Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Daftar kandungan

Bil Tajuk
Mukasurat

1.0 1.0 Daftar kandungan 1

2.0 2.0 Pendahuluan 2

3.0 3.0 Membandingbezakan dari segi tajuk wacana 3

4.0 4.0 Membandingbezakan dari segi laras bahasa 4

5.0 5.0 Membandingbezakan dari segi

panel menyampaikan forum 5

6.0 6.0 Membandingbezakan penggunaan kosa kata 5

7.0 7.0 Kesimpulan 6

8.0 8.0 Bibliografi 7

1
2.0 Pendahuluan

Laras bahasa merupakan cara atau gaya penggunaan bahasa dalam situasi
penggunaannya berdasarkan bidang-bidang tertentu. Seorang penutur akan mengubah
larasnya bergantung kepada situasi, topik yang dibincangkan, tujuan perbincangan, dan
pendengar sama ada secara lisan atau tulisan. Laras bahasa merupakan satu kovensi
sosial, iaitu digunakan oleh pengguna tertentu untuk keadaan atau situasi tertentu mengikut
kesesuaiannya. Laras bahasa dipengaruhi oleh latar suasana, penutur, pendengar dan
tujuan wacana ditulis atau diujarkan. Contohnya, ayat aktif dan ayat pasif, ayat penyata dan
ayat songsang akan menghasilkan laras yang berbeza.

Laras bahasa digunakan disebabkan oleh dua faktor utama iaitu ciri-ciri keperihalan
sesuatu peristiwa bahasa dan ciri-ciri linguistik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, laras
bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Nik Safiah Karim (1982) juga
mendefinisikan laras bahasa ialah gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Variasi
bahasa yang digunakan oleh penutur mengikut situasi yang berbeza-beza berdasarkan tajuk
pembicaraan dan hubungan.

Menurut tokoh seterusnya iaitu Asmah Haji Omar (1987), laras bahasa ialah ciri khusus
dalam penggunaan bahasa berdasarkan bidang penggunaannya. Abdullah Hassan (1989)
mendefinisikan laras bahasa sebagai pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan
konteksnya itu adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa. Pemakaian laras bahasa yang
sesuai itu dianggap pengolahan bahasa yang baik. Ada hubungan rapat antara isi dan
perkara yang dibincangkan untuk membincangkannya.

2
3.0 Membandingbezakan dari segi tajuk wacana

Forum pertama iaitu forum remaja peringkat kebangsaan 2012 yang membicarakan
mengenai “Berdisiplin Pelajar, Tanggungjawab Siapa?” manakala forum kedua pula
merupakan forum perdana ehwal Islam yang bertajuk “Anak Jjuruh” atau dengan bahasa
bakunya anak yang berakhlak mulia. Tajuk yang dipilih oleh kedua-dua forum ini sangat
menarik untuk dibincangkan agar dapat memberi impak positif kepada masyarakat yang
menontonnya. Pada pandangan saya, tajuk bagi forum pertama sangat sesuai untuk
dibincangkan pada masa kini berikutan masalah disiplin yang sering kali menjadi bualan dan
berita hangat. Berita-berita mengenai masalah disiplin dasawarsa ini sering terpapar di
dada-dada akhbar. Jadi, dengan tajuk yang dipilih oleh panel-panel dari forum pertama ini
sedikit sebanyak dapat memberi kesan positif kepada pemikiran masyarakat khususnya
para pelajar.

Tajuk yang dibicarakan oleh forum pertama iaitu “Berdisiplin Pelajar, Tanggungjawab
Siapa?” ini sesuai dengan umur penonton yang rata-ratanya merupakan para pelajar. Bagi
forum kedua pula yang membicarakan soal “Anak Jjuruh” ini ditonton oleh pelajar universiti.
Jadi, tajuk yang dibincangkan sangat relevan untuk ditonton. Bahasa yang digunakan oleh
kedua-dua forum sangat mudah difahami dan dapat dihadam oleh setiap golongan
masyarakat. Misalnya, bagi forum pertama, pengerusi menyatakan bahawa “masalah
disiplin membimbangkan semua pihak. Oleh itu, masalah ini perlu kita lihat dalam skop yang
lebih besar lagi jika kita ingin masalah ini diselesaikan”. Jika kita lihat ayat ini, bahasanya
sangat mudah difahami oleh penonton dan pendengar. Bagi forum kedua pula, ayat yang
digunakan oleh panel pertama ialah “setiap manusia tak kira siapa pon dia pasti inginkan
anak yang baik dan anak yang soleh. Jangankan kita orang biasa hatta perompak sekalipun
banduan sekalipun masih jauh di sudut hati mereka mengharapkan anak mereka semua
menjadi anak yang berakhlak mulia”. Jadi dapat disimpulkan kedua-dua forum ini memilih
tajuk yang sesuai dengan umur para penonton yang menyebabkan mereka lebih mudah
untuk menerima input yang diberikan dalam kedua forum-forum ini.

3
4.0 Membandingbezakan dari segi laras bahasa

Terdapat beberapa jenis laras bahasa yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan
sesuatu perkara contohnya laras bahasa biasa, laras bahasa iklan atau perniagaan, laras
bahasa sains, laras bahasa media massa, laras bahasa rencana, laras bahasa undang-
undang, laras bahasa agama, laras bahasa sukan, laras bahasa sastera atau kreatif, laras
bahasa ekonomi dan yang terakhir sekali adalah laras bahasa akademik.

Jadi berdasarkan penelitian yang dibuat, bagi forum pertama, para panel menggunakan
laras bahasa media massa. Hal ini dikatakan demikian kerana panel kedua ada menyatakan
bahawa “dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin serius bak cendawan
tumbuh selepas hujan”. Laras bahasa jenis ini berperanan adalah untuk melapor atau
menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca.
Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa seperti imbuhan dan kata hubung.
Laras ini juga tidak mempunyai istilah teknikal dan khusus. Manakala, bagi forum kedua
pula, sudah terang lagi bersuluh laras bahasa yang digunakan merupakan laras bahasa
agama. Laras bahasa ini membincangkan isu yang berkaitan dengan agama. Selain itu,
laras ini perlu mempunyai istilah pinjaman dan terdapat petikan. Sebagai contoh, kita lihat
panel pertama menyatakan “Ya Allah, anugerah kepada aku seorang anak yang soleh”
dalam Surah Al-Saffat ayat 100. Jadi, di sini menerangkan bahawa di dalam forum kedua ini,
para panel kebanyakannya menggunakan laras bahasa agama kerana panel-panelnya
terdiri daripada golongan yang arif tentang agama.

4
5.0 Membandingbezakan dari segi cara panel menyampaikan forum

Berdasarkan analisis yang saya buat, saya dapati forum pertama iaitu forum yang
dikendalikan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah lebih secara formal dan tidak berbentuk
santai. Perkataan-perkataan yang para panel gunakan juga agak spesifik dan berakademik
yang memerlukan pemahaman yang tinggi daripada pihak audien. Manakala forum kedua
yang merupakan forum agama hal ehwal perdana lebih bercorak santai dan tidak formal
kerana para panelnya terdiri daripada pakar-pakar agama yang arif lagi bijaksana mengenai
tajuk yang dibicarakan. Panel-panel menerangkan tentang satu perkara itu dengan terperinci
dan diselitkan dengan cerita-cerita dan jenaka-jenaka yang menarik dan menghiburkan.

6.0 Membandingbezakan penggunaan kosa kata

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kosa kata dapat didefinisikan sebagai keseluruhan
kata dalam sesuatu bahasa atau dikenali sebagai perbendaharaan kata. Kosa kata yang
digunakan dalam forum pertama begitu banyak dan perbendaharaan katanya begitu baik
untuk dikongsi kepada umum. Misalnya, saya ambil kata-kata daripada pengerusi iaitu
“tanggungjawab dan disiplin perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap kecemerlangan
yang maksimum. Ia boleh diibaratkan seperti irama dan lagu. Tidak sempurna disiplin tanpa
penjawat dan tanpa tanggungjawab”. Jika dilihat melalui ayat yang diutarakan oleh
pengerusi di dalam forumnya, banyak kosa kata baharu dan menarik untuk kita dengari.
Kosa kata dan perbendaharaan yang menarik mampu menarik minat pendengar dan
penonton untuk terus setia bersama mereka sehingga tamat sesi forum. Kosa kata yang
menarik ini juga dapat memberi kesan positif kepada para pelajar untuk digunakan dalam
akademik mereka. Bagi forum kedua pula, para panel tidak banyak menggunakan kosa kata
kerana para panel lebih banyak menggunakan dialek Terengganu. Bahasa yang digunakan
banyak berdasarkan Al-Quran dan hadis. Forum ini juga lebih berbentuk penceritaan dari
zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang. Para panel mengukuhkan fakta yang
dikemukakan oleh mereka dengan mengaitkannya dengan ayat Al-Quran dan hadis
Rasulullah S.A.W.

5
7.0 Kesimpulan

Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah
laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya
sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas
merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami
perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu bertambah dengan
banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain khususnya bahasa
Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara dan juga
bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.

Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu. Malah
hendaklah tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu, terutama
laras formal dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah
menggunakan laras sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi
penggunaan bahasa seperti pemimipin yang terlibat dalam saluran media elektronik. Oleh
itu amat penting bagi golongan ini menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang
sempurna.

Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu laras-laras itu haruslah dipelajari
sebagai suatu kemahiran. Hal ini menghairankan banyak pihak terutamanya orang Melayu
itu sendiri. Sesetengah orang Melayu berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi belajar
perkara seperti ini.  Laras bahasa Melayu moden, terutama laras formal dan rasmi
merupakan laras khusus yang tidak menjadi sebahagian kehidupan rasmi. Bahasa yang
digunakan adalah bahasa tidak formal.

6
8.0 Bibliografi

Buku

Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2007). Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh.

Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad et al. (Ed). (2000). Bahasa Melayu Kontekstual.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et al. (Ed). (2014). Tatabahasa Dewan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainuddin Zakaria, & Zaidatul Hidayah Zakaria. (2006). Komunikasi Efektif.

Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Internet

Nicholas Vlee. (2014). Jenis-Jenis dan Ciri-Ciri Laras Bahasa. Dicapai pada 9 April 2017,
daripada https://www.slideshare.net/Nicholas940217/jenis-jenis-dan-ciriciri-laras-bahasa

Astara. (2015). Laras Bahasa Bahasa Melayu. Dicapai pada 9 April 2017, daripada
http://nota-ipg.blogspot.my/2013/04/laras-bahasa-bahasa-melayu.html

Marzieta. (2013). Laras Bahasa. Dicapai pada 9 April 2017, daripada


https://www.slideshare.net/marzieta/laras-bahasa-29240922

7
8

Anda mungkin juga menyukai