Anda di halaman 1dari 5

Laila dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak besar dan merupakan

seorang anak sulung daripada tujuh beradik. Laila mempunyai lima orang adik
lelaki dan seorang adik perempuan. Ayah Laila bertugas sebagai seorang askar
sukarela dan ibunya bertugas sebagai housekeeper di sebuah hotel di Kuala
Lumpur. Memandangkan struktur kewangan keluarga Laila tidak kukuh pada
waktu itu, ayahnya terpaksa berniaga sebagai penjual burger di sebelah malam
untuk menyara keluarga manakala ibunya bekerja mengikut syif dan sering kali,
Laila ditinggalkan di rumah pengasuh yang terletak bersebelahan dengan rumah
sewa ibu bapanya. Anak-anak pengasuh, seorang lelaki dan perempuan turut
membantu menjaga Laila sewaktu ibu mereka keluar ke kedai. Kisah hidup Laila
bermula sewaktu dia berumur dua tahun dan masih menghantuinya sehingga
kini. Anak pengasuh, Siti yang diamanahkan oleh ibu beliau untuk menjaga Laila
telah pada suatu hari menyuruhnya masuk ke bilik untuk tidur. Laila yang masih
kecil hanya mengingati bahawa dia telah disuruh untuk naik ke atas katil
bersama Siti dan ianya berada di luar jangkaan Laila apabila beliau telah dicabuli
oleh seseorang yang dianggapnya sebagai seorang kakak. Kejadian tersebut
telah dilihat dan dihentikan oleh anak lelaki pengasuhnya, Sabri iaitu abang
kepada Siti. Sangkanya panas sampai ke petang, tetapi hujan di tengah hari.
Anak pengasuh lelakinya pula yang telah mengambil kesempatan untuk menodai
Laila dan merogolnya. Laila yang masih tidak tahu apa-apa hanya menangis dan
menjerit kesakitan tetapi mulutnya ditekup dengan tangan Sabri. Kejadian itu
hanya berlaku sekali sahaja namun telah menggores luka yang amat dalam dan
pedih sehingga kini, tiga dekad dan sembilan tahun kemudian. Kejadian tersebut
tidak pernah diceritakan kepada sesiapa termasuk kedua-dua ibu dan ayahnya
kerana Laila tidak faham apa yang telah berlaku kepada dirinya sehinggalah dia
berada di alam remaja. Ibu dan ayah Laila sungguhpun sibuk tetapi amat
menyayangi Laila yang amat petah dan manja apatah lagi sebagai anak sulung
dalam keluarga tersebut. Apabila mereka melihat perubahan dalam diri Laila
yang menjadi pendiam dan kadang kala menangis dan menjerit-jerit, mereka pun
bersependapat untuk berpindah ke rumah nenek Laila di sebelah ibunya di Kuala
Lumpur agar Laila dan adik lelakinya yang baru dilahirkan mendapat penjagaan

sempurna. Namun begitu, kerana kesempitan wang, adiknya dijaga oleh ibu
saudaranya untuk sementara waktu. Apabila ibu dan ayah Laila bekerja, Laila
terpaksa mengikut nenek dan datuknya keluar berniaga dan apabila penat, Laila
tidur di dalam kotak gerai makanan. Pada suatu hari, Laila telah keluar dari
dalam kotak gerai makanan apabila tersedar dari tidur dan merayau-rayau di
kawasan sekeliling. Seorang pakcik tua berkopiah telah menghampiri Laila dan
mengajaknya ke tandas wanita. Tanpa mengetahui hasrat lelaki tua tersebut,
Laila telah membenarkan dirinya dipimpin oleh lelaki tua itu ke tandas wanita dan
sekali lagi beliau telah dicabuli. Laila, berumur di dalam lingkungan empat tahun
masih tidak faham tindak tanduk lelaki tersebut dan hanya membiarkan dirinya
diperlakukan sebegitu. Kehilangan Laila kemudiannya disedari oleh nenek dan
datuk Laila yang kemudiannya menjumpainya merayau-rayau berhampiran
tandas wanita tersebut. Sekali lagi, kejadian yang menimpa Laila telah
dirahsiakan olehnya daripada pengetahuan ibu, bapa, nenek dan datuknya.
Kejadian tersebut masih segar dalam ingatan Laila dan beliau mengalami trauma
dan sering kali melihat ulang tayang kejadian di dalam benak fikirannya
terutamanya apabila bersendirian. Walau bagaimanapun, kasih sayang yang
ditunjukkan

oleh

keluarganya

menjadikan

Laila

semakin

hari

semakin

bersemangat untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik. Sepanjang


pembelajarannya bermula dari sekolah tadika sehingga ke sekolah menengah,
Laila merupakan seorang pelajar yang amat pintar, tegas, berkaliber,
bersemangat kesukanan yang tinggi dan sering dilantik mengetuai pelbagai
persatuan, unit beruniform dan sukan. Memandangkan Laila bersekolah di
sekolah yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja, Laila tidak mempunyai
masalah dalam perhubungan dan komunikasi sesama rakan sebaya. Sejarah
silamnya ingin dilupakan dan Laila mencuba melalui hari-hari yang mendatang
dengan menjadi seorang yang amat kompetitif dalam apa sahaja yang
dilaksanakannya. Laila merupakan seorang gadis yang cantik, pandai berkatakata dan disenangi kalangan rakan sebaya sewaktu zaman remajanya. Selepas
diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh atas kejayaannya
memperoleh keputusan cemerlang selepas Sijil Rendah Pelajaran, beliau mula

mendapat perhatian daripada ramai rakan lelaki sebaya dan tidak kurang juga
daripada seniornya. Laila mula berjinak-jinak dengan seorang rakan sebaya dan
mula belajar bercinta. Bait-bait cinta mula diungkapkan melalui surat yang
dihantar melalui rakannya yang bertindak sebagai posmen untuk menghantar
dan menerima surat daripada teman lelakinya yang berlainan kelas. Walau
bagaimanapun, persahabatan mereka hanya terjalin melalui surat. Pada masa
sama, Laila juga mempunyai seorang peminat iaitu lelaki yang berumur setahun
lebih muda daripadanya dan merupakan jurulatih acara sampan yang
dianggotainya. Kali ini Laila lebih serius dan telah pun terlanjur bersama
jurulatihnya selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kegiatan seks
Laila tidak dapat dihidu oleh ibu bapanya yang terlalu mempercayai anak tunggal
perempuan mereka. Terjebaknya Laila dengan seks telah mengakibatkan
ketagihan yang tidak dapat dibendung. Walau bagaimanapun, Laila bernasib
baik kerana tidak pernah hamil buat waktu itu Apabila keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia diumumkan, Laila telah berjaya mendapat penempatan di sebuah
universiti luar negara dan sebelum itu perlu mengambil matrikulasi di Pusat
Persediaan Pelajar sebelum dihantar ke luar negara. Sekali gus, menjadikan
Laila lebih mudah untuk melakukan kegiatan seksnya tanpa kawalan ibu bapa.
Setahun kemudian, Laila menjejakkan kaki di bumi asing untuk terus menuntut
ilmu. Di sana, Laila telah bertemu dengan teman lelakinya yang mempunyai rupa
paras yang kacak dan mereka bersekedudukan sepanjang tempoh pengajian di
luar

negara.

Kehidupan

peribadi

Laila

tidak

pernah

mengganggu

pembelajarannya dan akhirnya dia berjaya menggenggam segulung ijazah. Laila


menjadi kebanggaan kedua-dua ibu bapanya dan telah mendapat pekerjaan
yang baik di Kuala Lumpur. Berjauhan dari kekasih hati, membuatkan Laila
mempunyai ramai teman lelaki yang menjadi penemannya di kala sunyi dan
telah beberapa kali terlanjur lalu menggugurkan kandungannya. Laila dibesarkan
dalam keluarga yang penyayang, dan walaupun Laila tahu mengenai hukum
hakam, agama dan dosa, ketagihan seks yang dialaminya tidak dapat dibendung
dan sering kali membelenggu dirinya. Namun begitu, selepas enam kali
menggugurkan kandungan, Laila mula sedar sudah tiba masa untuknya berumah

tangga dan seperti isteri lain, dia juga mengimpikan seorang suami yang boleh
menjadi imam dan memimpinnya ke jalan yang benar. Laila telah berkenalan
dengan seorang ahli perniagaan dan mereka kemudiannya melangsungkan
perkahwinan tiga bulan selepas perkenalan pertama. Perkahwinan yang
dilangsungkan tidak membuahkan kebahagiaan kerana perkahwinan tersebut
hanya dapat bertahan tiga tahun dan Laila dikurniakan dengan tiga orang anak,
dua lelaki dan satu perempuan. Sepanjang perkahwinan, Laila berendam air
mata kerana dia menyedari sebenarnya dia merupakan isteri kedua suaminya.
Laila makin tersedar bahawa apa yang terjadi pada dirinya sewaktu kecil telah
membentuk dirinya kini dan berazam untuk keluar dari belenggu masalah
tekanan emosi yang dialaminya. Pertama sekali, Laila telah membuat tuntutan
fasakh di mahkamah dan berjaya mendapat keadilan daripada penganiayaan
setahun kemudian. Tuntutan fasakh dibuat atas alasan suaminya sering kali
meninggalkan Laila dan anak-anak tanpa khabar berita lebih daripada empat
bulan tanpa sebarang nafkah zahir dan batin. Realitinya, suami Laila telah pergi
ke luar negara atas alasan menjalankan perniagaan selama lebih sembilan bulan
dan tidak pernah tahu bahawa sebelum ditinggalkan, Laila telah pun
mengandungkan anak mereka yang bongsu. Selama ditinggalkan, Laila
mengalami tekanan yang amat tinggi namun merahsiakan apa yang dialaminya
daripada pengetahuan kedua-dua ibu bapanya. Sifat penuh rahsia Laila telah
mengakibatkan dia mengalami post partum atau meroyan dan membuatkan
Laila sering menangis, menjerit-jerit, marah, dan mengalami tekanan depresi
yang tinggi. Selepas proses penceraian selesai, Laila menjadi lebih tenang dan
rasional memikirkan apa yang perlu dilakukannya untuk masa depan anakanaknya. Laila mula bekerja semula kerana sepanjang perkahwinan, dia menjadi
suri rumah sepenuh masa dan mempunyai motivasi diri yang amat tinggi. Dia
bekerja keras untuk mendapat pengiktirafan (recognition) daripada semua orang
di tempat kerjanya dan kerap mendapat kenaikan pangkat. Sewaktu Lili, anak
perempuan bongsu Laila berusia tiga bulan, Laila berkenalan dengan seorang
lelaki Cina yang amat menyayangi Laila dan anak-anaknya, dan kemudiannya
mereka berkahwin tetapi tidak mempunyai cahaya mata bersama. Perkenalan

mereka selama lapan tahun berjaya membuka hati Laila untuk berkahwin semula
atas dasar cinta dan kepercayaan yang amat tinggi. Usia perkahwinan mereka
yang masih muda bergolak akibat sikap Laila yang panas baran dan sering
menyalahkan suami dan anak-anak walaupun kesilapan itu amat kecil. Suami
Laila, Imran merupakan seorang yang amat penyayang dan penyabar. Beliau
beberapa kali cuba membantu Laila untuk menghilangkan rasa marahnya
terutamanya terhadap anak-anak. Sikap baran Laila telah menyebabkan
anakanaknya lebih rapat dengan suaminya. Dia sedar bahawa semua masalah
ini berpunca daripada dirinya sendiri tetapi dia juga tahu kisah silamnya yang
menghantui dirinya sehingga kini dan menyebabkan dia menjadi seorang yang
panas baran. Akan tetapi, sikap panas baran Laila ini mudah reda, sebenarnya
dia merupakan seorang yang amat pemaaf dan penuh dengan kasih sayang,
tetapi tidak tahu cara untuk menunjukkan kasihnya terhadap orang lain. Walau
bagaimanapun, hubungan Laila dengan adik-beradiknya yang lain agak baik.
Mereka menghormati Laila kerana selain bijak, dia juga amat mudah
menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Namun, Laila amat tegas dengan
adik-adiknya terutama adik perempuan bongsunya. Beliau terlalu protective
terhadap adik bongsu perempuan dan anak perempuannya yang membuatkan
mereka berasa rimas. Laila sedar semua masalah adalah disebabkan dirinya
dan berasa tertekan dengan keadaan ini lalu berjumpa dengan kaunselor untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Anda mungkin juga menyukai