Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Penulisan ini membincangkan kritikan sesi forum yang saya peroleh melalui Youtube.
Penulisan ini membanding bezakan penggunaan laras bahasa dalam kedua-dua majlis ini
dan cadangan penambahbaikan yang boleh diubah dalam tatacara pelaksanaan kedua-dua
forum ini. Forum pertama yang ialah forum yang bertajuk Sayangku Abang Bakhil dari
Rancangan Forum Hal Ehwal Islam dan forum yang kedua bertajuk Forum Remaja, Rokok :
Setiap Sedutan Membawa Padah.

Tugasan ini juga memfokuskan isu penggunaan laras bahasa utama untuk
membanding beza penggunaannya dalam dua sesi forum yang berbeza. Sesungguhnya,
setiap manusia mempunyai laras bahasa yang berbeza dari segi penggunaanya dan tahap
ilmu pengetahuan seseorang dalam bahasa. Justeru tugasan ini akan merungkai perkara
mengenai laras bahasa sama ada daripada jenisnya, cara penggunaannya dan lain-lain
akan diterangkan dan diteliti berdasarkan dua buah forum yang akan diperlihatkan.

Menurut Hasibuan (1985), forum adalah visi dari dua atau lebih orang yang
berkomunikasi dan berbincang secara verbal dan bertentangan muka dengan tujuan
utamanya untuk bertukar informasi dan berbincang mengenai sesuatu. Selain itu, memetik
kata-kata Moh. Surya (1975:107) yang mendefinisikan forum sebagai perbincangan secara
berkelompok untuk menceritakan tentang pengalaman diri sendiri dan berbincang mengenai
sesuatu perkara atau permasalahan.

Lantaran, dalam sesi forum ini, terdapat pelbagai penggunaan laras bahasa yang
diguna pakai secara tidak langsung bergantung kepada individu terbabit.
2.0 LARAS BAHASA

Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan
penggunaannya. Menurut Asmah Hj.Omar (1984), laras bahasa ialah khusus dalam
penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Laras bahasa boleh didefinisikan
sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi
yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi.
Persamaan laras bahasa yang digunakan ialah laras bahasa biasa kerana kedua-dua forum
ini dipaparkan kepada khalayak ramai untuk tujuan menambah ilmu pengetahuan dan
memberi kesedaran.

Laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa


penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks
pengucapan. Laras bahasa juga boleh diertikan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa
mengikut bidang sesuatu ujaran atau wacana digunakan, contohnya laras bahasa doa,
khutbah, upacara, sukan dan sebagainya. Selain itu, Laras bahasa khusus digunakan untuk
memudahkan para penonton memahami forum yang disampaikan di samping panel
menggunakan kosa kata yang mudah difahami oleh penonton.

Manakala menurut Hymes dan Gumperz (1986:216), mendefinisikan laras bahasa


sebagai gaya percakapan dalam situasi tertentu, jika laras bahasa berbeza, maka situasi
pun turut berbeza, begitu juga sebaliknya. Disamping itu, Kamaruddin Hj. Husin (1995), W.P.
Robinson (1972) menyatakan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang dipilih untuk
percakapan atau pengucapan berdasarkan konteks ucapan tersebut. Tambahan, menurut
pendapat Za’ba (1962) pula ialah susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau
mengarang, iaitu perkataannnya, penggunaan bahasa dan lain-lain lagi. Maka dengan
beberapa definisi daripada para tokoh sarjana ini, maka dapatlah ditamsilkan bahawa laras
bahasa sebagai penyesuaian gaya bahasa dan kata-kata dalam situasi-situasi tertentu.
2.2 JENIS-JENIS LARAS BAHASA

Laras
Biasa
Laras Laras
Agama Formal

LARAS LARAS
SASTERA Jenis Laras PERNIAGAAN

Bahasa

LARAS LARAS
MEDIA EKONOMI

LARAS
LARAS
UNDANG-
UNDANG AKADEMIK
1) LARAS BIASA

Merupakan laras yang penggunaan bahasa yang tidak melibatkan serang bidang ilmiah atau
perkara yang khusus. Secara umumny, ia digunakan dalam perbualan seharian maka ia
tiada istilah atau pola yang khusus.

2) LARAS FORMAL

Penggunaan bahasa dalam situasi rasmi sama ada pembelajaran kuliah, majlis yang
mempunyai protokol dan juga forum.

3) LARAS PERNIAGAAN

Laras bahasa ini bertujuan mempromosikan produk yang ingin dijual kepada orang ramai.
Kebiasaannya penggunaan laras bahasa ini untuk membuat para pendengar terasa dipujuk
untuk membeli produk tersebut menerusi cara penyampaian yang menarik dan jenis ayat
digunakan biasanya tidak gramatis dan pendek-pendek

4) LARAS EKONOMI

Jenis laras bahasa ini pula biasanya berbentuk ilmiah dan tidak mementingkan struktur ayat.
Seterusnya, ia bersifat ekonomi, mementingkan aspek penyusunan maklumat dan setiap
fakta dapat dihuraikan melalui bukti dalam bentuk data dan statistik. Binaan ayat pula dalam
lingkungan sederhana panjang dan panjang serta unsur kohensi dan koherannya adalah
jelas.

5) LARAS AKADEMI

Merujuk kepada jenis laras akademik ini, ia merangkumi teknologi, sains, matematik dan
sebagainya. Pecahan utamanya adalah laras sains, laras sastera dan sebagainya tetapi ia
masih mempunyai sub-subidang yang lain seperti biologi, kimia dan sebagainya. Sifat bagi
laras jenis ini adalah formal sifatnnya dan bersifat intelektual. Segala informasi yang diberi
melalui kajian dan fakta.
6) LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG

Ia juga mempunyai kaitan dengan laras ilmiah tetapi ia lebih bersifat maju dan moden serta
banyak menggunakan istilah teknikal. Ia juga akan berkait rapat dengan perundangan yang
terdapat prinsip undang-undang tertentu dalam bentuk akta. Terdapat juga istilah-istilah
istimewa yang menggunakan bahasa pinjaman iaitu bahasa inggeris.

7) LARAS MEDIA

Ia lebih merujuk kepada berita yang mempunyai struktur teks yang khusus, lain daripada
struktur teks cakera padat, teks esei dan karya ilmiah. Dari aspek gaya atau nahu,
khususnya penggunaan kata hubung dan imbuhan merupakan aspek yang tidak
dititikberatkan dalam laras jenis ini.

8) LARAS SASTERA

Bagi laras jenis ini pula, istilah-istilah khusus dan teknikal merupakan aspek yang diberi
fokus utama. Laras bahasa ini bersumberkan cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan.
Laras ini juga bersifat figuratif (kiasan) dan imaginatif serta apek pemilihan diksi yang
berkesan. Ia juga perlu bernada puitis dan bersifat komunikatif iaitu berhubung dengan
pembaca.

9) LARAS AGAMA

Laras ini berunsurkan bahasa klasik terutamanya aspek kosa katanya. Ia juga mengandungi
bentuk cerita, kias dan ibarat. Terdapat penggunaan istilah agama yang khusus bagi
sesuatu agama dari bahasa arab. Diselitkan dengan petikan daripada Al-Quran dan hadis.

.
3.0 PERBANDINGAN LARAS BAHASA ANTARA DUA BUAH FORUM

Pada tugasan kali ini, dua buah forum yang telah dirakam akan dipilih dalam menjalankan
kajian membandingbeza secara ketara berpandukan keempat-empat elemen di atas dan
kemudiannya diperincikan dengan lebih mendalam mengikut konteks yang berkait. Maka
dengan itu, forum yang dipilih ialah:
laras bahasa =

Bahasa / perkataan yang digunakan dlm sesuatu bidang, misalnya laras bahasa sukan tidak
sama dengan laras bahasa perubatan, atau laras bahasa perniagaan & sebagainya; juga yg
berkaitan dgn penggunaan istilah/pengistilahan.

Nik Safiah Karim. 2002.Bahasa Melayu STPM (kertas 1 & 2). Selangor Darul Ehsan: Fajar
Bakti.2.

Nik Safiah Karim dan rakan ± rakan. 1995.Tatabahasa Dewan. KualaLumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.3.

Raminah Hj. Sabran. 1988.KajianBahasa untuk Pelatih MaktabPerguruan. Selangor Darul


Ehsan: Fajar Bakti.4.
Asmah Hj. Omar.2007.KesantunanBahasa dalam PengurusanPentadbiran dan Media.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.5.

Mohd. Shamsuddin. 2007. Mari berbahasa: kesantunan berbahasa.

(atastalian) http://addin-mariberbahasa.blogspot.com/2007/06/kesantunan-berbahasa.html
(06 Jun 2007)6. Nuriman. 2007. Bila hatiku berbicara: kesantunan berbahasa
dikalanganremaja. (atas talian)http://nuriman.wordpress.com/2007/12/20/kesantunan-
bahasa-di-kalangan-remaja/ (20 Disember 2007)

Anda mungkin juga menyukai