Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1

Definisi Linguistik
Perkataan linguistik dikatakan berasal daripada perkataan Latin lingua yang
bermaksud bahasa. Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain menjadi
langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris).
Linguistics ditakrifkan sebagai the science of languages atau comparative
grammar (Cassell Concise English Dictionary, 1995:790). Kamus Dewan Edisi
Ketiga (1996:814) pula mentakrifkan linguistik sebagai kajian tentang bahasa.
Dalam bahasa Melayu pula istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan
kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik. Yang berikut ialah takrifan
beberapa istilah linguistik:

linguistik(linguistics) Pengkajian saintifik terhadap bahasa, yang antara lain


mencakupi

linguistik

antropologi,

psikolinguistik,

sosiolinguistik,

dan

neurolinguistik. (Kamus Linguistik, 1997:148)

linguistik am(general linguistics)

Istilah umum bagi cabang-cabang

pengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, model dan


kaedah, dan biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam
pengkajian fonologi, tatabahasa, dan kosa kata, serta pengkajian grafemik,
sejarawi, perbandingan, dan dialek. (linguistik teori) (Kamus Linguistik,
1997:149)

linguistik

antropologi

(anthropological

linguistics)

Linguistik

yang

menerapkan teknik penyelidikan antropologi dan linguistik untuk mengkaji


bahasa komuniti bahasa yang tidak mempunyai sistem tulisan dan tradisi
persuratan. Contohnya, teknik yang digunakan oleh F. Boas dan E. Sapir.
(Kamus Linguistik, 1997:149)

psikolinguistik(psycholinguistics) Bidang yang menggabung usaha para ahli


psikologi, yang cuba menerangkan sama ada hipotesis tertentu tentang
pemerolehan bahasa dan kecekapan, seperti yang disarankan dalam teori
linguistik semasa, mempunyai asas yang kukuh dari segi persepsi, ingatan,
kecerdasan, atau motivasi. (Kamus Linguistik, 1997:193)

psikologi linguistik(psychological linguistics) Istilah umum untuk beberapa


pendekatan yang berbeza terhadap bahasa, dari kaca mata psikologi. (Kamus
Linguistik, 1997:193)

linguistik psikologi(psychological linguistics) Istilah umum untuk pelbagai


pendekatan dalam pengkajian bahasa dari segi psikologi. (Kamus Linguistik,
1997:153)

sosiolinguistik(sociolinguistics)

Cabang linguistik yang mengkaji semua

aspek hubungan antara bahasa dan masyarakat.

Dalam hal ini, linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya yang
tersendiri, sama tarafnya dengan disiplin-disiplin bidang ilmu yang lain. Dengan itu,
linguistik mempunyai prinsip-prinsipnya yang tertentu. Sebagai satu bidang sains,
ilmu linguistik mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa secara empirikal dan
objektif, iaitu mengkaji sesuatu bahasa itu tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan,
ramalan, sentimen atau falsafah yang tertentu. (Ab. Rahman, Yap dan Ab. Rahim,
1997:25--26)

Pandangan tokoh berkaitan dengan linguistik.


Ferdinand de Saussure (1916) yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa
Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata
Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau turut membezakan istilah parole
(tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa
langue merupakan satu sistem. Manakala istilah langage boleh diertikan sebagai
bahasa khas yang ada pada penutur seperti yang terdapat dalam ucapan Di mana
manusia memilki bahasa, binatang juga memliki bahasa tetapi tiada tuturan yang di
hasilkan. Parole yang merupakan tuturan adalah bermaksud bahasa sebagaimana
yang telag digunakan sebagai loghat, ucapan dan perkataan. Dalam bidang kajian
ilmu linguistik, istilah Perancis (langue, langage dan parole)sering digunakan oleh
para sarjana bahasa sebagai satu istilah profesional.
Menurut Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal dari bahasa Latin iaitu lingua yang
bermaksud bahasa. Pandangan mengenai definisi linguistik ini tururt disentuh oleh
Langacker (1987). Menurut beliau, linguistik ialah kajian terhadapa bahasa manusia.
Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia
melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.
Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa
secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat
sebagai satu disiplin yang tersusun serta mempunyai organisasi yang tersendiri.
Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesustu ilmu yang mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama
berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini tururt dikemukan oleh John Lyns
(1986:89).

Menurut

beliau,

linguistik

adalah

The

scientific

study

of

languagepandangan kedua-dua tokoh ini menampakkan bahawa perlunya linguistik


dikaji seperti disiplin ilmu yang lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik.
Verhaar(1993) juga telah mengemukan bahawa linguistik sebagai satu kajian ilmu
bahasa. Menurut beliau, pengertian linguistik merujuk kepada bagaimana sesuatu
kajian bahasa itu dijalankan.
Ciri-ciri saintifik lingusistik memeprlihatakan bahawa sesuatu ilmu sains ianya perlu
dikaji seperti ilmu sains yang laian dan bahan untuk ilmu linguistik ialah bahasa. Ahli
bahasa yang meyelidik bahasa di dunia haruslah mempunyai sikap yang sama iaitu

menyifatkan bahawa bahasa yang dikaji haruslah bahasa pertuturan bukan bahasa
tulisan. Sebagai suatu diisiplin, ilmu linguistik juga menggunakan metode-metode
yang bersifat emprikal iaiatu metode-metode yang dipergunakan dalam istilah
linguistik ialah penggunaan istilah-istilah teknikal. Seperti ilmu sains yang lain,
linguistik menggunakan istilah-istilah teknikal yang tertentu yang sesuai dengan
bidang kajian yang berpusat kepada penghuraian bahasa. Secara umumnya, ciri-ciri
linguistik bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu berdasarkan beberapa
aspek yang terdiri daripada aspek bunyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa
dan ayatnya.
perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya.
Aspek bunyi nada suara (drama,ucapan dll.)
Aspek perkataan perkataan khusus berdasarkanbidang,unsur kolokasi (dua
perkataan yang berkaitan),perkataan pinjaman.
bekataan pinjaman.
Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek.
Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa
linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan yang teliti
serta memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus seterusnya
menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

Cabang- cabang linguistik.

Ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang erat antara satu sama lain.
Antara cabang linguistik adalah seperti di bawah.

Bibliografi.

Buku
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Linguistik Am, Selangor, PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Open University Malaysia (OUM), Linguistik dan Sosiolinguistik, Selangor, Meteor
Doc. Sdn. Bhd.
Nota kuliah(2011), Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh.

Internet
http://www.scribd.com/doc/11589816/Laras-Bahasa
http://witra.blogspot.com/2005/09/linguistik-tulen-suatu-pengenalan.html
http://www.reocities.com/jpmmpks/sumber/linguistik01_pengenalan.htm

Anda mungkin juga menyukai