Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Daftar kandungan

1
2.0 Penghargaan

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Tuan Haji Hosen Bin Atar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan
ini dengan berjayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya soalkan kepada mereka.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembuatan kerja kursus ini. Terima kasih

2
3.0 Pengenalan

Artikel yang dikaji dan dianalisis bertajuk ‘Gaya Hidup Sihat’. Artikel ini ditulis oleh
Saguntalah a/p Krishnan. Pertamanya, tugasan ini dilakukan bagi menganalisis unsur-unsur
perkataan seperti aspek-aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata majmuk, kata hubung,
kata sendi dan lain-lain lagi. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan ejaan daan
penggunaan imbuhan kata kerja men-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan
kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan
kata yang tidak tepat dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan
bahasa pertama. Keduanya, kita akan menganalisis kesalahan dari aspek struktur ayat. Ia
bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang memerlukan
bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

3
4.0 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, analisis kesalahan bahasa bermaksud penghuraian
atau pengupasan sesuatu perkara untuk mengetahui selok-beloknya, buruk dan baiknya
atau mengkaji suatu perbuatan yang salah atau apa-apa yang salah dalam suatu kata-kata
yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau
tulisan. Corder (1990, 62) menguatkan pernyataan tersebut dengan mengatakan bahawa
semua orang yang belajar bahasa pasti tidak luput daripada berbuat kesalahan.

Bab ini menganalisis kesalahan bahasa berdasarkan satu teks artikel gaya hidup kesihatan
dari unsur perkataan dan struktur ayat. Bagi aspek unsur perkataan atau juga dikenali
sebagai aspek morfologi, terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dikesan
antaranya kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan kata sendi nama, kesalahan
penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata hubung, kesalahan penggunaan kata
pemeri “ialah” dan “adalah” dan kesalahan penggunaan kata yang tidak tepat. Manakala
bagi aspek kesalahan sintaksis pula lebih tertumpu kesalahan struktur ayat.

4
5.0 Menganalisis dari segi idea

Artikel yang dikaji dan dianalisis bertajuk ‘Gaya Hidup Sihat’. Artikel ini ditulis oleh
Saguntalah a/p Krishnan. Berdasrkan tajuknya, artikel ini menceritakan tentang gaya
mengamalkan kesihatan kepada masyarakat. Isi penulisannya sangat bersesuian dengan
tajuk yang dibincangkan. Antara isi penulisan yang dibincangkan adalah kepentingan
mengamalkan gaya hidup sihat. Pada pendapat saya, artikel ini sangat membantu
masyarakat dalam kehidupan seharian mereka kerana kebanyakan masyarakat kini tidak
mengambil peduli akan gaya hidup sihat.

Artikel “Gaya Hidup Sihat” ini juga menerangkan tentang contoh-contoh aktiviti yang dapat
kita lakukan dalam kehidupan seharian kita seperti makan makanan yang seimbang, aktiviti
senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling,
kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Penulis berpendapat
bahawa amalan gaya hidup yang sihat juga mengurangkan risiko menghadapi penyakit
berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun
mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri
daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya dan akan berasa lebih sihat.

Artikel ini menambah pengetahuan pembacanya, kerana isinya mengandungi banyak ilmu
pengetahuan tentang kesihatan yang ramai orang belum tahu. Dalam artikel ini juga
membahas berkaitan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, cara-cara melestarikan
gaya hidup sihat dan sebagainya yang sememangnya mendatangkan banyak faedah
kepada seseorang individu.

Penulis juga menceritakan setiap isi yang dikemukakan dengan cukup jelas dan padat
dan memudahkan pembaca untuk memahami apa yang hendak disampaikan. Terdapat
pelbagai kepentingan sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat antaranya memastikan
tahap kesihatan yang baik, menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan dan
mendisiplinkan masyarakat. Selain itu, penulis juga menceritakan tentang bagaimana
masyarakat dapat menuju gaya hidup sihat. Antaranya, makan makanan yang seimbang
dan berkhasiat, menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran dan rakan- rakan,
mengambil rehat yang mencukupi, melakukan aktiviti fizikal dan menjaga kebersihan.

5
Kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan langkah-langkah untuk mencapainya
yang ditulis oleh penulis sangat sedikit. Perkara akan ini akan menjadi lebih baik sekiranya
penulis menambah lebih banyak agar pembaca dapat menambah pengetahuan mereka
dengan banyak. Secara keseluruhannya, penulis melakukan satu penulisan yang sangat
baik dan bagus. Artikel “Gaya Hidup Sihat” mampu menarik minat pembaca untuk membaca
demi pengetahuan mereka.

6
5.1 Menganalisis dari segi kosa kata

5.1.1 Kesalahan penggunaan kata majmuk


Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja
terpisah.

5.1.1.1 Kesalahan penggunaan kata majmuk “tongsampah”


(Perenggan 4, Baris 9)
Salah: “tongsampah”
Contoh yang betul:”tong sampah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata majmuk yang tidak
dijarakkan antara dua perkataan.

5.1.1.2 Kesalahan penggunaan kata majmuk “berpuashati”: (Perenggan 17, Baris 3)


Salah: “berpuashati”
Contoh yang betul: “berpuas hati”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata majmuk yang tidak
dijarakkan antara dua perkataan.

5.1.2 Kesalahan penggunaan kata jamak


5.1.2.1 Kesalahan penggunaan kata jamak “semua kemelut-kemelut”:
(Perenggan 3, Baris 8)
Salah: “semua kemelut-kemelut”
Contoh yang betul: “semua kemelut” atau “kemelut-kemelut”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata jamak “semua kemelut-
kemelut”. Perkataan jamak hanya boleh diguna sekali sahaja dan tidak boleh berulang-
ulang. Penulis hanya boleh menggunakan perkataan “semua kemelut” atau “kemelut-
kemelut” dalam satu masa. Kesalahan penggunaan kata jamak ini disebut sebagai ‘lewah’.

7
5.2 Menganalisis dari aspek kegramatisan

5.2.1 Kesalahan struktur ayat


5.2.1.1 Ayat pertama (Perenggan 2, Baris6)
Salah: “Dari di atas, senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan
berlari dapat memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi
lebih teratur
Contoh yang betul: “Bagi” senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan
dan berlari dapat memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah
menjadi lebih teratur

Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama (dari) dan
digabungkan dengan perkataan ke atas. Perkataan yang lebih sesuai untuk diganti ialah
“bagi” seperti “bagi” senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik….”

5.2.2 Kesalahan penggunaan kata hubung


5.2.2.1 Kesalahan penggunaan kata “yang mana” (Perenggan 3, Baris 2)
Salah: “yang mana”
Contoh yang betul: digantikaan dengan perkataan “iaitu”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan dua kata hubung iaitu “yang
mana”. Kedua-dua kata hubung tidak boleh digabungkan dalam satu ayat. Ia perlu
digantikan dengan perkataan “iaitu”. Kesilapan ini sering terjadi apabila penulis menulis
artikel dengan menggantikan perkataan bahasa Inggeris seperti “which” kepada bahasa
Melayu secara langsung atau lebih dikenali sebagai “direct translation”.

8
5.3 Menganalisis dari segi aspek mekanis

5.3.1 Kesalahan dari segi ejaan


5.3.1.1 Kesalahan ejaan “sehat”: (Perenggan 1, Baris 1)
Salah: sehat
Contoh yang betul: sihat
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada unsur perkataan “sehat”. Perkataan yang
lebih tepat adalah “sihat”. Penulis terpengaruh dengan cara sebutan perkataan “sihat”
menyebabkan beliau mengeja “sihat” sebagai “sehat”.

5.3.1.2 Kesalahan ejaan “berekriasi”: (Perenggan 2, Baris 6)


Salah: “berekriasi”
Contoh yang betul: “berekreasi”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada unsur perkataan “berekriasi”. Perkataan
yang lebih tepat adalah “berekreasi” bagi menunjukkan gaya hidup sihat dengan berekreasi.
Ejaan ini telah dirujuk dalam Kamus Dewa Edisi Ketiga.

5.3.1.3 Kesalahan ejaan “sesaorang” (Perenggan 1, Baris 5)


Salah: “sesaorang”
Contoh yang betul: “seseorang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “sesaorang”. Perkataan
yang lebih tepat adalah “seseorang” yang perlu digunakan sebagai perkataan bagi ayat
“membawa kesan positif kepada seseorang”

5.3.1.4 Kesalahan ejaan “seterus” (Perenggan 2, Baris 10)


Salah: “seterus”
Contoh yang betul: “seterusnya”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “seterus” dan perlu
digantikan dengan perkataan “seterusnya” demi memelihara maksud ayat yang lebih
mantap.

9
5.3.1.5 Kesalahan ejaan “lancar” (Perenggan 3, Baris 6)
Salah: “lancer”
Contoh yang betul: “lancar”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “lancer” dan perlu
digantikan dengan perkataan “lancar” bagi ayat “… proses metabolisme dapat dijalankan
dengan lancar”.

5.3.2 Kesalahan penggunaan tanda baca


5.3.2.1 Kesalahan penggunaan tanda baca bagi kata nama am “Makanan Yang Seimbang
Dan Berkhasiat” (Perenggan6, Baris1)
Salah: “Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat”
Contoh yang betul: “makanan yang seimbang dan berkhasiat”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan tanda baca iaitu setiap perkataan, mestilah
ditulis dalam huruf kecil kecuali perkataan pada permulaan ayat.

10
6.0 Kesimpulan

Pada pandangan saya, berdasarkan kepada analisis teks daripada artikel gaya hidup sihat
di atas, maka dapat disimpulkan disini bahawa penulis sering melakukan kesalahan bahasa
yang sama dalam penulisan beliau. Antara kesalahan bahasa yang sering dilakukan adalah
kesalahan dari aspek morfologi iaitu kesalahan dari segi ejaan , kesalahan penggunaan
imbuhan dan kesalahan penggunaan kata yang tidak tepat.

Kesalahan dari aspek sintaksis juga banyak dilihat dalam artikel ini iaitu kesalahan dari
segi struktur ayat. Ayat-ayat dari artikel ini kebanyakannya diambil daripada Bahasa Inggeris
dan kemudiannya di terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Kesimpulannya, kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh penulis bukanlah satu
perkara yang baru. Pengaruh Bahasa Inggeris yang digunakan dalam pendekatan Bahasa
Melayu itu sendiri di ketepikan sedikit demi sedikit.

11
7.0 Rujukan

Abd. Aziz Abd Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik,

Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors. Bhd.

Abd. Aziz Abd Talib (1989), Isu-Isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia,

Kuala Lumpur : Nurin Enterprise

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka

Kamaruddin Hj Husin (1988), Pedagogi Bahasa, Kuala Lumpur : Sri Pendidikan Longman
Sdn. Bhd

http://kesihatansemua.blogspot.my/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html

http://www.kakipelangi.com/7-amalan-hidup-sihat-yang-mudah-dilakukan/

12
8.0 Lampiran
GAYA HIDUP SEHAT

Gaya hidup sehat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina


dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang
individu, institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sehat
merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap
kesihatan sesaorang. Antara contoh amalan gaya hidup sehat ialah
seperti makan makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau
rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling,
kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi.
Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak
manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.

13
Kepentingan Gaya Hidup Sehat.

a) Memastikan tahap kesihatan yang baik

Kebaikan utama gaya hidup yang sehat ialah amalan yang membina
ini sentiasa memastikan tahap kesehatan berada dalam keadaan yang
baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sehat selalu memberi faedah
kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti
senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sehat dan
menceriakan. Dari di atas, senaman seperti bersukan, berekriasi,
bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi
cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa
yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan
seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Seterus, amalan gaya
hidup yang sihat juga mengurangkan risiko menghadapi penyakit
berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman
ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka
kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit
berbahaya dan akan berasa lebih berpuashati. Misalnya, penyakit seperti
diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang
mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sehat seperti merokok dan
makan makanan yang berkolestrol.

b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan

14
Seterusnya, gaya hidup sehat juga menjamin kestabilan kesehatan
mental yang mana sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan.
Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang
mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh
badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat
dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer.
Berikutan dengan itu, gaya hidup sehat yang lain seperti pemikiran
positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi semua kemelut–
kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini
adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan
kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan
bayi, vandalisme dan sebagainya.

c) Mendisiplinkan masyarakat

Pada masa yang sama, gaya hidup yang sehat juga melahirkan insan
yang disiplin dan sehat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya,
seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga
kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan
mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak
penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam
suasana yang sehat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan
diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-
royong dan membuang sampah-sarap dalam tongsampah akan
membentuk disiplin dan peribadi seseorang.

Kepentingan Gaya Hidup Sehat Yang Lain..

15
a) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sehat dapat melahirkan
sebuah negara yang maju.

b) Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi


biologi, sosial, dan psikologi secara optimum.

c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.

d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sehat

a) Makan Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat

b) Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran dan rakan- rakan

16
c) Mengambil rehat yang mencukupi

d) Melakukan aktiviti fizikal

e) Menjaga kebersihan

17
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sehat amat penting kepada semua
lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta
optimum. Oleh itu, kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan
lagi mutu penjagaan kesihatan

18
19

Anda mungkin juga menyukai