Anda di halaman 1dari 6

Analisis Pengelasan Wacana

 SALURAN PENYAMPAIAN
Teks ini merupakan sebuah wacana tulisan yang disampaikan oleh pewacana iaitu
penulis berita yang bernama Muhammad Mustakim Ramli dan Ahmad Suahel Adnan
secara bertulis manakala pemeran yang terlibat adalah pembaca dari semua lapisan
masyarakat di Malaysia. Tujuan wacana ini dihasilkan adalah untuk memperlihatkan
penggunaan bahan terlarang dalam industri penternakan ayam dan punca-punca
penggunaan bahan kimia jenis antibiotik pada ayam ternakan serta langkah-langkah
untuk mengatasinya melalui media bertulis iaitu teks akhbar online iaitu Berita Harian
khususnya dan ditulis dalam bahasa Malaysia. Buktinya, terdapat penggunaan elemen
linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat yang digunakan oleh pewacana seperti
“penggunaan antibiotik” (Br. 1, Pn. 8), “bahan yang mencurigakan” (Br. 1, Pn. 4), “bahan
tidak sepatutnya” (Br. 1, Pn. 6),”bahan kimia” (Br. 1, Pn. 30), “menggemukkan ayam”
(Br. 2, Pn. 17), “menjadikan ayam lebih besar” (Br. 1, Pn. 6), “mengeluarkan arahan” (Br.
1, Pn. 23) dan “tindakan tegas perlu diambil” (Br. 1, Pn. 31) untuk membahaskan topik
pada setiap perenggan dalam wacana tulisan tersebut.

 SIFAT KEINTERAKTIFAN
Wacana ini berbentuk tidak interaktif kerana bersifat sehala. Meskipun wujud
hubungan antara penulis dan pembaca tetapi interaksi tersebut tidak aktif lebih-lebih lagi
pemeran yang merangkumi pembaca dari setiap lapisan masyarakat Malaysia tersebut
hanya membaca sahaja tanpa adanya kesan emosi dan nada penulis dalam menyampaikan
maklumat tersebut. Tambahan pula, kewujudan media massa sebagai penghalang juga
mendorong kepada ketiadaan interaksi secara langsung antara pewacana dan pemeran
meskipun pemeran akan mengintepretasikan dan memberi respon terhadap mesej yang
disampaikan oleh pewacana namun ia hanya dalam bentuk monolog.

 GENRE
Genre wacana ini adalah berita kerana dihasilkan oleh komuniti ujaran media.
Buktinya, wacana ini ditulis dalam bentuk berita sesuai dengan format dan struktur yang
ditetapkan. Menurut Kamal (2019), petikan berita harus mengandungi judul (head),
dateline, teras berita (lead) dan isi berita (body). Wacana ini juga mengandungi data-data
yang memperlihatkan ia merupakan genre berita dimana data-data yang diperolehi adalah
melalui sumber wawancara, perbadanan dan pengumpulan maklumat oleh wartawan dan
sebagainya.

 JENIS DAN BENTUK


Jenis dan bentuk wacana ini adalah pelbagai iaitu diskripsi, eksplanatori dan
argumentasi dimana pewacana memberikan penjelasan yang bersifat menyeluruh
berbanding terikat kepada satu bentuk yang khusus berkenaan dengan topik ini agar lebih
difahami dan memberi kesan kepada pembaca. Penulis juga mengemukakan jenis bahan
kimia yang digunakan (Br. 1, Pn.1) dan kelompok industri mana yang terlibat (Br.1, Pn.
1) kesan penggunaan bahan kimia (Br. 1, Pn. 6) serta punca bahan kimia tersebut
digunakan (Br. 1-2, Pn. 6). Penulis menghangatkan lagi topik yang dibahaskan dengan
mengemukakan cadangan untuk mengatasinya berdasarkan pendapat yang diberikan oleh
beberapa perbadanan atau organisasi dan individu tertentu (Br. 1-2, Pn. 30). Hal ini
demikian kerana tujuan penulis adalah untuk membantu pembaca agar bersifat lebih peka
akan isu ini dan bijak dalam membeli serta menggerunkan pihak-pihak yang terlibat
dalam penggunaan bahan terlarang dalam produk yang dikeluarkan.

 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
Wacana ini dikategorikan sebagai wacana sehala berpengantara. Pengantara yang
digunakan oleh penulis untuk menyampaikan maklumat ini adalah akhbar online yang
dipamerkan dalam laman sesawang BH ONLINE dan tidak mempunyai sifat
keinteraktifan antara dua pihak seperti bersemuka.

Analisis Ciri Wacana


 BERKESINAMBUNGAN
Wacana ini memiliki ciri berkesinambungan kerana wujud aliran idea secara
berterusan dari pembukaan hingga akhir petikan berita ini. Hal ini demikian kerana
penulis didapati menggunakan penanda wacana untuk mengaitkan idea seterusnya dengan
idea sebelum agar huraian tersebut saling berkaitan. Contoh ini dapat dilihat pada
penggunaan “malah” (Br. 1, Pn. 3) dan “sebaliknya” (Br. 2. Pn. 3) untuk menghuraikan
dua huraian dalam satu ayat bagi melanjutkan huraian punca-punca penggunaan bahan
terlarang pada ayam. Jelaslah bahawa penggunaan penanda wancana pada perenggan ini
berjaya mengalirkan idea tersebut secara sistematik untuk memudahkan pembaca
memahami topik yang disampaikan.

 BERPAUTAN
Teks ini juga menepati ciri berpautan. Penulis mengolahkan ayat pada setiap
perenggan dengan sistematik melalui penggunaan tenunan nahuan dan tenunan leksikal
bagi menghasilkan ayat gramatis agar penjelasan dapat disampaikan dengan jelas.
Penggunaan tenunan nahuan pada petikan berita ini dapat dilihat pada penggunaan
kaedah tenunan nahuan rujukan “beliau” (Br. 1, Pn. 2) pada ayat kedua yang merujuk
kepada anafora bagi “Mohd Yusof Abdul Rahman” dalam ayat sebelum. Sementara itu,
terdapat penggunaan kaedah rujukan katafora ganti nama diri “nya” (Br.1 , Pn. 2) bagi
merujuk kepada namaan “Mohd Yusof Abdul Rahman” pada ayat dan baris yang sama.
Seterusnya, alat tenunan nahuan penghilangan namaan “masyarakat” (Br. 1 , Pn. 31)
kepada “mereka” (Br. 2, Pn. 31) dan alat tenunan nahuan penghubung turut digunakan
dalam teks ini. Alat tenunan penghubung yang dimaksudkan adalah penghubung
berlawanan iaitu “malah” (Br. 1, Pn. 3) dan “sebaliknya” (Br. 2, Pn. 3) yang digunakan
untuk memberi huraian yang bertentangan dengan ayat sebelumnya dalam satu ayat
sahaja. Contoh tenunan nahuan penghubung berlawanan yang lain adalah penggunaan
“sementara itu” (Br. 1, Pn. 10) untuk memautkan huraian tersebut yang bertentangan
dengan idea sebelum. Tenunan nahuan musabab juga dikesan dalam teks ini iaitu
“kerana” (Br. 1, Pn. 32) kerana penulis ingin memastikan setiap huraian sentiasa
mempunyai pertalian dengan topik utama dengan menghubungkan ayat-ayat tersebut
menggunakan tenunan nahuan di atas. Sementara itu, penulis turut menggunakan tenunan
leksikal dalam penulisannya iaitu pernyataan semula leksikal dan permanfaatan leksikal
kolokasi. Antara pernyataan semula leksikal yang digunakan adalah penggunaan kata
yang sama atau hampir sama iaitu “Ladang ternakan” (Br. 1, Pn. 2) dan “ladang ternakan
ayam” (Br. 1, Pn. 3). Penggunaan kata sinonim atau hampir sama sinonim juga turut
diaplikasikan dalam penulisan ini iaitu “pengawasan terhadap kaedah penternakan ayam
sangat longgar” (Br. 2, Pn. 2) dan “banyak (pengurusan) ladang ternakan besar yang
sambil lewa. Contoh lain adalah “pengusaha” ( Br. 1, Pn 23) dan “penternak” (Br. 1, Pn.
27). Kata subordinat yang digunakan pula adalah “bakteria” (Br. 1, Pn. 25) yang
merupakan makna umum kepada jenis bakteria yang terdapat pada haiwan ternakan yang
diberikan antibiotik seperti “Salmonella” dan “Campylobacter” (Br. 1, Pn. 25). Kolokasi
kata berkaitan pula dapat dilihat pada penggunaan kata “kesihatan” (Br. 2, Pn. 29),
“jangkitan” (Br. 1, Pn. 24) dan “penyakit” (Br. 2, Pn. 24) manakala kolokasi berlawanan
dalam teks ini adalah “diimport” (Br. 1, Pn. 13) dan “dieksport” (Br. 2, Pn. 22). Secara
keseluruhannya, penulis didapati menggunakan tenunan nahuan dan tenunan leksikal
untuk memautkan semua idea kerana dengan adanya pertautan tersebut maka wujudlah
aliran idea agar dapat dikembangkan secara bersatu dalam keseluruhan teks.

 BERTUJUAN
Wacana ini bertujuan untuk memberi makluman kepada pemeran akan isu
penggunaan bahan kimia pada ternakan beserta pendapat dari beberapa pihak berkuasa
berkenaan isu ini. Buktinya, penulis ada memetik ucapan Timbalan Presiden FOMCA
iaitu “beliau mengulas pembongkaran akhbar ini mengenai bahaya akibat bakteria yang
kebal dalam tubuh ayam dan babi apabila berpindah ke tubuh manusia selepas diberi
antibiotik yang tidak sepatutnya” (Br. 1, Pn. 7).

 KEBOLEHTERIMAAN
Mesej yang terkandung dalam wacana ini mudah difahami dan diterima oleh
pembaca kerana penulis menggunakan frasa dan klausa yang lazim bagi pembaca.
Meskipun terdapat perkataan yang tiak biasa didengar, penulis ada menyertakan
terjemahan dalam bahasa Melayu seperti “Pusat Kawalan Penyakit (CDC)” (Br. 1, Pn.
24). Perkara ini jelas diterima bahawa “CDC” merujuk kepad pihak berkuasa yang
bertanggungjawab dalama mengekang sebarang penyalahgunaan bahan kimi pada
makanan demi kesejahteraan orang awam.

 BERMAKLUMAT
Wacana ini mengandungi maklumat yang berfakta. Buktinya, penulis menulis teks ini
dengan berpandukan maklumat sahih yang dikumpul dari komen-komen pihak berkuasa
berkaitan isu ini. Maklumat yang digunakan bukan maklumat baharu sepenuhnya namun
cara penyampaiannya telah diperbaharui dengan menggunakan laman sesawang untuk
menyiarkan maklumat ini hasil transkripsi ujaran pihak-pihak tertentu dalam bentuk lisan
kepada bentuk tulisan. Bukan itu sahaja, penulis juga menggunakan gambar-gambar jenis
bakteria yang diungkapkan dalam petikan teks dan risalah yang mengandungi maklumat
tentang penggunaan antibiotik pada ayam dan kesannya pada kesihatan manusia.

 BERKONTEKS
Wacana ini juga dihasilkan dengan berkonteks dengan topik awal iaitu punca-punca
penggunaan antibiotik pada ayam ternakan dan langkah-langlah untuk mengatasinya
daripada terus berlarutan sehingga menjejaskan kesihatan orang awam. Oleh itu, setiap
perenggan disertai dengan ayat topik seperti ”bahan kimia” (Br. 1, Pn. 30),
“menggemukkan ayam” (Br. 2, Pn. 17) dan “mengeluarkan arahan” (Br. 1, Pn. 23) . Teks
ini juga dapat memberi andaian kepada pembaca kerana dapat dikaitkan dengan
pengalaman pemeran sendiri akan bagaimana

 BERINTEKSTUALITI
Wacana ini terbina dengan adanya jalinan wacana terdahulu. Hal ini demikian kerana
penulis memetik ungkapan beberapa pihak berkaitan dengan langkah-langkah mengatasi
penggunaan bahan kimia pada makanan yang ingin dijual bagi menguatkan dapatan dan
mengukuhkan huraian topik. Contohnya, “penolong jurutera, Hamdan Mohamad, 47,
berkata penggunaan antibiotik perlu dikawal ketat Kementerian Kesihatan bagi mengelak
disalahgunakan” (Pn. 33).

Analisis Struktur Wacana


 Struktur Makro
Struktur makro juga digunakan dalam petikan wacana ini dengan adanya penggunaan
prosedur pemadatan pada ayat pertama di perenggan pertama iatu “FOMCA mahu
pemantauan lebih ketat ke atas ladang ternakan ayam bagi mengekang penggunaan
antibiotik secara tidak terkawal”. Penulis meletakkan ayat topik pada perenggan pertama
sebagai pembuka dan ringkasan untuk perkara yang akan dihuraikan pada perenggan
seterusnya.

 SUPERSTRUKTUR
Menurut Kamal (2019), struktur penulisan berita merangkumi 3 jenis iaitu piramida,
piramida terbalik dan kronologis.

Perbincangan
Analisis Ciri Wacana

Anda mungkin juga menyukai