Anda di halaman 1dari 3

PEMBICARA SKRIP

Pengerusi -beri salam

Ahli panel dan siding disormati sekalian,

Segala pujian ke hadrat Allah ... kita dapat bertemu dalam Majlis Forum
Pendidikan pada pagi yang indah ini

Hadirin yang dihormati,


Sebagaimana yang kita ketahui, forum kita pada hari ini adalah bertemakan
Tema; bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam revolusi perindustrian 4.0
Tajuk: bahasa Melayu meniti era revolusi keempat

Kata orang tak kenal maka tak cinta, maka eloklah kiranya sebelum kita telusuri
perbincangan ini dengan lebih mendalam, izinkan saya memperkenalkan dahulu
ahli-ahli panel yg segak dan cantic bergaya pada hari ini

-kenalkan ahli panel pertama (tanya khabar dan selamat datang)


-kenalkan ahli panel kedua (tanya khabar dan selamat datang)

Pengerusi Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada topik forum
(soalan 1) kita tentang BAHASA MELAYU DALAM MENITI ERA REVOLUSI KEEMPAT

Siding hadirin yang dihormati


-elok mulakan mauduk perbincangan dengan definisi bagi bm dan era revolusi
keempat
-bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan soalan pertama kepada ahli
panel pertama
-saudara Syahir, mohon saudara berikan penjelasan tentang maksud atau konsep
bagi revolusi perindustrian 4.0 dan bahasa melayu.

Pengerusi Sidang hadirin sekalian, begitulah tadi penjelasan tentang revolusi perindustrian
(soalan 2) 4.0 dan bahasa Melayu yang saya kira amat terperinci penjelasannya. Seterusnya,
saya ingin meminta saudari Afiffah mengupas sedikit tentang isu kedudukan bahasa
Melayu kini sebagai bahasa ilmu di Malaysia. Mohon pencerahan daripada saudari,
silakan.

Pengerusi Baiklah para hadirin sekalian, dapat kita perhatikan di sini bahawa bahasa Melayu
(rumusan sesi sudah pun diangkat menjadi bahasa ilmu sejak dahulu lagi.
1 & soalan 1 Lebih-lebih lagi pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, telah
sesi 2) meningkatkan lagi taraf bahasa Melayu di Malaysia terutama dalm bidang
pendidikan.
-behkan, boleh kita lihat yang sebenarnya banyak istilah sains yang telah diterjemah
ke bahasa melayu bagi bukti bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa ilmu.
Contohnya: istilah biologi negative feedback telah dialih bahasa kepada istilah suap
balik negative.

-namun begitu dengan pengenalan revolusi perindustrian 4.0 sekitar tahun 2016
dilihat telah membawa bukan sahaja bidang perindustrian bahkan bidang
pendidikan di Malaysia ke satu era baharu. ? Persoalannya, apakah cabaran yang
dihadapi bagi memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam Revolusi
Industri ke-4

-kata-kata tokoh:
Profesor Dr. Arndt Graf, Ketua Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe, Frankfurt,
Jerman. Menurut beliau, sejak pertengahan tahun 2010, istilah Revolusi Industri
Keempat semakin tersebar di negara ini hingga menimbulkan kebimbangan
terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun demikian,
kebimbangan ini bukan hanya terjadi di negara ini, malah turut diperkatakan di
Indonesia dan Thailand sehingga menimbulkan pertanyaan, adakah wacana tentang
Revolusi Industri Keempat perlu dikendalikan dalam bahasa Inggeris

Mohon saudara Syahir memberikan pandangan dan buah fikiran saudara bagi
merungkai persoalan tersebut.

Soalan 2 sesi 2 Terima kasih diucapkan kepada saudara syahir atas penjelasan sudara sebentar
tadi. Saya tertarik dengan kupasan yang dibawakan saudara syahir tentang kesan
pengenalan revolusi industri 4.0 iaitu bahasa ibunda diketepikan sebagai bahasa
ilmu

-Saya percaya sekiranya ada masalah, pasti ada penyelesaiannya bukan?


- justeru, saya ingin bertanya kepada saudari apakah langkah yang boleh dilakukan
bagi memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam menghadapi
revolusi industri 4.0? silakan saudari.

Pengerusi Melalui sesi kedua ini, dapat kita rumuskan bahawa pengenalan revolusi industri
(rumusan 2) keempat telah mendatangkan kesan sama ada yang baik atau yang buruk kepada
negara Malaysia. Namun kini yang menjadi perhatian adalh kedudukan bahasa
Melayu yang dilihat semakin terancam disebabkan penggunaan bahasa Inggeris
yang lebih meluas dalam wacana-wacana akademik tentang revolusi perindustrian
4.0. namun begitu, usaha semua pihak seperti pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
serta ahli intelek Malaysia yang telah menerbitkan istilah-istilah teknikal baharu
serta menggunakan bahasa melayu dalam bidang akademik telah membuktikan
bahawa bahasa melayu adalah relevan untuk diangkat sebagai bahasa yang
mendokong disiplin ilmu dalam revolusi perindustrian keempat. saya percaya
martabat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu tidak akan tergugat selagi penuturnya
terus mendaulatkan serta berusaha memperluas dan melestarikan penggunaannya.

Pengerusi Kesimpulannya, peranan semua pihak sangat penting dalam memastikan


(kesimpulan) martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia tidak lenyap dihanyutkan
arus kemodenan. Kemajuan perindustrian yang dibawa oleh barat tidak boleh
menjadi asbab kepada kejatuhan martabat Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan
di Malaysia. Hal ini kerana, kepentingan memartabatkan bahasa Melayu bukan
hanya untuk mendepani RI4, bahkan untuk memastikan sahsiah, keperibadian, jati
diri dan nilai masyarakat penuturnya dimantapkan seiring dengan kemajuan sains
dan teknologi memandangkan pembangunan sains dan teknologi dalam peradaban
Barat bersifat sekular serta terpisah daripada sistem nilai budaya dan agama.
semoga dengan perkongsian pada hari ini, dapatmembantu dalam mewujudkan
sebuah masyarakat yang bersifat glokal dan mampu bersaing secara global dalam
bidang sains dan teknologi di samping mengekalkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua ahli panel yang sudi berkongsi
pandangan dan juga ilmu dengan siding dewan hadir pada hari ini. Semoga forum
kita pada hari ini mampu menjadi pemangkin kesedaran bagi hadiri sekalian serta
diri saya sendiri bagi memartabatkan lagi penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja
dalam bidang pendidikan bahkan dalam bidang-bidang yang lain juga.

Siding hadirin sekalian,

Kalau berjalan dah sampai ke batas,


Kalua berkayuh dah sampai ke pulau
Kalua mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai ke penghujung bicara

Entah sireh salah sarung,


Entah kata salah tutur
Entah maksud salah sampai

Terimalah salam, salam bersantun,


salam yang meminta maaf ,salam yang meminta ampun

akhirulkalam, saya mewakili semua ahli panel ingin mengucapkan ibuan terima kasih
kepada siding hadirin yang sudi meminjamkan sedikit masa buat kami dan hadir
menyaksikan forum pendidikan ini.

Wabillahi taufik wal hidayah

Anda mungkin juga menyukai