Anda di halaman 1dari 4

KRITIKAN DAN APRESIASI SENI

Menerusi lukisan ini, secara tidak langsung, kita dapat mengetahui apakah
tema atau mesej yang hendak disampaikan oleh pelukis. Mesej yang hendak
disampaikan ialah kejahatan dan kekejaman manusia. Malahan, pelukis juga ingin
meluahkan rasa tidak puas hati akan jenayah rompakan yang berleluasa dan kepada
golongan yang hanya memandang wang adalah segala-galanya.

Kejahatan dan kekejaman yang dipaparkan ialah keadaan wanita yang diugut
untuk ditembak, tebusan yang ketakutan dan pengawal yang mati ditembak.
Penggunaan warna merah untuk darah, menonjolkan unsur keganasan, di mana
perompak ini sangat kejam dan berani. Selain itu, jika kita teliti latar masa rompakan
ini, ia berlaku pada era teknologi sudah berkembang. Ini kerana kamera pengawasan
yang terletak di bucu dinding. Selain itu, senjata yang digunakan perompak.
merupakan senjata luar negara yang tidak asing. Pistol Magnum Roulette dan
Schmidt Machine Gun, buatan Austria yang mempunyai penghapus bunyi atau
silencer, sesuai untuk rompakan dan pembunuhan tanpa kesan. Di sini, terserlah

1
kebijaksanaan perompak. Mereka juga memakai sarung tangan dan menutup muka
mereka.

Ketakutan yang dipaparkan oleh pekerja bank wanita, yang lebih sayangkan
nyawa daripada wang, menurut sahaja kehendak perompak dengan memasukkan
wang ke dalam beg. Tebusan juga dalam keadaan ketakutan apabila senjata diacu
kepada mereka, setiap saat, bimbang akan peluru sesat akan singgah mengambil
nyawa mereka. Mereka juga menjadi takut apabila perompak tersebut menembak
pengawal tersebut di bahagian jantung secara mengejut. Kemungkinan besar
pengawal tersebut mati serta merta.

Kesimpulannya, lukisan ini sangat cantik dan penuh maksud tersirat di


dalamnya. Ia sungguh unik. Pada pendapat saya, pelukis ini pasti berada di dalam
kejadian rompakan ini. Tahniah pada pelukis ini kerana pengalaman ini sangat sukar
didapati dan beliau sanggup berkongsi bersama orang lain melalui lukisannya.

Teknik catan cat air yang diaplikasikan dalam karya ini ialah teknik basah atas
basah. Teknik basah atas basah ini ialah teknik yang melibatkan sapuan warna cair
ke atas permukaan kertas yang telah dibasahkan oleh pelukis bagi menghasilkan
kesan lut sinar dalam karya mereka. Bagi menghasilkan catan cat air basah atas
basah ini, pelukis perlulah terlebih dahulu membasahkan kertas dengan
menggunakan air atau warna yang cair. Kemudian, warna yang terang akan
disapukan ke atas permukaan kertas. Warna yang disapu hendaklah bermula
daripada cerah ke gelap ketika kertas masih basah lagi. Selain itu, teknik basah atas
basah ini tidak menggunakan pemadam jika lakaran tersebut digunakan pensel
bertujuan untuk mengelakkan kesan berbulu pada kertas lukisan.

Media yang digunakan dalam karya ini ialah warna air, kertas warna air (water
colour paper) dan berus. Kertas warna air yang digunakan akan menghasilkan
sebuah karya catan yang menarik pada kesan sapuan warna.

Dari sudut aliran catan, karya yang dihasilkan oleh pelukis lebih cenderung
kepada aliran impresionisme. Hal ini demikian kerana secara keseluruhan karya,
pelukis menggunakan warna kuning dan cerah dalam karyanya. Pelukis juga berjaya

2
menginterpretasikan keadaan atau kejadian rompakan di sebuah bank, seperti beliau
sendiri berada dalam suasana tersebut.

Menilai unsur seni dalam karya ini, pelukis mengaplikasikan unsur garisan,
warna, jalinan, bentuk, rupa dan pergerakan. Unsur garisan jelas dilihat melalui
kesan garisan pada pakaian perompak. Pelukis menggunakan garisan jenis pantas
untuk melihatkan keadaan perompak yang tergesa-gesa untuk mendapatkan wang
daripada pegawai bank berkenaan. Selain itu, pelukis juga menggunakan garisan
lurus bagi melukis meja kaunter bank berkenaan. penggunaan garisan jenis ini
menampakkan ketepatan dan kejituan dalam karya ini. Unsur jalinan dalam karya ini
jelas dilihat kepada jaket biru yang digunakan perompak. Jalinan yang dilihat ialah
jalinan tampak yang menampakkan tekstur jaket yang diperbuat daripada kulit
binatang atau diperbuat daripada fibre. Bagi unsur warna, pelukis menggunakan
warna asas pada keseluruhan karya. Warna asas yang terdiri daripada warna biru,
kuning dan merah. Pelukis juga menggunakan ton warna yang berbeza bagi
menampakkan kesan cahaya yang membentuk bayang-bayang. Faktor
pencahayaan juga mempengaruhi ton warna yang digunakan. Hal ini dapat dilihat
pada perompak berjaket biru, perompak bertopeng hitam, lengan tebusan dan
pegawai bank wanita.

Menilai prinsip rekaan, pelukis mengaplikasikan prinsip kontra, imbangan,


harmoni dan penegasan. Bagi unsur kontra, kita dapat lihat melalui warna merah
pada meja kaunter yang terhasil daripada darah tebusan yang sudah mati ditembak.
Selain itu, penggunaan warna merah pada topi keledar dan warna biru pada jaket
yang dipakai perompak yang mengacukan pistol ke arah pegawai juga dinilai
sebagai prinsip kontra yang terdapat dalam karya ini. Prinsip yang seterusnya ialah
imbangan. Pelukis juga memasukkan prinsip imbangan yang tidak simetri pada karya
beliau. Imbangan ini dilihat sememangnya tidak simetri, walaupun susunan
subjeknya mengikut grid. Pelukis turut memasukkan prinsip harmoni dalam karya
beliau. Prinsip harmoni boleh dilihat melalui garisan tingkap yang lurus serta
tersusun secara sistematik. Prinsip yang terakhir ialah penegasan. Prinsip ini dapat
dilihat melalui susuk tubuh badan peompak yang berjaket biru serta bertopi keledar
merah serta pisau yang tersisip pada belakang perompak.

3
Kesimpulannya, kami beranggapan karya lukisan ini berjaya menonjolkan
mesej dan temanya. Elemen jenayah rompakan juga berjaya diilhamkan melalui
lukisan ini. Perbezaan ton warna, pengaplikasian unsur dan prinsip rekaan yang
pelbagai, turut menyumbang kepada keberkesanan penyampaian mesej kepada
pengkritik seni yang lain.

Disediakan oleh:

1. Muhammad Syamsuri Bin Omar


2. Mohd Fathul Khair Bin Mohd Dahlan
PPISMP Ambilan Julai 2009 BM – PJ/PSV Unit J3.

Anda mungkin juga menyukai