Anda di halaman 1dari 3

APRESIASI SENI CATAN ISLAM

Syed Ahmad Jamal; Lailatul Qadr (2004)

Acrylic on canvas

Karya bertajuk ‘Lailatul Qadr’ mengisahkan tentang satu malam di bulan Ramadhan yang
sangat istimewa kerana Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada setiap hamba pada malam tersebut.
Pada malam tersebut, sesiapa yang melakukan ibadat, pahalanya dikurniakan seperti beribadat
selama 1000 malam.

Dari segi penggunaan warna, warna sejuk iaitu warna biru gelap merupakan warna yang
paling dominan dalam karya. Penggunaan warna biru gelap adalah bertujuan bagi menggambarkan
ketenangan malam lailatul qadr. Aplikasi rupa dalam karya pula memperlihatkan penggunaan rupa
organic pada unsur seperti cahaya. Rupa tersebut melambangkan rahmat-rahmat Allah yang begitu
banyak diturunkan pada malam lailatul qadr. Kesan jalinan tampak juga dapat dilihat melalui hasil
sapuan warna pengkarya. Elemen cahaya terhasil daripada sapuan warna panas seperti merah,
jingga dan kuning atas warna sejuk.

Catan lailatul qadr turut memperlihatkan prinsip harmoni apabila penggunaan warna sejuk
menjadi warna asas yang digunakan dalam karya. Selain itu, penggulangan rupa cahaya turut
mendatangkan keharmonian terhadap karya. Prinsip kontra pula jelas diperlihatkan apabila
penggunaan warna panas yang lebih cerah seperti merah, jingga dan kuning digunakan bagi
menggambarkan cahaya rahmat Allah.

Dari segi imbangan, prinsip imbangan tidak simetri diaplikasikan dalam karya. Karya turut
memperlihatkan prinsip kesatuan kerana seluruh karya dilihat mempunyai motif yang sama dan
berulang. Dalam karya tersebut, elemen cahaya yang melambangkan turunnya rahmat Allah pada
malam lailatul qadr merupakan subjek yang cuba ditegaskan oleh pengkarya dalam karyanya.
APRESIASI SENI BARAT

Van Gogh; Starry Night (1889)

Oil on canvas

Karya bertajuk ‘Starry Night’ mengisahkan tentang keindahan pemandangan malam yang
diinspirasikan daripada imaginasi. Van Gogh. Van Gogh meskipun dikenali sebagai pengkarya yang
menghasilkan karya berdasarkan pemerhatian (observation), namun keterbasan untuk melukis di
hospital psikiatri telah menyebabkan beliau menhasilkan karya ini berdasarkan imaginasi sendiri.

Dari segi penggunaan warna, warna sejuk iaitu warna biru kehijauan merupakan warna yang
paling dominan dalam karya. Namun begitu, warna panas seperti warna kuning turut digunakan
dalam lukisan. Penggunaan warna biru adalah bertujuan untuk menggambarkan suasana malam
yang sejuk dan kelam serta keadaan gunung ganang di sekitar kawasan tersebut. Warna kuning pula
digunakan bagi menggambarkan cahaya bulan dan bintang yang menerangi langit. Aplikasi rupa
dalam karya memperlihatkan penggunaan rupa organic secara dominan iaitu pada pokok dan
lingkaran di langit yang dilihat sebagai mesej perkabungan yang cuba disampaikan pengkarya dalam
karya ini. Rupa geometri pula dapat dilihat pada imej rumah.

Unsur garisan yang diaplikasikan ialah garisan lingkaran yang dilukis secara melintang
menggambarkan suasana langit manakala garisan beralun yang menegak digunakan pada imej pokok
bertujuan bagi menghasilkan kelainan dalam karyanya. Jalinan tampak dapat dikesan dalam karya ini
apabila pengkarya menggunakan sapuan warna putih yang melingkari warna kuning pada bulan dan
bintang. Ini menyebabkan kesan pencahayaan wujud pada imej bulan dan bintang.

Dari segi prinsip rekaan, keseluruhan catan memaparkan unsur harmoni kerana padanan
warna yang digunakan oleh pengkarya sesuai bagi menggambarkan pemandangan malam. Selain itu,
pengulangan garisan juga memberikan keharmonian terhadap karya. Prinsip kontra dipamerkan
apabila pengkarya menggunakan warna kuning untuk bulan dan bintang yang dilihat berlawanan
dengan suasana suram malam kerana penggunaan warna tersebut memberi kesan cerah dalam
karya catan.

Karya juga mempunyai prinsip imbangan tidak simetri. Ini kerana, dominasi warna biru
dalam karya ini diseimbangkan dengan imej-imej di langit yang berwarna kuning. Imej bintang dan
bulan pula merupakan subjek yang cuba ditegaskan oleh pengkarya dalam karyanya. Pengkarya telah
menggunakan warna kuning bagi mewujudkan tumpuan terhadap dua imej tersebut yang dianggap
sebagai penyeri pemandangan malam. Secara keseluruhan, karya memaparkan prinsip kesatuan
kerana seluruh karya hampir memaparkan imej yang sama dan berulang-ulang.

Anda mungkin juga menyukai