Anda di halaman 1dari 1

Novel ini menceritakan kisah seorang pemuda bernama Jeff yang gagal dalam

perhubungan bersama bekas tunangnya Delilah. Sejak kecil Jeff seorang anak yang taat
kepada orang tua dan hidup sebagai anak pengusaha tanah yang bergantung kepada hasil
pertanian untuk kelangsungan hidup. Jeff merupakan anak kedua dari dua orang adik
beradik dan mereka tinggal bersama ayah dan ibu mereka di kampung sebelum ayahnya
meninggal dunia terlebih dahulu sewaktu Jeff masih tingkatan tiga dan abangnya tingkatan
lima. Jeff menghabiskan kebanyakkan waktunya di sawah padi menemani ibu dan
abangnya yang mengambil keputusan untuk meneruskan pengusahaan tanah peninggalan
mendiang ayahnya sambil berteduh di Sinurambi yang dibina oleh mendiang sesekali
menghalau burung yang ingin memakan padi mereka dengan menarik tali tompukili- kili
kerana baju tinulun-tinulun yang dipacakkan abangnya gagal menakutkan burung-burung
tersebut. Sinurambi umpama saksi bisu kepada kehidupan Jeff kerana banyak peristiwa
kehidupan yang berlaku ketika Jeff di Sinurambi. Jeff berazam untuk mempunyai isteri
seperti kakak iparnya Ailin anak kepada ketua kampung yang sanggup menjadi isteri
kepada abangnya dan melahirkan dua orang anak yang bermanfaat untuk keluarga iaitu
Johan dan Matilda. Sinurambi menjadi semakin bermakna untuk Jeff setelah kehadiran
cinta hatinya Delilah ke dalam hidupnya. Sinurambi merupakan tempat dimana cinta
mereka berputik dan berkembang serta gadis ini merupakan anak bongsu daripada enam
adik beradik dan ibu bapanya merupakan pesara guru. Delilah dalam usia 17 tahun dan baru
sahaja tamat SPM manakala Jeff pula berusia 20 tahun ketika pertunangan mereka. Mereka
berhasrat untuk mendirikan rumah tangga namun pernikahan ini tidak kesampaian kerana
ibu Jeff meninggal dunia akibat kemalangan. Jeff telah mengambil keputusan untuk
mendengar nasihat Mamai Doh agar tidak meneruskan majlis tersebut atas dasar
menghormati kepergian ibunya. Namun Delilah tidak menghormati keputusan untuk
berkabung selama setahun sebelum melanjutkan acara pernikahan tersebut kemudian
bersama dengan orang tuanya mendesak Jeff. Setelah 10 bulan kepergian ibu Jeff, Delilah
telah menduakan cinta Jeff dan berkahwin dengan lelaki sepejabatnya di klinik swasta.
Delilah kemudian berkahwin dengan jejaka tersebut dan Jeff membawa diri ke Kuala
Lumpur untuk mencari kebahagiaan meskipun telah dihalang oleh abangnya. Jeff
mengikuti Salim bekerja di Kilang tersebut sebelum kembali ke Sabah pada 25 tahun akan
datang kemudian megetahui bahawa Delilah telah bercerai tanpa mempunyai zuriat dengan
bekas suaminya. Namun hal tersebut tidak memikat hati Jeff yang sudah berada salam usia
45 tahun untuk kembali ke dakapan Delilah malah berhasrat untuk mencari pengganti. Jeff
juga mengambil keputusan untuk tidak kembali ke Kuala Lumpur dan mencari peluang
pekerjaan di Kota Kinabalu.

Anda mungkin juga menyukai