Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : KASIH YANG DIBAWA PERGI

Semenjak usianya 6 tahun, pemergian ayah telah meninggalkan kesan buat


keluarga Yang Liujin. Apatah lagi, kasih sayang yang ingin dikongsi dan tempat
menampung kasih telah dibawa pergi oleh sang ibu bersama adiknya ke suatu tempat
yang tidak diketahuinya. Hidup Yang Liujin hanya bergantung pada diri sendiri tanpa
bantuan orang sekeliling. Hanya cukup untuk makan sebagai alas perut ketika lapar.
Kehidupan sebagai kanak-kanak usia 12 tahun ada pergi ke sekolah dan belajar.
Tetapi bukan bagi Yang Liujin kerana hidupnya hanya sebatang kara, hanya
bergantung pada duit yang dikirim oleh kakak saudaranya yang bekerja di kota.
Kecekalan Yang Liujin dalam meneruskan kehidupan telah menunjukkan bahawa
beliau sangat berkebolehan melakukan sebarang kerja. Walaupun keadaannya susah
tetapi usahanya untuk belajar masih membuak-buak. Sifatnya membuatkan jiran
tetangga berasa amat bangga dengannya. Walaupun tidak mempunyai kehidupan yang
sempurna seperti orang lain tetapi beliau tetap berjalan kehadapan tanpa menoleh
kebelakang. Yang Liujin amat rindukan ibunya dan berfikir bahawa ibu
membencinya. Ibu tidak membencinya tetapi oleh disebabkan ibunya berkahwin
dengan orang lain hingga menyebabkan pemergian ibu dan adiknya tidak diketahui
oleh Liujin. Besar kemungkinan harapannya untuk bertemu dengan ibunya tidak
kesampaian kerana kesempitan wang untuk menaiki pengangkutan ke kampung
ibunya. Pada akhirnya, Yang Liujin berpeluang bertemu dengan ibu dan adiknya.
Senyuman terukir dibibir Yang Liujin sewaktu melihat wajah ibunya buat pertama
kali.

Anda mungkin juga menyukai