedah seperti:

Mengemukakan penerima .

soalan-soalan

samada

daripada

penghantar

atau

Reaksi-reaksi bulkan lisan yang kelihatan Rephrasing atau paraphrasing iaitu merumuskan semula mesej . Ringkasan-ringkasan Gangguan

Perkara tafsir.

perkara

yang

menggangu

dan

menghalang

keberkesanan

komunikasi,akibatnya,maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau disalah

Bagi menghasilkan komunikasi yang berkesan ,tugas pertama ialah menyedari kepentingan komunikasi berkesan dan menyedari adanya halangan tersebut.antara gangauan dalam komuniksi ialah:
27

dan

gangguan .bkita perlu cuba mengenalpasti dan menghapuskan halangan

Persediaan yang tidak mencukupi menyebabkan mesej kurang jelas.

dipihak penghantar sehingga

Penghantar dan penerima tidak dapat mengenalpasti dan memisahkan antara pemerhatian ,sangkaan dan mesej sebenar. Pemilihan perkataan yang tidak tepat dan terlalu umum yang

mengundang tafsiran berbeza-beza mengenai perkataan . Masing-masing mempunyai kefahaman yang berbeza perkataan dan ayat. Satu pihak tidak sensitif dan menghormati kelainan pihak lain mengenai

.anggapannya ialah semua yang terlibat mempunyai pandangan dan perasaan yang serupa. Mempunyai prasangka samada dipihak penghantar atau penerima. Sikap tidak terbuka seperti bersikap defensif suka menilai dan menghukum ,suka mengawal atau tidak senang dengan sesuatu pihak. Menggunakan istilah-istilah tertentu dan tidak memberi penerangan. Tidak menggunakn saluran bukan lisan dengan betul. Cara penyampaian mesej yang tidak berkesan. Digunakan tetapi tidak menggambarkan perasaan sebenar seperti dalam mesej. Tidak menggunakan suara dan nada suara sebaiknya untuk ,member penekanan terhadap kepentingan sesuatu mesej. Tidak mengosongkan fikiran atau menghapuskan gangguan semasa berkomunikasi.difikiran ada benda yang lebih penting untuk diikirkan .
28

Mempunyai persepsi berbeza-beza. Tidak menggunakan maklumbalas dengan baik. Maklumat terpesong maknanya. Keadaan sekitar yang tidak sesuai. Masing-masing mempunyai sikap yang berbeza kerana latar belakang yang berbeza. Tidak mengenalpasti gangguan . Tidak berusaha mengurangkkan gangguan dan halangan.

29

HALANGAN-HALANGAN MENJADI PENDENGAR YANG BAIK


Tahukah anda bagaimana menjadi seorang pendengar yang baik dapat membuat anda memiliki personaliti yang cemerlang dan dihormati? Terdapat beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi apabila menjadikan budaya mendengar secara positif yang bukan sahaja menguntungkan anda, malah pada masa yang sama menjadikan orang lain menghargai kehadiran anda di sekeliling mereka. Menjadi seorang pendengar yang efektif membuat anda belajar sesuatu. Anda akan mempelajari perkara-perkara baru dari orang lain, menerokai sesuatu yang belum pernah tahu selama ini dan membuat anda mengenali diri dengan lebih mendalam lagi. Misalnya anda mendengar kisah pengalaman rakan anda yang menghabiskan masa cutinya dengan mengikuti ibu bapanya mengerjakan umrah. Anda akan mempelajari darinya bagaimana keadaan bumi Arab dan situasi di Mekah. Mungkin juga anda akan mula mengetahui gaya hidup masyarakat dari pelbagai negara yang beragama Islam datang untuk menunaikan ibadah bersama-sama. Mendengar secara efektif membantu anda merapatkan hubungan yang sedia ada. Ramai yang salah sangka bahawa dengan banyak berkata-kata itulah caranya untuk merapatkan hubungan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Andaian yang salah, sebaliknya dengan menjadi ramah dan pada masa yang sama mendengar apa yang disampaikan orang lain akan menimbulkan penerimaan orang lain terhadap anda. Percaya atau tidak, anda juga menjadi popular disebabkan sikap suka mendengar yang menandakan anda memberi perhatian dan sokongan kepada kata-kata yang disampaikan.

Tambahan lagi, pendengar yang efektif mempunyai kesan dan pengaruh ke atas sikap serta kelakuan orang lain sehinggakan anda dihormati oleh individu-individu yang terlibat. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap anda mempunyai perasaan dan menyediakan ruang untuk memahami mereka. Jika anda seorang pengerusi sebuah persatuan atau kelab, anda akan menjadi pemimpin yang mudah diikuti
30

sekiranya anda memberi peluang untuk mereka memberi cadangan atau apa-apa idea untuk kebaikan persatuan tersebut. Selain itu, menjadi pendengar yang baik adalah saluran hiburan yang seimbang jika tahu bagaimana hendak melakukannya. Mengapa sesetengah orang gemarkan muzik yang pelbagai genre di pasaran hari ini? Muzik adalah salah satu cara menjadikan pendengaran cara berhibur. Anda mungkin pernah mengingati bait-bait lagu kegemaran, malah pernah pula menyanyikannya. Hanya satu kemungkinan sahaja yang memungkinkan anda melakukan perkara sedemikian, iaitu anda mendengar dengan teliti dan menghayatinya. Pendengar yang baik adalah pembantu yang baik. Sebabnya ialah anda bukan sahaja mendengar dengan sepasang telinga semata-mata, tetapi anda membawa ia terus kepada hati untuk merasa empati anda cuba memahami dengan mendalam. Misalnya anda merupakan seorang abang atau kakak yang prihatin akan mendengar keluhan adik yang lebih muda usianya dan cuba membantunya setakat yang anda mampu untuk menggembirakannya. Namun, kebaikan-kebaikan ini mudah terlindung dengan halangan-halangan yang menganggu anda menjadi seorang pendengar yang baik. Terdapat tujuh halangan yang perlu anda berhati-hati apabila mempraktikan gaya pendengaran yang efektif terhadap rakan-rakan atau ahli keluarga.

01. Ambil mudah dengan orang yang sedia kenali.

Kajian mendapati mereka yang mempunyai hubungan yang akrab dalam satu jangka masa yang lama akan mempunyai tahap tumpuan yang rendah terhadap apa yang didengarinya berbanding apabila berinteraksi dengan individu yang baru dikenali. Bersikap acuh tidak acuh terhadap seseorang yang akrab seperti sahabat karib atau adik beradik terhadap apa yang cuba disampaikan oleh mereka bukanlah sikap yang
31

baik meskipun anda menyangka mereka sudah memahami sikap anda. Kekalkan gaya pendengaran yang betul sebagai menghormati mereka.

02. Khayal di dunia sendiri.


Ketika anda sedang mendengar suara sahabat yang bercerita, pada masa yang sama anda turut mendengar satu suara lain yang bercerita hal yang berbeza. Itulah suara minda yang akan timbul apabila anda tidak menumpukan perhatian dengan apa yang cuba disampaikannya. Keadaan ini berlaku apabila perkara yang disampaikan tidak menarik perhatian atau membosankan sehinggalah timbul cerita baru dalam minda dan berdialog dengan anda.

03. Kejutan emosi dalam perbualan.


Anda mungkin tidak menggemari sesuatu yang anda dengar sehinggakan anda cuba untuk tidak mendengarnya lagi. Kebiasaannya, kata-kata yang kasar, ayat-ayat yang tidak selari dengan sikap dan gaya hidup anda mungkin menimbulkan kejutan emosi dalam perbualan. Misalnya dalam pengalaman penulis yang berasal dari sebuah negeri yang dikatakan sikap penduduknya menggunakan perkataan secara kasar dan intonasi yang meninggi. Ia menimbulkan keadaan yang kurang selesa untuk mereka yang menganggapnya kurang sopan meskipun pengamalannya melambangkan kemesraannya terhadap anda mengikut gaya tersendiri. Keadaan ini dikatakan sebagai kejutan emosi dalam perbualan yang menjejaskan pendengaran yang efektif.

04. Mengkritik individu yang berbual dengan anda.


Fizikal seseorang mudah menjadi sasaran kritikan sehingga melarikan tumpuan untuk mendengar apa yang cuba disampaikan. Dalam sebuah rancangan televisyen tempatan, seorang peserta dalam ujibakat penghibur untuk rancangan realiti dikritik oleh sekumpulan juri kerana gaya penampilannyayang disifatkan teruk dan tidak sesuai. Tetapi beliau diterima kerana mempunyai suara yang merdu. Seandainya juri-juri tadi
32

terus terganggu dengan gaya penampilan peserta tersebut, kemungkinan peserta tersebut gagal. Kejayaannya tidak lain tidak bukan ialah kerana sikap juri yang menutup matanya seketika dan mendengar sesuatu yang penting untuk mereka membuat penilaian. Begitulah juga keadaannya apabila ia melibatkan diri anda.

05. Kata-kata lebih deras dari fikiran.


Ada individu yang sukar mengawal kecepatan kata-katanya sehinggakan menyukarkan orang lain untuk mendengar secara efektif untuk mendapatkan mesej yang sebenar. Anda boleh melakukannya jika anda merupakan peserta pasukan bahas dan pidato yang memerlukan hujah-hujah yang padat disampaikan dalam satu jangka masa tertentu. Tetapi ia tidak bermaksud anda perlu berkata-kata secepat yang mungkin. Kesannya orang lain tidak mempunyai masa untuk memikirkan apa yang didengarinya sebelum ini. Individu normal berkata-kata sebanyak 125 patah perkataan seminit, malah ada yang mencapai 600-800 patah perkataan dalam tempoh tersebut.

06. Terlalu banyak dengan maklumat tidak perlu.


Pelbagai maklumat yang datang dalam bentuk audio menjengah kehidupan anda sebagai pelajar hari ini. Malaysia mempunyai puluhan stesyen radio yang kini kebanyakkannya beroperasi 24 jam sehari. Setiap sejam anda akan mendengar berita terkini di kaca televisyen meskipun dengan mata yang terpejam. Setiap kali anda menghidupkan pemain MP3 mudah alih, anda berkemungkinan sedang mendengar ratusan lagu atau simpanan audio berbentuk dialog, wawancara yang dirakamkan sebelum ini. Dengar ertikata lain, anda dihujani dengan terlalu banyak maklumat. Kebanjiran sumber sebanyak ini akan mengganggu seseorang untuk mendengar secara efektif, apatah lagi untuk mendapatkan mesej yang diingininya. Maklumat yang tidak diperlukan mungkin akan menjadi perangkap kepada anda. Maka bertindak memilih maklumat yang benar-benar diingini sahaja baik untuk mendengar atau hendak menyampaikannya..
33

07. Gangguan sekeliling yang menarik perhatian.


Gangguan-gangguan luaran baik berbentuk bunyi atau fizikal boleh mengurangkan kepekaan seseorang untuk mendengar sesuatu. Pernahkah anda mengalami keadaan apabila suasana menjadi sangat sunyi apabila benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran sehinggakan anda tidak mendengar bunyi kenderaan di luar yang sedang rancak bergerak dan panggilan ibu di luar bilik anda. Mungkin anda seakanakan menghilangkan suara sahabat di hadapan anda yang sedang berkata-kata apabila mata anda tiba-tiba tertarik melihat sesuatu atau kedengaran lagu kegemaran anda yang dipasang di gerai makan seberang jalan. Inilah antara gangguan-gangguan luar yang menjejaskan gaya pendengaran yang berkualiti.

34

PENGGUNAAN BAHASA
Penggunaan bahasa yang betul penting dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan dan bertindak balas. Dalam komunikasi, ia amat penting untuk kita menggunakan sebutan dan intonasi yang betul, struktur ayat yang betul dan gramatis, pemakaian imbuhan perkataan yang tepat dan pemilihan kosa kata yang betul mengikut dan sesuai mengikut konteks situasi. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan. Penggunaan bahasa yang tidak jelas akan menimbulkan salah faham. Sekiranya komunikator dapat menguasai dan menggunakan bahasa yang baik, ia dapat melahirkan apa yang ingin diperkatakan oleh dirinya dengan lancar sekali. Sekiranya mesej yang disampaikan itu terdapat salah faham, maka jelas menunjukkan bahawa terdapat permasalahan dalam proses komunikasi tersebut. Bahasa mempunyai gaya. Gaya ialah cara kita memilih dan menyusun kata-kata dalam ayat. Setiap orang mempunyai gayanya yang tersendiri. Gaya setiap individu adalah berbeza, berbeza mengikut suasana, situasi dan kepada siapakah pengucap itu, peranannya dalam majlis dan siapakah pendengarnya.

35

KESALAHAN BAHASA
DIALOG FILEM
TAJUK : Papadom Maisara Maisara Maisara Mun Miasara : terima kasih : hah?? : ha..(ya) : mia, masuk mandi. : ya mak..

Papadom : hari ni ramai orang? Papadom : hari ni ramai orang datang? Papadom : tak nak tengok ke dalam nie? Ada uncle Khairul punya ha

Allen Allen Allen Allen

: hello..? : tak mau datang untuk food tasting ka? : haa : dia mau bawak makanan kita pergi Dubai.. anak gua ambik hadiah kat sekolah dia..

Papadom : allen? Papadom : food tasting? Papadom : buat ape?? Papadom : alamak! Ei, gua tengah ada dengan family gua ni. Lagipun, esok Allen Allen Allen : opportunity best ni : ari lain.. : besok
36

Papadom : aduh, bro! tak boleh tukar hari lain ke? Bini gua bising ni. Papadom : bile??

Papadom : ok la, ok la..kite jumpe lu esok.. Allen Allen Allen : kita berdua, ya? : ok, ok, ok! : ok, ok..see you tomorrow. Ok, bye bye.. Papadom : ok.. Papadom : dah la bro..

Papadom : hello.. Mun Mun : hei Dom, awak kat mana ni?? : hei, awak! Awak dengar sini, yek?? Bape kali awak nak buat macam ni?? Apa, awak ingat awak masih bujang?? Awak ni masih nak berkeluarga ke tidak?? Kesian si Mia ni, macam tak ada bapak, awak tahu tak?? Eh Dom, sa..saya malas la nak cakap apa-apa dah lepas ni! Saya dah bosan dengan cara awak! Papadom : Mun, abang bukan pergi suke-suke ke hape. Abang bekerje nie.. Mun : hah, ape bezanya? Ape bezanya?? takde beza kan?? Sama jugak kan?? Papadom : .. Mun : baik Dom pergi..pergi berjalan-jalan la, Dom! Ada tak ade pun sama je jugak! Papadom : Mun, aabang buat ni semua untuk mase depan kite. Abang baru je dapat Mun : saya tak peduli! Semuanya alasan Dom! hadiah anak kita lagi! *isteri encik Papadom telah ditimpa kemalangan jalan raya* Papadom : dengar la dulu, Mun! Hah, macam la tahun depan kita tak boleh ambik Papadom : hai, Mun..

37

Di hospital : Mun Mun Mun : abang. : Mun sedih . : Pas ni, Mun mesti tak dapat tengok muke abang. Mun tak ade lagi panjang lagi. Lepas ni kan kita nak pergi holiday? Mun dengan abang aje.. Mun Mun Mun Mun Mun : erm.. : tak nak, kat sane tak ade orang tak pakai baju.. : eishh : ehek : ya, abangmia.? Papadom : nak pergi mana? Boleh pergi..boleh pergi Hawaii, erk?? Papadom : itu yang abang nak pergi tuu.. Papadom : kita sama-sama la tak pakai baju kat sane Papadom : Mun?? Papadom : abang janji, Mun *Isteri encik papadom, Mun, pergi meninggalkan anak dan suaminya.*

Papadom : Mun Papadom : .(pengang erat tangan isterinya..) Papadom : Mun jangan la cakap macam tu, Mun. Masa Mun dengan abang masih

Selepas beberapa tahun kematian isterinya, Miasara kini berada di sekolah menengah.. Papadom : Mia..Mia. Miasara : erm.?
38

Papadom : bangun..sekolahmia.. Miasara Miasara : ehem : hehehe (senyum pada ayahnya) Papadom : Mia

Dalam bilik air Papadom : mandibukak baju.. Miasara : hah!!!! (jerit) papa!! (sambil menolak bapanya) apa papa nie~~ eiishh..

Di dapur, untuk menjamah sarapan pagi.. Papadom : nak buat berape, hah, rambut? (sambil sikat rambut Miasara..) Miasara Miasara Miasara Miasara : erm, ikat satu.. : erm..(cuba untuk mengikat rambutnya sendiri..) : tak boleh ke?? : hah??? Satu aje! Papadom : ikat satu tak best.. Papadom : erh! Dah, dah! Makan! Papadom : takpe, papa boleh buat. Ikat tiga, ok? Papadom : iyalah..

Sejurus sahaja sampai di sekolah, Miasara turun dari keretanya.. 3 orang kawan mia : hai Mia, cantik rambut! Haha (ketawa sinis)

39

Di kantin sekolah Papadom : Mia! Mia! Mia! (memanggil anaknya sambil melambaikan tangan..) meh, meh, meh! Cepat semua, meh makan! Meh, meh! Marilah! Meh, meh!

ANALISIS KESALAHAN-KESALAHAN BAHASA Berikut merupakan potongan dialog yang akan dianalisis dari konteks ayatnya serta beberapa pembetulan akan dibuat bagi menghasilkan ayat yang betul. Disamping itu, jenis-jenis komunikasi juga akan diselitkan dalam analisis ini bagi mengenalpasti jenisjenis komunikasi yang terdapat dalam cerita tersebut. CONTOH PERTAMA : Selepas sambutan ulang tahun kelahiran Miasara. Maisara Maisara Maisara Mun Miasara : terima kasih : hah?? : ha..(ya) : mia, masuk mandi. : ya mak..

Papadom : hari ni ramai orang? Papadom : hari ni ramai orang datang? Papadom : tak nak tengok ke dalam nie? Ada uncle Khairul punya ha

40

JENIS KOMUNIKASI : Berdasarkan dialog di atas, jelas menunjukkan bahawa komunikasi yang terdapat dalam perbualan antara Miasara dan bapanya adalah komunikasi interpersonal. Hal ini boleh dijelaskan Miasara dan bapanya mengadakan komunikasi secara muka ke muka ataupun lebih dikenali sebagai komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal membolehkan orang lain membalas secara terus antara satu sama lain, dimana terdapat tindak balas yang dilakukan oleh Maisara sejurus sahaja bapanya menanyakan soalan kepada dirinya. Komunikasi yang berlaku antara dua beranak ini juga jelas menunjukkan bahawa komunikasi ini biasanya berbentuk dialog dan bercirikan tolak ansur lisan (verbal), dimana ia biasanya dilakukan secara mencelah antara satu sama lain.

HALANGAN KOMUNIKASI Dalam dialog di atas, terdapat sedikit halangan komunikasi yang telah berlaku dalam perbualan mereka. Berikut merupakan potongan dialog tersebut : Papadom : hari ni ramai orang? Maisara Maisara : hah?? : ha..(ya) Papadom : hari ni ramai orang datang?

Berdasarkan dialog tersebut, terdapat sedikit gangguan dalam komunikasi ini, iaitu Maisara tidak memahami apa yang telah ditanya oleh ayahnya. Hal ini boleh dijelaskan apabila mesej yang dihantar kepada penerima itu tidak jelas begitu jelas.

41

Selain itu, masalah ini juga terjadi apabila punca, iaitu komunikator tidak mengucapkan atau berkata-kata dengan jelas. Dari dialog tersebut, Maisara mengalami kekeliruan berdasarkan soalan yang diajukan oleh ayahnya, iaitu soalan yang diajukan itu seolaholeh tidak spesifik. Selain itu, penyebutan perkataan daripada punca atau penyampai yang tidak jelas juga boleh menjadi halangan atau gangguan dalam proses komunikasi. Penyebutan perkataan yang tidak jelas membuatkan penerima mengalami kesukaran dalam membuat tindak balas terhadap komunikasi yang berlaku.

ANALISIS STRUKTUR AYAT Berdasarkan filem yang telah saya tonton ini, saya dapati tidak banyak kesalahan bahasa dalam filem ini. Walaubagaimana pun, filem itu masih tetap tidak sunyi dengan kesalahan bahasa iaitu dari aspek kesalahan penggunaan istilah bahasa. Bukan itu sahaja, malah terdapat babak-babak tertentu yang menggunakan bahasa rojak atau bahasa slaga dalam perbualan mereka. Berikut merupakan kesalahankesalahan bahasa yang terdapat dalam filem ini.

Papadom : alamak! Ei, gua tengah ada dengan famili gua ni. Lagipun, besok anak gua ambik hadiah kat sekolah dia.. Allen : opportunity best ni

Berdasarkan dialog di atas, terdapat kesalahan bahasa iaitu penggunaan bahasa campuran (bahasa rojak) dan slanga.

42

BAHASA SLANGA :

Papadom : alamak! Ei, gua tengah ada dengan famili gua ni. Lagipun, besok anak gua ambik hadiah kat sekolah dia..

BAHASA CAMPURAN :

Allen

: opportunity best ni

CONTOH KEDUA : Papadom : hello.. Mun Mun : hei Dom, awak kat mana ni?? : hei, awak! Awak dengar sini, yek?? Bape kali awak nak buat macam ni?? Apa, awak ingat awak masih bujang?? Awak ni masih nak berkeluarga ke tidak?? Kesian si Mia ni, macam tak ada bapak, awak tahu tak?? Eh Dom, sa..saya malas la nak cakap apa-apa dah lepas ni! Saya dah bosan dengan cara awak! Papadom : Mun, abang bukan pergi suke-suke ke hape. Abang bekerje nie.. Mun Mun : hah, ape bezanya? Ape bezanya?? takde beza kan? Sama jugak kan?? : baik Dom pergi..pergi berjalan-jalan la, Dom! Ada tak ade pun sama je jugak! Papadom : Mun, aabang buat ni semua untuk mase depan kite. Abang baru je dapat Mun : saya tak peduli! Semuanya alasan Dom! Papadom : dengar la dulu, Mun! Hah, macam la tahun depan kita tak boleh ambik
43

Papadom : hai, Mun..

Papadom : ..

hadiah anak kita lagi! *isteri encik Papadom telah ditimpa kemalangan jalan raya* Berdasarkan dialog di atas, dialog tersebut mengalami masalah dalam penggunaan istilah bahasa melayu. Dialog tersebut mempunyai konteks lisan yang betul, tetapi salah dari koteks nahunya. Berikut merupakan pembetulan bahasa bagi dialog di atas :

Papadom : hello.. Mun Mun : hei Dom, awak di mana ni?? : hei, awak! Awak dengar sini, ya? Berapa kali awak mahu buat seperti ini? Apakah awak fikir awak masih bujang? Adakah awak masih mahu berkeluarga? Kasihan Mia, dia seolah-olah tidak mempunyai bapa, tahukan awak? Eh Dom, saya sudah malas mahu berkata-kata selepas ini. Saya sudah bosan dengan cara awak. Papadom : Mun, abang bukanlah pergi untuk bergembira tetapi abang sedang bekerja ni. Mun : hah, apakah bezanya? Apakah bezanya?? Tiada perbezaan, bukan? Sama juga, bukan?? Papadom : .. Mun : Dom, baik awak pergi berjalan-jalan sahaja. Sama ada awak ada atau tidak, keadaan masih sama sahaja. Papadom : Mun, apa yang abang lakukan ini adalah untuk masa depan kita. Abang baru sahaja dapat Mun : saya tidak peduli! Semuanya alasan Dom! lagi dapat mengambil hadiah untuk anak kita. *isteri encik Papadom telah ditimpa kemalangan jalan raya*
44

Papadom : hai, Mun..

Papadom : Mun, dengarlah dahulu! Awak mengatakan seolah-olah kita tidak

REFLEKSI NAMA:MOHD HISYAMUDIN HELMI BIN ABU TALIB

Dalam menyelesaikan tugasan Bahasa Melayu kontekstual ini,, kami telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan pelbagai maklumat samada dari sumber yang sah ataupun tidak.Kami berdua telah megekploitasi sumber yang kami peroleh dengan sangat efektik.Dalam proses untuk mendapatkan maklumat,semangat kerjasama dapat kami terapkan dengan baik dan sentiasa saling membantu.contohnya kami mudah untuk bekerjasama dengan baik dalam menyelesaikan dalam hal-hal yang merunsingkan terutamanya dalam proses untuk menyiapkan kerje kursus ini. Sumber pertama yang gunakan adalah sumber bercetak yang telah saya perolehi terlebih dahulu daripada En Manap hamsin, selain itu ,kami lebih banyak merujuk kepada buku-buku dipusat sumber untuk mendaptkan lebih banyak maklumat,sangat meletihkan untuk sentiasa ber kunjung ke perpustakaan,namun,itu lah lumrah seorang penuntut yang bakal bergelar seorang guru suatu hari nanti.seorang guru yang sememangnya layak bergelar guru.inilah yang menjadikan saya sentiasa bersemangat dalam meneruskan usaha mencari bahan dan menyiapkan tugasan ini.Saya sedar ,disinilah yang akan menjadi proses yang akan sentiasa mendidik kita mengikut haluan yang betul . Setelah banyak maklumat daripada buku-buku yang kami dapatkan daripada perpustakaan ,Saya cuba mengaplikasikannya sebaik yang mungkin maklumatmaklumat ini untuk mendapatkan hasil semaksimun mungkin tentang objektif yang hendak kami capai dalam tugasan ini.

45

Bagi memantapkan lagi hasi kajian yang akan kami hasilkan ini,saya telah melayari internet untuk mencari lebih banyak bahan tambahan berkaitan komunikasi berkesan ,ciri-ciri,halangan halangan dalam komunikasi dan pelbagai penghuraian yang yang bebeza Berjaya saya peroleh .Bagi setiap individu yang mebuat kajian ,penggunaan kemudahan internet banyak membantu. Setelah saya berpuas hati terhadap terhadap maklumat yang saya perolehi,saya telah mengumpulkannya dan menyelidikinya untuk mengenalpat jika masih ada yang perkara penting yang tertinggal. Saya rasa maklumat yang saya ada ini telah mencukupi dan telah membuatkan semangat saya berkobar-kobar. Sejujur hati,banyak pengetahuan baru yang saya peroleh semasa menjalankan kajian ini. Pandangan saya sebelum ini terhadap komunikasi ialah sesuatu aspek yang sangat remeh.komunikasi?setiap orang boleh bertutur .namun setelah menjalankan kajian ,melalui pembacaan ,perbandingan pendapat antara tokoh-tokoh yang terkenal,banyak kaedah-kaedah dan pengkelasan yang dicipta untuk memudahkan seseorang individu itu berkomunikasi dengan lebih baik dan setelah menganalisis setiap kaedah yang diujarkan mereka,ya,betul,kaedah-kaedah ini sangat membantu dalam memperbaiki proses seseorang ,contohnya kejelasan percakapan ,mesej yang jelas ,pemilihan kata yang sesuai,keadaan ,dalam komunikasi interpersonal sangat perlu dititikberatkan bagi menjamin keberkesan komunikasi seseorang. Selepas menjalankan penyelidikan ini dengan sangat terperinci,saya dapat mempraktikan teknik-teknik yang berkesan dalam kehidupan saya.apabila sudah bergelar guru suatu hari nanti , saya sedar bahawa keberkesanan komunikasi sangat diperlukan bagi memudahkan kita berkomunikasi dengan murid kita.proses penyampaian ilmu,sebagai seorang guru yang sentiasa memikirkan dapatan ilmu kepada setiap muridnya harus bijak mempraktikkanya dalam kelas. Pada mulanya saya menganggap tugasan yang diberikan hanya satu beban yang perlu cepat saya siapkan ,namun pandangan itu terus berubah setelah mendalami hasil kajian tugasan ini.

46

inilah yang saya gelar pembelajaran yang berkesan kerana penyampaian ilmu yang diberikan oleh pesyarah pembimbing sangat berkesan kerana saya dapat mencapai makna yang tersirat disebalik tugasan ini. Banyak pengetahuan baru yang dapat saya praktikkan dalam kehidupan saya selepas menjalankan tugasan ini.terima kasih kepada semua.

47

REFLEKSI
AMEELIA NAZIRAH BINTI MOHD SHAFIEE Pada mulanya apabila mendapat tugasan ini, saya mengalami kekeliruan dalam memahami kehendak soalan mengenai video yang kami dikehendaki sediakan dan isi yang diperlukan bagi menyiapkan tugasan ini. Akhirnya, setelah mendapat bantuan daripada beberapa orang kawan dan maklumat daripada internet dan buku-buku ilmiah, saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya telah mempelajari pelbagai perkara daripada tugasan ini. Saya telah membuat pembacaan yang agak mendalam semasa membuat tugasan ini. Saya telah mendapat pelbagai informasi yang menarik, terutamanya mengenai komunikasi. Kita sering berbual, mengatakan dan berfikir mengenai sesuatu tanpa menyedari bahawa ianya merupakan proses komunikasi. Selepas membuat tugasan ini, saya menyedari manusia tidak akan terlepas daripada berkomunikasi. Di samping itu, sebagai seorang guru, komunikasi merupakan satu kaedah yang berkesan dalam pembelajaran bagi menarik minat para pelajar untuk belajar di dalam kelas selain daripada mempunyai ilmu yang mantap. Tugasan ini juga berjaya menambahkan pengetahuan saya tentang prosesproses komunikasi dan kaedah komunikasi yang berkesan, disamping dapat mengenali bebebrapa orang pakar komunikasi. Setelah menjalankan kajian ini, saya mendapati bidang komunikasi merupakan bidang yang agak luas kerana terdapat cabang lain lagi selain daripada komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal. Di samping itu, berdasarkan kertas kerja yang telah saya hasilkan ini terdapat beberapa kelebihan seperti maklumat yang berkaitan dengan bidang komunikasi itu lengkap dan mendapat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sumber-

48

sumber ini membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan lancarnya tanpa sebarang persoalan timbul dalam pemikiran kami. Namun terdapat beberapa kelemahan yang daripada kertas kerja yang telah saya hasilkan, antaranya ialah mungkin terdapat beberapa maklumat yang tertinggal. Hal ini kerana informasi ini mempunyai pelbagai maklumat dari pelbagai sumber dan agak sukar untuk memasukkan kesemuanya. Sebagai cadangan penambahbaikkan, saya akan berusaha untuk mempelbagaikan lagi sumber maklumat yang saya perolehi agar dapat menghasilkan kertas kerja yang lengkap dan lebih sempurna. Saya juga akan memperbanyakkan lagi maklumat yang berbentuk pengurusan garfik seperti peta minda bagi memudahkan pemyampaian maklumat.

49

BIBLIOGRAFI
ILMIAH
1.Maimunah Osman 2000.SIRI PENGURUSAN INTAN. KOMUNIKASI BERKESAN HUBUNGAN INTERPERSOPNAL. PENERBITAN INSTIUTUT TADBIRAN AWAM NEGARA(INTAN). 2. Dr Abdullah sukor shaari,Prof Madya Dr.Nuraini Yusoff,Mohd Isha Awang..BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 2003.Penerbitan PTS PUBLICATOION. 3.Abdullah Hassan (1996).isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia ,dewan bahasa dan pustaka 4.Bert Decker 1993,kemahiran komunikasi ;mencapai kesan interpersonal dalam perniagaan .kuala lumpur.penerbitan pelangi. 5. Tan Tuan Hok 1997.Human relation and interpersonal Communication.Kuala Lumpur:Malaysian instiutut of Managment. 6. Maimunah Osman 2000.SIRI PENGURUSAN INTAN. KOMUNIKASI BERKESAN HUBUNGAN INTERPERSOPNAL. PENERBITAN INSTIUTUT TADBIRAN AWAM NEGARA(INTAN). 7. Dr Abdullah sukor shaari,Prof Madya Dr.Nuraini Yusoff,Mohd Isha Awang..BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 2003.Penerbitan PTS PUBLICATOION. 8.Abdullah Hassan (1996).isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia ,dewan bahasa dan pustaka 9.Bert Decker 1993,kemahiran komunikasi ;mencapai kesan interpersonal dalam perniagaan .kuala lumpur.penerbitan pelangi. 10. Tan Tuan Hok 1997.Human relation and interpersonal Communication.Kuala Lumpur:Malaysian instiutut of Managment.

50

Internet :

http://id.wikipedia.org/wiki/Komunikasi_intrapersonal http://id.wikipedia.org/wiki/Komunikasi_interpersonal http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article101.pdf http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article100.pdf http://meiliemma.wordpress.com/2006/10/17/definisi-komunikasi/

51

Anda mungkin juga menyukai