Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Daftar kandungan

Bil Tajuk Muka


surat

1 1.0 Daftar kandungan 1

2 2.0 Pengenalan 2

3 3.0 Analisis golongan kata

3.1 Golongan kata nama 3

3.2 Golongan kata kerja 4

3.3 Golongan kata adjektif 5

3.4 Golongan kata tugas 6

4 4.0 Rumusan 7-8

5 5.0 Isu penggunaan bahasa rojak

dalam kalangan masyarakat 9

5.1 Penyelesaian alternatif terhadap

masalah penggunaan “bahasa rojak” 10-11

6 6.0 Kesimpulan 12

7 7.0 Rujukan 13

1
2.0 Pengenalan

Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu


berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur
morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik.

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria
sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras
dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan
sintaksis, iaitu frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk
oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat,
iaitu klausa dan frasa. Dengan hal yang demikian, perkataan dari sudut binaan sintaksis
ialah bentuk bebas yang minimum yang dapat menjadi unsur bagi setiap konstruksi
sintaksis, iaitu ayat, klausa, dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama,
iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat
pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif
(FA), dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama.

2
3.0 Analisis golongan kata

3.1 Golongan kata nama

Perenggan Baris Perkataan Jenis kata nama


Kata nama khas Kata nama am
1 1 Malaysia /
1 1 negara /
1 2 masyarakat /
1 9 Mei /
1 11 instrumen /
1 15 kaum /
2 6 Jerman /
2 7 Itali /
2 7 Indonesia /
2 7 Mantan Presiden /
Indonesia
2 8 Sukarno /
2 9 penduduk /
3 10 Pelan Induk /
Pembangunan
Pendidikan
3 12 Kementerian /
Pendidikan
Malaysia
3 18 semangat /
4 1 Bahasa Melayu /
4 3 rakyat /
4 4 Laporan Razak /
4 5 sekolah /
5 9 kerajaan /

3.2 Golongan kata kerja

Perenggan Baris Perkataan Jenis kata kerja

1 2 terdiri Kata kerja berpelengkap


1 6 mengekalkan Kata kerja berpelengkap
1 8 tercalar Kata kerja tak berpelengkap
1 10 mengelakkan Kata kerja berpelengkap
2 2 dipelajari Kata kerja tak berpelengkap

3
2 2 diamalkan Kata kerja tak berpelengkap
2 9 menyatukan Kata kerja berpelengkap
2 12 mengaplikasikan Kata kerja berpelengkap
3 2 menggalas Kata kerja berpelengkap
3 13 membina Kata kerja berpelengkap
3 15 menterjemahkan Kata kerja berpelengkap
3 17 dijulang Kata kerja tak berpelengkap
3 17 merangsang Kata kerja berpelengkap
3 18 menyuburkan Kata kerja berpelengkap
4 6 memantapkan Kata kerja berpelengkap
5 4 melupakan Kata kerja berpelengkap
5 8 merealisasikan Kata kerja berpelengkap
5 11 dipandang Kata kerja tak berpelengkap
5 15 menyedari Kata kerja berpelengkap

3.3 Golongan kata adjektif

Perenggan Baris Perkataan Jenis kata adjektif


1 2 unik Kata adjektif sifat
4 7 awal Kata adjektif waktu

4
3.4 Golongan kata tugas

Perengga Baris Perkataan Jenis kata tugas


n
Kata Kata Kata Kata
penyambung praklausa prafrasa pascafrasa
ayat
1 2 yang /
1 2 kerana /
1 2 masyarakatnya /
1 3 dan /
1 4 kemerdekaanny /
a
1 5 masih /
1 7 kemakmurannya /
1 8 di /
1 8 dengan /
2 2 oleh /

5
2 5 juga /
2 10 daripada /
2 12 dalam /
3 15 amat /
3 17 telah /
3 19 dapat /
4 6 adalah /
4 7 lagi /
5 10 tidak /
5 11 bukan /

4.0 Rumusan

(i) Golongan kata nama

Kata nama ialah perkataan yang menamakan benda atau perkara sama ada yang nampak
ataupun yang tidak nampak, seperti manusia, haiwan, tempat, benda (yang nampak),
perkara dan pemikiran atau konsep (yang tidak nampak).

Dalam artikel yang dianalisis iaitu “Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan”, kata nama
terbahagi kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas. Contoh kata nama am ialah
negara, masyarakat, instrumen, kaum, penduduk, semangat, rakyat, sekolah dan kerajaan.
Manakala, kata nama khas pula ialah Malaysia, Mei, Itali, Jerman, Indonesia, laporan Razak
dan sebagainya.

(ii) Golongan kata kerja

Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan
sesuatu. Kata kerja menjadi inti dalam binaan frasa kerja.

6
Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Dalam
artikel ini, kata kerja transitif tidak dijumpai. Kata kerja tak transitif pula dibahagikan kepada
dua kategori iaitu berpelengkap dan tidak berpelengkap. Kata kerja tak transitif
berpelengkap diertikan sebagai kata kerja yang memerlukan pelengkap yang terdiri daripada
kata nama, kata adjektif atau kata sendi nama manakala kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek.

Contoh bagi kata kerja tak transitif berpelengkap adalah terdiri, mengekalkan,
mengelakkan, menyatukan, mengaplikasikan, menggalas dan sebagainya. Contoh bagi kata
kerja tak transitif tanpa pelengkap pula tercalar, dipelajari, diamalkan, dijulang dan banyak
lagi.

(iii) Golongan kata adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau
frasa nama. Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, menjadi inti binaan frasa
adjektif.

Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis iaitu kata adjektif sifat, warna,
ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan, dan pancaindera. Di dalam artikel ini, hanya
terdapat dua kata adjektif iaitu awal (kata adjektif waktu) dan unik (kata adjektif sifat).

(iv) Golongan kata tugas

Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa dan mendukung
sesuatu tugas sintaksis tertentu, seperti sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,
pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.

Contohnya perkataan dalam artikel yang berfungsi sebagai penyambung ayat adalah
yang, kerana, dan, untuk serta dengan. Contoh perkataan lain ialah masih (kata bantu), juga

7
(kata penegas), tidak (kata nafi), adalah (kata pemeri), pada (kata sendi nama), dan dalam
(kata arah).

5.0 Isu penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat

Menurut Kamus Dewan “rojak” bermaksud 1 .Sejenis makanan daripada buah-buahan


mentah dan sayur-sayuran campur yang berkuah: ~ manis; ~ ulek; 2. Berupa sesuatu yang
bercampur aduk: eh, ini majalah ~! Ataupun rojek II; merojak menumbuk (sirih); projek; ~
sirih penumbuk sirih, gobek.

Apabila membicarakan “bahasa rojak”, kita tentulah merujuk bahasa bercampur aduk
yang digunakan dalam tulisan dan juga lisan. Dalam majlis perasmian Bulan Bahasa
Kebangsaan (BBK) 2012 pada 11 Oktober 2012, Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran Malaysia berkata, penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur
menghakis kekuatan sesuatu bahasa. Kenyataan pemimpin nombor dua negara itu tidak
harus dipandang remeh. Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi
barah bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar senyap sehingga merosakkan
kekuatan bahasa Melayu.

8
Meninjau dari perspektif sejarah, kita tidak dapat mengelak daripada penggunaan bahasa
rojak seawal penjajahan ekonomi ketika kedaulatan Melaka sebagai sebuah empayar
entrepot suatu ketika dahulu. Sebagai negeri pelabuhan, Melaka menarik ramai pedagang
yang keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa daripada pelbagai bangsa dan budaya. Hal
ini merupakan sebahagian daripada bahasa penghubung yang dikenali sebagai “bahasa
rojak”. Semasa pemerintahan Parameswara, dua kumpulan pedagang akan mencuba untuk
bertutur dalam apa-apa jua bahasa bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam
memahami antara satu sama lain, dan hasilnya ialah bahasa pijin atau bahasa rojak.
Menjelang tahun 1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk sebanyak 50 ribu orang
termasuk komuniti pedagang yang bertutur dalam 84 bahasa.

Penjajahan Portugis, British, Jepun terus menyuburkan bahasa rojak di negara kita.
Portugis mengekalkan bahasa dan budayanya di negeri Melaka sehingga ke hari ini. British
datang dengan pengaruh bahasa Inggerisnya dan Jepun pula terkenal memaksa sekolah
Jepun dan tulisan kanji kepada penduduk Tanah Melayu ketika itu. Dengan hal yang
demikian, bahasa rojak tidak dapat dielakkan.

Isu bahasa rojak berlanjutan apabila pihak media turut menyumbang kepada
percambahannya. Penggunaan Sure Heboh dalam media pernah menjadi polemik yang
berpanjangan sehinggalah pihak kabinet masuk campur bagi meredakan keadaan Zaman
millenium turut menyaksikan banyak media terutama komik yang meremehkan penggunaan
bahasa Melayu yang betul.

5.1 Penyelesaian alternatif terhadap masalah penggunaan “bahasa rojak”

“Gunakan bahasa kebangsaan kita,

Marilah kita amalkan ramai-ramai,

Bahasalah yang menyatukan kita,

Yakinlah bahasa jiwa bangsa…”

Berdasarkan lirik lagu di atas, jelas menunjukkan kepentingan penggunaan bahasa


kebangsaan. Namun, akibat rempuhan gelombang globalisasi dari luar serta realiti
sosiopolitik di dalam negara sejak satu dekad yang lalu menyebabkan kualiti bahasa kian
terjejas. Jika dilihat dengan teliti, jelas menunjukkan bahawa bahasa kebangsaan kita kian

9
tercemar akibat penggunaan bahasa rojak. Persoalannya, apakah langkah yang perlu
diambil bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa rojak ini agar bahasa kebangsaan
tidak terus hilang martabat dan kedaulatannya?

Sudah terang lagi bersuluh, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sangat penting
dalam usaha mengatasi masalah penggunaan bahasa rojak di negara ini. Badan induk ini
bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang supaya masyarakat peka dengan
penggunaan bahasa. Dalam konteks ini, mereka haruslah memantapkan etika kerja supaya
masyarakat lebih tertarik untuk memurnikan bahasa Melayu. Hal ini dapat dilakukan dengan
meningkatkan kualiti buku-buku bahasa, contohnya Kamus Dewan Bahasa mestilah
ditambah baik dengan memastikan entri-entri baharu ditambah dari semasa ke semasa
supaya masyarakat lebih cinta akan bahasa yang menjadi lambang bangsa. DBP perlu
menjadi sebuah badan yang berpengaruh supaya pencinta bahasa lebih tertarik untuk
menggembleng tenaga bagi bersama-sama membendung masalah penggunaan bahasa
rojak.

Sektor awam juga turut memainkan peranan penting untuk meningkatkan martabat
bahasa kebangsaan daripada terus dicemari dengan penggunaan bahasa rojak. Kakitangan
sektor awam mestilah mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan oleh DBP yang
mewajibkan bahasa kebangsaan digunakan sepenuhnya dalam majlis rasmi termasuklah
mesyuarat. Mereka perlu bertindak sebagai polis bahasa untuk mengatasi masalah
penggunaan bahasa rojak sekali gus mengelakkan bahasa Melayu tercemar dan terpinggir
sedangkan bahasa kebangsaan ini merupakan bahasa rasmi di negara kita seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” perlu terus
dilaungkan oleh masyarakat Malaysia kini dan akan datang. Kita seharusnya sedar bahawa
bahasa Melayu bukan milik orang Melayu sahaja tetapi menjadi hak bangsa Malaysia yang
berbilang kaum sejajar dengan slogan yang dilaungkan oleh pemimpin negara iaitu “1
Bangsa 1 Bahasa 1 Malaysia.

Langkah seterusnya adalah dengan pelaksanaan kempen kesedaran secara berterusan


Rakyat Malaysia perlu menjulang bahasa Melayu demi jati diri, maruah dan martabat
bangsa. Justeru, kempen kesedaran secara besar-besaran perlulah diadakan sepanjang
masa bukannya bermusim atau sekadar melepaskan batok di tangga. Walau
bagaimanapun, orang ramai tidak boleh mengharapkan tindakan daripada pihak DBP sahaja
sebaliknya mereka perlu bekerjasama dan berganding bahu seia sekata ibarat sejunjung
bak sireh dan serumpun bak serai bagi menjayakan setiap inisiatif yang dirancang oleh
pihak DBP dalam usaha membendung masalah penggunaan bahasa rojak. Semua pihak
seperti sekolah, komuniti kampung dan bandar perlu memberikan idea yang bernas dalam

10
memastikan prakarsa yang berkesan dalam menangani masalah ini. Bukan itu sahaja, pihak
media massa juga memainkan peranan penting dengan mengelakkan penggunaan bahasa
rojak supaya kempen yang diadakan akan memberi impak yang maksimum ke arah
memartabatkan bahasa Melayu.

Tuntas bicara, semua rakyat perlu sedar dan peka akan perubahan dan masalah yang
timbul agar episod lama tidak berulang. Jasa pemimpin terdahulu yang ingin memartabatkan
bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara perlu dibalas setimpal seperti kata peribahasa
“madu yang diberi jangan pula dibalas dengan tuba”. Hal ini kerana tidak mustahil masalah
penggunaan bahasa rojak menjadi salah satu pencemaran bahasa akan dapat ditangani
dengan adanya kejasama semua pihak. Martabat bahasa Melayu yang pernah menjadi
bahasa “lingua franca” ini tidak mustahil untuk menjadi realiti sekali gus menjadi bahasa
penting dunia. Kita haruslah merenungi kata-kata hikmat “bahasa mencerminkan bangsa
dan bangsa pula mencerminkan negara” yang mempunyai maksud yang tersirat dan
mendalam ini.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, golongan kata terbahagi kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas. Setiap golongan kata mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Golongan kata sangat penting dalam pembinaan sesuatu ayat. Golongan kata ini berfungsi
sebagai kata inti di dalam sesuatu ayat.

Beralih kepada isu bahasa rojak yang semakin menular dalam kalangan masyarakat di
negara kita semakin membimbangkan. Bahasa rojak boleh menghakis kedaulatan bahasa
Melayu. Bahasa Melayu dimartabatkan untuk menggalas peranan sebagai alat perpaduan.

11
Fungsi utama bahasa yang menjadi bahasa kebangsaan sesebuah negara adalah untuk
menyatupadukan rakyatnya yang berbilang kaum.

7.0 Rujukan

Mari, S. (2006). Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim et al. (Ed). (2014). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

12
Nik Safiah Karim et al. (Ed). (2016). Tatabahasa Dewan: Morfologi Golongan Kata.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Salleh Hashim. (2012). Bahasa Rojak Punca dan Cara Mengatasi. Dicapai pada 16 Mac
2017,

daripada http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1045

Mohd Tarmizi. (2013). Golongan Kata- Bidang Tatabahasa. Dicapai pada 16 Mac 2017,

Daripada https://www.slideshare.net/haiqalmizi/golongan-kata-bidang-tatabahasa

13

Anda mungkin juga menyukai