Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Umpan

Tahun: 1959
Pelukis: Syed Ahmad Jamal
Tema: Abstrak

Lukisan yang diberi tajuk “umpan” karya Syed Ahmad Jamal merupakan sebuah
karya yang dihasilkan pada tahun 1959. Karya ini yang menggunakan media cat minyak
atas papan masonit. Pengolahan karya yang berbentuk abstrak ini mempunyai ekspresi
kendiri yang tidak dikawal secara keseluruhan tetapi terhasil daripada pengamatan kreativiti.
Warna lukisan dipadankan pada karya ini adalah merupakan ekplorasi pelukis yang
menyerlahkan gaya abstraknya. Selain itu, penggunaan garisan dalam karya ini merupakan
dominasi bentukan yang terhasil daripada kepelbagaian saiz garisan serta warna yang
digabungkan. Unsur pengulangan yang ada dalam setiap lekuk garisan mewujudkan
harmoni dalam kombinasi untuk setiap posisi lukisan. Kepelbagaian warna dilihat seakan
beputar di setiap penjuru karya dan membentuk sesuatu yang dinamik. Ruang kosong yang
ada didalam lukisan ini juga memberikan nafas dan menjadikan karya seimbang walaupun
secara asimetrikal.

Berdasarkan teori kritikan penghakiman Kant, kita boleh mempunyai pengalaman


kecantikan dan memahami pengalaman itu sebagai pandangan kita sendiri. Hal ini kerana
difinisi penhakiman itu sendiri adalah sangkaan yang universal iaitu meluas merangkumi
semuanya perkara. Akal fikiran kita adalah sesuatu hanya berharga tinggi dan boleh menilai
sesuatu dengan membuat permahaman konsep, membuat kesimpulan dan kemudian
membenarkan individu melalukan penghakiman terhadap sesebuah karya yang ingin dikaji.
Sebagai contohnya dalam menaliti tentang lukisan ‘umpan’, sebuah permahama tentang
konsep karya itu harus difahamkan sebelum membuat kesimpulan tentang karya.

Dalam menentukan kritikan penghakiman, penghakiman reflektif adalah isu falsafah


yang sukar kerana penghakiman harus diteruskan tanpa konsep, kadang-kadang untuk
membentuk konsep baru. Oleh itu, Kant telah menerangkan empat konsep penghakiman
iaitu the agreeable, the good, the sublime dan the beauty. ‘The Agreeable’ adalah
bermaksud penghakiman pancaindera yang murni dimana kita melihat karya ‘umpan’ adalah
sesuatu karya yang baik, halus dan cantik. Penghakiman ini disebuat juga penghakiman
subjektif kerana hanya berdasarkan kecenderungan pandangan luaran sahaja.

‘The Good’ adalah penghakiman sesuatu yang beretika diman kita melakukan
penghakiman yang sesuai dengan hukum moral. Sebagai contohnya, karya ‘umpan’ adalah
sebuah karya abstrak yang mempuyai unsur pengulangan saiz garisan, warna, bentuk-
bentuk oragnik yang berputar-putar memberikan kesan pergerakan yang menyelahkan gaya
ekspresionis pelukis. Penghakiman ini adalah penghakiman secara objektif bagi
menunjukkan moral atau tidak sesebuah karya itu.

‘The Sublime’ ialah penghakiman sesuatu yang luhur adalah penghakiman bahawa
ia berada di luar batas pemahaman. Hal ini kerana, penelitian tentang sesebuah karya perlu
dilakukan ketika penghakiman sublime ini dilakukan. Sebagai contohnya, karya ‘umpan’
adalah karya abstrak yang mempunyai pengherotan yang intensif sehingga kelihatan seperti
aksi burung hadir secara separuh lut sinar. Ini merupakan perkembangan yang amat drastik
kerana bentuk dan latar telah hilang wajah realiti. Namun kehadiran emosi dan tenaga
masih dipertahankan serta dirasai secara langsung. Pada peringkat ini karya ‘umpan’ ini
dilihat sesuatu yang seram tetapi ia merupakan perkara yang mesti dilakukan oleh pengkaji
untuk memahami maksud yang ada disebalik karya itu.

‘The Beauty’ ialah penghakiman kecantikan yang juga dipanggilnya "permainan


bebas" di antara daya imaginasi dan pemahaman kognitif. Sesebuah lukisan itu dianggap
cantik berdasarkan daya imaginasi dan kefahaman kognitif yang terhasil apabila menilai
karya itu.. sebagai contohnya, di dalam karya ‘umpan’ dilihat cantik dengan adanya
permainan bebas di antara saiz garisan dan warna yang dipadankan membentuk dominasi
bentukan yang cantik dan unik. Penghakiman yang sesuatu yang indah adalah tuntutan
bahawa ia mempunyai "bentuk akhir", yang nampaknya telah direka dengan tujuan,
walaupun ia tidak mempunyai fungsi praktikal yang jelas seperti ini yang dibawa di dalam
karya ‘umpan’ yang mengambarkan sesuatu yang misteri melalui bentuk organic dan warna.
Kesimpulanya, lukisan ‘umpan’ karya Syed Ahmad Jamal adalah salah satu karya
abstrak yang mepunyai nilai-nilai kecantikan yang tersendiri. Lukisan ini adalah sebuah
lukisan seni yang bebas dimana pelukisnya bebas memasukkan unsur emosi dan eleman
abstrak yang menunjukkan keseronokan dan kegembiraan estetik yang ada di dalam karya
ini. Karya yang dilukis oleh Syed Ahmad Jamal ini adalah seni yang hidup dan mati di
peraturanya seninya sendiri dan wujud dalam kewujudannya sendiri dan berbeza dari segi
alam semesta yang berasingan kerana penghakiman terhadap karya ini dilakukan oleh
mereka yang memahami tentang nilai yang dibawa oleh dalam karya ini dan membuat
kesimpulan menggunakan fahaman seni dan akal fikiran yang baik.

BIBIOGRAFI

Immanuel Kant, 1987. Critique of Judgment. United States of America: Hackett Publishing
Company, Indianapolis.

T. B. Veblen, 2018. Kant’s Critique Judgment. The Journal of Speculative Philosophy, 18(3),
260-274.

Calvin Liew. (2018, Disember 8) A.R.T From6 STPM Seni Revison. Dimuat turun daripada
http://artist-calvin.blogspot.com/2013/12/tajuk-umpan-tahun-1959-pelukis-syed.html

Anda mungkin juga menyukai