Anda di halaman 1dari 3

Apresiasi Karya Pelukis Barat Aliran

Impresionisme Claude Monet


Impression Sunrise

Claude Monet
Impression Sunrise (1872)
Oil on canvas (48 cm 63 cm)

Karya Claude Monet yang bertajuk Impression Sunsrise


ini merupakan karya agung bagi aliran impresionisme.
Karya ini menggambarkan pemandangan landskap
sebuah lautan di Le Harve. Pemandangan lautan ini
kelihatan seperti berkabus tetapi dipancarkan oleh terik
matahari terbit. Kelihatan dua buah bot yang sedang di

dayung. Jelas kelihatan dua orang di atas bot bahagian


hadapan dan bot belakang agak kabur. Di belakang karya
ini kelihatan seperti kargo atau dermaga yang tersusun di
pinggir laut tetapi dikaburi oleh kabus pagi.

Warna yang digunakan kelihatan suram. Namun


monet tetap berpegang pada prinsip aliran ini yang
mementingkan cahaya dengan memalitkan warna oren
kekuningan untuk menunjukkan suasana waktu fajar.
Warna oren yang mewakili matahari senja menembusi
lautan lalu membiaskan cahayanya pada air laut yang
kelihatan tenang itu dan meninggalkan kesan yang
romantis pada karya tersebut. Kepekaan pelukis pada
kesan cahaya yang berjaya menunjukkan realiti dan
keajaiban tentang perubahan atmosphera di langit dan
kesan yang terjatuh pada permukaan air . Permukaan air
yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga
telah digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi
semangat impresionisme sebagai pergerakan, perjuangan
mengangkat gaya dalam seni lukis. Garisan dalam karya
ini di tonjolkan melalui kesan sapuan berus terutamanya
pada bahagian pergerakan air yang tenang. Manakala
garis halus dilakar untuk menunjukkan objek kabur iaitu
tiang-tiang kargo yang diselindungi kabus pagi. Jalinan
terhasil melalui kesan sapuan berus dan warna yang tebal
pada bahagian langit dan permukaan air.
Karya ini menggambarkan mengenai kedamaian
suasana lautan di waktu pagi dimana masyarkat mula
mendayung sampan untuk melakukan aktiviti harian.
Warna terang yang melambangkan matahari pagi
menggambarkan kepada kita bahawa setiap hari
disuluhkan dengan semangat baru untuk melakukan
aktiviti seharian. Laut yang tenang dengan garapan warna
yang lembut menunjukkan kebersihan dan ketenangan
alam semulajadi dimana setiap hari manusia dapat
menghirup udara yang segar.

Karya ini menarik perhatian dari segi


pencahayaan yang terang untuk menggambarkan
keindahan lautan ketika sang suria terbit. Namun yang
lebih penting, pelukis bukannya bertujuan mahu
melahirkan lukisan yang indah dan cantik. Matlamatnya
ialah mencipta suatu rakaman realiti yang dilihatnya
sendiri. Karya ini dapat menyedarkan individu bahawa
bumi kita sebenarnya indah dengan kurniaan semulajadi
daripada tuhan. Dari sudut pandangan pelukis sebagai
suatu semangat Impresionisme yang mahu merakamkan
kesan visual dari realiti. Ada pergerakan, cahaya dan
sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang boleh
digambarkan secara realiti.

Anda mungkin juga menyukai