Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Daftar kandungan

Bil Isi kandungan Muka surat

1 1.0 Daftar kandungan 1

2 2.0 Penghargaan 2

3 3.0 Pengenalan 3

4 4.0 Kesantunan yang diamalkan oleh generasi

muda di Malaysia 4-5

5 5.0 cara-cara untuk mengembalikan kesantunan 6

dalam kalangan belia di Malaysia

6 6.0 Kesimpulan 7

7 7.0 Rujukan 8

1
2.0 Penghargaan

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Ustaz Muhammad Aufa kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan
ini dengan berjayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya soalkan kepada mereka.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembuatan kerja kursus ini. Terima kasih.

2
3.0 Pengenalan

Kesantunan berbahasa dapat ditakrifkan oleh tokoh-tokoh terkenal, sama ada di tanah air
ataupun peringkat antarabangsa. Sesetengah masyarakat tidak mengetahui maksud
kesantunan kerana mereka hanya tahu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Hal
ini kerana mereka mempunyai sikap yang tidak mementingkan maksud sesuatu perbuatan
yang baik. Oleh itu, pelbagai tokoh dunia dan tokoh-tokoh luar telah memberikan takrifan
kesantunan ini.

Sebagai permulaan, tokoh pertama yang terlibat dalam memberikan pendapat tentang
definisi kesantunan berbahasa ialah Dr. Asmah Hj. Omar (2000). Menurut beliau,
kesantunan merupakan kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai
tujuan tertentu. Kaedah ini juga dapat dikaitkan dengan tingkah laku dan tutur kata penuh
santun yang perlu diikuti. Terdapat dua jenis kesantunan iaitu kesantunan asas dan
kesantunan berkala. Kesantunan merujuk kepada pedoman bagi masyarakat berhubung
antara satu sama lain.

Selain itu, terdapat juga pendapat daripada tokoh-tokoh dunia iaitu Lebra (1976)
memberitahu bahawa kesantunan masyarakat Jepun bertumpu kepada ‘relativitas sosial’.
Bagi tokoh China pula, Gu (1990) menyatakan bahawa kesantunan bukan sahaja
merupakan instrumen tapi lebih merupakan norma dalam mewujudkan keharmonian sosial.
Pada pandangan tokoh yang bernama Lakoff (1975), kesantunan ialah perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) merujuk
kesantunan pula usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik.

Tokoh Al-Qahthani (2005) juga telah menyamakan makna kearifan dan kesantunan
pada takrif yang lebih mudah difahami. Kearifan dan kesantunan itu merupakan terjemahan
kata Bahasa Arab ‘halim-halima-hilman’ yang membawa maksud perlahan, tenang ketika
emosi memuncak (marah) atau ketika berhadapan dengan hal yang tidak menyenangkan
dengan mengarahkan kemampuan sikap pemaaf dan nalar sihat untuk melawannya. Bagi
Leech (1983), beliau menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Contohnya, bahasa kita mestilah halus,
beradab sopan, perlakuan lemah lembut dan berbudi pekerti. J. Ferguson dan Das Gupta
(1968) pula menyatakan bahawa kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan
digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa menimbulkan sebarang pergaduhan.

3
4.0 Kesantunan yang diamalkan oleh generasi muda di Malaysia

Pada masa kini, kita dapat melihat fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan
generasi muda masa kini kian lapuk terutamanya yang tinggal di kota. Kesantunan
berbahasa memainkan peranan yang penting dalam menjaga keharmonian hubungan
sesama kita. Kesantunan berbahasa juga merupakan kunci menjaga maruah diri, keluarga
serta keturunan. Kesantunan berbahasa dapat kita lihat dalam cara kita berkomunikasi.
Semasa kita memberikan idea, kita seharusnya memikirkan aspek budaya dan norma
budaya. Cara kita berbahasa haruslah sesuai dengan situasi dan harus juga sesuai dengan
unsur budaya masyarakat kita.

Namun begitu, apa yang kita dapat lihat hari ini ialah keruntuhan kesantunan berbahasa
dalam kalangan generasi muda hari ini. Hari ini, jarang sekali kita dengar panggilan pak cik,
mak cik, mak ngah dan sebagainya. Panggilan ayah juga telah hilang dan ramai juga yang
hanya memanggil orang tua mereka dengan nama. Hal ini mungkin disebabkan oleh
generasi muda terlalu terdedah kepada drama-drama Inggeris. Mereka mengagungkan
budaya barat daripada budaya mereka sendiri dan menganggap budaya mereka telah lapuk
dan tidak mengikut perkembangan. Bahasa melayu terdapat sistem sapaan tersendiri.
Sistem sapaan dalam Bahasa Melayu menunjukkan rasa hormat terhadap seseorang
individu. Pemilihan kata yang sesuai haruslah diajar. Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah daripada rebungnya. Jika generasi hari ini tidak mengamalkan kesantunan dalam
kehidupan seharian, maka pincanglah akhlak dan sudah pasti, budaya melayu akan lapuk
ditelan zaman.

Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi dengan
sahabat serta teman-teman mereka. Bahasa singkat ini telah banyak mempengaruhi
penulisan di dalam esei atau karangan yang mereka tulis di sekolah. Mereka memendekkan
ejaan seperti ‘aku’ ditulis sebagai ‘aq’, ‘sayang’ ditulis sebagai ‘cyg’ dan bermacam-macam
lagi. Pemendekkan ejaan ini bermula apabila remaja mula menggunakan telefon bimbit
sebagai alat untuk mereka berkomunikasi bersama teman-teman mereka. Ada
sesetengahnya mengatakan bahawa mereka terpaksa memendekkan ejaan untuk
menjimatkan ruang.

Seterusnya, perkataan ‘menyampuk’ sudah tidak asing lagi dengan budaya kita.
Generasi muda hari ini sudah pandai menyampuk kata orang tua. Hal ini terjadi disebabkan
oleh mereka tidak diajar cara-cara atau adab bercakap oleh ibu dan ayah. Mereka
sepatutnya belajar tentang giliran bercakap terutamanya sewaktu berbicara dengan
generasi veteran atau golongan mak cik, pak cik, ayah, ibu, nenek dan lain-lain lagi.

4
Selain daripada itu, generasi hari ini seperti tidak tahu akan adat berbahasa dalam
sesuatu majlis. Di dalam majlis rasmi, ada adat dan caranya. Golongan ini tidak tahu
menggunakan bahasa yang sesuai berdasarkan sesuatu majlis adalah berpunca dari
asuhan. Mereka tidak diajar cara berbicara dalam sesuatu majlis atau acara yang
berlangsung. Hal ini mungkin disebabkan oleh kesibukan ibu bapa mereka yang terkadang
lalai dengan tanggungjawab terhadap seorang anak.

5
5.0 Cara-cara untuk mengembalikan kesantunan dalam kalangan belia di Malaysia

Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah melalui bantuan
pihak kerajaan. Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada
masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami
proses pembangunan ekonomi. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan
janganlah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana akan menyebabkan kerugian kepada
negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen ini secara berterusan
supaya masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni yang akan mengeratkan
hubungan antara masyarakat di negara ini.

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral
dalam kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya
memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak semasa mereka masih tidak mengenal apa
itu erti kehidupan. Ibu bapa boleh memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar
mereka tentang pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh
pihak tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni. Jika ibu bapa
hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang maka
negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang negara pada masa
akan datang bak kata pepatah ‘api kecil baik dipadam’. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam
menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah
dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang jika
diasah tajam juga’.

Selain itu, peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah keruntuhan moral ini
amat dituntut kerana di sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas di rumah.
Dalam mengatasi masalah ini, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang
berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk
membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi
kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya semangat kerjasama dan saling
membantu dalam kalangan masyarakat. Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan mata
pelajaran baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral. Jika pihak sekolah tidak
memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini, maka negara kita semakin kepupusan
pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan menjadi tonggak negara pada masa akan
datang. Tegasnya, pihak sekolah juga memainkan peranan utama dalam mengatasi
keruntuhan nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat.

6
6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kita haruslah bersatu padu dalam memerangi masalah keruntuhan moral
dalam kalangan masyarakat di negara ini dan semua pihak mestilah memainkan peranan
penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, bak kata pepatah
’Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Kita haruslah memupuk nilai-nilai murni ini di dalam
diri kita kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana ‘hancur
badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga’.

7
7.0 Rujukan

Abdul Shukor Shaari et. al, 2003. Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar, 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan, Pentadbiran dan Media.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://www.scribd.com

hemajoo95.blogspot.com

ppismpstoria.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai