Anda di halaman 1dari 23

KOD/NAMA KURSUS : JIB2005 KESANTUNAN BAHASA MELAYU

PROGRAM PENGAJIAN : BAHASA MELAYU PROFESIONAL

SEMESTER : SEMESTER 1 (2020/2021)

TAJUK : ANALISIS KETIDAKSANTUNAN BAHASA SEMASA

BERKOMUNIKASI DALAM RUANGAN KOMEN DI MEDIA SOSIAL

PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. INDIRAWATI @ INDRAWATI BINTI

ZAHID

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK


NURUL SUHAILA BINTI MOHD SAHID JIB190039/17205916
NURUL HUDA BINTI ISMAIL JIB190036/17206556
NORHAZIQAH BINTI ABDUL HAMID JIB190018/17203290
NOR ASIFA BINTI MUHAMAD GHANAFI JIB190017/17205495
MOHD HAFIZI BIN HUSSNE JIB190011/17204333
MOHAMAD AMIR FIRDAUS BIN ALIZAN JIB1900 /17203750
Bil. Senarai Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Sorotan Kajian 2
3.0 Pernyataan Masalah 3
4.0 Objektif Kajian 4
5.0 Korpus Kajian 4
6.0 Batasan Kajian 4
7.0 Metodologi Kajian 5
8.0 Definis Operasional 5
9.0 Dapatan Kajian 7

10.0 Kesimpulan 15
Rujukan
Lampiran
1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang terorganisasi dalam bentuk satuan


seperti kata, kelompok kata, klausa dan kalimat yang diungkapkan sama ada secara
lisan ataupun tulisan. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
masyarakat kerana berfungsi sebagai medium pertuturan antara satu sama lain. Walau
bagaimanapun, penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat masih terikat dengan
peraturan-peraturan mengikut sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Menurut
Asmah Haji Omar (1988) tokoh linguistik melayu menyatakan bahasa merupakan
firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan semasa berkomunikasi,


salah satunya ialah kesantunan berbahasa. Menurut Awang Sariyan (2007)
mendefinisikan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicara. Penggunaan gaya bahasa dalam pertuturan mencerminkan sifat
dan karakter seseorang penutur. Sekiranya bahasa yang digunakan oleh seseorang itu
sopan dan tidak menyinggung perasaan, maka baiklah persepsi orang lain terhadap
dirinya. Kesantunan berbahasa yang diamalkan dapat mewujudkan suasana yang
harmoni dalam kalangan masyarakat khususnya Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa, kaum dan agama.

Walau bagaimanapun seiring dengan perkembangan zaman yang semakin


moden ini, kesantunan berbahasa yang diamalkan sejak dahulu lagi kini semakin
luntur. Penggunaan kata yang dikaitkan dengan nilai kesopanan bahasa juga semakin
dipinggirkan. Amalan ketidaksantunan berbahasa mula wujud apabila pengaruh
negatif mula meresap ke dalam kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, media massa
merupakan antara alat utama penyebaran informasi, propaganda, pesanan dan
sebagainya kepada masyarakat secara menyeluruh.

Mills (2003:139) menyatakan bahawa ketidaksantunan perlu dilihat sebagai


penilaian perilaku seorang individu dan kualiti tuturan. Ketidaksantunan berbahasa
merupakan penggunaan bahasa yang tidak sopan dan kasar oleh penutur semasa
proses komunikasi berlangsung. Pada zaman moden ini, manusia tidak dapat
dipisahkan daripada perkembangan sains dan teknologi. Media massa merupakan

1
salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam bidang informasi dan komunikasi.
Bahasa-bahasa yang digunakan dalam komunikasi di media sosial memperlihatkan
penggunaan bahasa yang melanggar prinsip, etika dan peraturan sistem bahasa.
Hampir setiap daripada kita menjadikan media massa sebagai saluran untuk menerima
dan menyampaikan maklumat daripada pelbagai sumber.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengenal pasti ketidaksantunan yang


digunakan oleh netizen semasa memberi komen dalam berita atas talian. Seterusnya
pengkaji akan menganalisis ketidaksantunan komen-komen netizan pada berita politik
yang dimuat naik dalam media sosial.

2.0 SOROTAN KAJIAN

Sorotan Kajian bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengkaji dengan


isu, idea, teori, pendekatan dan kajian empirikal yang telah dijalankan yang berkaitan
dengan topik. Terdapat beberapa kajian terdahulu yang telah mengkaji tentang aspek
ketidaksantunan yang dirujuk oleh pengkaji.

Antaranya ialah kajian yang dibincangkan oleh Ainal Akmar Ahmad, Maizatul
Azura Yahya, Nasihah Hashim dan Noor Aida Mahmor (2016) dalam kajian yang
bertajuk Kesantunan Bahasa Semasa Berkomunikasi di Laman Sosial. Dalam kajian
ini dideskripsikan kewujudan pelbagai saluran komunikasi menyebabkan masyarakat
bebas bersuara tanpa memikirkan etika dan kesantunan berbahasa. Dapatan kajian ini
memperlihatkan kesantunan dari segi kata panggilan, kesantunan nama gelaran dan
kesantunan ujaran dengan menggunakan pendekatan Asmah Haji Omar (2000). Hasil
penelitian dapatan kajian ini mendapati bahawa majoriti netizen menggunakan kata-
kata kesat yang tidak santun apabila memberi komen sesuatu isu berkaitan politik
yang disiarkan di laman sosial.

Seterusnya kajian tentang Strategi Ketidaksantunan Bahasa dalam Komen


Malaysiakini yang dibincangkan oleh Murugan Krishan (2018). Hasil dapatan kajian
ini membincangkan bahawa strategi ketidaksantunan secara langsung dan strategi
ketidaksantunan sindiran banyak digunakan oleh pengguna Facebook dalam komen
laman sosial Malaysiakini terdapat isu kenaikan harga petrol. Kajian ini berpendapat

2
bahawa tahap ketidaksantunan seseorang dapat diketahui apabila mereka tahu mereka
tidak dikenali dalam komunikasi Facebook tersebut. Perkara ini menjadi satu platform
dengan mengamalkan hak sosial mereka dan dapat menganalisis sesuatu perkara
secara kritikal.

Kajian Analisis Pragmatik Strategi Kesantunan dan Ketidaksantunan Berkaitan


Isu Belanjawan Sulung Negara Tahun 2018 Dalam Facebook yang dibincangkan oleh
Norfatin Nazihah Abdul Rahman & Hasmidar Hassan (2018). Dalam kajian ini
dideskripsikan pelbagai medium komunikasi yang ada menyebabkan masyarakat
bebas bersuara tanpa memikirkan etika, adab dan budi bahasa semasa berbahasa.
Kajian ini meneliti kesantunan berbahasa rakyat Malaysia dalam memberikan
pandangan, idea dan komen tentang sesuatu isu yang melibatkan kepentingan dan
kesejahteraan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Dapatan kajian ini meneliti
aspek kesantunan dan aspek ketidaksantunan komen pengguna Facebook dalam
ruangan komen di laman Radio Televisyen Malaysia (RTM). Hasil dapatan kajian
menunjukkan pengguna cenderung menggunakan bahasa yang tidak santun
dibandingkan dengan bahasa yang santun.

Sorotan kajian ini memperlihatkan kajian terdahulu berkaitan ketidaksantunan


semasa berkomunikasi di media sosial. Hal tersebut menunjukkan bahawa kesesuaian
kajian yang dirujuk dapat diaplikasikan dalam kajian yang ingin dilakukan.

3.0 PERMASALAHAN

Pada masa ini, masyarakat lebih cenderung melakukan komunikasi antara satu
sama lain melalui media sosial berbanding komunikasi bersemuka. Hal ini kerana,
media sosial telah banyak memberi faedah kepada masyarakat dalam menjadikan
media sosial ini sebagai alat untuk berhubung, alat untuk menyebarkan ilmu, alat
untuk menjalankan aktiviti pemasaran produk dan sebagainya. Penggunaan media
sosial dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga mereka dalam melaksanakan segala
urusan harian.

Kini terdapat banyak aplikasi menarik yang menjadikan masyarakat lebih


kreatif dalam melaksanakan urusan harian sehingga memberi impak yang baik kepada
diri mereka. Antara aplikasi-aplikasi popular yang digunakan pada zaman sekarang

3
antaranya ialah facebook, whatsapp, instagram, youtube, twitter dan sebagainya.
Aplikasi ini telah memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk berkongsi
pengetahuan, pendapat, bakat dan sebagainya dengan bebas sekali. Walaupun begitu,
kebebasan yang melampau pastinya akan menimbulkan keburukan. Sebagai contoh,
dalam membicarakan dari aspek kesantunan, masyarakat sekarang terlalu bebas dalam
mengemukakan pendapat dan isi hati mereka sehingga tidak lagi mementingkan aspek
kesantunan ketika berkomunikasi. Misalnya, menggunakan perkataan-perkataan yang
kesat, sistem panggilan yang tidak sesuai, dan sebagainya yang menunjukkan
ketidaksantunan. Disebabkan kebebasan yang keterlaluan dalam berkomunikasi di
media sosial ini, maka kajian ini dilaksanakan untuk melihat aspek kesantunan
berbahasa semasa berkomunikasi di media sosial. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti dan menganalisis ketidaksantunan yang diaplikasikan oleh netizen
dalam memberi komen di ruangan komen berita online.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, kajian ini mempunyai dua objektif kajian, iaitu;

1. Mengenal pasti ketidaksantunan yang diaplikasikan oleh netizen dalam memberi

komen di ruangan komen berita online.

2. Menganalisis ketidaksantunan yang diaplikasikan oleh netizen dalam memberi


komen di ruangan komen berita online.

5.0 KORPUS KAJIAN

Korpus kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah berita yang disiarkan secara
online di laman sosial youtube. Bahan kajian yang dipilih ialah daripada Astro Awani,
iaitu berita yang bertajuk Tun M Jawab Dakwaan Halang Anwar Ibrahim Jadi
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim Dapat Perkenan Menghadap Yang di-Pertuan
Agong Pada 13 Oktober dan Walau Cukup Majoriti, MCA Tetap Tidak Sokong
Anwar Ibrahim. Berita-berita ini dipilih sebagai bahan kajian kerana ia isu-isu yang
dibicarakan ialah berkaitan politik kerajaan Malaysia dan merupakan isu-isu semasa.

4
6.0 BATASAN KAJIAN

Batasan Kajian dilakukan bagi menetapkan fokus kajian supaya ia tidak terlalu luas
untuk dikaji atau dianalisis. Kajian ini hanya mengambil kira komen-komen yang
diujarkan oleh netizen melalui berita yang disiarkan di laman sosial youtube sebagai
data kajian. Seterusnya nama sapaan dan rujukan, ungkapan dan ayat yang telah
dikenal pasti dalam ruangan komen berita tersebut akan dianalisis. Berita yang dipilih
ialah berita berkaitan politik mengenai Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin
menghadap Yang di-Pertuan Agong kerana mendapat sokongan majoriti untuk
menjadi Perdana Menteri. Sebanyak dua berita pada bulan Oktober dan satu pada
bulan November telah dipilih sebagai data kajian yang akan dianalisis menggunakan
Pendekatan Kesopanan Asmah Haji Omar (2000).

7.0 METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji menggunakan dua kaedah utama dalam menganalisis ketidaksantunan oleh


netizen dalam memberi komen berita online menggunakan pendekatan Asmah Hj
Omar, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Pengkaji menggunakan
kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Pengkaji telah
membuat rujukan buku yang berkaitan kesantunan di Perpustakaan Awam Teluk
Intan. Pada masa yang sama, pengkaji juga telah melakukan kajian pustaka secara
maya dengan merujuk laman-laman web tertentu untuk mendapatkan maklumat
dalam tesis dan jurnal daripada tokoh-tokoh bahasa yang terkemuka. Kajian ini juga
menggunakan laman sesawang untuk mencari maklumat berkaitan dengan
kesantunan.

Kaedah analisis teks pula merujuk kepada pengkaji memuat turun bahan kajian
daripada Berita Astro Awani melalui aplikasi youtube. Berita Astro Awani berkaitan
dengan isu ahli politik, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa
dirinya mendapat undian majoriti untuk menjadi Perdana Menteri telah dipilih sebagai
bahan kajian. Korpus ini dipilih kerana ia bersesuaian dengan kajian yang ingin
dilakukan dan isu ini merupakan isu semasa politik negara Malaysia. Pengkaji
menggunakan kaedah ini untuk menganalisis komen-komen yang telah dilontarkan

5
oleh netizen dalam memberi pandangan dan pendapat mereka seterusnya melihat
aspek ketidaksantunan yang wujud. Pengkaji juga telah mentranskripsi berita online
tersebut untuk memperkukuhkan korpus kajian.

8.0 DEFINISI OPERASIONAL

Berikut merupakan beberapa istilah dan konsep yang digunakan dalam kajian ini.

8.1 Kesopanan

Menurut Asmah Hj. Omar (1996: 88) kesopanan ialah “peraturan-peraturan


kesopanan dalam hubungan antara manusia dilihat dari segi tingkah laku bukan
bahasa (gerak-geri) dan bahasa (tutur kata)”. Dalam peristiwa bahasa yang
melibatkan pertemuan bersemuka seperti perbicaraan, kesopanan dalam tutur
kata dan tingkah laku pemeran terhadap satu sama lain dapat dilihat dengan jelas.
Asmah Haji Omar (2000) telah membahagikan peraturan penggunaan bahasa
kepada tiga jenis, iaitu peraturan lingusitik, peraturan sosiolinguistik dan
peraturan pragmatik.

8.2 Penonjolan Kesopanan

Menurut Asmah Hj. Omar (1996:106) penonjolan kesopanan dibahagikan


kepada dua bahagian, iaitu pengungkapan tutur dan pengungkapan bukan tutur.
Pengungkapan tutur bermakna cara penutur mengeluarkan keseluruhan tutur
yang mempunyai mesej atau tujuan tertentu. Pengungkapan tutur dibahagikan
kepada beberapa aspek, iaitu nama sapaan dan rujukan, pemilihan kata dan
ungkapan dan pemilihan ayat yang sesuai.

8.2.1 Nama Sapaan dan Rujukan

Menurut Asmah Hj. Omar, pangkat kekeluargaan merujuk kepada


tatatingkat yang diduduki oleh pemeran dalam jaringan persanakan
seperti ibu bapa dan sebagainya. Kesedaran terhadap pangkat sosial
dianggap penting kerana merujuk kepada kedudukan pemeran dalam

6
masyarakat dari segi kedudukan pangkatnya dalam tatatingkat sosial
atau pangkat dalam jawatan atau tugasnya. Kesemua pangkat yang
diperkatakan ini mempunyai cara tertentu untuk menghadapi situasi
pertemuan antara individu, terutama sekali dengan cara sapaannya.

8.2.2 Pemilihan Kata dan Ungkapan

Aspek pemilihan kata dan ungkapan digunakan oleh pemeran untuk


berkomunikasi, walaupun pemeran tidak mengambil perhatian terhadap
pemilihan kata-katanya, namun penggunaan kata dan ungkapan tersebut
secara lansung memperlihatkan aspek kesopanan. Secara langsung,
pemilihan kata atau ungkapan menggambarkan sikap seseorang apabila
berhadapan dengan situasi tertentu. Jika diteliti, pemilihan kata dan
ungkapan tertentu menunjukkan perbezaan dari segi penggunaannya.
Menurut Asmah Hj. Omar (1996), dalam sesuatu bahasa itu ada kata-kata
bagi sesuatu rujukan yang memasuki medan makna yang sama, juga
dikenali sebagai seerti.

8.2.3 Pemilihan Ayat

Pemilihan ayat umumnya terbahagi kepada dua jenis ayat, iaitu ayat
sistem dan ayat wacana. Menurut Asmah Hj. Omar (1996), ayat sitem
merupakan ayat yang disaring oleh nahu sebagai ayat-ayat yang polanya
dikatakan mewakili keseluruhan ayat dalam bahasa. Walaupun ayat-ayat
tersebut ringkas, tetapi lengkap dengan subjek dan predikatnya. Ayat
sistem lazimnya digolongkan berdasarkan tujuannya, contohnya ayat
tanya menghasilkan pertanyaan dan sebagainya.

9.0 DAPATAN KAJIAN

7
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang hasil kajian yang
diperoleh daripada bahan kajian iaitu, komen netizen melalui berita online Astro
Awani. Pengkaji akan mengkategorikan dan menganalisis aspek penonjolan
kesopanan, iaitu nama sapaan, nama rujukan, pemilihan kata dan ungkapan, pemilihan
ayat sitem yang wujud dalam komen tersebut.

9.1 Nama Sapaan

Menurut Awang Sariyan (2007), sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan
oleh sesebuah masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik
dalam konteks yang rasmi mahupun yang tidak rasmi. Dalam bahasa Melayu, bentuk
kata sapaan yang paling asas dan kerap digunakan ialah penggunaan kata ganti nama
diri sama ada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti
nama diri ketiga. Ini dapat dilihat berdasarkan contoh di bawah :

Nama Sapaan Komen Netizen


Berita 1 i) ko Ko boleh angkat paklah lpstuu jatuhkan
paklah...ko angkat Najib lepastu jatuhkan
dia pula selepas ituu...takkan ko nk tolong
angkat anwar x bole??
Berita 2 ii) depa Buat pilihanraya pon x guna buang duit
aja.. lepas rakyat pilih depa..depa masuk
parlimen depa lompat parti..keja depa dok
perbodoh rakyat..akhir nya rakyat jgk laaa
yg jd mangsa.. puak2 nii memang
menyusah rakyat.
Berita 3 iii) Lu Haiyaa Hadi Wee Wee , lu sudah tak laku
lah....Lu duduk dalam peti sejuk

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan netizen menggunakan nama sapaan yang


tidak sopan ketika menulis komen di laman sosial tersebut. Netizen memanggil Tun
Dr. Mahathir sebagai ‘ko’ dan ini merujuk kepada penggunaan kata ganti nama diri
kedua, iaitu kau. Situasi ini jelas menunjukkan ketidaksantunan ketika berbahasa
kerana sepatutnya panggilan untuk Tun Dr. Mahathir ialah Tun ataupun beliau. Ini
jelas bertentangan dengan Pendekatan Penonjolan Kesopanan Asmah (2000) yang

8
menyatakan semasa berkomunikasi seseorang perlu mengambil kira taraf dan peranan
orang yang bercakap. Dalam situasi ini netizen sepatutnya menggunakan nama sapaan
yang lebih sopan kerana apa yang ditulis ini dapat dilihat dan dibaca oleh seluruh
masyarakat dunia.

Di dalam berita dua netizen menggunakan nama sapaan yang tidak sopan, iaitu
‘depa’ yang merujuk penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘mereka’. Netizen tidak
sewajarnya menulis komen sebegini kerana ini tidak menjaga air muka orang yang
ditegur. Netizen sewajarnya menegur dengan menggunakan adab-adab yang sopan.
Berita 3 pula didapati terdapat nama sapaan yang tidak sopan digunakan, iaitu
memanggil Datuk Chong Sin Woon dengan panggilan ‘lu’. Netizen sepatutnya
memanggil dengan menggunakan kata panggilan datuk atau beliau untuk
memperlihatkan kesopanan dalam berbicara.

9.2 Nama Rujukan

Penggunaan nama rujukan merupakan salah satu penonjolan kesopanan yang


diperkenalkan oleh Asmah Hj. Omar. Nama rujukan tidak boleh digunakan secara
sesuka hati kerana peraturan penggunaannya yang ketat. Berikut merupakan antara
data pengkaji bagi kajian ini;

Nama Rujukan Komen Netizen


Berita 1 Atuk Aku kerat 18 pun memang aku tak caya dkt
Atuk ni. Dari dulu ckp tak pernah btui. Ni ckp
pusing pulakkk
Berita 2 Muhyidin Muhyidin bukan tak okay. Tp dpt rasa mcm
kene control ngan mahathir. Anwar
Mahathir
selayaknya menggantikan beliau
Anwar
Berita 3 Apek Lu boleh diam Apek.

Jadual di atas menunjukkan netizen menggunakan kata rujukan yang tidak sopan
ketika menulis komen di ruangan komen berita online. Menurut Asmah (2009)

9
rujukan kehormat ialah rujukan yang dikenakan pada sasaran menurut taraf sosialnya,
sama ada mempunyai gelaran tertentu atau tidak. Netizen memberikan kata rujukan
seperti Atuk, Apek, dan memanggil nama sahaja seperti Muhyidin dan Anwar
sedangkan mereka mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi daripada masyarakat. Hal
ini jelas menunjukkan pertentangan dengan pendekatan kesantunan Asmah (2000)
yang menyatakan semasa berkomunikasi seseorang perlu mengambil kira taraf dan
peranan orang yang bercakap. Pendekatan ini disokong oleh Amat Juhari Moain
(1989;7), kata-kata untuk rujukan kehormat ditetapkan mengikut jenis-jenis gelaran,
profesion, jawatan dan kedudukan seseorang dalam susun lapis masyarakat Melayu.

Seperti contoh berita 1, netizen menggunakan gelaran ‘atuk’ bagi memberikan


rujukan kepada Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Netizen tidak
sepatutnya menggelarkan bekas Perdana Menteri Malaysia dengan nama rujukan
tersebut kerana ia bertentangan dengan budaya kesantunan Melayu.

Seterusnya, bagi contoh dalam berita ke-2 pula, netizen hanya menggunakan
pangkal nama dalam merujuk seseorang iaitu Muhyidin, Mahathir dan Anwar. Walhal
sebenarnya, kesemuanya mempunyai peranan yang besar dan mempunyai pangkat
dalam bidang politik Malaysia. Nama rujukan yang sepatutnya digunakan adalah
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri
Malaysia ke-8), Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohammad (Perdana Menteri
Malaysia ke-4 dan ke-7), dan Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Anwar bin Dato’
Ibrahim (Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia). Taraf sosial seseorang yang
membezakan sistem rujukan yang digunakan.

Bagi berita yang ketiga, netizen menggunakan perkataan apek bagi merujuk Yang
Berbahagia Datuk Chong Sin Woon iaitu Setiausaha Agung MCA. Netizen
sepatutnya mengambil kira dalam apa yang dikomentarkan dalam ruangan komen
tersebut kerana apa yang ditulis boleh dibaca oleh semua pengguna media sosial.

9.3 PEMILIHAN KATA DAN UNGKAPAN

Pemilihan kata dan ungkapan begitu penting apabila ingin berkomunikasi kerana kata-
kata yang kurang sopan memperlihatkan ketidaksantunan si penutur. Terdapat

10
penggunaan kata-kata dan ungkapan yang tidak sopan oleh netizen-netizen dalam
ruangan komen berita online :

Pemilihan Kata dan Ungkapan Komen Netizen


Berita 1 i) Bingaii i) bingaii punya orng tua..

ii) Kaki auta ii)AturTok kaki Auta…

Berita 2 i) Bebal i) Bebal pak non

ii) Kena penyakit pening lalat ii)Ni semua dh kena penyakit pening
tahap gaban lalat tahap gaban ni… ..
Berita 3 i) Kudis i) Mca sokong atau tak,tak menjadi
kudis,sebab mca dah kena tolak kaum
cina

ii)Hahaha, mata sepet pandai catur


ii) Mata sepet pandai catur
politik
politik

Komen pada berita 1 menunjukkan netizen menggunakan kata-kata yang tidak


sopan ketika menulis komen di ruangan komen. Misalnya, netizen mengatakan Tun
Dr Mahathir sebagai sorang yang bingai. Situasi ini jelas menunjukkan
ketidaksantunan ketika berbahasa dan mampu menjejaskan maruah bagi seorang
pemimpin. Berdasarkan Asmah Haji Omar (2007:8) air muka bagi orang Melayu
mempunyai peranan bukan setakat masa berlangsungnya komunikasi tetapi
menjangkau ruang lingkup yang lebih jauh daripada itu. Ia bukan setakat nama baik
orang yang berkenaan sahaja, tetapi meliputi juga didikan yang diperoleh daripada ibu
bapa, guru dan keluarga. Dengan itu, nama baik dan maruah seseorang itu meliputi
juga nama baik ibu bapa dan kaum keluarganya. Oleh itu, setiap orang perlulah
berhati-hati semasa berkomunikasi, baik secara bersemuka atau bertulis supaya tidak
menjatuhkan air muka pihak yang diajak berkomunikasi ataupun juga yang dijadikan
subjek komunikasi.

11
Berita 2 pula, netizen menggunakan kata-kata yang tidak sopan iaitu bebal yang
merujuk kepada menyusahkan. Netizen juga menggunakan kata yang tidak sopan
seperti bebal yang merujuk kepada pemimpin-pemimpin negara ini. Penggunaan kata
untuk menghina adalah sesuatu yang tidak wajar. Kata-kata ini boleh menimbulkan
pergaduhan dalam kalangan rakyat. Perkataan bebal dianggap tidak sopan seperti
yang dinyatakan oleh Asmah Haji Omar (2000) dalam Teori Kesantunan Berkendala
yang perlu memikirkan apa yang diperkatakan semasa berkomunikasi.

Berdasarkan berita 3, netizan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seperti


kudis terhadap sesebuah parti pilihan raya seperti MCA. Hal ini sepatutnya tidak
berlaku kerana boleh mendatangkan perbalahan antara kaum. Keamanan dan
keharmonian hidup mungkin akan lenyap. Hal ini selaras dengan Inderawati Zahid
(2013) yang menyatakan seseorang pengkritik seharusnya bijak menyampaikan
kritikan agar tidak menimbulkan aib apalagi dalam konteks terbuka

Terdapat juga penggunaan ungkapan-ungkapan yang tidak sopan oleh netizen


dalam ketiga-tiga berita online tersebut. Ungkapan adalah berbeza sedikit dengan
kata, iaitu ungkapan dalam bahasa melayu menurut kamus dewan edisi keempat
(2005) merupakan susunan kata atau rangkaian kata yang mempunyai maksud tertentu
yang digunakan dalam tulisan dan juga pertuturan. Ungkapan boleh terbahagi kepada
ungkapan halus dan ungkapan kasar. Dalam kasus ini, ungkapan yang kasar telah
digunakan oleh netizen dalam komen. Ungkapan “kaki auta” dalam berita 1 ditujukan
oleh netizen kepada Tun Dr Mahathir yang maksudnya merujuk kepada seseorang
yang suka menipu yang sememangnya tidak santun. Pemimpin negara lazimnya
mempunyai sifat jujur dalam memimpin sesebuah negara namun dikatakan sebagai
seorang yang kuat menipu. Hal ini jelas menunjukkan netizen tidak berfikir sebelum
berbicara sehingga mengaplikasikan ketidaksantunan seperti yang dikatakan oleh
Asmah Haji Omar (2000) dalam Teori Kesantunan Berkendala yang perlu
memikirkan apa yang diperkatakan semasa berkomunikasi.

Pada berita 2 pula, netizen menggunakan ungkapan ‘penyakit pening lalat tahap
gaban’ terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah menyatakan bahawa
beliau tidak boleh berfikir dengan baik sedangkan beliau merupakan seorang yang
mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Ini menunjukkan ketidaksopanan
kerana tidak mengambil kira taraf sosial orang yang dituju iaitu yang merupakan salah

12
satu kendala yang perlu dititikberatkan menurut Asmah (2000) dalam kesopanan
berkendala.

Seterusnya, ungkapan pada berita 3 iaitu ‘mata sepet pandai catur politik’ juga
menunjukkan ketidaksopanan. Hal ini kerana, netizen telah mengaibkan Datuk Chong
Sin Woon oleh kerana ciri-ciri fizikalnya yang mempunyai mata yang sepet. Netizen
juga seperti mahu menyampaikan bahawa mata Datuk terlalu sepet untuk mencatur
politik. Ini sememangnya agak keterlaluan oleh kerana ia boleh menyebabkan
berlakunya isu perkauman yang boleh mewujudkan pergaduhan antara orang melayu
dan cina. Ini sememangnya bercanggah dengan konsep kesantunan bebas konflik.

9.4 Pemilihan Ayat Sistem

Menurut Asmah Hj. Omar (1996) ayat sistem merupakan ayat yang disaring oleh
nahu sebagai ayat-ayat yang polanya dikatakan mewakili keseluruhan ayat dalam
bahasa. Walaupun ayat-ayat itu ringkas, tetapi lengkap dengan subjek dan
predikatnya. Ayat sistem lazimnya digolongkan berdasarkan tujuannya, contohnya
ayat pernyata menghasilkan pernyataan dan sebagainya.

Dalam data perbincangan yang dikumpulkan, terdapat jenis ayat sistem yang
menepati fungsi dan tujuaan penggunaannya. Berikut merupakan beberapa contoh
ayat sistem yang terdapat dalam korpus kajian:

(i) Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat
tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat
tanya dengan kata tanya. Menurut Nik Safiah (1993:47) ayat tanya tanpa kata tanya
ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan
akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?). Contoh
ayat tanya tanpa kata tanya yang terdapat dalam data kajian:

Komen Netizen
Berita 1 Ko boleh angkat paklah lpstuu jatuhkan paklah...ko angkat Najib lepastu
jatuhkan dia pula selepas ituu...takkan ko nk tolong angkat anwar x
bole??

13
Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas menunjukkan bahawa ayat tanya tanpa
kata tanya kerana tidak menggunakan kata tanya seperti apa, siapa dan bagaimana
untuk mengajukan soalan. Dalam konteks ketidaksantunan, dapat dilihat nada ayat
yang diberikan diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum berakhir dengan nada
yang lebih rendah di penghujung ayat. Bukan itu sahaja, ayat yang diberikan juga
tidak mematuhi hukum tatabahasa yang betul dan menggunakan perkataan-perkataan
yang tidak sopan.

Seterusnya, ayat tanya dengan kata tanya. Ayat jenis ini terdiri daripada dua
golongan iaitu ayat tanya dengan ganti nama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi
nama tanya. Nik Safiah Karim (1993) menjelaskan bahawa ayat tanya dengan ganti
nama tanya ini mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana. Bagi
ayat tanya jenis ini, disamping ciri intonasi, kata ganti nama tanya yang terdapat
dalam ayat itu sendiri menjadi penanda ayat tanya sebagai nahuan. Dalam susunan
biasa, kata ganti nama tanya menduduki unsur predikat seperti dalam contoh berikut:

Komen netizen
Berita 1 Ular vs mamak kutty? Nak ketuk yang mana dulu?

Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat kata ganti nama tanya mana digunakan
di akhir frasa untuk menimbulkan pertanyaan ayat tersebut. Ayat ini boleh mengalami
proses pendepanan predikat kata ganti nama tanya mana. Walau bagaimanapun, jika
diperhatikan contoh ayat yang diberikan dalam konteks penggunaannya, ayat tersebut
lebih kepada sindiran yang mengkhususkan satu pihak ataupun lebih. Secara tidak
langsung, unsur ketidaksantunan dalam ayat wujud walaupun dalam bentuk ayat
tanya.

(ii) Ayat penyata

Menurut Nik Safiah Karim et. al (1996:422) ayat penyata ialah ayat yang
diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan
menyatakan atau memberi keterangan tentang hal. Berikut merupakan contoh ayat
penyata yang terdapat dalam berita 2 :

14
Komen Netizen
Berita 2 i)Org cina yg nak dia jadi pm… org melayu majoriti tak nak..

ii)Negara kita negara demokrasi suka atau tidak suka jika mejoriti lbh
menyokong mka lyklah jdi pm walaupon bnyk katak yg suka melompat.

Berdasarkan contoh di atas, netizen menggunakan ayat penyata di atas untuk


membuat sesuatu penyataan. Ayat yang ditulis oleh netizen tersebut sekadar untuk
memberikan suatu penyataan untuk pengetahuan pembaca yang membaca penyataan
tersebut. Namun, penyataan yang dibuat memperlihatkan ketidaksantunan kerana
penyataannya tidak sesuai digunakan di laman sosial. Misalnya seperti dalam contoh
i) penyataan seperti berikut tidak sepatutnya diujarkan di laman sosial kerana boleh
menyebabkan berlaku isu perkauman yang seterusnya akan menimbulkan konflik.

(iii) Ayat seruan

Menurut Nik Safiah Karim et. al (1996: 432) ayat seruan ialah ayat yang
diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan, untuk tujuan melahirkan
sesuatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.
Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!). Berikut
merupakan contoh ayat pernyata yang terdapat dalam berita 2:

Komen Netizen
Berita 2 i)Percaya lah wahai rakyat malaysia…klu anuar jd PM..negara akan
HANCUR LEBUR!!!!!!!lebih DASYAT dr covid19.

Berdasarkan contoh di atas, benarlah ayat seruan digunakan untuk tujuan


melahirkan sesuatu keadaan perasaan oleh penuturnya. Dalam contoh i),
memperlihatkan bahawa netizen tersebut melahirkan perasaan marah kerana tidak
mahu Dato’Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang digambarkan dalam
tulisannya dengan tanda seru (!). Namun, netizen tersebut melahirkan perasaan marah
secara tidak santun kerana tidak menjaga air muka orang yang dikomen. Dalam hal
ini, Inderawati Zahid (2012) menyatakan aspek kesantunan perlu dikekalkan dalam
berhubungan supaya situasi bebas konflik terjadi.

15
(iv) Ayat perintah

Menurut Nik Safiah (1993:53), ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan
untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua.
Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada
empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan.

            Dalam ayat suruhan, subjek ialah ganti nama orang kedua seperti awak, kamu,
engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Walau bagaimanapun, kerana
tujuan penegasan, subjek juga boleh diucapkan. Berikut merupakan contoh ayat yang
terdapat dalam Berita 2 :

Komen Netizen
Berita 2 i)Jangan layan orang gila orang sibuk nak perang covid awak gila nak
jadi pm.

Berdasarkan contoh di atas, ayat perintah yang digunakan ialah ayat larangan.
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah dan
tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
Dalam konteks ketidaksantunan, ayat larangan yang digunakan tidak menunjukkan
unsur kesopanan kerana menyelitkan unsur sindiran dalam ayat. Perkara ini boleh
menimbulkan rasa kurang selesa terhadap netizen yang membaca komen yang ditulis.

10.0 KESIMPULAN

Budaya Melayu amat mementingkan kesantunan dalam kehidupan seharian.


Kajian ini memfokuskan pada bahagian penonjolan kesopanan yang dilihat dalam
berita yang dipilih. Berdasarkan analisis dan perbincangan yang dilakukan terhadap
berita-berita yang dipilih, terdapat banyak penonjolan kesantunan yang diujarkan
dalam bentuk yang tidak santun. Antaranya penggunaan kata sapaan dan rujukan,
pemilihan kata dan ungkapan, dan pemilihan ayat sistem. Netizen lebih gemar
menggunakan emosi berbanding fikiran yang rasional dalam memberikan komentar.
Oleh sebab itu, wujud perkataan-perkataan tidak santun yang dilontarkan di media
sosial. Ini selaras dalam kajian Nasihah Hashim dan Inderawati Zahid (2013) yang

16
menyatakan seseorang pengkritik seharusnya bijak menyampaikan kritikan agar tidak
menimbulkan aib apalagi dalam konteks terbuka.

Kebebasan dalam bersuara dalam media sosial kini menyebabkan netizen


meluahkan apa sahaja tanpa mengambil kira aspek kesantunan bahasa. Senario ini
perlu dibendung dalam masyarakat kini kerana dikhuatiri, generasi kini dan akan
datang tidak lagi menghormati orang tua, pemimpin, dan juga masyarakat. Budaya
hormat-menghormati akan luntur sekiranya kesantunan dalam berkomunikasi semakin
kurang dipraktikkan di laman sosial. Bahasa yang kesat dan kasar menggambarkan
penutur yang kurang akal budi dan dhamirinya, manakala bahasa yang sopan dan
halus menggambarkan watak dan peribadi mulia sesuatu kaum, bangsa, atau individu
tersebut (Kamal Syukri Abdullah Sani, 2007). Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita
perlulah mengaplikasikan kesantunan semasa berkomunikasi bukan sahaja secara
bersemuka malah juga secara lisan supaya budaya sopan santun ini dapat dikekalkan.

17
1

Anda mungkin juga menyukai