Anda di halaman 1dari 12

Laras Bahasa Melayu

LARAS BAHASA

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan
dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang
menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu
digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek Kelantan, Melaka,
Sarawak dan sebagainya.

Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini disebabkan
penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain
melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang
digunakan untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata kata yang
digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan
bahawa penggunaaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial
seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial.
Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau
daerah disebut sebagai dialek daerah. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan
laras bahasa dalam variasi bahasa.

KONSEP DAN DEFINISI LARAS BAHASA

Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam
kehidupan sehari-harian. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa
bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung. Misalnya
dengan siapa dia bercakap, tajuk yang perkatakan/dibincangkan, suasana formal
ataupun tidak formal dan penggunaan medium, sama ada secara lisan atau tulisan.
Beberapa orang pengkaji telah mengemukakan pendapat mereka tentang laras.

Nik Safiah Karim (1982 :1) menyatakan
Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa - Sesuatu laras
bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada
pada tiap-tiap penutur.

Abdullah Hassan (1989 :26) pula menyatakan laras seperti yang berikut :
Pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu adalah sesuatu
yang dikatakan laras bahasa. Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu adalah
dianggap pengolahan bahasa yang baik. Ada hubungan rapat antara isi, perkara
yang dibincangkan dengan laras bahasa yang digunakan untuk
membincangkannya.

Halliday (1968:149) pula mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang
berdasarkan fungsi. Halliday (1985) melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk
wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Ure & Ellis (1977) menganggap laras sebagai sejenis Language patterning
regularly used in a certain kind of situation (laras sebagai jenis-jenis bahasa yang
digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan).

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada
ahli-ahli bahasa tempatan ataupun barat dapat dirumuskan bahawa laras bahasa
merupakan variasi bahasa yang berbeza-beza bentuk dan penggunaannya mengikut
situasi tertentu dan bidang tertentu.



CIRI LARAS BAHASA
Menurut Ure & Ellis (1977), penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan
oleh dua faktor utama, iaitu:
1 Ciri Keperihalan
2 Ciri Linguistik

1 CIRI KEPERIHALAN
Terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:
A) Situasi Luaran
B) Situasi Persekitaran

A) Situasi Luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu
masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup
yang menentukan perlakuan-perlakuan anggota masyarakat.
Contoh, huraian tentang laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan
situasi istana dan tradisi sastera lisan.

B) Situasi Persekitaran Mencakupi aspek-aspek terlibat secara langsung dalam
penggunaan bahasa.

Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang mengakibatkan bahasa yang
berlainan, yakni yang menimbulkan laras berlainan. Antaranya :


i). Cara penyampaian

Bentuk perhubungan yang digunakan, termasuklah jenis bahasa yang bersifat
tulisan, lisan, isyarat dan sebagainya.
bahasa lisan berbeza daripada bahasa tulisan.

Dalam bahasa tulisan terdapat pelbagai variasi seperti laporan, ucapan, esei ,
novel, cerpen,


ii).Perhubungan Sosial dan peribadi antara yang terlibat dalam sesuatu penggunaan
bahasa.

Terdapat dua aspek iaitu :

a).Berasaskan perkaitan peribadi, perhubungan antara individu dengan individu
sebagai anggota dalam masyarakat.

Terdapat pelbagai jenis hubungan peribadi.

Perhubungan paling mesra seperti hubungan kekasih, suami isteri dan rakan
karib.

Hubungan peribadi formal seperti antara pekerja dengan majikan, yang
berpangkat rendah dengan yang berpangkat tinggi.

b). Perhubungan yang tidak bersifat peribadi adalah seperti yang berlaku antara
penghasil dan pembaca akhbar, buku dan majalah serta alat media lain.


iii) Bahan Yang Diperkatakan
Isi yang menjadi bahan perbincangan mewujudkan bahasa yang berlainan.
Melibatkan aspek yang luas, dari perkara biasa dalam kehidupan sehinggalah
kepada bidang-bidang khusus yang memerlukan kemahiran yang tertentu seperti
bidang sains dan teknologi.


iv). Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.

Perlakuan bahasa diperlukan oleh sebab bahasa ialah bahagian utama perlakuan
Perlakuan sosial, misalnya bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud, dalam
upacara tertentu.
Dalam setiap situasi sosial terdapat penggunaan bahasa yang berlainan,
dihasilkan oleh interaksi faktor-faktor seperti perbualan, orang yang terlibat dalam
perbualan dan peranan situasi tersebut dalam masyarakat.
Misalnya bahasa digunakan untuk menghasilkan sesuatu maksud, bahasa dalam
majlis tertentu seperti majllis akad nikah dan sebagainya.


2. CIRI LINGUISTIK
Terdapat tiga aspek yang perlu diperhatikan dalam aspek linguistik, iaitu aspek
kata yang digunakan dalam sesuatu laras, aspek ayat dan ketenunan.

i) Aspek Kosa Kata
Aspek kosa kata ialah penggunaan kata dalam sesuatu laras, sama ada digunakan
banyak istilah khusus, istilah umum ataupun gabungan kedua-duanya. Penggunaan
istilah yang berlainan berdasarkan bidang akan dapat ditentukan jenis laras yang
digunakan. Di samping itu, sesetengah laras menggunakan kata-kata pinjaman
asing dan sebagainya. Pendek kata, dalam aspek kosa kata, segala aspek ayat akan
dibincangkan untuk menunjukkan sesuatu laras itu mempunyai kata-kata tertentu
yang berbeza daripada laras-laras lain.

ii) Aspek Ayat
Dalam aspek ayat penekanan ialah pada jenis dan juga binaan ayat yang digunakan
dalam sesuatu laras. Sesetengah laras menggunakan banyak ayat majmuk dan
kurang ayat tunggal manakala laras yang lain pula proses pengguguran banyak
berlaku dalam ayat-ayat yang digunakan. Pendek kata, dalam aspek ayat segala
perkara yang berkaitan dengan jenis dan binaan ayat akan dibincangkan.

iii) Aspek Ketenunan
Aspek ketenunan ialah keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks. Ini berkaitan
dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh laras sebagai kesatuan yang utuh
ataupun sebaliknya. Sesetengah laras menggunakan unsur perulangan keratan
rentas dan sebagainya untuk menunjukkan ketenunan sesuatu laras itu.

LARAS BAHASA MENURUT MAK HALLIDAY (1985)
Halliday (1985) pula mendefinisi laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza
berdasarkan fungsi. Menurut beliau laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi
Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara
penyampaian, dan gaya penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi,
perubatan, sukan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat
yang digunakan.
Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan
untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam
ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya
sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan disampaiakan secara lisan atau
tulisan.
Jika lisan, sama ada teks tersebut merupakan wacana syarahan atau ucapan,
perbahasan dan khutbah atau doa.
Jika tulisan sama ada berbentuk esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi,
memorandum atau iklan.
Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan
dalam situasi formal atau tak formal.
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis yang formal yang
dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.

Umumnya, berdasarkan bidang dan khalayak sasaran, laras bahasa dapat
digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti
bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan
(syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-
ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan,
buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:
kosa kata
tatabahasa
gaya


JENIS-JENIS LARAS BAHASA

Laras Biasa
Laras ini merupakan penggunaan bahas ayang tidak membabitkan sebarang bidang
ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh
itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.
Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

Laras Perniagaan
Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual.
Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli
berangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali. Ayat yang digunakan
pendek-pendek dan tidak gramatis.
Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian
minyak Unicorn empat liter.

Laras Ekonomi
Laras ekonomi berbentuk ilmiah.
menggunakan istilah-istilah teknikal
tidak mementingkan struktur ayat,
bersifat formal
mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit.
Setiap data dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statik.
Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM
880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut
merekodkan nilai terbesar dalam se jarah ekonomi negara.

Laras Akademik
Laras akademik boeh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang
ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, Laras sastera dan
sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang
yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains,
terdapat laras kimia, biologi dan fizik.
Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran
istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti
permintaan, kos, modal, buruh dan susut nilai.
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan
mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah
rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang
dirembeskan bersifat alkali.

Laras Undang-Undang
Laras undang-undang merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat
dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras
undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.
Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan
cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan
dengan perbicaraan brekenaan.

Laras Media Massa
Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan
imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat
melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan
mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan
penonton.
Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas
menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam
tadi.

Laras Sestera
Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga mementingkan
istilah-istilah khusus dan teknikal. Bezanya, bidang yang diperkatakan itu ialah
mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya.
Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan
membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin
disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Laras Rencana
Laras rencana adalah satu laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk
tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah kepelbagaian idea mengenai sesuatu
tajuk yang diperkatakan.
Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, Proton
Satria GTi masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli,
faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu
diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan
sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar
negara.


KEPENTINGAN LARAS BAHASA
Laras bahasa amat penting.
Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat
menjadi ukuran maju-mundurnya.
Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka,
misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami
perkembangan yang amat pesat bertambah dengan pesat.
Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa
Melayu.
Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak
formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi
tertentu.
Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu
sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala
menjadi teladan.
Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. Dicadangkan pada tahap
persekolahan lagi

Anda mungkin juga menyukai